Thursday, December 23, 2010

Go go Power Rangers


Sekarang ni kan aku kat kampung encik suami..anak2 sedara dia semua ada kat sini. Cuti sekolah kan..meriahlah rumah ni. Pagi petang siang malam diorang ni bermain siap gaduh2 nangis2 lagi.. Bila tengok budak2 ni teringat masa zaman kecik2 dulu. Lagi buat aku teringat bila time diorang tengok citer kartun. Masa tu mulalah masing2 sibuk menge'cop' sapa nak jadi sapa. Faham tak? Maksud aku bila tengok Upin Ipin, masing2 sibuk nak jadi Upin la, Ipin la..or kalau tengok Transformer, sapa nak jadi Bumblebee, sapa pulak jadi Mengatron..ha camtu la. Ada faham?

Zaman aku kecik2 dulu camtu jugak tapi biasanya satu kartun ni je aku sibuk berebut nak jadi iaitu Power Rangers. Dan pilihan aku mestilah Power Rangers warna kuning sebab kawan2 aku semua sibuk nak jadi pink..aku tak main ar benda2 cliche ni. Bila pompuan je kena pink..wadehel. Kuning pun pompuan jugak apa..walaupun warna dia warna tahi dan tak secantik warna pink tapi aku peduli hapa..nak kuning jugak!

Bila dah lepas pilih karakter, aku pun hapa lagi..berangan la gaduh2 lawan raksasa. Memang gonjol giler ar time tu..Bila pikir balik apa jadah la Power Rangers ni..dahla mighty morphin..hisap dadah ke hapa Power Rangers ni? Pastu punya fanatik sangat kat citer ni sampai sanggup berlari balik sekolah tak pandang kiri kanan time melintas jalan pastu kena langgar motor..kau..berlubang kaki aku. Padan ngan muka aku. Sebulan jalan terhencut2 pastu pi sekolah pakai selipar jepun je. Tak hensem langsung. Ni semua Power Rangers punya pasal..tapi pasal2 pun layan tetap layan citer tu..haha.

Tapi bila dah besar sikit punyalah aku menyampah citer ni..sebab aku tengok kena tembak letup2 pastu percik2 api takde apa2 pun yang terjadi. Jatuh guling2 takpun melompat tercampak tapi baju diorang hensem je lagi..tak mati2 pulak tu. Kunun2 hebat sangat la tu..kalau hebat patutnya tembak sekali raksasa tu terus kojol..abih cerita. Sambung lak minggu depan dengan raksasa lain pula..

Huh..sekian terima kasih.


Credit to yahoo image

Wednesday, December 22, 2010

Aku tahu masak tapi tak terer masak..


Kalau tengok muka aku yang muda belia ni la, agak2 muka orang terer masak tak? Ha meh aku kabo aku terer masak ke dop. (Terer tak aku cakap ganu..ha aku belajar dari encik suami. Encik suami terer gak lak kecek ganu ni sebab dia kije kat ganu kan).Silalah bersedia mengetahui kebenarannya which is tak penting pun dalam hidup korang kan hahaha

Aku tak terer masak tapi aku tahu masak. Antara makanan yang aku tahu masak ialah

nasi, air, telur (rebus /goreng), telur masa kicap, ayam masak kicap, ayam goreng, ayam goreng berempah, ayam ungkep, ayam masak merah, sayur goreng, sayur air, sayur masak lemak, ikan goreng, ikan masak kicap, ikan masak asam, nasi goreng, macaroni goreng, spagetti..fuh penat tul aku menglistingkan makanan2 ni..dan lain2 la..tapi kalau rendang ke kari ke, mak mintak mahap la..mak tak reti. Tak pernah teringin pun nak masak menatang2 tu semua walaupun sangat suka memakannya..see ikhlas tak pengakuan aku? Ikhlas bukan?

Tapi pandai memasak bukanlah wajib bagi setiap wanita bergelar isteri..takde pun dalam al-Quran mengatakan kalau nak kahwin kena pandai masak, namun kenalah jugak tahu masak..tak banyak sikit..tul tak?? Aku ni sebenarnya masa kecik2 dulu teringin dan kuat berangan masuk ke dapur and masak macam chef tapi mak aku tak bagi..tapi memang rasional pun halangan mak aku tu. Tah hapa jadi tah kalau aku masak agaknya..hehe. Bila aku masuk sekolah menengah, aku tak duduk rumah..aku masuk sekolah asrama penuh dari form 1 sampailah form 5. Pastu bila sesekali balik, mak aku suh aku masak nasi or air je..yang lain2 dia tak bagi. Dia kata buat semak dapur je..dahla dapur sempit. Abis sekolah sambung matriks kemudian sambung universiti sampailah umur 24 tahun. Memang jarang2 masuk dapur la..duduk lak kat asrama, time makan pi kafe and tapau. Bila cuti sem and balik rumah pun jarang masuk dapur..betul2 masuk dapur pun sebab nak masak nasi, air, megi or buat air teh ke milo. Tapi kekadang mak aku pi jalan2 ngan bapak aku and aku kena tinggal ngan adik2 ada gak la aku masak seperti sardin dan juga telur goreng..pastu nak berkhasiat sikit gorenglah sayur. Itupun dah kira terer la memandangkan aku jarang berpeluang belajar masak dengan mak aku sebab dia sendiri tak bagi..selain alasan menyemak, dia takut bapak aku taknak makan pulak kang..pepaham sendirilah maksudnya apa hehhe.

Tapi tanpa aku sedari sebenarnya lelama ilmu memasak tu terambah dengan sendirinya..lepas kahwin aku siap print resepi and letak kat dapur. Since encik suami suka dan hanya makan ayam maka giatlah aku tambah skill masak ayam je la. Dan nasib aku baik kerana dikurniakan seorang suami yang sangat sangat sangat sempoi bab makan ni..dia tak memilih asalkan lauknya ayam. Dapat nasi dan ayam goreng pun dah ok dah..best bukan?

Okay, ni baru entry..gile kentang panjang bukan entrynya..mari kite teruskan ke isi kandungan cerita ini.

Walaupun aku tak terer masak, namun aku suka tolong mak aku sediakan bahan2 untuk memasak seperti memotong bawang, blender and perah santan, kopek ikan bilis dan sebagainya..malah bila ada kenduri memang aku ngadap buat benda ni tak henti2. Masa nenek aku meninggal bulan lepas aku duduk kat dapur tu seharian menolong mak dan makcik2 aku memasak. Insyirah aku pas kat embah dia...nasib baik embah dia memang tip top hebat bab melayan Insyirah tu.

Tapi bila aku pulang ke kampung halaman encik suami aku canggung buat semua ni...aku tak tahu kenapa. Kalau kat rumah aku or kat kampung aku, tak payah disuruh terus aku buat..potong bawang dengan penuh dedikasi..tolong goreng ikan dan ayam dengan penuh keyakinan namun bila di kampung encik suami...hmmm..Banyak kali jugaklah aku mundar mandir ke dapur tapi tahlah..kenapa tah dengan aku..gile bongok kan?? Dan bila dah jadi camtu mulalah aku fikir impression orang terhadap aku..sungguh damn sekali.

Sungguh sedih sampai sanggup tulis di belog huhuhu. Esok ada majlis cukur jambul, so aku betul2 excited nak rewang ni tapi kemudian tiba2 aku dengar2 orang dah rewang dah kat warung depan (mertua aku ada warung lat 4 rumah dari rumah ni). Sedih wooo..aku pun nak tolong jugak..nak contribute something jugak la...aku ingat rewang kat sini tapi..hmm takpelah, nak wat camne kan. Hari jumaat ni mak aku nak wat majlis tahlil sempena hari ke 40 kematian nenek aku. Awal2 lagi mak aku call suruh balik sebab nak aku tolong mak aku pada hari tu. Memang tulah tugas aku kalau ada kenduri kendara ke majlis apa2 la kat rumah tu..even masak untuk hari raya pun memang muka aku lak dok potong bawang segala..Masak-memasak je aku pass kat mak aku sebab dia lagi handal.

So, begitulah..sampai dua entry aku post hari ni ye. Tak terbendung di dalam jiwa dah gamaknya..hai..lantaklah labu..

ha jenuh tak baca entry panjang tak berapa nak ilmiah ni? Padan muka..sapa suh baca hahaha



Belog org tak kahwin lagi cool?

Aku suka blog walking or hopping or goleking or merangkaking or segala benda la yang boleh digantinamakan di situ. Dan kebayakan blog yang aku baca semua blog orang2 tak kawin lagi..ye tak kira lah budak sekolah mahupun budak kolej or even dah kerja tapi tak kahwin lagi..reasonnya adalah belog diorang ni biasanya cool dan sempoi dan gila2..kalau orang dah berumahtangga ni kan, biasanya belog diorang skema sikit..Mungkin diri terasa dah jadi bini or mak orang maka perlu menjaga tatasusiladi alam maya ini..tul tak???ye..betul..takyah ar nak selindung2 or tak ngaku..Aku sendiri pun camtu jugak masa memula buat belog ni tapi lama2 aku rasa macam hipokrit pula sedangkan aku bukan begitu..Kalau boleh aku nak main bantai je taip apa pun dalam belog ni. Mungkin aku rindukan zaman muda beliaku dulu hikhikhik..tu yang jadi camni ni.

Tapi serius la..kalau masuk belog2 diorang ni (aku malas nak senaraikan kerana aku malas nak mengopy and mengepaste link belog2 tersebut) aku rasa enjoy...terasa diri bujang hahaha...

Tu sebab la entry dalam belog ni ada macam lari sikit dari tujuan asal kihkihkih..dulu bukan main cerita pasal breastfeeding la, cd la, Insyirah la tapi sekarang ni jarang dah aku post cerita sebegitu. Ini kerana aku dah takde benda dah nak diceritakan..semua dah cerita tinggal cerita yang aku laui hari2 je...Kalau aku pregnant 2nd baby lak nanti mungkin entry sebegitu rupa akan timbul lagi..

Lama dah tak upload gambar kat belog hijau buruk ni kan...bila dah internet macam siput khinzir camnolah aku nak upload gambar2 tersebut. Tapi oleh kerana sekarang di endau boleh lah upload sebab line 3Gnya memang mantap.

