Monday, May 31, 2010

Susuku oh susuku

hahahahahaha...aku gelak kerana aku dah lama tak update blog ijau ni.

anyway, hari ni aku nak cerita pasal breastfeeding...ye my breatfeeding journey. Insyirah dah pun berumur setahun and aku masih breastfeed dia...namun sejak akhir2 ni susu badan aku dah pun berkurang...and last month aku period! Memang dulu aku penah cakap pasal aku punya nifas tak berhenti2 kan..then doktor kata benda tu berlaku mungkin disebabkan suntikan perancang yang aku ambil..and after doktor bagi ubat hormon, darah tu stop keluar...and terus tak keluar sampai la Insyirah berumur 11 bulan..Aku tak period selama 7 bulan. Aku hairan jugak memula sebab orang kata bila kite dah pernah period masa breastfeed then kite akan continue period tapi tahla..aku takde pulak. Bila umur Insyirah masuk 11 bulan, tetibe period pula...and pengeluaran susu aku terus berkurang...tambah pulak penyakit malas pun timbul..aku tak pam dah malam2..jarang la..kalau dulu kalau tak pam breast memang takleh tidur..penuh sangat rasa tapi sekarang takde dah...Insyirah pulak sekarang dah kuat makan so jarang breastfeed...so kuranglah pernghasilan susu since susu di supply by demand kan...hehe salah aku jugak sebenarnya sebab aku cukup la malas nak mengepam...

Aku masih lagi minum or makan benda yang banyakkan susu tapi still camtu jugak..aku pi farmasi and mintak ubat banyak susu and dia bagi pil Pramilet..kat botol tu tulis multivitamin/mineral preparation with folic acid. Kandungan vitamin bagi setiap tablet adalah vitamin A, D3, C, B1, B12, Folic acid and pantothenic acid. Aku dah makan sejak bulan lepas and dah masuk botol ke dua aku makan..tapi aku tak rasa apa pun hahahhahaha tapi aku makan gak la sebab banyak vitamin dalam tu..bagus tu. So, aku nak beli milkmaid tea plak ni..or maybe pil ASI...pastu sesi menyusu akan ditingkatkan...akan ku sumbat je ke dalam mulut Insyirah haha. malam2 pun aku dah pam dah..

Jauh lagi perjalananku ini...semoga dapat aku teruskan perjuangan ini..amin

Tuesday, May 18, 2010

Nama saya Cengkol



Hai..nama saya Cengkol. Saya baru sahaja tinggal di rumah Haji Abd. Ghani sejak dua bulan yang lepas..itupun kerana anak Haji Abd. Ghani, si Bini Zakaria (BZ) tu kasihan melihat saya yang kurus kering tidak bermaya lalu memberikan saya makanan. Oleh kerana bulu saya agak gebu dan ekor saya agak kembang makan Si BZ tu pun sungguh eksaited sebab seumur hidupnya dia tidak pernah membela kucing bulu kembang...biasanya kucing2 dia semua bulu kuncup muncup. Lucky me sebab dapat tempat tinggal yang baru setelah berhari2 merayau2 tanpa hala tujuan..saya tidak tahu samada saya ni sebenarnya dah bertuan ke tidak sebab yang tulis blog ni bukan saya tapi si BZ itu..and si BZ ni mana nak tau saya ni kucing kepunyaan sapa.. ah..sungguh putar alam cerita ini. Fahamkah anda?

Ok back to the story...oleh kerana si BZ sungguh eksaited, dia pun segera ke kedai membeli makanan kucing yang mana tidak pernah pun dia belikan semasa membela kucing2nya dahulu...ini semua terjadi kerana si BZ ingat saya seekor kucing yang high class memandangkan saya berbulu kembang..sudah pasti tidak makan nasi lauk ikan bilis or sardin. Hahaha sungguh naif si BZ tu..

Kenapa nama saya Cengkol tak Jimmy, Comel or Nadal? Sebenarnya, nama asal saya adalah Caligula..si BZ beri saya nama itu setelah dia tengok citer Pink Panther 2 di mana Steve Martin sebut nama2 kucing kesayangan aweknya dalam cerita tu and salah satu nama itu adalah Caligula. Si BZ mendapati nama tersebut sungguh unik dan mantap maka dia terus decide untuk memanggil saya dengan nama itu...namun timbul pula masalah. Ahli keluarga si BZ yang lain asyik tanya kenapa bagi nama tu? Apa jenis nama tu? dan yang paling sadis sekali apabila Puan Ziaton aka mak si BZ asyik menyebut Caliguli instead of Caligula..walaupun dah banyak kali dibetulkan bacaan nama itu dia tetap sebut Caliguli..last2 bila mak si BZ tu bengang sebab asyik salah sebut je dia pun mencadangkan nama Cengkol memandangkan saya mengalami kecacatan di kaki yang menyebabkan saya jalan terhencut2. Namun si BZ tetap dengan nama Caligulanya..

