Tuesday, December 29, 2009

Entry kali ni bergambar

Hui kenapala sejak akhir2 ni aku rasa malas sesangat nak update blog? Kenapa?

Dah berapa banyak entry aku kosong je takde gambar...oleh kerana line internet di sini besh boleh le aku upload gambar. Aku sekarang berada di Hotel Concorde Shah Alam sebab encik suami ada kursus..lagipun aku dah rasmi pindah dari umah lama di Pantai Dalam tu. Aku datang ke KL sebab nak settle pasal pindah umah and nak jumpa supervisor aku...tup tap encik suami dapat tau dia kena kursus di Shah Alam, so apalagi dudukle hotel. Impian aku tercapai wei..hahahahaha aku sebenarnya dah lama pendam nak duduk hotel..bukan sebab aku jakun tak pernah duk hotel cuma aku nak lari sekejap dari rutin harian..and walla..tercapai juga. Oh, sepanjang aku duduk di hotel ni (27hb sampai 30hb) aku pakaikan Insyirah disposible diaper since CD takleh di basuh hehe tapi takpelah bukan selalu. Sejak Insyirah 3 bulan aku pakaikan dia CD and now baru aku belikan DD plak untuk dia..masih lagi jimat...berbaloi2.

Rupa paras bilik di Concorde itu..Insyirah bukan main seronok baring di atas tilam itu..bergolek2 sampai terjatuh tau kat lantai hohohohoho..aku baru je ngadap laptop masa tu tetibe "gedebuk"...pastu Insyirah melalak..terkejut beruk aku tengok dia dah terlentang kat lantai..sib baik lantainya berkarpet. Kejap je dia nangis...menggigil tangan aku time angkat dia tu. Takut la ada side effect ke apa..orang kata nak tau baby ok ke tak lepas jatuh, perhatikan simptom2 seperti muntah2 atau demam. Kalau ada, kena cepat jumpa doktor la..so far takde apa la. Syukur Alhamdulillah huhuhu

Selepas kejadian tergolek_terlentang_menangis itu, aku pun buat le penghadang menggunakan bantal seperti gambar di atas.


Baiklah mari bincang apakah perkembangan Insyirah diusianya 7 bulan?

1) Gigi dah tumbuh 2 batang di bahagian bawah..bila menyusu kadang2 dia gigit nipple sakit woooo...geram je rasa. Sib baik anak, kalau tak huhuhu

2) Kuat makan biskut...mungkin sebab gusi dia gatal kot.

3) Suka mengecek orang makan...ha ni dasat ni. Semua benda orang makan dia nak..ternganga2, mengecap2 bibir, hulur2 tangan nak amik makanan tu...ish ish ish...

4) Dah pandai mintak dukung..pantang nampak orang berjalan je dah merengek2..pastu depakan tangan..

5) Makin manja...aku duduk kat hotel ni berdua je ngan dia bila encik suami pi kursus. Nak pegi buang air pun payah tau...kena tunggu dia tidur dulu kalau tak melalak la. Nak kena duduk sebelah dia je sepanjang masa...

ha tu je la kot...merangkak still tak pandai lagi hehehe


Insyirah dan biskutnya..sila abaikan permandangan 'indah' di belakang itu..gara2 menangguhkan kerja melipat kain ihiks

Insyirah sungguh happy bila kapal terbang ni bergerak2 berbunyi2 sampai dah abih gerak pun dia masih tersenyum lebar...


Nampak dah secoet gigi bila dia senyum. Hmmmm...kesayangan hamba...

Monday, December 21, 2009

insyirah tumbuh gigi dan makan lauk pauk kenduri kawen leh boostkan susu?

Entry blog diteruskan plain tanpa gambar..aku malas nak upload gambar dengan internet macam siput sedut sedang berjalan2.

Insyirah dah tumbuh gigi sebatang..yeah way to go Insyirah! Aku baru perasan kelmarin...masa tu dia tengah makan biskut (see aku bagi biskut juga apa). Dia senyum2 mulut ternganga luas2..pastu aku nampak ada putih kat gusi dia..bila aku try sentuh ianya keras...confirm gigi la kan.takkan batu karang lak. Sungguh happy aku tau terus ym encik suami bagitau berita gumbira tu..kemudian post di dinding mukabuku huhuhu

Ok, cerita pasal breastfeeding pula. Pada 12hb hari tu, aku buat majlis cukur jambul and akikah for Insyirah (dah 7 bulan baru nak wat kihkihkih..semua encik suami punya pasal..sapa suh pergi ke laut je huhuhu) . Haiwan yang diakikahkan adalah seekor kambing..and bapak aku telah masak kambing beriyani serta kari ayam untuk majlis tu. Aku tak berapa akan kambing tapi masakan aritu memang sedap...tak hamis dan lazat. Setelah makan lauk pauk tersebut aku dapati air susu aku banyak..sangat banyak ok..sampai breast aku bengkak. Sebab kambing atau rempah2 yang digunakan untuk memasak tu? Kemudian kelmarin ada majlis kawen jiran aku..mestilah aku makan nasi minyaknya kan hehehe lauknya ayam masak merah, rendang daging dan sebagainya..sekali lagi susu aku banyak terhasil pada hari tersebut..siap paksa Insyirah minum lak hahahaha..so aku buat kesimpulan mungkin bahan yang digunakan untuk memasak lauk tu yang membuatkan milk aku boost tetiba. Bagus kan? Kena rajin pi kenduri kawen la pasni hahaha..

tetapi...hehe ada tetapinya ye...Insyirah kuat berak lak pastu..sehari 2 hingga 3 kali..hmmm sebab rempah tu ke? aku agak sebab tu..so cemana tu? susu banyak tapi anak berak2 lak..

Begiulah adanya..

Tuesday, December 15, 2009

Update perkembangan Insyirah

Saya berblogging di rumah emak saya..hehehe

Iyep, aku dah pun pindah ke Johor. Walaupun internet macam siput sedut tapi ku gagahkan jua diri ini meng'connect' internet.

Lama dah tak bercerita tentang perkembangan Insyirah...Insyirah dah masuk 7 bulan dah and masih belum pandai merangkak lagi...puas aku ajar dia tetap malas nak angkat punggung dia. Hehehehe berat sangat agaknya..nak suh berdiri lagi la takleh. Baby lain aku tengok dah bleh berdiri siap lompat2 lak masa umur 5 bulan..tapi kena pegang la..bukan berdiri sendiri. Ada orang kata mungkin anak aku lambat sebab badan dia besar huhuhu tahla..agaknya la kot.

Semalam aku bawak Insyirah ke pantai Tanjung Balau..dekat je dari rumah tu sebab aku pergi. Aku nak kenalkan dia ngan laut hehe sebab aku suka laut...aku suka mandi laut. Tapi semalam angin sangat la kuat sampai Insyirah nak bukak mata pun payah hehe..aku bawak dia kat air cecahkan kaki dia kat air..dia tengok je kaki dia..hairan agaknya tengok air tu datang and pergi.

Oh ya lupa nak bagitahu...Insyirah dah pandai duduk..tapi kena dudukkan dia la..hehhee maknanya dia dah pandai kawal badan dia and duduk without support kat belakang dia. Makcik aku cakap aritu, baby ni kena ajar dia step by step..memula meniarap, then merangkak, then duduk, then berdiri and last sekali berjalan...merangkak tu penting for coordination kanan and kiri bagi tangan and kaki. And lagi bagus jangan masukkan lam walker sebab walker sebenarnya mengehadkan baby untuk explore sekeliling tempat. Aku tau lama dah pasal walker ni heheheh tapi aku tetap belikan dia jugak sebab bila dia duk dalam walker aku leh wat keje dengan senangnya sebab dia sibuk bermain ngan button2 kat walker tu. Tak pedulikan aku langsung..

Banyak lagi tips2 makcik aku bagi..Makcik aku ni kalau pasal mendidik anak memang bagus...dia ni suka membaca..anak2 dia suma power2 belajar..kecik2 lagi dah pandai speaking in english, mengira and membaca. Bagi dia pendidikan tu sangat2 la penting...ngan anak2 sedara dia suma dia encourage untuk belajar..sesapa dapat result baik in UPSR, PMR or SPM dia mesti bagi hadiah berupa wang tunai...besh kan?? Dia memang seorang yang sangat sporting.. eh, macam lari dari tajuk sahaja..cerita pasal orang lain pula hehe

Anyway, aku sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk Insyirah...

Tuesday, December 8, 2009

Mengarut selepas lama tidak berblogging

Wawawawawa...sungguh lama tidak berblogging. Ini semua gara2 aku duk kat umah mak aku hehehehee..kat sana internet kureng sikit...tambah plak aku malas nak on laptop hehehehe

Aku dah nak pindah ke Johor dah..mak aku bukan main suka lagi. Tak sunyi la rumah tu. Kalau tak dia duk dua orang ngan bapak aku je. bapak aku pun bukan main syang sangat ngan cucu dia tu...asyik mendukung Insyirah je sampai Insyirah dah pandai nak mintak dukung dah sekarang..yelah seronot kan leh jalan2..nak jalan sendiri tak reti.

Insyirah dah ada walker dah...aku beli 2nd hand punya kat Rengit. Maybe ramai yang dah tau kat Rengit ada kedai yang menjual barang2 terpakai dari Singapura..cakap jela benda apa sumanya ada...peti ais, mainan budak, tv, basikal, stroller, pinggan mangkuk dan macam2 lagi la..

Hmm tu je la aku nak citer..ahahha boring je entry ni kan..aku nak buat poster untuk sewakan rumah aku duduk sekarang...

Kepada Puan mamai, tahniah sebab dah dapat baby baru.. hehehe

Friday, November 13, 2009

Berehat sebentar dari berblogging

Blog ini akan kurus buat sementara waktu kerana ketiadaan entry heheheh...aku pergi cuti2 malaysia dan di situ broadbandnya macam hampeh.

Aku lupa nak wat entry wishing my friend Joe and Ada...diorang dah dapat baby girl minggu lepas..tahniah la ye..selamat menempuh alam baru yang luar biasa hebatnya!! Dengar citer dah beli CD ek for your baby? bagus2..happy cdying k.. heheheh bagus tak speech aku?

ok, sekian terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Makanan pejal pertama Insyirah part 2

Dapat komen yang memberansangkan pada entry yang lepas...

Kalau nak tahu, sebenarnya nestum adalah pilihan pertama aku untuk bagi Insyirah but then aku fikir, if aku boleh masakkan sesuatu untuk anak sendiri then why not? That is why the ayat "tengoklah camna nanti" telah digunakan di situ. Aku pun terfikir jugak kot2 aku tak larat nak masakkan untuk dia then what other options yang aku ada? Mestilah makanan yang dah sedia ada kan? Aku cuma ambil langkah terbaik...kalau ada tokey makanan2 ni baca belog aku then wth..ada aku kisah??? Hak pengguna kan?? hehehehe..macamlah ada tokey nak baca...Tak payah timbulkan soal penyakit2 yang memang dari sejak Insyirah lahir itulah perkara yang aku nak elakkan..takkan la ada ibu2 di dunia ni sengaja nak bagi anak2 dia sakit...sterilize??? ohhh..sudah menjadi rutin harian aku mensterilize barang2 Insyirah...biar pun susah atau leceh tapi dalam pala otak aku ni asyik terbayang kuman bergayut2 di botolnya..aku ni seorang yang berimaginasi kuat hehehe that is why kadang2 aku cepat paranoid..


Aku masih lagi fully breastfeed Insyirah...mostly direct feeding..cuma 5% aku guna botol untuk feed dia. Dah terbukti susu ibu adalah susu terbaik di dunia.. InsyaAllah selagi mampu akan aku breastfeed insyirah selama 2 tahun...but it is unfair kalau aku tak perkenalkan dia dengan makanan pejal..kesian wei tengok dia asyik terliur tengok orang lain makan..kalau dia wat tak tahu je takpela kan..semalam pun aku cuma bagi dua sudu je bubur dia. Saja nak bagi dia rasa and Alhamdulillah dia tak muntah pun. Aku bagi bubur kosong je sebab kita takleh campurkan garam or gula dalam makanan bayi..kalau nak perasa leh letak carrot or kentang or taburkan sedikit ikan bilis yang ditumbuk halus (kena goreng tanpa minyak dulu then tumbuk..and 2 keping ikan bilis je kalau nak letak lam bubur, takut sembelit kalau letak lebih2).