Baju baru beli hahaha dulu tak boleh nak pakai baju camni sebab Insyirah kuat menyusu..kang satu hal pulak aku nak selak2 nak bagi susu kat Insyirah. Tapi sekarang dah boleh la..ni pun bila nak menyusu payah sikit tapi aku menyusu dalam kereta je la. Baju tu harganya RM35 hehe murah tak?? Tudung tu harganya RM12. Ha murah tak? Murah bukan? Tapi nak beli ni satu hal..tiap2 ari Jumaat je ada and belah pagi je pulak tu. Aku beli kat pasar borong Tai Hong Kota Tinggi. Memang terbeliak bijik mata kalau pergi sana..tudung express tu 3 helai singgit je..Berebut2 orang beli. Sib baik aku bukan kipas susah mati tudung itu kalau tak pasti akulah salah sorang dari makcik2 yang terbongkok2 tercangkung2 dok memilih tudung hehehehe.


Peh tadi citer lain..ni dah cerita lain..memang gonjol la ko ni kau bini zakaria. Suka hati laki kau je tulis belog camni ek..hahahahaha


Tuesday, December 21, 2010

Saja bikin aku panas!

Before apa2 aku ingin meminta maaf jika ada perkataan mengguris jiwa di entry ini...jika aku sedang amarah aku punya mulut tune dia lari sikit..

Kenapa aku penuh dengan perasaan marah ini malam? Begini ceritanya...

Suatu petang yang indah which is today, encik suami mencadangkan sesuatu "mari kite makan KFC dan bawa budak2 tu sekali (anak2 sedara encik suami seramai 4 orang)". Aku pun melompat kegirangan kerana dapat makan KFC..

Maka selepas menunaikan solat maghrib aku pun cepat2 bersiap untuk ke Rompin. Di dalam kereta encik suami menyoal setiap anak saudaranya menu apa yang mereka inginkan malam ni kerana tidak mahu terhegeh2 memilih makanan bila dah kat depan kaunter. Masing2 seronok memilih menu dan semua sekali kata taknak minum air gas tapi memilih untuk meminum air milo which is the same air yang aku dan juga encik suami minum. Kitorang memang tak minum air gas bila makan kat KFC or McD...tak hilang rasa haus bila minum air gas ni. Lagipun tak elok kan minum air gas ni...

Sampai KFC aku pun order dengan semangatnya..aku minta air semuanya ditukarkan ke milo tapi tiba2 budak kaunter tu cakap tak boleh. What the...apsal takleh pulak? Selama ni aku mintak camtu boleh je? Diorang charge lebih sebab tukar air tu and aku tak kisah pun. Aku sanggup bayar the exact price for the milo tapi kenapa kau kata tak boleh? Kau ni mangkuk ayun ke mangkuk tingkat ke atau kau memang bengap tahap kambing? Aku tak rasa dia akan rugi sebab aku bayar air gas dan air milo tapi aku nak air milo je...Selama aku hidup la, dah berapa puluh kali dah aku masuk KFC and bila aku mintak camni diorang tak kisah pun. Kenapa kat KFC Rompin tak boleh? Dan yang kelakarnyakan, aku bukan kali pertama datang KFC ni and aku pernah buat request sebegini and dia beri je aku milo tapi kenapa...kenapa malam ni tak boleh???

Punya lah aku argue dan terangkan bahawasanya aku taknak air gas tu dan aku sanggup bayar air milo tu dia tetap kata tak boleh...last2 aku hangin aku cakap "dah, cancel air milo tu!!" dengan nada marah. Terdiam budak tu terus masam..pastu kawan2 dia kat belakang sibuk2 tanya..Encik suami kat sebelah aku tanya "kenapa kat sini tak boleh pulak..biasa boleh je". Aku jawab dengan kuatnya "entahlah..kenapa tah payah sangat kat sini". Pastu aku bebel2 sikit..kira memprotes la..

Tengah budak tu siapkan makanan budak buat burger kat belakang menganjing2 aku pulak..memang sial la budak tu. Badan je besar tapi telor takde..kalau berani meh la nganjing depan muka aku. Boleh aku ludah sikit muka ko tu. Dia siap cakap "customer is always right" berulang2 kali sambil tengok muka aku..memang ar customer is always right yang ko bodoh cakap camtu dengan nada nganjing kenapa? ke ko memang anjing? Pastu aku terdengar dia cakap "kak, sini bukan kat bandar besar leh mintak macam2" what the fuck la budak gemok tu. Aku tau ar ko orang kampung, tapi sila jangan letak otak kat bontot boleh tak? Air milo tu ko tinggal tekan kat mesin air tu and masuk lam cawan je..aku tak suruh bancuh pun...and ada aku mintak benda mengarut2 ke? bak kata encik suami "bukannya kita mintak ayam belanda ke apa..tu pun nak bising2". Dasar bangang takde telor punya orang..Ko siap tengok2 aku perli2 aku ye..memang bangsat ar ko.

Dahlah tak minta maaf langsung...kira baik aku tak blah camtu je. At least aku cuma cakap aku taknak air milo tu je...tu pun ko tetap bising2 menyalak2 kat belakang kan? Benda ni boleh di negotiable..tul tak? Bukannya kalau aku tak ikut, aku kena masuk penjara..kalau kena pun aku yang masuk bukan ko. Apsal ko payah sangat? Kalau kau seorang pekerja berdedikasi, ko akan bagi options lain pada customer ko..or even cakap baik2...jangan buat muka masam hodoh kau tu.. serius memang aku bengang sangat2 malam ni. Last2 anak2 sedara encik suami terpaksa la minum air gas..sian aku tengok terkebil2 menelan air..bising mulut diorang cakap air tu masam.

Tulah kisah aku dengan amarahku...Saja bikin aku panas!

Wednesday, December 15, 2010

3 perkara aku benci

Aku tinggal di tut, Kota Tinggi hahaha tut tu bukan nama tempat tapi sekadar nak merahsiakan tempat sebenar aku tinggal. Aku merupakan seorang pemandu kereta yang tegar...hampir setiap hari aku drive keta pi kedai la, bank la, post office la..so aku selalu terdedah dengan pelbagai jenis pemandu jalanraya. Memandangkan aku tinggal jauh dari bandar tapi bukan pendalaman ye seperti yang selalu didakwa oleh encik suami..huh! maka penduduk di sini bawak motor macam haram. Kenapa bukan pemandu kereta tetapi penunggang motosikal yang aku kutuk dengan kejamnya? Sebab aku ada dah banyak kali mengalami experience buruk dengan penunggang2 motosikal ini..Aku listkan 3 perkara paling aku benci dengan perangai haram penunggang motosikal di tut, Kota Tinggi.

1) Tak bagi signal dan tak pasang lampu bila malam..ko gila ke hapa?

Tak bagi signal tu kira benda paling koman ar orang cakap...tak berapa nak hangin la tapi kekadang kena masanya hangin jugak aku..Dahlah terkedek2 bawak motor dan aku lak dengan penuh berhemah tunggu la kat simpang, sekali dia belok masuk simpang aku tu..peh menyirap air sirap..rasa macam nak tahan dia pastu bagi ceramah je. Tapi kang orang kata aku emosional sangat pulak..

Pastu yang bestnya tak pasang lampu pulak..ni lagi giler. Tengah syok2 drive tetibe muncul depan aku. Memang nak mati agaknya...dah tau takde lampu takyah ar kuar malam. Takpun ko guna la lampu suluh ke pelita ke obor ke hapa, aku tak kisahlah asalkan orang nampak ko. Kang kena langgar kojol kat situ jugak baru padan muka ko kan..

2) Parking giler rapat ngan kereta aku

Pakcik, boleh tolong parking jauh sikit tak? Camno saya nak keluar jika pakcik parking motor betul2 depan bumper kereta saya..berapa inci je lak tu. Sila rujuk gambar jika ingin dapatkan gambaran jelas..ye, aku lukis sendiri guna paint. Gila kentang hensem kan aku lukis? hahahahahahah..ops sori off the topic.



Penah sekali aku pi pasar malam. Lepas seronok bershopping beli segala jenis makanan, aku pun berjalan dengan penuh sopan lagi ayu ke kereta aku. Sampai je kat kereta aku pun cakap "peh, parking sikit punya dekat, ingat kereta aku ni motor macam dia ke?" Pastu tetibe ada lalu sorang makcik ni and cakap dengan nada berlagak " tolak keluar la motor tu" which is memang niat aku untuk berbuat demikian namun apakan daya motornya berkunci. Takleh gerak..aku tolak punya tolak tak gerak pun? Kunci la tu kan? Aku mana tau pasal motor ni..pemandu tegar kereta la katakan..lesen kereta je aku ada pun.

Namun berkat kesabaran dan juga skill pemanduan yang hebat, aku berjaya juga keluarkan kereta aku..semua orang tengok je aku berusaha sedaya upaya lalu bertepuk tangan setelah aku berjaya..ok tipu diorang tengok je takde nak tolong pun. Hei, berbudi bahasa amalan kita la! Teringat zizan raja lawak cakap dialog tu dengan nada sengau..