Suatu hari si BZ membaca satu blog ni and author blog tu menceritakan tentang isu plagiat dan tah cemana author ni tadi sebutlah pasal filem Caligula yang dia amat minat sekali. Ohhh..caligula itu movie kah? begitulah kata si BZ di dalam hati..kemudian dia pun meng"google" Caligula and guess what? rupa2nya Caligula itu adalah nama seorang Maharaja Rom yang kejam. Terus si BZ membuat keputusan untuk mengubah nama saya menjadi Cengkol. Begitulah adanya...

Sekarang saya hidup aman damai di sini...disayangi oleh semua ahli keluarga si BZ..opss not include si suami BZ tu sebab dia tak berapa sukakan kucing. Selain dia, semua pun sayangkan saya..anak si BZ, Insyirah tu pun sukakan saya sampai asyik nak kejar je saya bila nampak saya..

Terima kasih Bini Zakaria

Monday, May 17, 2010

Mi bandung teluk sengat sedap

dah 2-3 hari aku sakit kepala...berdenyut2..pastu terasa menarik2 kat idung..sakitnya sebelah kiri kepala je..kenapalah agaknya ye...2 bulan lepas kena camni gak. Jumpa doktor dia kata maybe sebab aku stress...tadi jumpa lagi dia kata sakit biasa je sebab tekanan darah aku normal je. Mungkin stress..hmm aku stress ke?? tak rasa stress pun...best je hari2 yang dilalui bersama encik suami tercinta hohoho

Semalam aku berbual2 dengan encik suami...rasanya lama dah tak berbual macam tu. Seronok lak rasa...sambil golek2 atas katil encik suami cadangkan untuk menyewa rumah lain dekat2 ngan kawasan umah mak aku ni...dia kata ada privacy sikit hehehe betul la tu..aku pun ok je..pastu kitorang pun bincang2 nak beli itu ini untuk rumah sewa baru..pas borak2 tu aku pergi cakap kat mak aku tapi mak aku tak bagilah..huhuu dia kata rumah ni besar and bukan ramai yang duduk sini...hehe mak aku nak peneman la tu...tambah lak ada Insyirah boleh main2 ngan cucu. Pastu kalau bapak aku pergi kursus ke, memancing ke takdelah dia duk sorang2 je kat umah ni. Pastu aku pass lak kat apa yang mak aku cakap kat encik suami...encik suami ketawa je. dia kata takpelah camtu...aku cadangkan supaya pasang astro satu lagi and letak lam bilik kitorang..boleh la dia tengok tennis or bola dari dalam bilik je..takyah turun ke ruang tamu..lagipun dia sorang je dalam rumah ni yang tengok supersport tu...bapak aku kadang2 je. Takdelah percanggahan rancangan tv berlaku nanti..

Lepas borak2 kali kedua tu, aku cadangkan untuk berdating pi makan mi bandung..Insyirah time tu tengah tido..memang cantik sangat la. Kitorang pi kat kedai dekat kawasan rumah ni tapi tak bukak pulak..mi bandung kat situ memang kaw abislah..tapi tak bukak..nasib baik ada satu lagi kedai jual mi bandung kaw iaitu di Teluk Sengat. Agak jauh sedikit dari rumah tapi takpelah..kedai tu betul2 depan laut and jeti..sambil2 makan leh tengok laut..best. Memang sedap mi bandung dia...aku ni bukanlah penggemar mi kuning..tak kiralah mi kuning yang di masak secara goreng ke, masuk lam sup ke, masuk lam kari ke..semua aku tak suka tapi sebab mi bandung ni sedap aku makan juga. Licin..abis aku makan.

Gitulah cerita untuk semalam hehehe hari ni punya cerita takde yang best pun...cuma pi klinik sebab sakit kepala and then encik suami pergi ke kerteh untuk menghadiri kursus selama 2 hari.