Aku percaya setiap orang nak buat yang terbaik untuk anak2 diorang kan? Walau terpaksa bagi susu formula pun but still the niat adalah untuk yang terbaik jugak kan? Aku tak pernah condemn sesapa nak bagi anak dia susu formula ke, itu pilihan mereka. Macam ada sorang yang aku kenal ni..bagi susu formula kat anak dia..memula ok but then terpaksa tukar susu sebab harga terlalu mahal (susu formula yang ok biasanya harga dia mahal, standard la tu kan?) terus anak dia cirit birit sebab tak serasi...nampak kerisauan di wajahnya..berusaha mencari susu yang sesuai untuk anak dia..maknanya dia still nak bagi yang terbaik untuk anak dia kan? It is up to them..and it is also up to me la kan...

hidup ini penuh dengan pilihan...pilihan aku? membaca, menambah ilmu kemudian buat yang terbaik untuk si kecil comel itu...

p/s: Sila baca dah faham detail profile di sebelah hehehe

Sunday, November 8, 2009

Makanan pejal pertama Insyirah

8hb November 2009 .. Insyirah genap berumur 6 bulan. Sejak akhir2 ni Insyirah dah tunjuk tanda2 dia nak makan...dia selalu tengok bila aku tengah makan..macam teliur je..dia siap telan air liur lagi bila dia tengok aku makan. Tangan pun sebuk menggapai pinggan. Tapi aku tahankan dulu sebab aku nak biar dia genap 6 bulan baru nak bagi makan. So hari ni aku decide nak bagi Insyirah makan bubur nasi kosong yang diblendkan. Aku sebenarnya blurr tak tau nak bagi dia makan apa. Setelah baca forum dalam susuibu.com aku dapatla idea sikit2 nak bagi Insyirah makan apa. Aku bagi dia bubur nasi kosong pun sebab nasi tu kan natural food. Lepas aku masak and blend, aku pun dengan excitednya bagi la...Insyirah makan jugakla walaupun muka berkerut2 bila aku letak kat mulut dia...tapi dalam 4 sudu kecik je then dia muntah. Hehehehe first attempt tak berjaya..tapi takpela kan. Esok leh cuba lagi..maybe boleh aku tambah susu ibu dalam nasi tu bagi ada rasa sikit.

Anyway, ada kawan aku suggest bagi Insyirah minum Ribena..terkejut aku wei....dah terang2 kat botol Ribena tu kata tak sesuai untuk bayi berumur kurang dari setahun. Lagipun aritu aku ada terbaca Ribena tu bukan bagus pun...dia kata je kaya dengan vitamin C padahal tipu dan dusta semua tu. Ada orang dah buat kajian yang mengatakan takde vitamin c pun dalam ribena...banyak gula ada la...siap kena bayar saman lagi syarikat Ribena tu tau sebab memalsukan iklan. Tapi tu kat luar negara punya cerita la tapi still produk yang sama di negara ini kan??

Ayoyoyoyoyo...aku sebenarnya hairan dengan segelintir masyarakat yang bagi anak2 diorang makan mengarut2. Ada yang bagi makan time dalam pantang la, time umur 2-3 bulan la..Ish..baby punya organ kan tak fully develop lagi napa la disumbat segala makanan tu. Dalam Islam pun suh bagi anak susu badan sampai umur 2 tahun. Mak mertua aku penah citer dia penah tengok makcik dia bagi makan kat anak dia yang berumur sebulan susu pekat cap teko tu ngan pisang lenyek or nasi lenyek...camno tuh???? Orang zaman dulu2 aku tak berapa hairan la kan sebab kurang ilmu time tu tapi kalau zaman sekarang ni janganlah kite abaikan benda2 camni...ilmu tu berlambak2 kite boleh cari..tolong lah belajar atau membaca atau bertanya dengan yang pakar. Ada yang aku baca bermasalah dengan pengasuh yang asyik suruh bagi makan kat anaknya yang masa tu baru berumur 3 bulan...bila kita kata nanti or taknak dia katakan yang dia dah beranak 4 and anak2 dia semua ok bila dia bagi makan time umur camtu. Kiranya dia makan garam dulu dari kita la...aduhai...kena tegas dalam hal macam ni. Memang la dia bagi anak dia makan takde apa2..tapi kite tak tahu, benda2 makan ni kadang2 boleh menyebabkan penyakit dalam masa jangka yang panjang..

Itu pendapat aku...aku try bagi insyirah makanan fresh macam bubur or puri buah. Nestum ke biskut ke tengoklah cemana nanti..orang kata instant food tak elok bagi takut ada preservative dalamnya..kite mana nak tau makanan tu di manufactured macam mana kan?

So, untuk 4 hari ni aku nak try bagi nasi kosong dulu..then 4 hari lepas tu aku nak try tambah carrot lak ke..orang kata ikut 4 days rule bagi memastikan makanan apa yang bayi alergi. Kiranya kite pantau satu2 makanan itu..bila dah ok kite move to next food pulak. Macam eksperimen la...

Still trying to give the best to my daughter...

Thursday, November 5, 2009

Hubungan itu 80-20%

Semalam aku tengok citer Why Did I Get Married kat Star Movies. Citer ni mengisahkan 4 pasangan suami istei yang pegi becuti sesama since diorang ni semua berkawan antara satu lain..maknanya, yang isteri2 berkawan sesama diorang and yang suami2 pun begitu. Semasa percutian ni masing2 dapat tau rahsia besar dari pasangan masing2. Ada satu pasangan ni, sang isteri memilki tubuh yang besar and suaminya selalu mengutuk atau merendah2kan isterinya sebab tubuh badannya tu. Benda ni menyebabkan isteri dia ni mengalami depression and low self esteem. Dia berusaha selamatkan perkahwinan dia but at the end suami dia minta cerai sebab dia ada perempuan lain. Kawan kepada si suami ni (suami2 yang lain) menasihatkan la dia ni...and salah sorang ada sebut teori pasal 80-20%. Aku tertarik dengan teori ni..sangat tertarik. Teori ni macam ni...kawan si suami ni tadi kata, apa yang dia ada dalam hidup dia ni cuma 80% je and lagi 20% si isteri mungkin tak boleh nak beri kepada dia..tapi 20% tu ada pada perempuan lain...kalau dia tinggalkan isteri dia and pilih yang lain, maknanya dia hanya memiliki 20% je la kan? Si suami ketawa and think that the teory is so ridiculous. So then, what happen?? Macam boleh agak kan? Yup...si suami kesal tinggalkan isterinya sebab memang dia cuma dapat 20% je dalam hidup dia...rupa2nya perempuan tu jauh lebih teruk dari bekas isterinya..lagi dia kesal bekas isterinya tu pulak dah jumpa lelaki lain yang terima dia seadanya and berjaya mengubah bekas isterinya menjadi lebih yakin diri dan menolongnya mengurangkan berat badan..and diorang juga dah pun berkahwin...no can do la...nak kenen2 nak balik semula dah tak boleh dah...padan muka dia.

Dalam mencipta sebuah hubungan, kasih sayang, saling mempercayai, jujur serta menerima pasangan seadanya perlu ada...walau apa pun yang terjadi kita kena hargai pasangan kita.

Aku pun tak tau la kenapa aku cerita benda macam ni hari ni huuhuhuh...aku kat umah sekarang ni sorang2 ngan Insyirah. Mak mertua aku balik Johor dah while encik suami pergi Kerteh...petang karang baru balik.

Hmmmm aku teringin nak jalan2... tak kisah la jalan ke mana sebab aku memang kaki jalan..huhuhu lagi pun hari2 buat benda yang sama je, duduk di ruang tamu yang sama, menghadap latop yang sama (mahu laptop lain kah? hahaha takdela) dan melihat ke luar melalui tingkap yang sama membuatkan aku bosan......bosan...bosan..

Maybe i need a vacation..huhuh mari buat tabung "cuti2 malaysia bersama yuyun" .

Tuesday, November 3, 2009

Farmville permainan kegemaranku dan Insyirah baby kegemaranku

hahahahaha tau ke tu gambar apa??? Pandai...tu la kebun aku..cantik dan indah berseri2 kan? kuikuikuikui...memula aku main Farmville ni kan aku rasa susahnya la nak kumpul duit bebanyak..aku ingat aku takkan bertahan main bendalah ni tapi lelama tah cemana kebun aku makin membesar...syabas kepada diri sendiri..huhuuhuhu duit aku dah seratu ribu lebih tapi aku tak tau dah nak beli apa. Nak beli harvester or seeder, tapi tak tau nak letak mana pula. Macam dah sesak dah..lagipun kalau beli memang dia leh jalan2 ke wat keje? kalau ye kena beli minyak ke macam yang dia tunjuk kat market tu? mahalla sebab kena beli guna duit FV..tu yang menjadikan aku lagi malas nak beli heheheheheh..aku nak kumpul je la duit tu sampai sejuta..buleh la aku beli villa hahahahah

Esok aku ada presentation progress report...hmm aku boring tul kalau bab2 presentation ni. Malas la wei...

Ha aku nak citer pasal Insyirah..sejak dua tiga hari ni kan Insyirah macam nak bercakap hehehehe...dia bukak and tutup mulut dia ulang kali macam nak makan..pastu dia kuar suara jadi "tatatatat" or "dadadada" or "nyanyanyanya' hahahahahah pastu dia dah pandai menjerit..kuat tul suara dia. Kalau dulu dia bunyi tak bukak mulut macam kite sebut "mmmmmmm" ....kalau dia membebel dia macam tu je la ber"mmm" je..sekarang ni memacam dah kuar dari mulut. Pastu habit meniarap dia tetiba datang balik..aritu dah reda sikit...kurang meniarap tapi tah kenapa sejak akhir2 ni tak kira tgh tidur pun dia nak meniarap...bayangkan dia leh bangun dari tidur terus meniarap dengan mata kuyu2 pastu terhuyung hayang kepala dia bila dia angkat nak meniarap tu pastu nak nangis..hahaha kelako sampai aku lak terjerit 'eh, jangan meniarap sayang...tidur..tidur". pastu dia tidur semula..lagi satu dia sekarang suka tidur meniarap...dia meniarapkan diri dia pastu dia letak kepala and terus tidur..tak payah la nak tepuk2 nyanyi bagai...dia tidur sendiri hihihihih. Penah haritu aku terbangun dari tidur kul 6 pagi aku tengok Insyirah dah tidur meniarap..yang lagi best tu kaki dia mengadap kepala aku..maknanya tidur songsang la dari aku...camno la leh jadi camtu...mesti dia bangun tengah malam buat projek meniarap dia, pusing2 pastu tidur. Aku lak mesti tidur mati time tu hohohoh...sungguh bahaya la..takut jadi apa2 je time dia tengah main sorang2 waktu malam.

hmm gitu lah citernya...encik suami sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. yahooo!

p/s: kepada Puan Suraya dan En. Abu, tahniah la dah dapat baby girl...cumel baby Su. Dah tengok kat facebook en. Abu hehehee

Monday, November 2, 2009

Sedang layan Akon Beautful

Malam tadi aku tido dengan perut masih sakit..tapi boleh tahan lagi la..pagi ni aku bangun ingatkan dah tak sakit tapi tetap macam tu jugak. Masa aku beli sarapan pagi tadi, aku beli sekali bawang putih sebab bawang kat umah abih dah...mak mertua aku suh bakar bawang tu and makan...rasa dia???? huhuhuh sungguh seksa sekali...rasa pedas bawang ni lain macam sungguh. Aku gagahkan diri jua...dengan harapan baik la. Tapi sampai sekarang tiada apa yang berlaku...bawang putih tu dimakan untuk membuang angin dalam perut..ada gak la angin kuar kat atas and bawah hehehehehehe tapi sakitnya masih ada cuma tak seteruk macam semalam. Walaubagaimanapun aku tetap pergi belajar sebab nak prepare presentation.

Anyway hari ni aku takde benda nak cerita..aku asyik layan lagu Akon-Beautiful je..Dalam banyak2 penyanyi kulit hitam, dia ni la penyanyi yang paling aku suka...lagu dia semua besh2..kalau penyanyi kulit putih lak aku suka Pink sebab lagu2 dia bawa mesej yang kadang2 sensitif tapi Pink ni jenis selamba_lantak_la_apa_orang_nak_cakap_aku_punya_lagu_ada_aku_kisah?. Tu yang besh tu...Ok berbalik kepada Akon...emm amende aku nak citer pasal dia ni? hahahaha yang penting aku suka sangat2 lagu dia...yang paling aku suka Sorry Blame It On Me, Beautiful and I Wanna Love You.




mamat orang putih dalam lagu Beautiful ni suara dia sedap la...tapi muka nerd giler..dengan rambu camtu..kadang2 aku perhatikan muka dia macam Peter Petrelli dalam Heroes huhuhuhu cuma Peter takdelah tindik tinge..