3) Conquer jalanraya macam bapak dia punya

Yang no 3 ni biasanya budak2 muda la buat..orang tua takde lagi setakat ni. Diorang ni kan aku tak tau la perangai jenis apa..nak kata beruk kang marah lagipun beruk tak pandai bawak motor ye tak? Banyak kali dah aku kena camni, bersusun motor berlapis2 macam budak2 balik sekolah jalan kat tepi jalan ramai2 beriringan sampai sepuluh orang takpun macam mat Bangla baru lepas balik kerja jalan ramai2..tapi tu takpela, jalan kat tepi jalan..ini tidak, beriringan naik motor atas jalanraya. What the f la...dah la tu siap borak2 atas motor...kalau dah namanya borak, takkan no nak bawak laju2 ye tak? Slow nak mampu wei..10km/j kadang2 tu. Baik ko jalan kaki cam mat Bangla jalan ramai2 pastu borak la sampai subuh pun..nak pegang tangan pun takpe. Pastu diorang boleh wat dek je walaupun dia tau aku tengah follow diorang..kalau aku leh motong memang aku terus buat siap tekan minyak2 kuat sambil pandang diorang dengan pandangan yang mengerikan hahaha..tapi kadang2 takleh nak motong samada ada kenderaan lain ataupun jalannya sempit. Macam yang berlaku beberapa bulan yang lepas..memang aku takleh lupa ar benda ni. Sila amati gambar di bawah dulu sebelum keterangan lanjut diberikan.





iye, dia ngorat aweks sambil bawak motor. Budak perempuan tu lak punya la mengada tahap cipan tergedik2 ketawa2 atas motor tu. Jantan tu lak lagi la naik ulat bulu..Aku lak berbulu je tengok perangai sampah macam tu. Nak motong jalan sempit..peh hangin aku. Jauh jugak aku follow...aku nak hon tapi aku takut kang bebudak ni hangin cari aku and calarkan kereta aku lak which is cerita benar ye. Penah jadi dengan kawan mak aku...baru je beli vios tu, pastu tah cemana dia nak masuk simpang and dah bagi signal tapi budak tu pi memotong sib baik tak kena langgar tapi dia lak hangin. Dah ko bingai sangat pi memotong kereta nak masuk simpang tu apa ke halnya? Budak tu follow kereta kawan mak aku sampai ke kedai. Kawan mak aku masuk kedai dia wat pedajal dia..bila kawan mak aku keluar dari kedai... tadaaaaaaaaaa (sambil depakan tangan luas2).....dari depan sampai belakang kena calar.

Ok berbalik kepada cerita aku, setelah lama aku follow baru budak tu perasan and toleh ke balakang namun seribu kali sayang
dia buat bodoh je wei..cheese cake betul. (wah aku guna cheese cake sebagai ganti nama kepada perkataan yang tidak sesuai, good for u bini zakaria haha). Aku yang duk lam kereta ni menyumpah2 dah...kurang ajar sungguh budak2 ni. Last2 budak perempuan tu masuk simpang and budak2 lelaki tu terus je jalan dengan lajunya..hai sabar je la..

Itulah dia 3 perkara yang aku menyampah sangat ngan penunggang motorsikal di sini..bukan sekali mahupun 2 kali tapi dah berkali2 terkena..penyakit ke hapa ni? Hai...mengeluh je la aku leh buat...


Tuesday, December 14, 2010

Hobiku adalah menjahit manik

Sekarang ni aku sedang gila kentang menjahit manik dan labuci tidak kiralah di atas baju mahupun shawls hehehe aku ingin selalu berlatih menjahit sampai la aku terer buat design extreme2. Sekarang ni pun aku dah berjinak2 buat design pada skala yang besar..macam jahit pada depan baju kebaya dan juga jahit bunga besar2 guna labuci. Dulu aku tak reti jahit labuci dan aku tak suka labuci tapi sekarang ni bila dah reti rasa macam cantik lak..nak2 sekarang ni ada macam2 jenis labuci. Yang bentuk 4 segi la, bulat leper la, bunga la, bintang la and even bentuk daun pun ada..takyah buat daun guna manik dah, terus tepek and jahit je di situ.

Pastu sekarang aku bercita2 ingin belajar menjahit baju pula..tak kisah ar baju apa. Kalau ada kelas wat baju dalam pun aku nak join muahahahaha..tapi aku terfikir Insyirah pula. Yela, kalau aku pi kelas menjahit, Insyirah sapo nak jaga?? Nak antar umah pengasuh macam melampau pula..kejap je lagipun kelasnya..yeke? aku agakla hahahhaha...Agak2 kalau aku belajar kat internet or buku ke jadi tak baju aku? Aku belajar jahit manik ni pun kat internet and buku je..tapi tula...jahit baju tu susah wooo..nak2 tangan pengkor macam aku ni. Jahit guna mesin senget benget hahaha tak boleh nak tegak tak tahu kenapa. Naik tension aku..praktis banyak kali dah tapi gitu jugak..mata aku ngan tangan aku tak align la..Sian aku hehehe..

Camne pun aku tetap nak cuba..try cari buku menjahit baju lak pasni. Kot terpandai menjahit kang, boleh aku jahit baju raya sendiri ye tak? Pastu bila Insyirah start sekolah boleh jahit baju sekolah dia hohoho...berpandangan jauh tak aku?

p/s: 2 hari lagi encik suami nak balik umah! Yabedabedu!

Sunday, December 12, 2010

Baru tengok Lagenda Budak Setan?

Baru sahaja selesai menonton LAgenda Bapak eh Budak Syaiton di Astro Citra. Iye..aku tau aku la orang paling last sekali tengok cerita tu..hehe selagi tak keluar tv memang aku takkan ambil sebarang inisiatif untuk menontonnya seperti pergi ke panggung wayang mahupun membeli cd cetak rompak. Ini kerana aku bukan die hard fan malay movies huhu ampunkan saya penunggu gunung!

Anyway, bagi aku ok la cerita tu..meleleh la juga hingus aku bila Ayu keciwa kena kahwen ngan Azmi bongok itu..tapi ada satu benda yang aku sungguh hairan iaitu part beranak tu.

Kenapa masa doktor tu nak guna vakum to sedut the baby out, the doktor suruh Kashah keluar dari bilik bersalin itu? Masa aku beranakkan Insyirah tak kena camtu pun? Elok je doktor tu sedut kepala Insyirah depan laki aku? Cara doktor tu cakap dalam cerita itu sungguh mengerikan bila nak kena sedut kuar baby tu..sian si Kashah takleh bersama isteri dia di saat2 akhir nak mati tu..tul tak? Cakap betul sekarang! ye..good..

Wah hangin sungguh aku dengan butang "enter" kat keyboard aku ni. Kena tekan banyak2 kali and dengan kuat baru leh dia mengenter. Ni semua gara2 Insyirah la ni..dok tekan2 pastu dengan selambanya dia baling hp aku kat keybord ni tadi tepat kena kat butang enter tu..peh takleh nak cakap apa...redha je la.

Eh..lari topik ar cerita aku...tapi sebenarnya dah abih pun cerita aku hahaha tu je la aku nak cerita pun. Saja nak menambah koleksi entry biar nampak entry beratus2..kunun2 blogger tegar hahaha..

Kenapa orang lain leh dapat duit nuffnang banyak2 wei? Jeles tul la aku..huh

Entry banyak cerita

Dalam kepala hotak ada macam2 benda nak ditaip di sini..semoga para pembaca (jika ada la) tidaklah pening2 loya2 muntah2 sebab kecelaruan post ini..

Ada ulat ke hapa tah sedang menggila

Okay part 1..tengok tajuk kecil pun dah gila kentang kan kan? siap ada ulat menggila ke aku yang gila..anyway, aku tak tau binatang apa tapi itu binatang sudah geget Insyirah meninggalkan kesan biji2 di belakang badan dia..and ianya gatal..sian sungguh anakku itu. Dan yang paling best sekali, itu binatang sudah mengeget aku! Dibahagian paling best sekali iaitu cik bon***. Tergaru2 aku di situ dengan nikmatnya..sila jangan salah faham. Apabila menggaru benda yang gatal mestilah nikmat kan? Kalau tak rasa terseksa je bila menahan. Tak gitu? Kalau aku gitulah..tak tau ar orang lain hahaha..

Gila jeles adik aku pi Universal Studio, Singapore

Tajuk itu menjelaskan segalanya...perlukan aku perjelaskan dengan sejelas2nya? Perlukah aku ceritakan yang dia dengan berlagaknya menayang botol air gila-bapak-besar-mahal-nak-mampus-berapa-mahal?-ala-rm40-je yang dibelinya di situ?? perlu? Atau perlukah aku cerita yang dia pi tengok movie Shrek terbaru secara 4D di sana sedangkan aku ni dah bertahun tak jejak kaki ke panggung wayang inikan pulak tengok movie berbagai dimensi itu? Bagaimana pula cerita dia naik pelampung bergerak atas air kat Jurassic Park sampai basah2? Kemudian menonton persembahan Water World secara live? Fikir2kanlah..dan selamat berjeles..

Note to encik suami : Bila bang?? Bilaaaaaaaaaa???????? Sekian terima kasih. I lebiu.

Makcik menang loteri!!!

Hahahaha takde mananya aku memang loteri..memang ar ada orang bagi aku email kata aku menang loteri 500 000 pounds sterling. Gila kentang!! Tapi itu semua tipu belaka..aku tak caya langsung. Hagak-hagak la kalau nak kencing aku pun kan..

Tapi kan kalau betul aku ada duit sebanyak tu...fuhhhhhhh takyah pening2 pala dah cari kerja. Time tu jugak aku bayar PTPTipu..pastu beli rumah berbijik2..kereta pun berbijik2...pastu pi melancong serata dunia. Eh encik suami kata kalau ada duit banyak kena pi haji dulu huhu. pastu jangan lupa bayar zakat harta..Tapi memang manis seperti madu la hidup aku..tapi tu lah..berangan je la boleh uhuk...cedih..


Ok dah..ada yang loya2 ke baca entry ni..kalau ye pun ada aku kisah? hahaha gila kejam. Orait then..aku nak sambung tengok One Piece.


Wednesday, December 8, 2010

Rahim jatuh

Sejak akhir-akhir ini aku mengalami sakit2 di bahagian ari2. Aku memang ada masalah kencing kotor sejak di bangku sekolah lagi (iye..aku guna ayat di bangku sekolah..gila kentang skema) , sampaikan masa pregnantkan Insyirah dulu pun masih tak ilang penyakit tu walaupun dah telan macam2 ubat..buat ujian darah and air kencing dah banyak kali dah tapi hasil ujian tidak menunjukkan apa2 yang serius. Anyway, aku ingatkan sakit di bahagian ari2 tu adalah kerana kencing kotor..tapi dia sakit banyak kat belah kiri. Bila buang air besar rasa sakit...pastu rasa tak puas la dengan aktiviti qada hajat tu. I mean tak abis keluar la hahahahaha..

