Monday, January 25, 2010

Birthdaynya dan giginya

Setiap kali mula entry mesti nak kata "bersawang dah blog", takpun "lamanya dah tak update blog" dan yang sama species dengannya...nak wat cemana, rasa nak berblogging itu kadang2 takde langsung bila pikir internet yang lembap2 buah ni. Ye...salahkan berukband ni...taula aku duk ceruk nun tapi apalah salahnya kalau letak 3G di sini...kesian kat pakcik peneroka nak bukak Youtube tengok videoclip Wonder Girls pun takleh..(pakcik peneroka pulak yang kena, padahal diri sendiri yang nak bukak Youtube and tengok Bleach)

Anyway, sekarang ni bulan Januari kan..ujung bulan pulak tu kan...bulan depan bulan Februari kan (hoh banyak tanya lak ko yun, cakap je lah apa ko nak cakap, lepuk baru tau) Ini bermakna, birthday encik suami semakin hampir!!! Aku buntu memikirkan nak beli apa kat encik suamiku itu..boleh tak jika aku sekadar memberinya kasih sayang secukup rasa? (selama ni tak beri kasih sayangkah?) Hohohoho...encik suami selalu intai2 jam tangan Tag Heuer bila lalu kedai jam...regenya beriban2 ok...tak mampu saya(eh?) nak belikan huhuhu beli kotak jam muleh la kuikuikuikui takpelah, tiba masanya nanti mesti aku tau gak nak belikan dia apa...

Insyirah sekarang dah ada 3 batang gigi yeah!. Pagi tadi aku terperasan gigi dia bahagian atas dah tumbuh satu..patutla sejak akhir2 ni dia selalu gesel2 lidah dia kat gusi..pastu bile berkesempatan dia menggeget nipple time menyusu...cakit ok..terjerit2 aku. Nanti kalau gigi dia penuh semua cemana ye?? Kalau time tu dia dah paham cakap orang takpela...buleh ajar dia kan kan?

Insyirah + encik suami...kesayangan hamba...ke'busuk'an hamba...kecomelan hamba..

Wednesday, January 13, 2010

Aku rindu

Hehehe tak boleh la aku nak jadi blogger tegar jika entry di update sebulan sekali huhuhu apakah?

Rindu..rindu..rindu..aku rindu siapa? Encik suami? Hmm memang rindu pun sebab dia sekarang kat laut..tapi rindu yang aku nak cakap kat sini adalah rindu yang lain...rindu kepada kehidupan aku sebelum ada Insyirah..boleh ke aku cakap camtu? Bunyi cam aku boring je ada Insyirah dalam hidup hhuuhuhu tidak sama sekali...she is the best thing that ever happen in my life.

So then, apa yang aku rindukan?

First sekali mestilah rindu nak berpoya2 berjalan berdua2an bersama encik suami kat Time Square, pastu tengok wayang and makan kat Kenny Rogers. Sekarang takleh tengok wayang dah, takkan nak angkut Insyirah sekali..nak tinggalkan dia rasa kesian pulak kat orang yang nak kena jaga dia tu uhuhhuh..

Rindu nak jalan2 sambil pegang tangan and peluk2 hohoho..sekarang tak macam tu kah?? Camno nak pegang tangan kalau sorang pegang plastik bawak barang yang baru dibeli and sorang lagi menolak stroller...atau sorang tolak stroller kosong and sorang lagi dukung Insyirah..

Kalau dulu time pregnant encik suami sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya pada aku tapi sekarang semua tu dah teralih kepada si kecil itu..termasuk ngan aku sekali..kami sama2 lebih menumpu kepada anak kami tu..tapi tak bermakna kasih sayang antara kami suami isteri terus lenyap camtu hehehe kiss2 peluk2 sesama sendiri tetap berlaku okay hahahhahaha cuma kami lebih suka sesama melayan si kecil tu..

Kalau dulu aku nak tidur bebila pun sesuka hati aku la kan, tapi sekarang takleh la....kena tunggu Insyirah tidur baru leh tidur..itupun kalau aku rasa nak tidur time tu and biasanya memang taknak la..ini merujuk kepada tidur siang ye..kalau aku tidur and Insyirah berjaga alamatnya memang takleh tidur la..kang kejap2 dia merengek2 and kadang2 dia tak merengek pun tapi mulut dia berbunyi2, kite yang tengah tidur ni rasa suspen je...memang tak nyenyak la, terfikir dia dok buat apa huhuu rindu...

Gitulah adanya...memang banyak yang berubah bila ada si kecil itu tapi tak bermakna perubahan tu menyusahkan...sebab aku yang pilih jalan ni kan...kalau aku taknak, takyahlah aku kahwin kan heheheheh she still be the sun that brighten up my day..begitu juga dengan abahnya huihuihui...

Saturday, January 2, 2010

Insyirah sedang mengalami growth spurt??

Dah dua hari aku di rumah mertua...hari isnin ni baru aku pulang ke kota tinggi. Sejak semalam, Insyirah takut sangat tengok atuknya...tak tahu kenapa. Melalak2, menggigil2 sebab takut. hairan sungguh aku hehehe takleh ditegur oleh atuknya terus melalak...tambah2 kalau time tu atuknya pakai kopiah, lagi la dia takut heheheh tah apa kena la anak aku tu..

Kemudian satu lagi perubahan, Insyirah kuat minum susu...selang sejam wei...dia asyik meragam or fussy. Baru kejap tadi aku teringat pasal GROWTH SPURT. Adakah Insyirah sekarang tengah mengalami growth spurt itu? Aku pun carila info pasal benda ni. Menurut kellymom.com,

Most babies go through several growth spurts (also called frequency days) during the first 12 months.

During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.

ye...Insyirah asyik mengamuk sahaja...dan sentiasa nak menyusu..

Tambah kellymom.com lagi,

Common times for growth spurts are during the first few days at home and around 7-10 days, 2-3 weeks, 4-6 weeks, 3 months, 4 months, 6 months and 9 months (more or less). Babies don't read calendars, however, so your baby may do things differently.

Growth spurts don't stop after the first year - most moms notice growth spurts every few months during the toddler years and periodically thereafter on through the teenage years.



Ok, Insyirah nak masuk 8 bulan (8hb ni 8 bulan le dia), so buleh dikira pakai jugak la kan hehehe..ok baca lagi


How long do growth spurts last?

Growth spurts usually last 2-3 days, but sometimes last a week or so.

What is the best way to handle a growth spurt?

Follow your child's lead. Baby will automatically get more milk by nursing more frequently, and your milk supply will increase due to the increased nursing. It is not necessary (or advised) to supplement your baby with formula or expressed milk during a growth spurt. Supplementing (and/or scheduling feeds) interferes with the natural supply and demand of milk production and will prevent your body from getting the message to make more milk during the growth spurt.

Some nursing moms feel more hungry or thirsty when baby is going through a growth spurt. Listen to your body -- you may need to eat or drink more during the time that baby is nursing more often.



Hungry tu memang selalu sangat le kuikuikuikui...