Ok dah..layannnn...

Ngape la video ni besar sangat...

Sunday, November 1, 2009

Aku nak pindah ke Johor..tak kira nak jugak!

Hari ni aku menderita sakit pewut...memulas2+senak+menarik2 kulit perut sampai takleh tegakkan badan...bukan sakit perut nak cirit-birit tu...aku tak cibi pun..tapi tahla...sampai sakit kepala menahan sakit and sampai rasa nak demam...time2 cakit camni bertambah la rindu aku kat encik suami...time cakit la muleh manja2 kan huhuhu. Mak mertua aku kata mungkin sebab angin penuh dalam perut aku...dia pun penah kena camni jugak. Biasanya dia makan pil chi kit teck aun tu...tapi dia tak berani nak bagi aku makan sebab takut effect pada Insyirah pulak..aku pun ragu2 juga nak amik. Bila menyusu ni bukan leh amik sebarang ubat..hmm muleh ke tak ek sebenarnya aku amik ubat tu? Tadi masa nak amik air semayang untuk solat asar, aku terasa nak muntah..puas aku muntah tapi kuarnya takde pun...kuar air sikit2 je. Maybe sebab perut aku kosong. Waaaaa....sungguh seksa..dahla aku tak buat preparation lagi untuk presentation progress report yang masih belum tahu bila tapi dalam minggu ni la..huhuh dah la tak berapa nak progress master aku ni semua gara2 banyak sangat masalah yang melanda sejak akhir2 ni. Takleh fokus...

Aku dan encik suami dah decide untuk pindah ke Johor iaitu rumah mak bapak aku pada bulan Januari tahun depan. Semuanya sebab kami rasakan taraf hidup yang tinggi di sini. Kalau duk Johor macam2 kitorang boleh jimat..contohnya sewa rumah, duit minyak, duit tol encik suami ulang alik dari Kerteh ke sini, dan bil2 mengarut dari Perbadanan Perumahan kat sini...insurans la, sembur serangga perosak la, sewage system, indah water dan berbagai lagi la..aku pun dah tak hengat..Satu lagi sebab ketara adalah kerana kasihan dengan mak mertua aku yang terpaksa ulang alik ke sini. Walaupun dia tak kisah tapi aku kesian la pulak...kalau aku hantar nursery anak aku pun tak boleh jugak kalau takde orang teman aku kat rumah sepanjang peninggalan encik suami selama 2 minggu berkerja. Serius tak boleh aku duk sorang2 menjaga Insyirah di rumah...nanti satu keje tak boleh buat. Nak ke kedai beli lauk takkan asyik nak bawak dia..tak larat woo..pastu kadang2 nak mandi or ke bilik air pun aku takut nak tinggal dia sorang2 sebab takut dia buat benda pelik2 yang boleh membahayakan diri dia...contohnya aritu tengah aku sibuk buat keje, insyirah sibuk meniarap..aku biarkan je la. Sekali dia muntah, aku tak perasan..pastu bila kepala dia penat dia leh sembam muka dia atas muntah dia. Aku ternampak and aku angkat muka dia penuh satu muka dia ngan muntah tu..abih masuk idung...dia macam nak lemas..aku cepat2 lap. Tengok...tu aku ada kat sebelah dia tu...cuba kalau time tu aku buang air besar ke (aku nak menunjukkan masa yang diambil..kan buang air besar lama, bukan aku saja2 je nak citer pasal buang air besar hehe) and dia tinggal sorang2 and terjadi benda camtu...tak ke merbahaya. Tu sebab kena ada 2 orang jaga dia ni..bila aku solat or pi bilik air, mak mertua aku jaga, pastu turn mak mertua aku lak..Satu lagi, mak mertua aku ni jenis tidur malam awal...so aku la kena sentiasa ada di sisi Insyirah..Insyirah ni lak time tu la dia nak mengaruk la apa la...so takleh la aku nak wat keje2 master aku..agak mengganggu la tapi aku taknak la jadikan itu alasan sebab tu kan tanggungjawab tapi kadang2 takleh tahan gak..

Kalau duduk ngan kedua ibu bapa aku, kehidupan aku agak teratur...makan minum no worry, my mom kan ada kihkihkih pastu mak aku pun jenis tidur lambat leh la tolong tengokkan Insyirah. Bila encik suami balik laut, aku tak bimbang duk sorang2..keadaan sekeliling rumah yang aman damai pasti tidak membuatkan aku tension...kalau sekarang duk flat, bukan leh kuar jenjalan...duk terperap je...pengap otak aku. Duk umah mak aku, leh la jugak keluar2 tengok jiran2..pi taman permainan depan umah aku tu...kiranya banyak la aktiviti. Laut pun dekat, boleh aku pi mandi laut huhuhuhuhhu...

Tapi bagaimana pula dengan master aku? Hmmm aku decide untuk berbincang dengan supervisor aku,....nak mencapai satu persetujuan. Bagi mendisiplinkan diri and agar aku tak lupa diri bila dah duk sana nanti, aku decide untuk memberi progress report by the end of the week..dan aku akan ke KL untuk beberapa hari bila encik suami balik semula ke darat. Kot2 la supervisor aku nak jumpa ke or ada urusan2 lain pasal master yang memerlukan aku berada di universiti.

Itulah impian aku sekarang ni...aku takleh duk sini dah...sakit kepala aku...banyak benda aku nak fikir. Lagipun kalau duk ngan mak aku leh la teman dia jugak..saling berteman la. Mak aku pun duk dua orang je kat rumah tu...kalau bapak aku pi main badminton sampai tengah malam, mak aku kat rumah ni risau je...duk sorang2...umah besar lak tu..ngeri jugak la kalau aku jadi mak aku huhuhuuh

Harap2 dapatlah aku pindah...tak tahan dah....boleh sakit mental.

Saturday, October 31, 2009

Mengomel pasal True Blood di malam hari

Wahwah...entry di malam hari...baru selesai menonton cerita bersiri di Cinemax..apa lagi jika bukan True Blood..yeah!!! Ini cerita membikin hatiku selalu berdebar2...the element of suprise sentiasa ada bagi menjadikan cerita ini best dan lemak berkrim..Rasanya episod minggu ni last episod for season 2...ending dia Bill Compton si encik vampire yang hot telah proposed Sookie Stackhouse girlfriend manusianya...tapi Sookie kata dia tak tahu lak nak terima ke tak lantas berlari ke bilik air..setelah mencuba cincin yang Bill bagi dan terlihat betapa besarnya diamond pada cincin tersebut dia pun senyum kambing dan berlari pula keluar dari bilik air sambil menjerit "I do Bill, I do" tapi encik vampire dah takde kat situ dah sebab dah kena culik...pastu abeh citer...so adakah ending yang besh?? Aku dah dapat agak apa sambunganya...mesti Sookie salah sangka ingat Bill tinggalkan dia..mesti dia bengang giler and merajuk...biasa camtu la citer ni...penuh drama..huhu namun aku tetap setia menontonnya...bukan hanya kerana cerita cintanya namun aksi2 hebat disebalik itu hehehe yelah kalau dah citer pasal vampire la, shape shifter and mind reader, tak ke best tu..macam citer Heroes la pulak..

Apa ke halnya la aku duk membebel pasal True Blood ni? Padahal dah kul 12 malam dah hahahahaha....aku saja je..mata tak ngantuk lagi and esok bukan kena pergi belajar pun.

Ok, dah...kalau rajin aku up lagi entry baru hehehehe

Sudah tidak stress, makan oat banyak2

Redup je pagi ni...ujan turun dari malam tadi..pagi ni baru berhenti.

Kejap je dah hujung bulan kan? Petang semalam aku bergembira sebab duit biasiswa aku dah masuk...aku bukak cimbclicks sebab nak bayar duit sewa umah sekali aku tengok amaun dalam akaun tu lain macam je...aku pun check transaction history and memang betul la duit biasiswa aku dah masuk...kata aritu dia nak bagi cek..mesti akak tu kesihan kat aku so dia terus bank in kan..tak payah aku nak deposit cek pastu tunggu cek clear..

Anyway, ada 8 hari je lagi and Insyirah akan berumur 6 bulan..dia dah boleh start makan dah..yeay! Sejak akhir2 ni aku perhatikan Insyirah suka tengok orang makan depan dia...siap telan air liur lagi. Macam kecur gitu...kadang2 kesian gak tengok..dia macam nak je makan hehehhehe..anyway, orang kata semakin besar anak kite kadar penghasilan susu akan berkurangan..tambah pulak bila dia dah start makan..minum susu pun akan kurang..bila kurang minum susu kuranglah penghasilan susu...kan susu ni suply by demand..lagi banyak susu kite keluarkan dari breast lagi banyak dia hasilkan...sebab tu kena emptykan breast selalu..

Sasaran 6 bulan aku hampir berjaya...pasni kena teruskan pulak untuk setahun. Nak capai target tu aku kena pastikan susu aku sentiasa ada untuk Insyirah...macam sekarang ni aku sentiasa berfikiran positif..aku sentiasa yakin susu aku cukup untuk Insyirah..aku tengok Insyirah pun kenyang je minum susu..Namun begitu, aku sentiasa makan makanan yang boleh membantu menghasilkan susu dengan banyak macam oat, minum air soya dan sebagainya. Sebelum2 ni aku biasanya bancuh oat tu campur dalam horlicks or milo. Tapi kelmarin aku beli nesvita oat tu..senang sikit keja aku..tinggal tuang air je..tapi takleh tuang banyak nanti tawar hehehe lagi satu kena tunggu lama sikit air tu biar oat tu lembut..kalau tak keras semacam je. Oat tu tak macam Quaker oat dalam plastik merah tu..letak air sikit je dia lembut dah..

Rasa dia? Emm ok la..dia macam susu campur oat. Boleh diterima tekak la..lagipun aku memang suka oat. Sambil2 membantu mem'boost'kan susu, oat jugak dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kan? Kan ke bagus tu heheheh..

Friday, October 30, 2009

Masih lagi stress

Hari ni masih stress..so tiada entry untuk blog hari ini..eh ni bukan entry ke? apa daaa

Thursday, October 29, 2009

hari ini aku stress

Hari ni entry stress...

STRESS...STRESS..STRESS..

Sungguh tidak elok stress tu bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan..tapi takleh nak elak. Aku stress pasal biasiswa lagi...senin aritu aku kol bendahari dia kata dia akan key in nama2 yang akan terima duit tu pada hari tersebut. Hari selasa aku check akaun..takde..yillek..hari rabu, check lagi..takde jugak...hari ni aku pergi terus ke bendahari sebab takut dia bagi cek bukan masuk terus ke dalam akaun..orang kat kaunter tu kata memang diorang bagi cek...dia pun cari la cek aku..cari punya cari..punya cari...tetiba dia berhenti and dail nombor kat relefon. Dalam hati aku "mesti ada masalah lagi ni". Lepas dia cakap apa tah (perlahan sangat dia cakap tau..leh pulak orang kat tepon tu dengar) dia pun letak..aku dengar dia cakap "ooooo" je.. Pas letak tepon dia kata aku punya cek ada masalah...masa tengah tulis cek tu tetiba sangkut ke hang ke apa tah (diorang guna komputer tulis cek tu). Dia kata "jangan risau la, cek awak tgh diprocess..ada masalah sikit je. Nanti awak kol cik X (nama dirahsiakan hehehe) untuk tahu lebih lanjut". Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.........sungguh bengang.........lepas satu..satu masalah...macam berat je rezeki aku sekarang ni kan?? Macam duit tu kalau boleh memang taknak datang kat aku...hutang masih tertangguh tak berbayar..dah nak masuk bulan November dah...

Lepas dah tau benda ni, aku jadi stress...bertambah stress bila nak buat kerja....otak aku jammed..takleh guna..banyak termenung je..tambah pulak aku mengantuk tak cukup tido. Balik umah ingat nak lelap kejap so that malam ni leh la aku belajar tanpa rasa mengantuk tapi Insyirah wat hal pulak..tido tak sampai setengah jam dah bangun...pastu mengaruk...bising je mulut dia...bagi susu taknak lak..dia main2 tapi kejap2 nangis...wahh bertambah stress aku...