Pagi tadi bangun tidur terus sakit...sebelum tu aku tahan kencing. Yela tengah tidurkan mana nak sedar..diri ini tahan dengan sendirinya. Bila dah tak tahan sangat baru bangun...pastu bangun lak Insyirah nak susu. Terpaksa menyusukan dia..makin tertangguh hajat di hati. Makin sakit ari2 aku ni..pas dah kencing ok sikit la pastu tetiba hajat di hati makin besar, so pi toilet lagi. Lepas menunaikan hajat, rasa sakit bertambah2 pula...bila duduk rasa senak wei. Gile kentang tul..bila aku cakap kat mak aku barulah aku tau kenapa dengan aku ni.

Ropa-ropanya rahim aku jatuh..or lari sikit alignment dia. Mak aku cakap dia penah kena dulu. Maka dengan semangatnya aku pun pergi berurut and memang sah rahim aku turun. Tu kata makcik urut tu la..lepas dia urut satu badan and sengkak semula rahim aku baru rasa lega. Makcik tu kata jangan angkat benda berat2 contohnya bakul yang penuh dengan kain untuk disidai..bila dia cakap camtu terus terflashback segala aktiviti pengampaian baju. Memang aku selalu angkat bakul yang berat itu dibawa keluar rumah untuk disidai kainnya..siap teran2 berkerut2 muka bila angkat..mana taknya bakulnya bapak besar, penuh lak tu bajunya..pastu aku ni dahlah kurus :p hahaha mana la larat nak angkat tapi ku gagahkan jua proses pengangkatan itu. Abih tu kalau tak di angkat nak wat camne? Tak payah sidai kain..ewah ewah lemak tongkeng ko.. silalah amik sehelai2 dan letak dibahu sampai bertimbun kemudian bawa keluar.. p/s : teknik ini diajar oleh makcik tersebut.

Bila dah kahwin and beranak 1 ni badan mula longgar sana sini...alahai..macam2 pulak penyakitnya. So kenalah jaga dengan sebaik mungkin..lepas ni after period je kenalah berurut..sengkak semula rahim tu. Ini nasihat mak aku...phewwww..

p/s: Sejak akhir2 ini juga aku suka sebut "gila kentang" muahahahahha encik suami bila dengar aku cakap perkataan tu mesti dia berbulu je..annoying agaknya..gila kentang lah!

Wednesday, December 1, 2010

Akulah surirumah itu

pheww..dah masuk bulan Disember dah. Kejap sungguh masa berlalu..aku pulak masih macam ni. Masih mencari kerja heheheehehe setakat hari ini masih menjadi surirumah sepenuh masa. Melayan Insyirah siang dan malam..tu bila babah dia takde, tapi bila babah dia balik umah kena layan dua2 la hehehe. Satu pekerjaan yang best jugakla bagi aku sebab kena jaga anak and laki sendiri je...Pastu encik suami sangat ringankan tangan dan poket membelanja iserinya pula bila dia balik ke rumah. Belikan itu dan ini..kan best tu. Duit belanja juga diberi..

Tapi kadang2 ada kena timenya aku leh jadi stress tau. Nak2 time bendera merah + Insyirah buat nakalnya. Peh memang hangin je aku.. tengah period pain and sakit pinggang, Insyirah mengaruk pula memang stress woooo..encik suami pulak takde nak mintak tolong. Walaupun ada mak and bapak aku kat rumah tapi kekadang bila Insyirah buat perangai diorang pun takleh handle..huh time tu memang menyinga je la aku...sian Insyirah kena marah2 ngan aku..dahlah aku ni garang heheehehe ini tidak tipu. Sila tanya aku..ala standard ar anak sulung ni kan tahap kepimpinan dia menyerlah dan to be a leader, kenalah tegas. Adik2 aku dulu pun aku main tibai je kalau diorang buat salah..tengking2 tu kira masih baik lagi la. Tapi ngan Insyirah takdelah aku tibai dia..budak kecik kan mana leh pukul2. Diorang bukan tahu apa pun..kena banyak bersabar je la.

Yang bestnya kan, bila encik suami balik and tengok sendiri perangai anaknya masa tu memang geleng kepala je la dia. Agak2 mesti dalam kepala otak dia terfikir "hebat sungguh isteriku menjaga anakku yang sorang ni..aku sendiri pun takleh tahan sabar tapi isteri aku boleh buat..sorang2 je lak tu. Kena belikan dia jeans and blouse Elle banyak2 ni sebagai penghargaan kerana telah membuat kerja yang sungguh baik" hahahahahaha agaknya lah macam tu.

Ala...walau nakal camne pun Insyirah tapi bagi aku tu biasa..tengah nak membesar kan..sabar je la.

p/s : esok nak ke KL untuk menghadiri pameran KLIMS kat PWTC. Aku nak bergambar ngan Bumblebee wei! Kipas susah mati Transformers! Pastu hari sabtu stay at Awana Kijal sebab encik suami nak wat medical check-up kat klinik kat opis dia. Mandi swimming pool yeah!

Friday, November 12, 2010

If a girl can make a guy cry

entry kali ni mungkin lain sikit. Ada sorang kawan aku post ayat ini di wall mukabukunya

guys will always be able to make girls cry...

but if a girl can make a guy cry,

she must really mean something to him....:)

ayat yang pertama memang tepat sekali..orang lelaki memang mudah buat wanita menangis. Tapi aku nak cerita ayat yang ke dua itu. Bila aku baca ayat itu automatically terus terflashback zaman bujang but not available dulu..macam naik time machine pula rasa sebab sungguh jelas ingatan itu..cewah..

Sepanjang aku hidup, ada 3 orang lelaki pernah menitiskan air mata kerana aku..or should I say 2 orang memang sah memangis sebab aku tapi lagi sorang tu tak pasti sebab aku tak nampak or dengar dia menangis (dalam telefon hehe) cuma dia bagi aku tau melalui sms yang dia menangis sebab aku.

Orang pertama yang menangis kerana aku adalah ex-bf aku. Kitorang couple since form 5 but then aku dump him for someone else after three years of relationship. Kejam kan aku? Dia aku akui memang seorang lelaki yang baik..namun baik di sini hanyalah merangkumi aspek layanan dia padaku. Dia punya baik sampai mak aku pun suka kat dia okay..tapi aku tetap dump dia..ye aku jahat hohohoho. Dia pernah telefon lepas clash and menangis sebab kecewa sangat aku tinggalkan dia. So i guess i really mean to him..but still..

Yang kedua ni lak ex-bf yang aku pilih selepas aku dump ex-bf yang pertama tadi tu..hahahaha tapi kali ni lain sikit. Aku yang kena dump..mungkin balasan dari Tuhan tapi aku tetap rasa dia seorang lelaki yang jahat! dahla tak setia lepas tu yang best dah bertunang ngan pompuan tu pun masih lagi cari aku...masih taknak lepaskan aku..siap nangis2 telefon cakap menyesal buat aku camni tapi pi tunang jugak ngan orang lain kan? So in this case, adakah aku memang bermakna di dalam hidupnya? Tapi real wei dia menangis..aku tak tipu. Sepanjang kenal dia aku tau dia bukanlah seorang yang senang nak tunjuk perasaan dia kat aku tapi malam tu dia boleh menangis pulak..beria2 cakap kalau dia boleh lari dari keadaan tu dia akan buat. Siap cakap nak amik aku jadi second wife lagi..muahahahaha yang tu aku tak tahan. Sapa tah nak jadi second wife dia...tak hingin aku. Bagi aku sejuta dollar pun taknak..eh nak tapi lepas dapat duit tu aku mintak cerai pastu berhijrah duk luar negara hohohohho..(mampus kalau laki aku baca ni..jangan marah ye bang..biby gurau2 manja je).

But the point is, kalau betul harga kemaknaan seorang perempuan itu boleh dinilai oleh air mata seorang lelaki, so how about in this case? Ye kau bermakna dalam hidupnya tapi dia tak hingin kat kau..camtu ke? Hahaha..bengong lak fikir tapi wth kan. Air mata penipuan tu...aku tak rugi apa pun.

So now come the last and also the best part..the no 3 guy. Tak lain dan tidak bukan adalah suamiku yang tercinta. Semasa aku mula berkenalan dengan encik suami, masa tu aku tengah struggle untuk lupakan ex-bf yang sebelum ni..ye yang aku baru je citer sebentar tadi..ye yang dump aku tu. Semasa aku berkenalan dengan encik suami juga, aku berkenalan dengan lelaki lain..apabila encik suami tahu aku tidak memilih dirinya dia kata dia sungguh kecewa sehingga menitiskan air matanya...hehe..tapi lepas tu aku buat keputusan semula untuk memilih dirinya sebab dia tak pernah putus asa menyayangi aku sampai dia buat aku sedar yang aku juga memang sesungguhnya menyayangi dan mencintai dirinya juga.

Jadi air matanya memang bermakna aku bermakna di dalam hidupnya..banyaknya bermakna dalam satu ayat..macam kelakar pula. Tapi kesahihannya itu tidak dapat dipastikan sebab dia sms je masa dia cakap tu..bila aku tanya balik lepas kitorang dah kawen dia menafikan ada bagi sms kata dia menangis sebab aku tak pilih dia dulu hehehe..dari gaya dia cakap macam nak cover line but i do hope he really cry for me...rasa special hokey..

3 different stories and 3 different tears and 3 different means...hahaha what a lame...

Friday, October 1, 2010

Jalan2 di Kuantan

Sekarang aku berada di Hotel Grand Continental Kuantan..saja menyibuk ikut suami yang akan ke Paka esok nak check barang..alang2 ikut tu stay sehari di Kuantan untuk jalan2 cari pasal.


Tadi dinner at Wan Seafood & Tomyam Sara Thai Kitchen..fuh apa punya panjang la nama restoran ni...siap hafal ulang2 kali tu bila kuar dari restoran tu sebab nak tepek gambar kat mukabuku. Menunya adalah


Nasi putih, Bistik Egg, Kangkung Belacan, Chicken Green Curry, Siakap Stim Limau and air untuk aku adalah sirap bandung. Encik suami punya air longan. Rasa masakannya? Mantap! Walaupun ikan tu aku lebih suka kat Hassan Ong (terletak di Kota Tinggi) namun tak adil la jika dibandingkan keduanya sebab Hassan Ong punya kedai masakan cina manakala Sara Thai ni mestilah masakan Thailand. Jadinya cara masakan sudah tentulah lain.