Sekian

Saturday, May 15, 2010

Tiada hala tuju

baru haritu cakap nak post entry hari2 tapi semalam kantoi jua..hehehe

so, today is saturday..hari cuti la kan...tapi aku tak pergi ke mana-mana. Sebabnya kami laki bini tiada idea nak pergi ke mana. Nak window shopping pun tak tahu nak pi kat tingkap mana..jadinya duduklah kami lepak-lepak di rumah...encik suami lepak-lepak terus terbongkang tidur di buai mimpi. aku lak jenis yang susah sikit nak tidur siang ni, maka di sinilah aku menaip blog yang isinya tiada hala tuju.

Insyirah baru je keluar ikut mak and bapak aku ke bandar Kota Tinggi...nak bagi dia jalan-jalan. Kesian asyik terperap duduk dalam rumah. Jangan dia menangis nakkan emaknya sudahlah..

hei aku blanklah..perut lak tetibe memulas-mulas. Tanda-tanda supaya entry tiada hala tuju ini harus dihentikan dengan segera.

sekian

Thursday, May 13, 2010

mempromosi blog itu

haha kenyang la blog ini dapat entry sampai dua keping dalam satu hari..kenapa aku terajin pula hari ini??

begini..setelah sekian lama tidak berblogging baru hari ini aku jengah-jengah dekat kotak 'follow' di bahagian tepi blog ini dan aku ternampak blog rakanku..dia sudah pun menceburi bidang perniagaan secara online dengan menjual cloth diaper. Tak ingat bila dia start tapi dah lama la dia post kat mukabuku pasal blog dia tu..aku lak lepas dia bagitahu tu terniat la nak promote kat blog tapi tak buat-buat jugak..so malam ni aku nak promote la blog dia tu.

Harga CD yang ditawarkan cukup menggiurkan bak tubuhku eh giurkah?? hahaha encik suami yang tergiur2..orang lain tak tahu hohohoh back to the topic, ye harganya berbalo-baloi ye puan-puan sekalian..sila lihat di link ini

Apa kejadahnya CD or cloth diaper itu? wah berbuih-buih tangan aku menaip pasal CD ni...alaaa lampin pakai jangan buang la...lampin moden gitu...dah pakai boleh dibasuh dan dipakai semula sampai la anak anda pandai mengqada' hajat dengan sendirinya..biasanya sampai 2 tahun lebih kite leh guna CD itu...pastu kita boleh simpan untuk anak yang seterusnya...jimat bukan? Jika getah di bahagian pinggang atau celah peha longgar, kita boleh baikinya..tukar sahaja getahnya..tapi kena pandai jahit le..kalau jahit terkengkang2 macam aku ni susah sikit la..kena suruh orang pandai macam mak aku la hahahha (tak tipu wei...aku tak reti pakai mesin jahit..aritu jahit kain batik je..senget-benget huhu tapi kalau jahit tangan..serahkan pada saya!! *sambil kembang2 hidung*)

Satu lagi, rakan aku juga ada menjual product lain iaitu legging untuk bayi..comel-comel belaka. Maybe nanti aku boleh belikan untuk Insyirah..silah lihat lagi di link ini ya

Hei, tahukah kamu teknik STRIPWASH dalam dunia cloth diaper ini?? Ha, hari ini sambil aku mempromote blog rakan itu ingin jugalah aku berkongsi ilmu...lama dah aku terjumpa istilah stripwash ni tapi baru hari ini aku baca betul-betul.

Apa itu STRIPWASH? Stripwash itu adalah teknik di mana membuatkan cd yang tetap bocor kerana sudah bersifat repellent atau menangkis menjadi seperti asal..masalah ini boleh terjadi setelah cd tu dipakai banyak kali..mungkin kerana detergent yang digunakan mengakibatkan build up berlaku.

Apa yang perlu dilakukan??

senang sahaja..cuma basuh cd2 itu bersama air yang banyak tanpa menggunakan sebarang detergent...jangan lupa tambahkan air panas supaya air menjadi suam-suam kuku. Lepas tu jemur di bawah matahari..kemudian ulang sekali lagi teknik ini. Lepas tu bolehlah kita test tahap penyerapannya dengan menuang sedikit air ke atas cd itu tadi..kalau nak tahu lebih lanjut sila kunjungi blog ini..semua maklumat ni pun dari blog ini

Aku jarang guna detergent bila membasuh cd...aku cuma gunakan air yang banyak. Setiap kali membasuh aku akan setkan paras air di tahap tertinggi (High) walaupun aku cuma basuh 5 keping je cd..kemudian aku akan jemur di bawah terik matahari.