Aku biasanya kalau stress aku terasa nak makan je...huhuhuhu mula la terbayang KFC, McD, Kenny Rogers, pizza hut...hmmmmmmmm sungguh tak berkhasiat sumanya fast food.

Pesanan kepada diri sendiri: Yuyun, silalah menahan diri anda ye dari makan benda mengarut2...membazir je huhuhuh kan tengah gawat ni...

Wednesday, October 28, 2009

Ibu mertuaku yang best

Ramai orang kagum yang aku leh duduk ngan mak mertua...lagi kagum mak mertua aku sanggup datang ke KL sebab nak jaga Insyirah. Sebenarnya kan aku rasa untung sesangat dapat mertua macam mak mertua aku ni. Orangnya baik, penyayang,ramah mulut..senang la nak bawak bercerita apa2...Dia dengan anak2 mahupun menantu memang sangat baik dan akrab..cucu2 dia semua dia sayang..takde nak beza2kan.

Masa aku mengandungkan Insyirah, encik suami awal2 lagi dah cakap kalau boleh taknak hantar Insyirah ke nursery or rumah pengasuh sebab takut..dah banyak kite dengar cerita pasal keganasan yang berlaku di tempat2 tu kan (tengok 360 hari tu lagi menyebabkan aku takut..banyak pusat jagaan kanak2 tidak ada lesen??? apakah??)..tambah pulak kedua mertua aku pun tak berapa setuju jugak..sebab kakak ipar aku dah penah kena dulu masa dia hantar anak dia ke nursery..anak dia jadi penakut tiba2..duk belakang pintu, mungkin pengasuh tu garang sangat ngan dia sampai jadi camtu..pastu penah budak tu taknak minum susu botol (sebab dia fully bf), pengasuh tu pulak tak berusaha nak bagi and biar budak tu menangis kelaparan. Yang dia tau telefon maknya berkali2..kan ke susah tu..kalau dia seorang yang terlatih dia mesti tahu nak handle situasi macam tu kan? Disebabkan inilah tah cemana encik suami leh mintak mak dia jagakan Insyirah selama dua minggu setiap bulan bila encik suami pergi kerja. Memula aku fikir nak ke mak mertua aku ulang alik macam tu...kesian lak kat dia tapi suprisingly dia terima..dia kata dia sanggup jaga asalkan keselamatan Insyirah terjamin..see bagus dan best kan?

Sepanjang mak mertua aku duk ngan aku kat sini takde apa masalah pun berlaku...aku jadi tak bosan duk rumah sorang2 sebab ada kawan borak hehehe. Aku lak memang suka borak ngan mak mertua aku ni sebab dia banyak cerita...orang berumur macam dia mestilah banyak pengalaman hidup...so dia kongsi la pengalaman dia kat aku..kan bagus tu. Bertambah lagi bagus aku dapat tau banyak cerita2 encik suami masa kecil2 dulu hahahahah memang seronok la. Aku gelak memang tak hengat la sebab selalunya ceritanya kelakar2 belaka..yelah zaman kecil2 kan zaman kite perangai tah hapa2...kalau aku teringat cerita aku kecil2 dulu pun aku duk bantai gelak..banyak benda mengarut yang aku buat masa sekolah rendah dulu..sekolah menengah pun apa kurangnya..

Bila mak mertua aku cerita pasal anak2 dia especially encik suami, aku rasa aku makin kenal encik suami..semua rahsia aku tau hohohohoho..pastu aku pun berlagak ngan encik suami bahawasanya aku dah banyak tau cerita pasal dia. kalau nak harap encik suami cerita..hmmm tak payah la. Dia jenis berat mulut tak macam aku ni..semua benda nak cerita..tu lah perbezaan ketara antara aku ngan encik suami. Tapi orang kata suami isteri saling melengkapi kan..tu sebab ada perbezaan antara satu sama lain. Whatever pun aku dah ada informer baikkkkk punyaaaaa...kahkahkahkah...mesti berbulu je encik suami baca belog aku hari ni.

Wif mak mertua, encik suami and Insyirah semasa dinner di Kuantan. Keluarga pink gitu.

Tuesday, October 27, 2009

Asyik cerita pasal CD macam pakar je

Entry ni sebenarnya aku nak khaskan cerita pasal CD tapi aku nak beremosi dulu kejap kat sini huhuhu...Ok camni, masa on the way pergi belajar aku dengar la segmen 'merisik kabar' kat radio era tu. Pak Nil telefon sorang perempuan bernama Lisya yang mana dia baru pas melahirkan ans tetiba suami dia nak amik anak dia and tinggal ngan pompuan lain...bangsat sungguh jantan tu. Aku tak tahan sebak..nak mengalir air mata aku. Jantan jenis apa la tu...dahla masa bini dia mengandung dia sibuk ngan betina lain, pastu sekarang nak putuskan kasih sayang seorang ibu ngan anaknya pulak. Pak Nil suruh perempuan tu pikirkan diri sendiri dulu sebab perempuan tu taknak cerai sebab dia taknak besarkan anak dia sorang2...aku paham kenapa dia camtu...yelah bila dah ada anak ni susah wei nak jaga sorang2...at least kena ada sokongan dan bantuan dari suami. Tapi kalau dah jadi camni, baik bercerai je...memang dah sah lelaki tak bertanggungjawab...awek laki dia tu mengong..sanggup tengok kaum sendiri menderita. Aku cuma dapat berdoa je la supaya Allah sedarkan orang2 macam ni...

Ok cerita pasal CD...tak tau kenapa aku terajin bebenor la kan ketip2 gambar CD ni...aku nak tunjukkan perbezaan CD2 yang aku guna..eh Insyirah yang guna..


Baiklah, dari kiri ke kanan.. CD Lunatot (pink), Coolababy (merah) and Babyland (corak2)


Ikut turutan yang sama..ni rupa dalamnya.


Ni pula bahagian poket..kalau Lunatot dia ada penutupnya..



Ini Coolababy..takde penutup..ternganga je tapi kain paket tu dia lebihkan...so insert tu takdelah terjulur keluar and menyentuh kulit bayi..




Kalau Babyland punya camni lak...takde penutup jugak and bila aku masukkan insert mesti terkeluar sikit sebab aku dah buttonkan bahagian depan so that CD ni kecik sikit tapi insertnya panjang so terkeluar la..


Ni lak kedudukan button2nya...kalau perhatikan Lunatot punya button kat pinggang tu double tapi yang lain2 sebaris je..kenapa camtu? Kena tengok gambar bawah. And lagi sau, CD coolababy button dia tak penuh sebaris..kalau tengok ada gap kat tengah tu..kadang2 susah nak agak nak button katne..tapi at the end boleh je sebenarnya...kena pandai adjust la ye.


Ok, gambar yang kiri tu button Lunatots..tu sebab dia double sebab bahagian pasangan button tu pun double..sebelah tu pulak Coolababy punya.


Yang ni pula adalah insert...insert ni dimasukkan ke dalam poket cd..insert ni la yang akan menyerap segala air kencing bayi..Walaupun dah masuk lam poket, jangan risau ianya takkan bocor sebab bahagian sebelah lagi poket (maknanya yang kat luar tu) dah dilaminatekan macam plastik gitu...so air takkan keluar la..


Ok, yang ni aku nak tunjuk pelarasan saiz..sebelah kiri gambar adalah saiz asal..tidak diubah apa2 manakala sebelah kanan lak cd yang telah diubah saiznya dengan cara membuttonkan yang tengah2 tu..susah lak aku nak terangkan..paham ke? kuikui..

Ha begitulah adanya..bagi aku semua cd ni ok je..aku pakaikan Insyirah cd coolababy and babyland tu pada waktu siang and malam sebelum tidur and insertnya satu sahaja...berapa banyak and daaa...hahah... Kul 12 malamnya lak aku akan tukarkan Insyirah dengan CD Lunatot and insertnya mesti di doublekan so that leh tahan sampai pagi.

Cececece bercakap macam aku tokey CD kan?? huihuihui..

nota tumit: aku interested dengan kaedah Hypnobirthing yang diceritakan dalam belog Kak Sue..bagi yang nak melahirkan tu maybe leh cari maklumat lebih lagi pasal benda ni. Dah terbukti, melahirkan tidak menyakitkan kalau kita tahu caranya..ada teknik2nya and ada kisah benar tau pasal kaedah ni...kagum bila aku membacanya. Maybe next time aku boleh belajar guna kaedah ini hehehehhe

Sila klik link ini kalau nak tau kisah tersebut and prepare to be amaze..hehehe

http://www.hypnobirthing.com.my/my-second-birth-painless-all-natural-unattended-homebirth

Monday, October 26, 2009

Menghasut orang lain pakai CD walaupun aku bukan taukeh CD

Hujung minggu lepas aku melepak2 di rumah kakak ipar aku di Gombak. Mak mertua aku yang nak tidur sana..dia kata lama dah tak pi umah kakak ipar aku tu. Aku pergi ke sana hari Jumaat pagi...petang Jumaat tu aku pergi makan2 kat restoran Arab depan LRT Setiawangsa...orang belanja kena la pergi kan hehehe. Balik dari makan tu kul 5 lebih..sampai Gombak kul 6 lebih sebab aku terpaksa patah balik ke UM nak amik kereta (aku pergi ke restoran tu tumpang lecturer). Malam tu anak tiri kakak ipar aku datang...dia dah kawen and ada anak dua. Anak dia yang bongsu umur setahun dah kalau tak silap. Lepas tengok citer Nur Kasih, aku pun nak bawak Insyirah naik tingkat atas, nak tidur..aku bawak la sekali CD nak salin kul 12 malam nanti. Tetiba suami kepada anak tiri kakak ipar tu berkata "yang warna hijau tu (CD tu warna hijau) pampers ke?". Aku pun jawab la "a'ah pampers, tapi yang ni boleh dibasuh..orang panggil lampin kain moden". Semua orang gelak bila aku kata camtu hehehehe diorang semua tak penah dengar pasal CD ni. Pastu aku pun naik la atas...

Keseokan harinya, anak tiri kakak ipar aku tu datang lagi...Then kebetulan aku nak tukar CD Insyirah sebab dah tiga jam pakai (Insyirah ni kuat kencing..pakai 3 jam je kadang2 penuh dah hehehe). Dia pun tengok je and tetiba dia kata dia macam interested to try CD tu. Dia tunjuk kat suami dia and diorang bincang2 la nak try pakaikan kat anak dia. Dia cakap dia belanja diaper je beratus2 sebulan...rasa macam buang duit. Aku pun katalah memang ramai orang rasa camtu..agak membazir jugakla sebenarnya pakai disposable diaper ni. Tambah lagi kalau baby tu kuat kencing or berak..asyik bertukar DD je la..Pastu dia macam dah terpengaruh dengan aku heheh dia pun suh aku sunggest yang mana ok since aku pakai 3 jenama CD (Lunatots, Babyland and Coolababy). Aku kata kalau nak kemas jahitan atau design dia pakai la Lunatots...dia siap leh tutup tempat masuk "insert" tu..kain dia pun lembut je...a bit mahal tapi puas hati la kan...kualiti tu ada..and tak le semahal brand lain sampai rm80 ke atas...Dia angguk2 je and mintak website untuk tengok CD tu..aku pun bagi jela..tak sangka lak aku berjaya pengaruh orang untuk pakai CD ni.

Masa raya aritu makcik aku datang umah...anak dia kecik lagi (aku cucu sulung, so tak hairan la sepupu2 aku ada yang baby lagi hehehe) . Dia tengok aku pakaikan Insyirah CD and dia pun tanya la jugak macam2 pasal CD ni...soalan yang aku biasa dengar bila orang tengok aku pakaikan Insyirah CD ialah "nanti dia buang air besar camne? Kena berus la? tak larat la kalau camtu". Aku senyum je bila makcik aku tanya soalan tu...aku bagitau dia tak susah pun sebebnarnya..bila Insyirah poo, najis tu senang ditanggalkan..aku tak pernah berus CD tu...aku gosok2 je then ada sikit2 kuning tu aku rendam dulu...pastu masukkan lam washing machine...hilang terus..nak lagi bagus pastikan jemur bawah matahari..memang takde kesan la. Aku kata lagi, nak guna CD ni kena ada komitmen heheh ngada je berkomitmen2...tapi memang betul la..takleh malas2...nak buang duit ke nak basuh CD? Bukan kite kena berus sehelai2 CD tu...campak lam washing machine je..kalau kita rasa kita berduit so takpela pakai DD pun...kalau macam aku ni...takpela..aku sanggup basuh CD Insyirah...dah berjimat beribu ringgit sebenarnya sebab Insyirah pakai sejak umur dia 3 bulan and aku cuma kuarkan duit (eh bukan aku kuarkan tapi encik suami huhu) rm500+ je untuk 15 helai CD yang mana aku boleh gunakan sampai Insyirah boleh buang air sendiri. Kalau tak caya cubalah buat kira2 sendiri...aku malas nak buat sebab kalau pi blog orang lain yang guna CD, diorang semua buat dah and memang dah terbukti hehehe so takyah la aku buat hahahhaha...