Apa pun aku nak bagi two thumbs up kat kedai ni sebab selain daripada masakannya yang enak, servisnya juga bagus..walaupun pelanggan ramai sangat sampai nak cari tempat duduk pun kena tunggu orang lain siap makan namun makanannya cepat je sampai. Laju sungguh dia masak..camne agaknya keadaan kat dapur dia. Melayang2 tak kuali periuk dia? heheheheh



Ha tu gambar sepet aku..sengih2 je sebab tak sabar nak makan tapi gatal nak amik gambar pula.

Esok aku akan gerak ke Paka pula then lepas encik suami siap buat kerja dia, kami bertolak semula ke Endau. Hari Ahad pagi tu nak kena pi Parit Raja pulak sebab ada family day sebelah bapak aku..makan besar katanya siap pasang khemah hahahha i likeeeeee!

p/s: Masih mencari kerja..aku nak kerja!!!!!!!!! kalau tak kerja camne nak beli baju Elle??

Wednesday, September 15, 2010

Berebut nakkan perempuan?

Nak cerita pasal raya ke tak? Tak cerita pasal raya ke nak? pasal raya cerita ke tak nak? tak nak cerita pasal raya ke?

Ok tu mukadimah yang tak berapa nak bijak pandai la..nak cerita, cerita je la kan. Bukannya ada orang kisah pun.

Aku sebenarnya malam ni mood cintan cintun la..sebab baru lepas nonton filem Twilight: New Moon hohoho

Aku sungguh jeles sama itu Bella la....Semua orang nak kat Bella, aku camne??? hahah sentap giler. Bella tu pulak tamak, kat Jacob dia nak, kat Edward pun dia nak...peh panas je rasa..tapi kan antara dua mamat tu kan, aku paling suka Jacob la. The feeling she felt towards Bella sangat terkesan di hatiku ini..cewah..Aku suka bila tengok orang lelaki berebut nakkan seorang wanita..pastu mesti aku jeles hahahahahahha..


Actually, antara aku dengan encik suami dulu ada sedikit la cerita ala-ala sebegitu. Encik suami kecewa sebab aku pilih orang lain sedangkan dia dah lama sukakan aku..time tu pun aku agak bengong jugak. Aku memang suka kat encik suami tapi boleh tersuka orang lain jugak..namun begitu akhirnya aku pilih encik suami juga. Mujur dia masih tunggu aku walaupun puas dikecewakan...mujur dia sangat sayangkan aku walaupun aku tak pilih dia pada mulanya..

Kepada Bella; sila jangan tamak ye...aku kitai kepala ko nanti. Hahahaha

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Hari ni aku akan pulang semula ke Kota Tinggi sebab hari Khamis ni nak balik ke rumah Wan di Kluang, beraya di sana.

Tahun ni aku tak berapa rasa nak beraya..bila usia semakin meningkat, nikmat nak beraya tu makin lama makin dah takde hehehe kenapa ye? Adakah kerana tak dapat duit raya lagi sebab dah jadi mak orang? atau adakah kerana takleh dah jeling2 anak teruna orang time pergi beraya? hahahahahaha ini tidak tipu okay..dulu2 la selalu buat. Nak2 pulak aku penah ada crush ngan dua pupu aku sendiri time aku form 1. Bila datang beraya umah nenek dia mesti dok terjengah2 cari dia..sampai sepupu aku pun perasan pastu sibuk perli2 aku hahaha macam la dia tu tak camtu. Dia pun ada crush jugak tapi bukan dengan dua pupu, dengan sepupu mak dia aka sepupu bapak aku jugak la...ha lagi dahsyat. Tapi sepupu mak dia tu memang ganteng orangnya..muda lagi tapi tua sikit dari aku.

Hmm sebab lain mungkin takleh gonjol2 main mercun and bunga api..dulu aku selalu jadi supplier mercun and bunga api ni. Sepupu aku tinggal join je.. Atau mungkin juga sebab sepupu sepapat tak semuanya balik beraya...kalau semua balik tak muat ar rumah Wan aku tu. So keseronokan berkumpul + bergossiping dah takde. Kalau tidak sehari sebelum raya kitorang semua gotong royong tolong memasak juadah hari raya...time tu la berborak tak hengat punya. Macam tahun ni, kemungkinan yang balik beraya pada hari raya pertama cuma keluarga aku and keluarga Pak Lang aku. Tak lengkap gitu hukhukhuk..adik aku pun sorang tak balik beraya sebab dia beraya di Kedah..memang tak lengkap. Berapa tahun dah aku beraya takde dia..sedih wokay. Time dia balik tahun lepas aku beraya di rumah encik suami, tahun ni aku beraya kat Kluang dia lak beraya kat Kedah..hmmm tu sebab aku cakap bila makin besar ni memang nikmat beraya dah takde sebab semua benda yang selalu dibuat tidak boleh dibuat lagi...

Apapun I'm still looking forward to Raya sebab leh makan..makan..dan makan lagi! Itu je la yang best kot hahahahha ketupat satooooo!!!!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG BINI ZAKARIA. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA..

Sunday, September 5, 2010

Para Pencari Tuhan memang best

Alisa..Benci Bilang Cinta..Cinta Kirana..familiarkah anda dengan tajuk2 sinetron Indonesia ini? Sinetron2 ini ada ditayangkan di tv3 dan juga astro ria/ prima (tak berapa pasti which one). Aku bukanlah peminat sinetron2 ini sebab bagi aku ceritanya klise sesangat sampai boleh agak apa yang agak jadi seterusnya. Kadang2 ada part2 cerita yang tak masuk di akal..ada juga yang melampau seperti kalau jahat tu, Ya Allah nauzubillah macam syaitonn..kalau baik tu, baik bebenor sampai rasa nak hempuk kepala sebab baik2 bangang. Naif sangat..pastu yang si baik ni kena dera or buli ngan si syaiton ni melampau2..lebih2 pulak aku tengok. So aku jadi tak lalu nak tengok..dahlah cerita dia mesti yang perempuan tu miskin, yang lelakinya kaya raya pastu terjatuh cinta pastu ada pompuan jahat nak kat laki kaya pastu buat rancangan pisahkan diorang ni..alahai..

Namun aku suka sinetron yang satu ini..Para Pencari Tuhan yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 1.30 petang di Astro Oasis. Kalau anda pernah dan suka menonton sinetron Dunia Belum Kiamat, anda pasti akan suka sinetron ini juga. Lakonan Deddy Mizwar sangat mantap..dengarnya cerita ni digarap olehnya sendiri. Sinetron ini cuba menyampaikan ilmu agama dengan cara yang bagi aku masuk dek akal, tidak berat tapi kelakar..kiranya sempoi la. Orang yang tak berapa penuh ilmu agama di dada macam aku ni boleh 'masuk' ar tengok cerita ni sebab seronok..kelakar.

Sinetron ni sebenarnya di discover oleh bapak aku. Aku mana nak tengok sangat channel Oasis tu tapi bapak aku leh jumpa pulak sinetron ni. Lepas aku join tengok terus aku jadi addict..pelakon2nya ada yang sama berlakon dalam sinetron Dunia Belum Kiamat.

Sinopsis sikit cerita ini

Ada tiga orang pemuda bernama Juki, Chelsea dan Barong yang masing2 penah ada kesilapan lampau. Si Juki merupakan kaki pencopet, Si Chelsea pula pengedar narkoba manakala Si Barong pula pencuri motosikal. Masing2 telah insaf dan ingin belajar ilmu agama dengan Abang Jack (lakonan Deddy). So tengah diorang belajar tu macam2 la jadi di sekitar kawasan kampung diorang tu.

Ada satu part ni, si Udin (Rela kat kampung tu) berjalan2 sama 3 orang yang aku cakap tadi. Aku tak berapa ingat camne boleh tercetusnya perbualan ni tapi Juki tanya dekat Udin samada dosanya mencopet dompet orang diampuni oleh Allah. Udin kata mestilah diampuni jika kita bertaubat. Chelsea pun tanya jugak tentang dosa dia mengedar dadah samada diampuni oleh Allah ke tidak. Jawapan yang sama diberi oleh Udin. Last sekali si Barong tanya samada dosanya mencuri motosikal akan diampuni oleh Allah tidak jika dia bertaubat. Udin garu2 kepala dan dengan innocentnya menjawab;

"Masa zaman Rasulullah, tidak ada lagi motosikal atau motokar. Maka undang2 tentang pencurian motokar tidak pernah ada...jadinya dosa itu mungkin tidak diampuni oleh Allah"

Hahahaha..tergelak aku bila dia cakap camtu. Si Barong ni tadi dah pucat lesi...terus demam sebab takut kena masuk neraka.

Pastu ada satu part ni lagi. Ada seorang peniaga ni namanya Pak Jalal. Dia adalah orang yang paling kaya di kampung tu. Kalau dia bercakap mesti berlagak punya la tapi berlagak2 dia pun dia kuat bersedekah dan kadang2 percakapannya kedengaran riak namun dia selitkan dengan hukum agama menjadikan kite rasa nak lempang dia tapi tak jadi sebab apa yang dia cakap itu betul.

Sebagai contoh, ada satu scene ni dia nak buat majlis Nuzul Al-Quran. Lalu dipanggilnya Udin dan Asrol untuk mengatur majlis tu. Antara perbualannya:

Pak Jalal : Tolong disemak ya. Bulan puasa adalah bulannya orang kaya

Asrol : Kata siapa?

Pak Jalal: Ya kata guwe. Di bulan puasa ini selain mengawal hawa nafsu, juga
tersedia program2 amal jariah, zakat, sedekah..yang pahalanya
berlipat2. Semua amalan jenis ini, nggak bakal berjalan tanpa adanya
harta. Sedangkan yang punya harta lebih itu guwe, bukannya loe
berdua, jadi ini bulannya guwe

Udin : Ambil itu bulan puasa buat bapak! (cakap sambil buat muka rasa nak
terajang Pak Jalal). Puas2 sedekah sampai duitnya habis.