Begitulah adanya ye puan-puan sekalian..apa yang kita beri pada anak kita adalah pilihan kita, bukan pilihan anak kita..sebab mereka belum pandai membuat keputusan..jadi choose wisely.
Sekian



selamat hari lahir Insyirah

Pagi ni aku baca blog kawan aku yang di link ke mukabuku...tiba-tiba aku teringat kat blog aku ni. Sungguh kasihan dia...dahagakan entry dari tuannya. Lepas tu aku tiba-tiba juga berazam ingin menge"post' entry setiap hari. Walaupun sejemput je isi kandungan entry itu akan ku post jua hari-hari. hahhaha boleh ke??

Anyway, 8hb Mei aritu adalah harijadi Insyirah yang pertama..ye anak aku dah berumur setahun..ini juga bermakna dah setahun aku jadi ibu dan setahun jugalah aku menyusukan Insyirah dengan hanya susu ibu sahaja..tiada susu lembu moo moo..okey tak pasti kenapa ada moo moo...mungkin ingin menjadikan ayat tersebut kelakar. kelakarkah??

Encik suami ke laut seminggu sebelum birthday Insyirah...hari kedua di laut encik suami beritahu yang dia ingin balik awal seminggu sebab nak sambut hari jadi Insyirah itu. Oleh kerana aku tinggal di Johor bersama kedua ibu bapa aku, maka jamuan hari jadi macam tak boleh nak buat..yelah, nak jemput sapa kan?? hehehe so, kami suami isteri merancang untuk ke zoo Johor yang mana kali terakhir aku pergi ke sana adalah masa sekolah rendah..Aku sangat-sangatlah suka pergi ke zoo sebab aku pencinta haiwan...ye aku pernah cerita dulu yang cita-cita aku nak jadi zoologist tapi mak aku tak bagi sebab nanti kena pegang oink oink atau haiwan berkaki pendek ekor berpintal2 itu..

Back to the story, kami bergerak pada pukul 11 pagi...mengharung jalanraya yang penuh dengan kenderaan...ok ini satu perkara yang kami suami isteri dapat perhatikan...jika di Kuala Lumpur, pada hari sabtu pagi atau ahad jalanrayanya agak lengang..tetapi jika di Johor jangan harapla ya..ada aje keretanya..berderet2 sampai jem..kami suami isteri membuat kesimpulan..di Kuala Lumpur, kebanyakkan penghuninya lambat bangun tidur pada ari sabtu dan ahad kerana cuti tetapi di Johor mereka bangun awal sebab nak pi pasaraya la Danga Bay la..hehehe

Sampai di zoo kami parking seperi biasa di luar zoo itu..kat tepi jalan je..ye, zoo itu takde tempat parking..aneh bukan?? dari aku kecik molek sampai dah besar vouge masih lagi takde tempat parking..nasib baik jalan di situ adalah lengang..lepas bayar tiket iaitu hanya RM2 sahaja seorang kami pun tengok-tengok la haiwan..zoo ni tak berapa besar. Kalau zoo negara memang besar sangat-sangat sampai letih kaki berjalan..haiwannya pulak dalam satu kandang tu ada sekor dua je..kesian lak aku tengok..kesunyian je haiwan-haiwan di situ. Terasa ingin ku belai manja dan membawanya ke rumah untuk dijadikan haiwan peliharaan..haha

Selepas puas berjalan di zoo kami pun bergerak ke City Square..ala pusat membeli belah yang terkenal di pusat bandar Johor Baru itu..umat manusia punya la ramai...kebanyakannya para remaja la. Tempat tumpuan berdating la katakan..tambah-tambah lak ada wayang. Di sana kami shopping sikit-sikit..belikan Insyirah baju sebagai hadiah birthday hehehee. Lepas tu kami pergi Jaya Jusco di Ulu Tiram pulak..lepak-lepak kejap then singgah di Kota Tinggi untuk beli KFC dan kek untuk dibawa balik ke rumah..kunun-kunun majlis birthday le..sesama keluarga je..

Begitulah adanya kisah hari jadi Nurul Insyirah itu..bermacam-macam yang aku lalui sepanjang setahun bergelar ibu..melihat perkembangan Insyirah sejak dari lahir sehingga sekarang tak pernah buat aku jemu..sangat seronok dan kagum.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..MAK AND ABAH MENYAYANGI INSYIRAH SEPENUH HATI DAN JIWA KAMI..JADILAH ANAK YANG SOLEHAH DAN MUSLIMAH SEJATI.