Malas la nak letak gambar kat entry ni huhuhuhuh...

Thursday, October 22, 2009

mengarut

Pejam celik kejap je dan nak Jumaat...kadang2 rasa besh sebab nak ujung minggu dah kan...coti..tapi kadang2 rasa tak besh kerana bila masa cepat berlalu maknanya aku kena cepat la jugak siapkan master heheheh

Anyway, semalam aku kata aku ngantuk je kan and sakit2 badan...malam semalam aku tido awal giler...kul 9 lebih aku dah tido...kul 1 aku bangun kejut Insyirah minum susu and sambil tu aku pam. Pastu dalam kul 5 pagi Insyirah kejap2 merengek...seminit pastu merengek lagi..pastu merengek lagi...adoi...asyik dok terjaga je la aku. Dah bagi susu pun merengek lagi..sib baik bila bangun pagi takla berapa mengantuk sangat sebab aku tido awal kan.

Esok pagi aku akan hantar mak mertua and Insyirah ke rumah kakak ipar kat Gombak. Mak mertua aku nak tido sana lak...so aku kena pergi ke UM dari gombak la..esok gak salah seorang supervisor dalam team SOC nak belanja kitorang suma makan kat restoran Arab di Jelatek. Tang mana kat Jelatek tu pun aku tak tau...huhuhuhu so esok aku tumpang supervisor tu je la.

Tibe2 aku terperasan kat betis aku tumbuh taik lalat haahhaha..timbul lak tu macam taik lalat idup je..

apa daaaa...mengarut je...

Wednesday, October 21, 2009

Sakit bahuku itu

Sejak semalam aku tak lena tidur...tak tahu kenapa. Bila bangun sakit2 satu badan..pinggang kanan aku sakit, tengkuk sakit...pagi ni lak bahu kiri aku lak sakit...bengang sungguh aku. Pastu rasa mengantuk je..kenapa ya bisa jadi begini..takkan la sebab aku berjaga malam sebab nyusukan Insyirah...sebelum2 ni aku camtu gak tapi sedap je tidur..kira tak letih or sakit2 badanla walaupun tak cukup tidur..hmm sabar je la..

Emm encik suami dah selamat berada di platformnya..so aku pun berchatting je la ngan dia tiap2 malam...

Lepas aku taip ayat di atas aku terus blur..apa benda aku nak cerita hari ni..huhuhu kepala aku ting tong dah sebenarnya..ngantuk+sakit bahu..sungguh menyeksakan..

Nak menuai tanaman di Farmville pun takde mood..kalau tak gigih je aku menuai, menanam, collect susu dan sebagainya..

Emm dahla..mata aku macam nak tertutup rapat dah huhuhuhu

Tuesday, October 20, 2009

Encik suami mempengaruhiku

Hai..salam sejahtera..

Entry ni dimulakan dengan satu soalan....apakah influence yang telah dibawa oleh pakwe, suami atau pasangan anda ke dalam hidup anda. Aku dah setahun dengan encik suami...ada beberapa perkara yang membuatkan aku terpengaruh dengan dia...contohnya dengan pemakanan sosej..ye..sosej. Aku ni tak berapa minat makan sosej tapi sejak kahwin ngan encik suami dia suka makan sosej and dia gak yang ajar aku masak sosej bentuk sotong. Huhu camne tu? Sosej tu di belah dua dan kemudian di hujung sosej tu kite belah 4..jangan belah abih tapi separuh je..pastu goreng..terus jadi macam sotong sebab dia akan kembang time goreng tu..

Encik suami juga suka dengan kereta..dia selalu beli majalah motor trader tu..dia suka search kat mudah.com untuk tengok kereta2 idamannya..aku pun kadang2 duk terikut2 nak tau pasal kereta..contohnya, kadang2 aku akan tanya kereta ni berapa cc, harga dia berapa, laju ke kereta ni, camne nak bezakan honda type R ngan mugen, camne nak bezakan bmw 3 series, 5 series, and 7 series dan macam2 lagi la...satu topik yang aku rasa orang perempuan jarang nak amik tau huuhuhu tapi aku suka amik tau sebab encik suami ada untuk menjadi tempat pertanyaan.

Dan yang last sekali adalah tennis...Tennis merupakan sukan kegemaran encik suami ku...daripada aku tak tau langsung terus aku jadi tau..camne nak baca score tennis tu...camne nak tau out ke tak..apa itu challenge..apa itu pukulan ace dan macam2 lagi la. Aku juga kenal beberapa pemain tennis..tapi lelaki je la hehehe sebab encik suami suka tengok yang lelaki punya..yang perempuan jarang. Pemain tennis lelaki yang aku kenal mestilah Roger Federer, Rafael Nadal, Nikolay Davydenko, Novak Djokovic and sorang lagi Tsonga sebab rambut dia afro kuikui..diorang ni semua aku kenal sebab encik suami asyik sebut je...pastu kalau dia berkenan kat baju yang diorang pakai time main tennis mesti dia nak cari..yang encik suami dah ada baju Djokovic warna ijau ngan oren jenama Adidas..sekarang dia nak baju Nadal lak jenama Nike..begitu kuat pengaruhnya kan??? Dahsyat...sib baik dia taknak kumpul raket tennis pemain2 ni..takpun kasut tennis ke..

Inilah Rafael Nadal..encik suami nak baju ni la...memula aku tengok si nadal pakai macam biasa je...lagi2 seluar kotak2 tu..tak berkenan sungguh aku huuhuhu tapi semalam kat midvalley aku teman encik suami window shopping. Masuk kedai Nike sebab nadal ni kira duta Nike la...design baju kat atas ni ada tapi warna putih ngan kuning je..ijau takde lagi. Aku pegang la baju tu...huhu lembut..material dia sangat bagus..jahitan dia sangat kemas..bintik2 kat dada tu ingat bintik biasa je tapi dia tenggelam sebenarnya..seluar kotak2 tu pun ada warna putih je..cantik lak aku tengok hehehehe..


Ini pula encik Djokovic..dia duta Adidas...terer jugak la main tennis

Ni pula Davydenko..aku ingat kan Davydenko ni nama pompuan hahahahha apakah? Bengang je encik suami bila aku tanya mana satu Davydenko? Dia pompuan kan? Ha..Davydenko menang masa main kat Shanghai baru ni..dia kalahkan Nadal..sian Nadal keciwa..Ok..yang last sekali ni rasanya ramai yang kenal..inilah encik Roger Federer...penah jadi pemain no 1 dunia macam Nadal..dia ni kaya raya woooo...tersenarai dalam selebriti terkaya dunia..yelah, setiap kali menang main tennis dapat berjuta2 mana la tak kaya..sukan tennis ni memang sukan kaya macam golf.

Ceh aku ni cerita macam terer je tennis kan...tak terer pong sebenarnya....banyak lagi istilah yang aku tak tau dalam sukan ni...kalau encik suami baca belog ni mesti dia nak termuntah aku cerita pasal tennis huhuhu

Begitulah pengaruh yang encik suami bawa di dalam hidup aku...bagaimana pula anda?

Monday, October 19, 2009

Hari minggu dan biasiswa yang tak sudah2 dengan masalah

Dua hari sudah tidak update..malas sebenarnya... Anyway, aggapanku tentang besday aku hari tu tepat belaka...encik suami lupa huuhu tapi aku tak marah dia sebab aku tau dia sibuk pergi FAT tu and tambah pulak ngan masalah yang kitorang tengah hadapi ni. Yang bestnya kan, encik suami pergi FAT sampai tengah hari Jumaat tu...aku lak tak tahan tunggu and nak dia wish jugak..aku pun sms dia tanya "hari ni hari apa?". Dia balas "hari jumaat". Sampai umah tengah hari tu aku tanya lagi ulang2 kali sampai dia macam nak marah. Last2 aku tanya lagi "hari ni berapa haribulan?" Dia jawab "16 haribulan la..kenapa ni?" Aku tanya lagi "16 haribulan apa?". Pastu die berfikir and senyap..pastu dia senyum dan dikuti dengan gelak ketawa...dia kata dia lupa. Dia terus wish..pastu dia amik hp dia taip sms..rupa2nya sms kat aku wish happy birthday. Aku buat2 merajuk la huhu pastu dia wish banyak2 kali and cium pipi aku hehehe...

Hari esoknya (Sabtu) kitorang pergi ke rumah terbuka sepupu aku di putrajaya. Akhirnya dapat gak aku tengok anak sepupu2 aku tu...raya aritu tak dapat jumpa sebab aku kan beraya di Endau. Lepas makan2 kitorang gerak pula ke Alamanda..saja nak tengok apa bestnya Alamanda itu tapi parking penuh lak...aku lak malas nak tunggu encik suami terpusing2 cari parking last2 aku kata balik je la. Encik suami mencadangkan supaya kitorang pergi ke Sunway Piramid..sampai sana kitorang pi window shopping ke kedai2 jual baju sukan sebab encik suami nak tengok baju Rafael Nadal pakai time tournament kat beijing ngan Shanghai baru2 ni..Kenal ke Nadal? hehehe dia pemain tennis...itu sahaja yang saya tau..rekod pencapaian dia saya tidak tahu huhuu sila google la kalau berminat..mamat nadal ni hot juga la huhu tapi tak se hot encik suami ku kihkihkih

Lepas berwindow shopping (oh..baju tu belum memasuki pasaran Malaysia lagi) , kitorang pun pergi makan di Secret Recipe...menu yang ku pilih adalah steak lembu...ummm cedap...aku suka...kuah dia enak. First time makan steak and aku suka..

Gitulah cerita hujung minggu ku..

Baiklah, mari kite bercerita pula pasal benda yang menyakitkan hati pula. Begini...ingat pasal bisiswa aku tu? Hari Jumaat lepas kakak bendahari tu kata dia dah suh staff yang uruskan biasiswa masukkan duit and dia suh check pagi Senin kalau hari JUmaat petang duit tu tak masuk..sejak dua tiga hari ni aku takleh acces website cimbclick..maka petang tadi aku ngan encik suami pergi ke bank untuk melihat duit tu...keputusannya..hmmm hampeh...aku pun call kakak bendahari tu...dia kata dia ingat aku Nurul Huda Binti Husin dia pun sama cam aku tak dapat2 biasiswa agaknya)...ramai sangat Nurulhuda dia kata sampai tercampur aduk...kalau anak Pak Husin duitnya memang dah masuk..masa hari Jumaat aku call tu dia tersilap. Dia cakap dia call IPS and IPS kata surat aku ada kat atas meja pegawai untuk disahkan biasiswa aku...dia cakap lagi IPS terlepas pandang nama aku sebab ada ramai nama Nurulhuda..hmmm pulak dah...aku sungguh tak sangka masalah ini sebenarnya berpunca dari nama aku?? Dahla baru nak disahkan biasiswa aku...sungguh haram jadah...surat pelanjutan yang dia bagi kat aku pada 31 Julai..hello, sekarang dah bulan berapa???? Kenapa baru sibuk nak sah la apa la...

Aku tanya lagi bila pulak aku nak dapat duit tu? Kakak tu kata mungkin dalam minggu ni surat tu dapat kat tangan dia and dia akan terus proceed bila surat tu sampai. Berkecai hati aku...So pengajaran yang aku dapat dari kejadian ini adalah, bagilah nama anak2 anda dengan nama pelik2 or vouge or lain dari lain..macam Erra Fazira ke, Rafael Nadal ke (ecece dan2 tu jugak bagi nama si nadol ni), nama2 bunga or buah-buahan ke so that orang takkan terlepas pandang bila nak bagi duit biasiswa nanti...bolehkah begitu?? Bagus ke pengajaran yang aku bagi tu?