Pak Jalal : Eh, sampai bila? Buktinya, selama ini guwe banya bersedekah, guwe
nggak jatuh miskin. Malah guwe makin kaya! Itu adalah janjinya Allah.

Ha begitulah..malas aku nak taip sampai abis perbualannya..ada lagi perbualan seterusnya yang kelakar, sila tengok di youtube je la. Apa pun daripada perbualan tu dapat disimpulkan bahawasanya, bersedekahlah dan memberi zakatlah kamu, nescaya harta kamu akan menjadi lebih barakah malahan bertambah2 murah rezeki. Ha betul tak?? Memang riak dari percakapannya tapi betul apa..

Walaupun best tapi aku selalu miss cerita ni..bila aku meng"yahoo" rupanya2 dah masuk season 3 pun cerita ni..kalau internet tahap Superman memang aku dah download dah hehehe

p/s: Okay, encik suami belum bayar zakat lagi..katanya hari selasa nak pi bayar di Pejabat Agama. Kepada rakan2, jangan lupa membayar zakat fitrah ye..hehehe


Sekian

Saturday, September 4, 2010

Makan roti jala pun nak stress

Hari ni aku beli roti jala kat bazar ramadhan Tanjung Gemuk. Murah je roti jala ni..3 keping sehengget. Dalam kul 9 lebih aku pun nak makan la roti jala tu. Bila aku bukak plastiknya ada la plastik satu lagi berisi kuah..terus stress aku. Nak tau kenapa? Aku cukup tak suka orang ikat plastik kecik warna putih wat isi kuah or sambal dengan ikatan mati. Camne ye aku explain...ala ikatan sekali pusing terus takleh bukak sampai esok pagi tu. Stress ok..cara nak bukak hanyalah dengan menggunakan pisau. Ini pun stress jugak..bila guna pisau kadang2 dia terpancut la..tertumpah la..memacam lagi la. Nak makan roti jala pun berstress bagai..huh!

Last2 aku gigit guna gigi..nak tertumpah jugakla kuah tu tapi sib baik aku cepat2 letak lam pinggan..

Ok part stress membuka plastik kuah sudah setel..sekarang mari kite makan pula...

..........


.........


Hmmm macam haram jadah..ni kuah ke air basuh pinggan?? Camni pun dia nak jual...rasa dia macam ko amik serbuk kari pastu kau bancuh ngan air...pastu pi masuk dalam plastik, ikat mati, pastu jual..peh datang balik stress aku.

Nak telan pun rasa nak nangis guling2 dulu...last2 aku amik balik plastik wat bungkus roti jala tadi, aku masukkan semula lam plastik tu then aku sedekahkan kepada tong sampah. Hai..sabar je la...diorang ni tak tau ke, membuatkan orang lain stress tu bukanlah satu akhlak yang baik.






Tengok, sikit punya hensem roti jala kat atas ni. Sikit punya gabak ayam kat dalam kari dia..aku ni memang peminat roti jala tapi dah banyak kali aku terkena bila beli tak sedap langsung..Bagi aku la, yang sedap buat roti jala ni tak lain tak bukan wan aku, mak aku dan juga mak mertua aku. Tapi of course le, bila dah sedap jarang pula dapat memakannya hehehehehe rare gitu..

Tak pasal2 malam ni aku stress..nasib baik channel warna malam ni tayangkan filem yang memang tak pernah jemu aku tengok. Dah dekat 5 kali kot aku tengok citer The Longest Yard. Sangat menghiburkan..terima kasih kerana membantu aku tidak berterusan stress.

mari tidur sebelum stress aku datang semula...

Friday, September 3, 2010

Sedikit persiapan hari raya

Bila baca entry sebelum ni kelakar lak rasa...tetibe je nak beremo bagai hahahahahaha.

Aku di Endau sekarang ni...saja balik ke rumah mertua sebelum hari raya sebab hari raya tahun ni disambut di Kluang..ye rumah nenek aku. Aku yang paksa encik suami beraya di sana sebab dia tak pernah beraya bersama keluarga aku..eceh cakap macam dah bertahun2 dah kawen padahal baru dua tahun. Tahun lepas beraya kat Endau, tahun ni beraya kampung aku la pulak kan...

Persiapan raya semua dah siap kecuali satu benda je lagi..butang baju melayu encik suami belum beli lagi. Jangan terlupa beli sudah la..kang ada yang mengagau pepagi raya mencari butang baju. Terseksi pulak laki aku kang pergi sembahyang raya sambil menunjuk bulu dadanya hahahahahaha

Tahun ni tema raya kitorang laki bini adalah kuning..tapi baju aku takdelah kuning semuanya..tanahnya warna hitam tapi bunganya warna kuning. Samalah macam baju Insyirah. Semua baju2 raya tersebut dibeli siap..takde tempah2 bagai. Aku malas nak beli kain then hantar tempah..baik aku pergi kedai, tunjuk dan bayar hehehe.

Eh, duit raya belum tukar lagi la! Wah tetibe ingatanku tertumpu pada duit raya...bila pulak nak pergi tukar ni. nak masukkan dalam sampul lagi huhuu. Duit raya yang akan ditukar tidaklah banyak mana..aku kan tak keje..tanam anggur lagi, mana ada duit nak bagi. Patutnya orang yang bersedekah dekat aku hahahhaa boleh gitu??

Lama tak tepek gambar di belog ini...tepek gambar sendiri je lah hehehehe







Sunday, August 29, 2010

Apa punya laki la...

Astagfirullahhalazim.. itu je yang mampu aku katakan bila membaca blog2 isteri yang teraniaya oleh si suami sendiri. Rasa sebak..nak menangis..semua ada. Kenapa dayus sangat sanggup memukul isteri hanya kerana nak menutup kesalahan sendiri? Kenapa bangang sangat dan ego tak bertempat bila dah terang2 kantoi bersalah ada betina lain?

Sometimes, i really don't get it how the hell orang lelaki ini berfikir. Seboleh2nya mereka tidak mahu mengakui kesilapan sendiri malahan cuba membandingkan dengan orang lain yang lebih besar kesalahan mereka dan ingin membuktikan betapa untungnya seorang isteri diperlakukan hanya sebegitu berbanding orang lain. WTF! Orang lain punya masalah pergi mampus la kan, apa kaitan pulak dengan masalah diri sendiri. Just admit you are wrong..thats it!

Lepas tu cuba mencari kesalahan isteri dan cari peluang untuk bagi sedas dua kepada si isteri. WTF sekali lagi! Ni pengecut namanya..meh aku potong burung ko bagi makan anjing nak? Tah2 anjing pun tak lalu makan..

Ye, aku emo hari ni..aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab nak period kot haha tak bagus sebenarnya ber emosional camni sebab boleh effect pengeluaran susu. Tapi nak wat camne, sakit hati bila baca cerita kaum sejenis sendiri dianiaya bukan oleh orang lain tapi laki sendiri.

Sebenarnya nak taip benda lain dah jadi lain lak...hmm

Friday, August 27, 2010

Aku sumpah kau gegata jadi ayam!!!

wahh dah pukul 2.49 am la tapi aku duk online lagi. Ni semua gara2 alergic yang mangkuk ayun..abis badan aku penuh gegata. Gatal pulak tu sampai takleh tidur. Actually aku dah tidur dah sebenarnya kul 11 pm tadi tapi tiba-tiba terjaga kul 1 am sebab asyik duk tergaru2 je. Seksa sungguh la! Dulu aku tak camni tapi lepas kahwin leh datang lak penyakit ni. Tak tau nak kata alergic apa..uhuk sedih woooo..tergaru2 macam beruk.

Kemudian aku pun meng'yahoo'..aku jarang meng'google'' ni hehehe and jumpa satu forum ni. Aku copy paste kata2 sorang forumer bernama RedDevils

"Gegata ni selalunya yg i faham ialah keadaan acute allergic reaction, lebih tepat lagi dipangil URTICARIA rash.

Allergic boleh berpunca samada dprd makanan/ubat ataupun sumber luaran yg bersentuhan(eg, air, habuk, lalang, ect)

In general, ny allergic reaction(termasuklah urticaria ni) perlukan short-term high dose steroid..Insha-Allah within 24 hours akan sembuh..boleh diambil orally.

Kalau teruk sgt, ambil injection corticosteroid.

Ubat2 penahan gatal(seperti piriton, cetrizin) hanyalah sebagai symptomatic treatment..

Dan yg paling penting ialah AVOIDANCE.

Elakkan terdedah kpd sumber/makanan/ubat yg kita tahu/suspek akan dpt tindakbalas allergic."

Ha begitulah adanya..agaknya orang ni doktor kot. Aku agak suprise sebenarnya sebab rupa2nya ramai jugak yang kena gegata macam aku ni. Ramai yang kata mungkin disebabkan antibiotik yang dimakan menyebabkan allergic tersebut. Hmmmm aku mana ada makan antibiotik sejak akhir2 ni. Yang peliknya kan, bila senja je dia pun naik gegata tu..esoknya bangun pagi dia hilang dah. Magis bukan?? Walaupun magis tapi ada gak orang kena camni..aku baca dalam forum tu la. Dia mesti kena gegata start lepas Asar sampai la subuh..wahhh misteri alam ni.

Ada yang kata untuk pulihkan gegata tu dengan meminum air kelapa..tapi ada yang kata nanti makin banyak lak yang kuar.

Ada pula yang kata gosok pakai jaring/jala wat tangkap ikan tu..yang ni aku tak berpa pasti rasionalnya di situ heheeh macam kaedah tradisional gitu.

Ada yang kata gosok pakai daun kunyit yang sudah ditumbuk halus..takpun guna daun sireh.

Wah memacam petuanya tapi kan, aku bukan nak bagi dia hilang hari ni je tapi sampai bila2. Kiranya memprogram semula badan aku agar by hook or by crook jangan keluar lagi dah gegata bodoh tu...terseksa aku wei...

Waaaaaaaa dah kul 3 pagi tapi masih bergaru2 lagi..



Thursday, August 26, 2010

Insyirah dengan selambanya mempassing baton kat mak dia

Masa sekolah dulu korang penah masuk acara lari berganti-ganti tak? Aku penah tau masa darjah 4..dapatlah pingat gangsa. Oklah kan dari takde. Kenapa aku cerita pasal lari berganti-ganti lak? Ha ni mukadimah je...sebenarnya, Insyirah sudah passing baton dia kat aku la..Dia dah baik dah dari cirit-birit, tapi lepas tu aku lak yang kena. Kaw kaw punya ok. Siap muntah-muntah lagi and demam.

Waaaaaa..sungguh tidak syok bila kena mengulang pergi ke tandas je. Lepas membuang, aku muntah-muntah pulak. Masa mula-mula kena tu aku rasa loya-loya tapi perut aku sakit. Aku dah gelabah dah..aku pregnant ke? Ish mustahil..ini kerana..emm ini kerana..ala protection la apalagi. kang citer lelebih kang ada yang batal posa pulak kang hahahahaha. Tapi lepas aku dok ngulang ke toilet je aku yakin aku keracunan makanan. Tapi tak pasti makanan apa yang telah diracun itu hehe.

Pastu kan yang menyayat hatinya, malam nak kena cirit birit tu aku demam..masuk bilik awal kunun2 nak tido sebab badan rasa tak best je. Pastu tetiba aku rindu kat encik suami. Nak on laptop and bagi mesej kat mukabuku rasa tak larat sangat, so aku capai hp baru (haruskah dinyatakan? hahahahaha) and menaip sms kepada encik suami walaupun aku tau encik suami takkan baca sampailah selasa depan sebab selasa depan baru dia balik ke darat and on hp. Sambil taip sms tu air mata mengalir laju je huhuhuhhuh aku ni kalau tengah sakit memang gembeng sikit..mesti nak kat encik suami kekekeke. Manja la kunun..

Alamak Insyirah nak gegeknya pulak..sebelum mengakhiri post ni ingin ku lari tajuk sedikit. Aku dapat green light dari encik suami untuk membeli sehelai lagi baju raya selepas cubaan mencari baju yang matching untuk baju raya sebelum ni tidak berjaya. Taknak beli baju plain dah sebab nanti susah nak cari baju melayu yang matching..so aku dah 'ceger' (maknanya dah perhatikan) satu baju ni kat kedai kemboja di Kota Tinggi. Rege dia boleh tahan..rege asal rm160 tapi dapat kurang rm120..sib baik kau lawa wahai baju kalau tak, tak hingin aku membelinya hehehe. Tunggu daku ye wahai baju akan ku collect ko dari kedai itu.

Saturday, August 21, 2010

Sambungan cirit-birit Insyirah

Aku di Kluang sekarang ni..rumah wan aku. Kesihatan wan sekarang kurang memuaskan..yelah umur pun dah lanjut kan. Sakit lutut la, perut la..memacam lagi. Harap2 wan tabah hadapi semua tu dan semoga Allah permudahkan segalanya.

Insyirah masih cirit birit..menyusu pulak nampaknya dah ok sikit namun air susu aku kurang dah..mungkin 'merajuk' Insyirah taknak menyusu hari2 sebelum ni. Aku pulak pam pun kekadang je..hmm salah aku jugaklah kan. Aku bukan apa, aku jadi stress bila tengok Insyirah lembik je...main tu tetap main tapi takdelah secergas biasa. Badan dia terhidrat dengan hebatnya. Bagi minum air garam tu dia tak berapa nak. Menangis2 bila kena paksa minum. Tadi aku pergi lagi sekali ke doktor tapi bukan di klinik yang sama. Doktor bagi ubat baru dan suruh berhenti makan ubat yang dimakan sekarang. Lagipun aku was-was ngan ubat dari klinik sebelum ni. Aku try bukak kertas yang wat tulis2 yang di tampal atas botol tu untuk baca label sebenar botol tu, pastu aku tengok ubat tu tak sesuai untuk kanak2 bawah umur 2 tahun. Aik??? camno tu?? Tu sebab aku pergi klinik lain sebab nak dapatkan 2nd opinion. Diharap Insyirah baik la lepas makan ubat yang baru ni. Tak tahan dah aku tengok dia..kurus dah Insyirah. Tak gebu dah anak aku..sedih.

Ok citer pasal benda lain pulak. Persiapan raya tahun ni aku ala kadar je..beli baju raya pun sehelai je hehehe. Bagus tak? encik suami punya baju raya tak beli lagi..nak cari warna yang match dengan baju aku cukuplah susah. Hmm..tu la sapa suh gatal beli baju kaler tu kan. Insyirah punya baju dah beli dah.. beli baju kurung yang dah siap je senang.. rm20 je sehelai. kainnya cotton yang macam baju kurung orang dewasa sekarang tu. Ala yang tengah popular sekarang dijual di kedai2. Macam trend dah sekarang orang pakai baju cotton tu. Tapi aku takde pulak nak membelinya..hmm mungkin aku patut beli sehelai. Mari meminta izin dari encik suami untuk membelinya..lagi bagus kalau baju tu kurung moden. Nampak anggun sikit kehkehkeh

Oklah sekian dahulu, aku ngantuk dah.

nota untuk diri sendiri : Aku nak minum 3 liter air sehari!!! kena disiplinkan diri! pastu aku dah order milkmaid tea dari MLO untuk membanyakkan susu. Diharap berkesan.

Friday, August 20, 2010

Insyirah taknak menyusu?

Aku sedang dilanda kerisauan yang teramat sangat. Insyirah taknak menyusu...waktu siang dalam 2 kali je dia nak menyusu. Walaupun puas aku hulurkan 'gegek'nya dia tetap taknak. (Gegek itu adalah panggilan susu yang Insyirah sendiri cipta sejak dia umur 7-8 bulan lagi. Sebutan 'e' nya adalah macam 'emak')

Aku syak Insyirah ada ulser dalam mulutnya..tapi susah nak diperiksa mulutnya. Dia taknak buka mulut...siap mengamuk2 bila aku nak buka mulut dia. Tapi sepandang kilas aku nampak la kat dalam hujung bibir belah kanan. Aku tenyeh bonjela, dia leh jilat2 pulak. Pastu yang jadi bertambah risau bila Insyirah cirit birit...lemah je aku tengok Insyirah. Minum susu kurang, makan pun tak berapa sangat tapi leh cirit birit, sedih aku tengok dia sampai mengalir air mata ni.

Lagi satu aku syak air susu aku tak sedap sebab puasa. yeke leh jadi camni? Macam tahun lepas pun Insyirah taknak menyusu jugak bila aku puasa. Lagipun bila aku puasa air susu aku kurang sangat..mungkin sebab aku kurang minum air time sahur. Nak minum banyak2 sakit perut lak..yelah lepas makan nasi nak pulun air banyak2. Bergelodak rasa perut ni..camne ye nak atasi masalah ni? Tension bila fikir...bila tension bertambah kuranglah susu. Peh macam2 dugaan..

Di saat encik suami jauh, Insyirah pulak camni. Betul2 menguji kesabaran hati ini..ditambah dengan masalah yang dah sedia ada..waaa bertambah2 la menguji dengan hebatnya.

Ya Allah, semoga Kau permudahkan segala urusanku..dan cekalkan hatiku ini. Amin..

Wednesday, August 18, 2010

Happy 2nd anniversary

Semalam merupakan ulang tahun perkahwinanku yang kedua. Semalam jugak encik suami dah pun ke laut bagi mencari rezeki untuk anak dan bininya. Sedih sebab tak dapat sambut tapi gembira sebab encik suami sempat bagi sms pada pukul 12 malam yang berbunyi

"Happy anniversary biby! Lebiu so much.. mmmuah2" (mmuah2 tu kena ada bagi mensedapkan lagi sms itu hoho ciuman dari jauh.

Encik suami dah bagi present tau kat aku..selepas aku merungut2 hp ku bengong dan asyik restart je akhirnya encik suami telah membelikan aku sebuah hp baru! yeahhhhhhh!!!!!!!! Memang best encik suami itu..haha
Ni la hp yang encik suami belikan..bukan tiga bijik tau...sebijik je warna coklat. Yang kata atas tu gambar aku cilok dari pakcik google..


Hadiah untuk encik suami belum dibelikan lagi..aritu pi sogo tak sempat nak belikan..sibuk beli benda lain.. beratur untuk membayarnya panjang pulak tu sebab masa aku pergi tu member's day maka niat untuk membeli hadiah yang sebenar2nya tidaklah kesampaian..lagipun masa tu dah kul 8 malam. Penat dah aku..hehehe apa punya bini la aku ni kan.

haha daku berjanji akan membelikannya bila encik suami balik darat nanti..lagipun encik suami kata nak ke JJ balik nanti sebab nak cari selipar raya. Boleh la aku beli di sana sekali nanti.

Kepada abang,

Terima kasih di atas segalanya. Biby bersyukur sebab Allah bagi abang untuk biby. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. I love you.

Friday, August 13, 2010

Insyirah ikut mak ke abah?

Semakin hari semakin besar puteriku Nurul Insyirah..macam2 perangai dah dia sekarang. Selalunya bila dia berperangai "sesuatu" akan aku ingat2 perangai diriku sewaktu kecil2 dulu..adakah sama dengan diriku? atau sama dengan abahnya..tang ni kena tanya abah dia la..

Insyirah kuat mengamuk..bad tempered okay..tak boleh ditegur sikit terus menjerit marah..menangis melalak2..ish ish..ikut perangai sapa?? heeheh mak abah dia la..aku akui aku memang pemarah. Orang kata dah ada dalam DNA. Biasalah aku kan anak sulung..otai beb. Bila adik aku buat salah je aku pun menjerit menengking sehabis-habisan. Kunun2nya hebat sangatlah.. Sama jugak time aku jadi pengawas masa sekolah rendah dulu. Bila cikgu cikgi semua ada meeting, maka semua pengawas diberi tugasan untuk menjaga kelas. Tak semestinya kelas masing2 sebab tak semua kelas ada pengawas. Biasanya aku kena jaga kelas adik2...junior la. Masa tu la aku tunjuk lagak jadi pengawas..bising sikit je aku jerit "hoi!!!!! Diammmmmmmmm!!!!!" terus senyap budak2 tu hahaha..aku rasa bukan setakat kelas sebelah je dengar suara aku..sampai ujung bangunan pun agaknya dengar..tah2 cikgu dalam meeting pun dengar hahaha..paling best kalau menjerit suh diam sambil libas pembaris kuning yang panjang tu atas meja..kepiauuuu bunyi dia..peh memang ngeri la budak2 tu..dalam hati mesti rasa sengal tahap babun dengan aku. kalau dapat nak sekeh agaknya kepala aku..