Photo of the day...sejuk sikit hati aku bila tengok gambar ni...senyum simpul anak dara mak ye..

Friday, October 16, 2009

Seharian bersama Insyirah

Semalam seharian aku duk umah ngan Insyirah. Aku takleh pergi belajar sebab encik suami pergi FAT kat klang tu and takde sapa nak jaga Insyirah. So, bila duk umah golek2 tengok tv, buat kerja master aku pastu tetiba otak jammed..aku pun layan la Insyirah. Semalam satu hari insyirah main je..tido kejap2 je..dalam setengah jam je pastu dia bangun. Semalam gak satu hari aku jenuh mengangkat Insyirah baring semula kat tilam dia sebab dia asyik bergolek takpun mengesot2 guna montot ke lantai. Aku perhatikan yang Insyirah memang suka baring atas lantai...mungkin sejuk kot.


Tengok dia baring dengan bestnya di atas lantai..boleh diam je dia baring meniarap atas lantai camtu...siap tengok tv lak tu. Lepas tu, bukan setakat suka baring atas lantai je..Insyirah juga suka mengangkat kakinya. Dulu masa dia masih stokin, dia suka angkat kaki dia so that dia leh capai kaki dia and tarik2 stokin tu sampai menggelebeh. Semalam aku sempat merakam aksi Insyirah mengangkat kaki serta terkangkang sambil tersenyum simpul.




haha..tergelak aku setiap kali tengok gambar ni. Apa punya anak dara duk terkangkang2 je.. Pas aksi ni lak aku bagi dia selimut dia saja nak tengok apa aksi dia. Dia pandai dah gomol2 pastu tutup muka dia pakai selimut tu..Bila dia tutup muka dia pakai selimut, dia tak reti pulak nak alihkan..aku panggil2 nama dia and dia tertoleh2 cari tapi selimut tetap tutup muka dia..aku gelak2 je..kesian lak aku tengok aku alihkan selimut tu. Dia leh senyum je..macam2 la anak aku tu.

Begitulah kisah semalam selain daripada sakit hati menelefon IPS. Hari ni aku call bendahari lak and kakak bendahari tu memberitahu berita yang amat menggembirakan. Dia kata semalam lepas aku call dia follow up lagi ngan IPS and pagi tadi dia dah bagi kepada staff yang bertanggungjawab mem'bank-in' duit ke akaun2 student. Dia suh check duit tu petang ni. Kalau takde check pagi Isnin pulak and kalau takde gak baru call dia semula. Yeahhhhhhhhhh....kayo pakcik kayooo..ceh kayo kebendenya huhuhu bayar utang wei..

Oh..hari ni bithday aku..baru sorang je wish aku..jangan salah sangka..bukan encik suami okay tapi kawan aku time kat UMP dulu..kenapa encik suami tak wish2 lagi? Dia saja wat aku tertunggu2 ke??Atau dia lupa?? kalau dia lupa memang nak kena smackdown la ngan aku..hadiah dari dia dapat dah sebelum raya ari tu hehehe...encik suami bawak aku pergi kedai crocs and suh aku pilih kasut yang aku nak. Tah2 sebab dah bagi hadiah dia lupa kot?? wawawawawawawa..ini tak buleh jadi..

Thursday, October 15, 2009

Biasiswa lagi

Pagi tadi dalam kul 10 pagi, aku menelefon IPS untuk tanya pasal biasiswa...lepas tanya nama, fakulti and kursus apa aku amik, dia pun berkata begini "emm..ye...surat pelanjutan dah keluar 31 Julai hari tu"..laaaaaaa...memang le dah kuar. aku nak tau napa aku tak dapat bisiswa. So, aku pun kata la yang surat tu memang 31 Julai and aku dah amik lama dah cuma aku nak tau kenapa aku tak dapat2 lagi biasiswa tu. Dia kata dia dah bagi arahan untuk bulan Julai, Ogos, September dan Oktober dibayar sekaligus...bagi kes aku, bulan september dan oktober sahaja. AKu tak puas hati and cakap lagi kawan2 kau dah dapat untuk september dan oktober tapi aku langsung tak dapat apa2. Dia kata mungkin fail aku kat bawah...belum sampai giliran lagi..huh camtu pulak dah?

Lepas kol IPS aku call bendahari and dia kata dia nak double confirm ngan IPS and suh aku call semula kul 2 petang...tepat kul 2 aku call and dia kata IPS tak jumpa surat aku...pulak dah....sakit je hati mendengarnya. Aku tak tau surat apa..maybe surat arahan pembayaran atas nama aku. Kenapa masa aku call IPS sebelum tu dia tak cakap pun pasal surat tu..kenapa?? camne korang sume wat keje?? Asal tepon or jumpa jawapannya sama "Kitorang dah bagi arahan kat bendahari suh buat pembayaran untuk bulan september" tapi cakap je la..langsung takde tindakan lanjut seperti check betul2 nama aku ada tak dalam list arahan pembayaran tu. Susah sangat ke nak wat keje tu...bukan tu memang dah keje dia ke?? Bukan suh pi cuci jamban pastu baru check nama aku..bengang sungguh aku.


Wednesday, October 14, 2009

cerita pasal susu

Terima kasih la kepada rakan2 yang komen pada entry lepas. Setakat ni masih belum ada apa2 berita lagi pasal biasiswa aku tu. Aku nak telefon lagi hari ni tapi nombornya tertinggal dalam kereta (nombor tu kat surat pelanjutan). Aku lak malas la nak turun ke bawah sebab aku duk umah ngan Insyirah je. Tak larat aku nak dukung dia pergi ke parking lot..lagipun Insyirah banyak tidur je arini. Encik suami plak tetiba dapat kol kena pergi ke Klang untuk FAT..apa FAT tu? aku pun tak tau....yang pastinya bukan pergi menggemukkan badan hahaha. So, esok akan ku telefon lagi orang yang uruskan biasiswa tu.

Hari ni aku rasa macam susu badan aku sikit je...rasa lembik je breast. Macam kosong..Insyirah masih lagi kuat menyusu. Tadi dia menyusu tapi macam tak cukup sebab lepas menyusu dia masih isap jari pastu merengek2. Cuak aku kejap...pastu aku teringat. Aku kena tenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran bahawasanya susu aku cukup untuk Insyirah..takleh stress2. Yelah, beberapa hari ni kan aku asyik stress je..tak elok stress2 ni. Kena bertenang dan berfikiran positif...tapi kalau dah ada masalah yang mencabar diri susah gak nak bertenang huhuhu

Lepas menyusukan Insyirah maghrib tadi, aku terus turun ke ground floor dan pergi ke kedai. aku beli sekotak besar susu perasa strawberi Dutchlady, sekotak besar air soya dan dua tin air sengkuang cina sambil mengharap lepas minum soya and air sengkuang cina, susu aku akan banyak semula.

Begitulah cerita hari ni..takde idea nak mengarut apa huhu

Monday, October 12, 2009

Serabut..serabut..

Hari ni aku mulakan hari seperti biasa..ceria selalu..mandikan Insyirah, beli sarapan, menyusukan Insyirah dan pergi belajar. Sampai lab aku telefon bahagian biasiswa sebab aku dah dua bulan tak dapat duit biasiswa..agak menyakitkan hati jugakla. Serabut sangat otak aku..masa ari jumaat minggu lepas aku tanya kawan aku and dia kata dia dah dapat biasiswa sejak 7hb lagi. Member sorang lagi yang tak dapat bulan lepas dapat double bulan ni. Aku??? Haram...takde lansung. Dahla aritu (ari Jumaat) aku selesema, sakit tekak and rasa nak demam....terpaksa aku gagahkan diri pergi ke pejabat bendahari. orang kat bendahari kata rujuk IPS, pi IPS and dengan berlagaknya budak lelaki yang jaga kaunter tu terus cakap "memang la tak dapat lagi, kitorang baru bagi arahan semalam" Dol betul la dia ni..puas aku cakap kawan2 aku yang lain dah dapat kelmarin (7hb) dia tetap kata bulan September punye dia baru bagi arahan..takkan dah dapat. Apasal la ko ni bongok sangat...nak aje aku ketuk kepala dia. Dia langsung tak tengok surat pelanjutan yang aku bawak...langsung tak amik nama aku and check. Sedih sangat rasa sebab aku desperate ok...dahla beraya bulan lepas guna duit laki aku sampai dia sendiri pun dah takde duit langsung. Dalam wallet ada berapa ringgit je..terpaksa pinjam kat mak dia pulak. Kereta bulan lepas aku tak bayar lagi pun tau...yang lain aku dah bayar guna duit pinjaman tu....Tak patut la diorang buat camni...kan student macam aku bergantung sepenuhnya dengan duit tu.

Lepas pi IPS tu aku tak puas hati, aku pi Bendahari semula..kakak kat bendahari tu dengan baik hatinya check lagi sekali untuk aku and dia kata memang takde duit untuk aku...IPS tak bagi pada diorang. Kakak tu kata dia takut jadi macam kes lepas..kes apa? ha itu yang kite tak tahu tu..die kata lagi yang dia akan follow up kes aku ni. Dia suh aku pun follow up jugak. Sakit terus kepala aku...berdenyut2 rasa..memikirkan kat mana aku nak cekau duit? Takleh la bergantung sepenuhnya ngan encik suami...teruk la dia. Satu hari aku termenung..kejap2 aku menangis...aku mengadu kat mak aku. Dia kata dia leh pinjamkan duit..see terpaksa aku tebalkan muka pinjam ngan mak aku lak.

So arini sampai je lab aku kol..buleh pulak orang yang uruskan tu cuti hari ni..makin panas rasa hati ni. Aku tak puas hati aku nak jugak cakap pasal masalah ni. Orang yang jawab kol aku tu tanya pasal extension biasiswa ke? aku jawab ye and aku nak tau kenapa kawan2 aku dah dapat and aku tak dapat2 lak padahal mohon sesama? Pastu dia mintak nama aku...pastu dengar la dia bukak2 file..lama lak tu..tetiba dia kata nak no phone...dia nak rujuk pada orang yang berkenaan...hah! apa maknanya tu??? tak jumpa ke file aku??? camne korang buat keje ha?? bengangnya aku..yang jadi mangsanya aku. Bila bagitau kat encik suami, encik suami pun macam marah2...macam takde mood..tengok2 aku jugak jadi mangsa..ada yang jadi gaduh nanti kang..berdosa la orang2 yang menyebabkan aku ngan encik suami bergaduh..

Tapi at least aku bersyukur sebab pasal duit ni Insyirah tak terjejas..yelah, dia full breastfeed so takde pening nak pikir beli susu formula...pastu dia plak fully CD so takde gak la pening nak pikir nak beli lampin pakai buang tu..

kadang2 terfikir nak give up je buat master ni..banyak sangat masalah...dahlah kos hidup kat sini agak tinggi...pindah duk johor lagi best. Takla serabut macam ni..semua benda nak fikir..tambah plak ada orang bongok buat keje macam hapa...

Aku betul2 serabut arini...biarlah apa orang nak kata..aku buka pekung di dada..terseksa simpan kat dalam hati lama2..

Thursday, October 8, 2009

Insyirah dah 5 bulan

Hari ni Insyirah genap 5 bulan yeay! Aku bawak dia ke klinik pagi tadi untuk di beri injection. Masa nak inject tu, doktor mengiringkan dia sebab nak inject kat tepi montot tapi dia sibuk nak meniarap pulak hahaha..terpaksa nurse tu pegang kuat2 sebab dia tetap nak meniarap jugak. Last2 doktor cucuk je, sib baik tak nangis..heheh. Masa timbang pun dia diam je baring atas penimbang tu. Nurse kat situ tegur "diam je dia ek". Aku gelak je..anyway, berat Insyirah sekarang 7.1kg. Huhu makin lama makin berat and makin penat mendukung dia. Pas pi klinik kitorang pi ke Carrefour Midvalley sebab nak cari hadiah kahwin untuk kawan encik suami. Dia punya majlis sabtu ni di Kuantan..so sabtu ni ke Kuantan la aku.

Aku sebenarnya takde idea nak ngomel apa..tengah selesema and sakit tekak ni so tak berapa nak ada mood..

Tuesday, October 6, 2009

Terkenan penyu?? alamak!

2 hari lagi genap Insyirah berumur 5 bulan..yeah!!!..cepat je masa berlalu. LAgi sebulan untuk aku breastfeed dia secara ekslusif. Pastu akan ku sambung sampai umur dia setahun lak..harap2 muleh la. Hmm..kalau lagi sebulan umur dia nak 6 bulan maknanya lagi sebulan jugakla Insyirah akan mula menikmati makanan pejal dia buat pertama kali.wahhh excited pula aku...alat2 untuk feeding dia aku lum beli lagi. Pastu nak bagi dia makan apa? Hikhikhik..excitednya...

Esok ada potluck untuk RA2 dan student master bagi SOC team. Dengar citer memacam makanan ada sok...aku niat nak bawak nugget and sosej goreng je sok. Takde idea la nak bawak apa...huhu. So petang ni nak pi cari tupperware and nugget serta sosej di mini market. Esok pagi sebelum pi belajar kena goreng dulu. Makan banyak la aku esok...yihaaaa!!!

Encik suami dah tiba di darat dah kul 8.30 pagi tadi tapi dia kena stay dulu sebab ada jamuan raya kat ofis dia. Jamuan tu kul 2 petang lak tu...terpaksa la tunggu. Dia kata maybe sampai ke KL malam kot. Takpela..akan ku tunggu kepulanganmu huhuhuhu

Pagi tadi Insyirah macam biasa bangun2 je meniarap dulu..pastu dah puas meniarap dia main angkat2 montot dengan menolak kaki dia..kadang2 bila dia angkat montot tu dia bergerak ke belakang and kadang2 gak sampai ke lantai kepala dia. Mak mertua aku tetiba kata "Insyirah ni macam kenan kat penyu je..kaki terkangkang pastu gerak2 ke belakang macam penyu" Tersedak aku time tu sebab tengah makan nasi lemak yang sedap pastu dengar dia cakap camtu. Pastu aku ketawa hehehe...Mak mertua aku tanya lagi " Masa mengandung ada pi tengok penyu ke?". Aku pun teringat la yang aku penah pi Aquaria kat KLCC tu dua kali time mengandung..kat situ memang ada penyu shomel yang aku suka tengok..aku cakapla a'ah kat mak mertua aku. Pastu dia pun gelak...dia kata lama dah dia perhatikan Insyirah ni. Kaki dia lembut je leh terkangkang flat kat atas lantai. and bengkokkan lutut. Aku penah gak test nak buat camtu tapi tak muleh sakit rasa kat bahagian peha. Pastu aku teringat lagi aku penah gi taman buaya kat Langkawi and zoo kecik kat Langkawi gak time aku mengandungkan insyirah. Aku pun cakap la kat mak mertua aku "Mujurlah kenan kat penyu, kalau kenan benda lain susah gak..punya banyak binatang lain yang orang tengok time mengandungkan dia ni".

Betul ke time mengandung kite takleh tengok benda2 pelik takut kenan? Tengok binatang pun takleh ke? Aku tak berapa percaya sangat ngan benda ni tu sebab aku pi zoo la, aquaria la, taman buaya la time mengandungkan Insyirah. Aku ni memang suka binatang sebab dulu cita2 aku nak jadi zoologist huhuhu..

Harap2 Insyirah buat semua tu sebab saja2 je...yelah dengan cara tu dia leh gerak ke sana ke mari..nak merangkak tak reti lagi..angkat montot pun jadi la..



Gambar di zoo di Langkawi...aku cian tengok monyet ni sekor2 dia je kat sini..patutnya pemilik zoo ni kena tambah lagi sekor monyet betina buat teman monyet ni. mana aku tau monyet ni jantan? aha...RAHSIA


Di Aquaria KLCC..aku suka masuk kat lam terowong ni..ada manyak ikan...aku suka tengok ikan pari..


Taman Buaya di Langkawi.., sila abaikan montot itu..masa ni pregnant 4 bulan..cian jugak kat buaya tembaga ni...dia punya badan sangat besar sampai dia kuak2kan kaki dia tak bergerak pon..huhuhuhu..obesiti tahap kronik dah.

Nota tumit: orang kata nak anak cantik tengok wajah orang2 yang cantik, hensem..tengok orang arab or mat saleh kot2 terkenan ke..hmmm kalau aku kan baik aku tengok muka sendiri or muka encik suami..kalau tengok muka pak arab sekali kuar muka cam orang arab tak ke pelik????? Nanti orang tanya anak sapa lak ni..ha..apa mau jawab??? Ala, baca je la surah Yusuf kalau nak anak kite cantik wajahnya...and surah Maryam untuk dipermudahkan bersalin. Lagi bagus, dapat pahala baca al-Quran.

Monday, October 5, 2009

Inyirah tidur dengan peliknya

Berapa hari dah aku tak update kat sini? ala kalau update pun ada orang baca ke hihihihi bunyi cam mengada2 merajuk macam org tua nyanyuk je kan? aku tau mesti ada orang baca...camne tau?..aku tau la..encik suami kan suka sekodeng belog ni. Mesti dia baca punya..

Semalam aku kena bengkak susu atau bengkak payudara. Dah lama aku tak kena tau...dulu time pantang aku selalu kena. Tapi semalam leh terkena pulak sebabnya aku ngan Insyirah dua2 tido tak sedar diri...tau2 je dah kul 6 lebih. Biasanya sebelum tido aku akan pam dulu..pastu dalam kul 3-4 aku bangun menyusukan Insyirah. Kalau dia tak bangun merengek nak susu, aku yang bangun and kejut dia suh menyusu. Tapi malam semalam memang ngantuk sangat2. Sebelum tido lak aku tak pam sebab Insyirah dah menyusu and aku rasa breast aku lembik je. Pastu yang bestnya lagi aku bagi Insyirah ubat selesema...ubat tu kan buleh mengantukkan..ha apa lagi..dua beranak tido terbongkang tak sedar2...bangun je kul 6 lebih tu aku rasa sakit teramat sangat kat breast belah kanan..keras wei bahagian atas breast. Bile tekan huhu sakit sangat. Aku pun bagi Insyirah menyusu belah kiri and aku pam belah kanan...sekali pam leh kuar 6 oz itupun masih keras lagi bahagian atas breast tu...macam ada ketulan. Aku pun masak air and masukkan dalam botol pastu tuam. Sepanjang hari aku buat camtu and pam bagi kuar je air susu tu. Masuk sebelah petang dalam kul 5 petang aku dah rasa lega sikit...dah tak berapa sakit and keras dah. kalau tak, nak angkat tangan belah kanan tu pun dah seksa....

Tu lah pengajaran yang aku dapat semalam huhuhuh...lepas ni jangan malas2 pam breast ye..

Ok citer pasal Insyirah...sekarang ni kan selain hobi dia meniarap, Insyirah ada tabiat lain lak...dia suka tido meniarap yang tak berapa betul sebabnya gaya dia tidur tu cam meniarap + mengiring...sakit je aku tengok dia tido camtu. Bila aku betulkan dia wat semula..pastu aku biar je la maybe dia selesa camtu. pastu setengah jam kemudian, aku cuba betulkan, meraung terus dia hahahaha maybe sebab sakit tangan dia tertindih lama..pastu badan terpusing camtu..hai memacam la anak aku tu. Kadang2 kelako pun ada gak...bile dia nangis camtu aku pun pujuk pastu tido semula...pastu kekadag dia pusing balik cam gaya tidur dia sebelum tu..hehehe bila aku betulkan je meraung lagi


Ha tengok..tak ke pelik tidur camni..montot muleh flat camtu tapi badan tak flat lak macam biasa kite meniarap..mana la tak sakit...


Pastu kan, malam tadi aku tengah syok ber"mukabuku" (ahaks..aku ada mukabuku wei...ni semua gara2 terpengaruh ngan citer orang2 pasal Farmville..aku nak tengok gak best ke game tu. Aku ni memang fanatik game berkebun ni..cakap game berkebun apa aku tak penah main..eh aku macam penah citer je aku ada mukabuku..yeke? ah lantakla) tibe2 Insyirah meniarap atas lantai..padahal sebelum tu dia kat atas tilam dia..camno dia leh berpusing sampai kat atas lantai? Yang kelakonya bila aku tegur dia, dia buleh senyum je..kan sejuk lantai tu tapi dia macam suka...kalau meniarap atas tilam dia mendengus..tapi atas lantai dia leh senyum2 suka.



Tengok..tengok..bukan main senyum simpul lagi dia...best sangat la meniarap atas lantai tu


Pastu bila dah penat and kepala dah berat dia pun menghisap jari..hmmm apa2 la anakku

Encik suami balik esok..yeyeyeyeye...dia kata tak sabar nak balik...yelah time Insyirah first meniarap dia takde kat sini..hari2 asyik tanya aku kat ym apa yang anak dia buat. Cian encik suami rindu kat anak dia...


Saturday, October 3, 2009

ketupat oh ketupat

Indahnya sungguh di hari raya..
Ramainya orang bersuka ria..

Haha aku pun tak tau motif aku taip lirik lagu tu...tibe2 dia muncul dalam kepala hotak so aku taip je la..

Sebenarnya kan, aku tak puas makan ketupat la..huhuhuhu biasanya hari raya pertama memang aku belasah ketupat habis-habisan..makan plak ngan ayam masak kicap, sambal goreng, sayur lodeh, rendang daging or ayam...huhu meleleh air liur...tapi raya tahun ni aku tak berapa makan..ketupatnya ada tapi aku asyik makan laksa johor mak mertua aku masak...sedap sangat sampapi lupa nak makan ketupat...makan pun ciput je. Pastu bile dah masuk raya ke dua tak jumpa dah ketupat...kalau aku raya kat kampung embah aku kat Batu Pahat still bleh jumpa lagi sebab makcik aku memang masak ketupat banyak..leh makan sampai 2 hari..Jadi bila dah raya ke dua takde ketupat baru la aku tercari2...huhuhu sekarang ni pun terbayang2 ketupat ngan rendang and ayam masak kicap...sambal goreng pun sama..wawawawawawa...takde ke sesiapa yang sudi masakkan untuk bini zakaria yang best ni??

Aku sekarang ni kan nafsu untuk makan tu membuak2 je...bagi je la apa pun aku akan makan kecuali benda yang haram di makan la (aku tau mesti ada yang loyar buruk kalau aku tak cakap camni hehehe)..sebelum tido malam mesti aku kena makan dulu..biasa aku buat air milo and cicah ngan roti or biskut tiger yang lemak berkrim tu. Bangun je esok paginya lapar dah..huhuhuhu kuat sungguh aku makan sekarang ni..amaun nasi yang diambil setiap kali sesi makan pun banyak jugak..Dalam kepala otak asyik makan..makan..makan..huhu apa nak jadi la aku ni..


nota tumit berkerak: Insyirah dah ada hobi baru..hobinya ialah meniarap..memalam bute time orang tgh syok tidur pun dia leh bangun and meniarap..pastu sengih sorang2 bila kena marah ngan maknya sebab terjaga n terkejut tgk anaknya meniarap kol 3 pagi.

Thursday, October 1, 2009

Gegaran itu dan insyirah serta susu ibunya

Semalam petang korang semua rasa gegaran tak kat rumah korang?? dalam kul 6 petang aku terasa gegaran di bangunan umah aku. Memula aku ingat aku sakit, pastu aku tengok air dalam botol bergegar juga so aku teringat la kejadian tahun lepas. Masa tu aku duk Vista lagi, tak kawin lagi rasanya...satu rumah panik bila terasa gegaran, tengok luar semua orang dah turun kat parking lot tapi kitorang panik2 duk dalam umah je hahahaha. Semalam masa gegaran tu, aku tanya la mak mertua aku samada dia rasa atau tidak...terus dia cakap "laaa...mak ingat mak sakit. Sampai sakit perut sebab cuak sangat...pelik kenapa badan bergoyang2. Baru nak suh Nurul telefon kak long". huhuhuu...pastu aku terangkan la pasal kemungkinan bengunan ni bergegar. Aku rasa ada gempa bumi kat Indonesia. PAstu bila aku tengah main facebook, abang ipar aku yang duk Johor kata dia pun terasa gegaran tu di ofis dia...lagi kuat tau. Rupa2nya memang betul ada gempa bumi di barat indonesia, 7.9 skala richter.

Ok, tu citer pasal gegaran..ni nak citer sket pasal Insyirah. Mak mertua aku kata Insyirah sekarang tak mengaruk dah bila kena tinggal...ini kerana bila aku pi belajar je, dia tidur (lepas mandi dia memang senang tidur semula, mungkin sebab selesa). Aku balik umah tengah hari dia baru bangun..see..macam tau2 je mak dia nak balik. Pastu aku pi belajar semula kul 2 dia tidur semula, aku balik dia baru bangun...maknanya dia tak minum susu sepanjang peninggalan aku. Kalau dia bangun pun dia minum gak dari botol Nuby tu..mak mertua aku kata memang susah memula tapi lelama dia ok. Maknanya lagibotol Nuby memang dapat membantu anak2 yang taknak minum susu dari botol. Kata mak mertua aku lagi, cucu kepada kakak ipar aku (kakak ipar aku ada anak tiri yang lebih kurang je umur ngan dia) pun ada masalah camtu and mak dia bagi susu guna botol nuby tu and berhasil..hehehe aku tak tau kenapa memula aku beli tu dia taknak..mungkin baru lagi kot..lagipun orang kata baby ni kalau mak dia ada dia memang taknak susu botol sebab dia dah bau badan mak dia, baik dia mengempeng terus (ini bagi yang fully bf la, tak campur susu formula).

Aku kan boring la...huhuhu...sejak ada baby ni lama dah tak tengok wayang..mandi laut..meronggeng sana sini...hehehe macam nak salahkan Insyirah je. Tak la..cuma kekadang terasa gak rindu nak wat semua tu...tunggu Insyirah besar sikit muleh la aku sambung meronggeng..bezanya meronggeng bersama anak.

Wednesday, September 30, 2009

Sila cakap jika nak pinjam headphone, jangan main rembat je


Ni bukan gambar headphone aku tapi hari i aku nak citer pasal headphone... Kat sini setiap student yang wat research akan diberi 1 komputer..so sukati ko la nak wat apa pun...headphone tidak diberi maka kena la bawak sendiri..yang len macam keyborad ke mouse ke memang diberi la hehehe...aku memang bawak headphone dari memula belajar dulu..aku tinggal je headphone aku kat lab ni. Baru2 ni ada budak RA baru masuk keja...budak lelaki. Masa memula dia masuk dia hairan tengok semua orang ada headphone kat kepala..dia tanya la kat aku kat mana nak dapat headphone? Soalan apakah itu? Aku nak aje jawab kat kedai komputer la takkan kedai jual ABC lak (ohh sedapnya ABC..lama tak makan) . Tapi tak sempat jawab dia kata "bawak sendiri ke?". Aku pun katala "a;ah bawak sendiri...semua orang bawak sendiri headphone". So, aku ingat dia faham la kan...

Aku penah cakap kan aku bercuti sementara sebab masalah Insyirah yang taknak minum dari botol tu kan. Start minggu ni aku datang belajar semula..sampai2 je lab ni aku rasa macam ada kekurangan..aku jenguk2 mana pulak perginya headphone aku. Aku tengok meja sebelah member aku, dia punya pun takde..aik hairan..kena curikah? Aku tengok2 lagi kat meja lain...hmmmm sabar je la..ada kat meja budak RA tu..dua2 lak tu (aku punya ngan member aku punya sekali). Selamba badak air je dia...last aku cakap "nak headphone". Pastu dia buat muka blur..pastu dia macam tersedar dia cakap "yang mana satu?" selamba je dia cakap..takdelah menggelabah sebab pinjam tak bagitau pastu terkantoi...apa punya worang la..pas aku tunjuk aku punya dia pun bagi tanpa mengucapkan terima kasih ke..sori ke sebab sukati mak bapak dia ambil headphone aku dan letak di telinga dia tu...menggelegak je rasa..aku susah payah pergi Low Yat mencari headphone, die senang2 je ambil and tak bagitau pun.

Itu cerita hari senin...pagi ni aku sampai lab aku tengok takde lagi headphone aku. (semalam aku balik awal dalam kul 4, dak tu baru masuk keje tengah hari, so maybe dia balik lambat) ..ha..aku tau dah sapa amik..aku tengok kat meja dia and ada headphone aku tu. EEE geramnya...sengkek sangat ke sampai headphone takleh beli? Aku tengok laptop dia bawak bukan main cantik (padahal komputer dah disediakan)....takkan la dia takde headphone sendiri??? Mustahil...headphone bukan mahal pun sekarang ni..aku beli jenama Lexmark, baru rm20 je..

Kalau nak pinjam cakap la...dahla pinjam tak cakap pastu tak reti pulangkan lak tu..rasa nak lesing je orang camni..tu nasib baik aku jumpa atas meja dia..kalau aku sampai2 lab ni and dia sedap2 tengah guna lagi aku hangin wei...

Agaknya kena anjurkan pungutan derma untuk dia so that dia leh beli headphone...huh..tah2 pemalas nak pi beli kot..berat sangat montot walaupun montot dia nampak tak berapa berat wakakakaka..apa da...citer pasal montot...sekian terima kasih

Tuesday, September 29, 2009

Berat badanku lagi...

Hari ni macam biasa, pergi belajar bersungguh2 (yeke? *wink*) . Kul 2 tadi aku jumpa supervisor aku untuk bincang pasal master...solution baru telah diambil. Diharap aku berjaya menyelesaikanna..anyway bukan pasal belajar aku nak citer ni. Masuk2 je bilik supervisor, dia tegur aku yang aku nampak kurus..yes!!! berapa orang dah kata aku kurus??? Masa raya aritu mak anjang encik suami pun kata aku nampak slim...siap dia depangkan tangan aku nak tengok keseliman aku ni...kembang2 idung ngan montot dipuji di hadapan tetamu yang lain yang datang beraya kahkahkahkah..

Masa 2 hari sebelum raya aritu, aku, encik suami and adik bongsu aku pergi ke bandar Kota Tinggi untuk mencari tudung, butang baju melayu and sampul duit raya. Kitorang pergi bazar tapi sampul duit raya yang dijual suma yang jenis kecik2 tu..encik suami nak yang panjang so that dia tak payah lipat duit. Cari punya cari last2 jumpa gak tapi kat Plaza Kota bukan kat bazar..lepas beli tu kitorang nak turun ke ground floor tetiba aku nampak mesin timbang yang bayar doploh sen tu. Aku pun apa lagi terus melompat ke atas penimbang tu..masukkan doploh sen and......walla.......48KG occayyyyyyy. Nilai berat yang dah bertahun2 meninggalkan aku...aku rasa tu berat time aku sekolah menengah time form 1 or form 2..time form 5 aku dah 50kg dah..pastu naik sikit2..aku gembira bukan kepalang (wah ayat sungguh tak tahan).

Encik suami yang cemburu kata "time bulan puasa muleh la berat jadi camtu..perut tengah kosong..." opsss..no..no..no...lupakah kanda yang adinda tidak berpuasa pada hari tersebut?? hahahahaha...

Ha cakap pasal berat ni kan, aku dah start makan pil Noriday sejak ari ahad minggu lepas. Doktor kata start makan bila second day datang bulan..lepas makan tu kan darah macam stop kuar..dia kuar sikit2 je..uikkk..pastu rasa macam perut aku kembung..and aku asyik nak makan je..and aku rasa aku gemuk...(orang kata makan pil perancang leh menggemukkan..atas diri masing2 la) . Mengerikan...adakah ini khayalan aku je...aku ni kadang2 paranoid dengan benda yang kecik je huhu..bila dah paranoid camtu aku terus berhenti makan...takut la pulak. Mother in law aku kata dulu time muda dia penah makan pil perancang and badan dia jadi gemuk...pastu doktor suh stop makan terus datang bulan dengan banyaknya..huhuhuhuhuhuh. Sebenarnya, makan pil perancang ni bukan la horrible sangat...ramai je orang makan and okay tapi ada sesetengah orang badan dia takleh adapt...memang berkesan untuk merancang keluarga tapi tu la, kalau sanggup badan naik takpelah...jangan plak korang baca entry aku ni terus takut nak makan pil pastu bagitau doktor bini zakaria tu menakut2kan saya dengan citernya yang menyeramkan tu...

Ohh...hujan turun dengan lebatnya...tidur ni mesti besh..


Monday, September 28, 2009

Bisiswa hampeh, Insyirah meniarap





Selamat hari senin..hahah apakah?

Arini aku pergi belajar..sampai je lab aku amik surat perlanjutan bisiswa and pi pejabat bendahari..orang bendahari tu kata kena rujuk IPS lak sebab dia kata dia tak terima apa2 bayaran dari IPS...dia kata lagi ada gak beberapa student memiliki masalah yang sama..aku pun dengan cutenya gigihnya pergi ke IPS pula. Orang kat situ lak kata dia baru je nak buat pembayaran untuk bulan september...aikkkk????? camno tu? aku tanya la napa kawan2 aku yang lain dapat dah sedangkan surat diorang pun sama gak aku iaitu perlanjutan bisiswa bermula sepetember..dia tetap kata dia baru nak buat pembayaran..dia baru buat pembayaran untuk julain and ogos je..september belum lagi. Pastu aku tanya bila lak nak dapatnya duit tu? Buland epan ke? dia kata mungkin...huhuhuhuh bulan depan???? nampak gayanya terpaksa la tangguhkan pembayaran keta bulan ni...pening2...

Boring la citer pasal duit ni...citer pasal Insyirah la pulak..Untuk pengetahuan Insyirah ku sayang ni belum pandai apa2 lagi..dia cuba untuk meniarap sebelum2 ni tapi takleh sebab badannya yang besar hehehe...masa balik kampung aritu ramai orang tegur tentang size badan Insyirah...begitu sihat dan kuat hahahhaa...baby yang baya dia suma kecil2 je. Suma tanya makan apa...aku cakap la susu badan..dia belum 6 bulan lagi mana leh bagi makanan pejal..

Anyway, malam tadi tengah aku duk tengok tv ngan mak mertua aku tetiba Insyirah berusaha nak meniarap...memang dah boleh meniarap tapi tangan dia tertindih so bertungkus lumus dia nak tarik tangan dia tu..berpeluh2..mendengus2..aku ngan mak mertua memberi sorakan ala2 pom2 girl macam citer Bring It On tu cuma kitorang takdelah panjat2 or guna pom2 hahahaha nak mampus? Dekat 20 minit gak la dia berusaha last2 die berjaya!! Yeyeyeyeyeye...lepas dah meniarap tu dia rasa penat kot..nak angkat kepala pun tak berapa larat..last2 dia marah and nak nangis hahaha pulak dah...tadi beria sangat..dah dapat marah pulak...apa2 pun syabas kepada anakku Nurul Insyirah kerana berjaya juga meniarap..bleh berlatih lagi pasni sampai terer..


First attempt, tanga saya tertindih yang belah kanan tu..camno nak buat ni


Hoh..penat..rehat sebentar dengan melentokkan kepala


Aha..pose ni memudahkan untuk menghisap jari..isap jari jap..pasni sambung semula


Yesss...berjaya!!!!

Ok sambung isap jari semula walaupun dah berjaya


Isap lagi...

Angkat sket kepala..nak tunjuk kepala motak saya huihuihui

Ahhh surrender...penat kepala saya...


Second attempt...iyahhhhhh..montot semua dah ok dah..tinggal kepala je


Ohh..berjaya lagi...



Eh lupa plak nak cakap kan...mesti ada tertanya2 camne ngan masalah Insyirah tu?? cecece..yeke ada yang tertanya2? perasan je aku ni..

Actually setelah usaha menggunakan pelbagai jenis botol and puting susu, usaha aku tidaklah berhasil...Insyirah masih taknak minum menggunakan botol. Last2 solution yang aku ada guna syringe je la..tadi aku pesan kat mak mertua aku suh guna menatang tu kalau dia nak susu...tak tau la result nya camne..balikkang baru leh tanya. Masa raya aritu aku ada jumpa ngan sepupu encik suami..anak dia muda sebulan je dari Insyirah. Dia pun fully bf anaknya..bila antar nursery dia bekalkan EBM. Dia cakap anak dia pun dah mula taknak minum dari botol...dia kata biasa dia bekalkan 4 botol EBM tapi anak dia isap 2 botol je..itupun dua2 botol tu tak abih diminum. Anak dia sanggup berlapar tunggu mak dia amik dia...sib baik sepupu encik suami tu kerja sebagai guru..so separuh hari je la kerja...kalau kerja kat company ke tak ke haru..berlapar sampai petang..

Begitulah citernya...agaknya budak2 ni bila dia dah mula membesar dia dah pandai memilih kan? hmmmmm....susah tu..