Eh tunggu sebentar..tadi kan aku kata abah Insyirah pun pemarah juga orangnya. ini tidak tipu..dah berapa kali kipas hadiah kawen yang rendah tu di terajang sampai barai oleh abah Insyirah gara2 kalah main game ps2. Pastu aritu Insyirah main jolok2 tangan kat kipas berdiri lak..abah dia tegur dia wat dono je last2 abah Insyirah tendang itu kipas terus kiok. Insyirah punya terkejut terus nangis..anak sedara aku yang tengah duduk2 tengok tv terus lari balik rumah dia sebab takut tengok pakcik dia mengamuk. Aku nak tergelak je rasa..tapi aku tahan je la. Ha dahsyat tak kami laki bini? Tu pasal aku tak hairan Insyirah macam tu.

Insyirah juga seorang kanak2 yang takutkan air...buktinya masa aku bawak dia mandi kat Tanjung Balau dia boleh melalak2 menjerit2 menggigil2 bila aku letak dia dalam air..terus nak peluknya aku..kahkahkah..masa memula jalan nak ke pantai tu bukan main hepi tapi sekali bagi masuk dalam air..hmmm sedih!. Aku cukup hairan dengan perangai dia ni..bukan setakat mandi laut je..even mandi dalam bath tub pun melalak2..bukan kata bath tub je..mandi jirus pakai gayung pun melalak2..ayoyoyoyoyo konpius aku sejenak sebab aku time kecik2 dulu hantu air!. Ini diakui sendiri oleh emak aku sendiri. Aku ni pantang nampak air masa kecik2 dulu...jangan kata laut or sungai or kolam..lecak tepi jalan even air longkang pun aku tibai. Aktiviti yang tidak berapa molek ini aku sendiri yang ajar diri sendiri time aku duduk di perumahan felda kelapa sawit dulu..rumah aku terletak paling ujung sekali..sebelah umah lak ladang kelapa sawit. dalam ladang tu pulak ada sungai..asyik bantai mandi sungai je la.Adik2 aku semua aku angkut..malah anak2 jiran pun aku ajar mandi sungai. Taknak kantoi ngan mak mandi sungai nanti baju basah, aku pakai spender je wei hahahahaha ini tidak tipu! Benar2 berlaku! Tapi penah sekali aku bantai main air sungai (tak mandi, main je) kunun2 tangkap anak ikan toman, sekali baju seluar aku basah..adik2 aku pun sama. Bila sampai umah mak aku tengok baju kitorang basah dia tanya aku mandi sungai ke? Aku boleh membohong mak aku kata tadi ada babi hutan kejar sampai kat sungai..terpaksa la masuk lam sungai takut dia kejar. Alasan apakah itu..hahaha mak aku ni cerdik ok.Dia tau aku menipu abis kena belasah ngan getah paip kihkihkih. Pastu mak aku denda basuh baju memasing sendiri guna tangan hohohoh

Penah masa tu hujan lebat turun hari2..lopak air sana sini..depan umah aku rumput je tapi tak rata so kekadang ada lopak air atas rumput tu..aku nya keje ngan adik2 aku adalah meluncur air di situ..memula lari laju2 then seret kaki kat lopak tu..pastu jatuh tergolek2. menyembur2 air tu..nak lagi best buat time hujan turun. Pergh lagi masyuk..dahlah basah2 kena hujan tu..tahap kelicinan rumput pulak mantap memang seronok la. Oh jangan lupa, sila tangalkan selipar jepun anda jika ingin melakukan aksi ni..bagi thrill sikit. Kalau bab mandi longkang pun penah aku buat..longkang tu sebenarnya parit yang yang di gali tapi takde air pun lalu kecuali hari hujan. Time musim tengkujuh air memang bertakung penuh lam longkang tu..ha apalagi jangan segan silu ye hahaha malas citer panjang paham2 sendiri la. Tapi bila fikir2 seram pulak aku rasa..air tu mesti kotor kan..kalau masuk segala bapak kuman dalam badan aku tak ke haru? bile teringat geli geleman pulak aku rasa hahahah

Kalau mandi laut lak toksah citer la..sekali ngan bapak aku mandi sesama. paling best kalau ada pelampung..takpun gogle. Mandi sampai kecut2 jari. Pastu main selam2 la..lari2 dalam air la..macam yang dalam entry aku sebelum2 ni. Aku penah citer.

So, kenapa Insyirah takut air? tidak lain dah tidak bukan..apalagi, abahnya la. Rupa2nya abah Insyirah takut air masa kecik2 dulu. Ini diceritakan oleh mak mertua dan kakak iparku sendiri hahaha. Mak mertua ku penah cerita abah Insyirah jika ingin melalui jambatan, dia akan tunduk or jalan mencangkung sebab dia takutkan air di bawah jambatan itu. No wonder la Insyirah takut air..ikut abahnya rupanya.

Tengok...punyalah sedih muka macam kena dera je hahahaha


Insyirah juga agak nakal orangnya..ada je projek yang dia nak buat. Main pintu la, panjat tangga la, picit2 butang tv la, sepahkan barang la...ish pendek kata nakal la. Tapi dia tak hiperaktif...takdelah lari sana sini, terjun tiruk dari atas meja ke..cuma tu la. Tangan dia tak reti diam..aku tahu bila anak2 ni dia explore benda2 tu maknanya dia sedang belajar. namun begitu jenuh jugakla nak melayannya. Kepala Insyirah kalau dipegang kan, akan rasa hangat. Orang kata jika kepala anak2 kite hangat je memanjang tu maknanya dia nakal..hehehe tapi aku ubah sikit. Nakal tapi pandai.

Baiklah, ikut sapa perangai nakalnya itu..aku selidik dari mak mertua. Ternyata abah Insyirah sangat la baik semasa kecik. Duduk rumah je diam2..panjat pokok ke hapa ke tak penah dibuatnya. Bagaimana pula dengan mak Insyirah? hahahahaha okay aku mengaku aku memang nakal masa kecik2 dulu. Macam aku cerita tadi aku suka main air..sampai balik kampung umah nenek aku kat kluang pun aku gian nak main air tapi nak main kat mana? Hmmm kat umah nenek aku tu, dia punya bilik air ada kolah. takdelah besar sangat tapi bagi budak2 besarlah jugak. Aku punya nakal kan, aku selalu mandi masuk lam kolah tu..memula jenayah itu dilakukan secara solo. Namun setelah merasakan tidak seronok buat jenayah sorang2, maka aku ajak adik2 aku malahan sepupu2 aku pun aku hasut sekali. Pernah sekali kitorang mandi dalam kolah tu..aku lak mengada2 pi senggayut kat kepala paip kolah tu. Maknanya sambil pegang kepala paip tu aku angkat badan aku sikit..dalam air kan badan kite jadi ringan so senang la nak angkat. Tiba2...prakkkk..patah wei kepala paip tu! Seram sejuk dah masa tu..air keluar je dari lubang paip tu..cepat2 kitorang amik towel and keluar. Pastu Pak LAng aku pun masuk terus jerit "Lailahaillallah..sapa punya kerja ni?????" Gempar satu rumah wakakakaka..aku kecut perut dah masa tu...gerenti kena belasah ngan mak aku la pasni. Bapak aku tak pernah belasah kitorang adik beradik..jentik sikit pun tak penah. mak je yang selalu ganyang kitorang hahaha.

Semua pakcik makcik terus ke bilik air..termasuk la mak aku. Bila di soal siasat akhirnya aku mengaku..kena la sedas dua dari mak aku..kena cubit. Sakit wooooo..nangis jugakla merajuk padahal sapa suh menyetan ye dak?

Bukan setakat itu sahaja kenakalanku..masuk keluar hutan kelapa sawit perkara biasa..kejar ayam hutan pun biasa..mengacah2 babi hutan yang sesat depan rumah juga biasa..terjumpa ular sawa sebesar peha pastu leh jolok2 ngan kayu kunun2 provoke dia pun biasa juga..sib baik tak kena belit kalau tak dah arwah dah agaknya. Panjat pokok sena or mangga tinggi2 pastu siap susun papan rembat kat mana tah kunun2nya tree house la..tu pun biasa. Ha provoke sekawan beruk dalam hutan kelapa sawit pun biasa..berapa tapak je beruk tu dari aku..dia duk ramai2 kat tanah tengok aku buat2 bunyi cam beruk pastu agah2 dia..pastu baling2 batu kat dia. Terjerit2 gak la beruk tu tapi dia tak terkam pulak..ish bila pikir2 balik apa ke bongok sangat la aku ni..mengundang maut tul. Buatnya beruk tu ramai2 berkerjasama lompat atas aku pastu kerkahnya kepala aku apa tak arwah??

Apalagi kenakalanku? Hmmm..ha, kenal tak ngan pokok bunga kantan? Aku nak lukis tak reti lak..dia punya pokok macam buluh, serumpun gitu..panjang2 macam buluh tapi batang dia solid la..daun dia kat ujung2 je.macam daun kunyit rupa dia lebar2 and panjang2.bunga kantan tu lak dia tumbuh kat bawah je..sebelah2 batang2 tu..nanti tumbuh batang pendek then bunganya tumbuh kat ujung warna pink, macam jantung pisang rupa dia. Nak dijadikan cerita, rumah jiran aku ada pokok ni belakang rumah dia..anak dia lak memang kamceng ngan aku. Walaupun dia tua setahun dari aku, tapi dia selalu ikut aku je. Petang tu aku pi la rumah dia nak main sama2..pastu mengada pi belakang rumah dia. Aku tuju ke pokok kantan banyak2 tu..lupa nak cakap, batang dia walaupun panjang keatas tapi dia tumbuh kadang2 menyerong beberapa darjah sikit..ala macam penyapu lidi, ko berdirikan dia kat ujung tempat ikat tu nantikan dia mengembang..ha camtu la rupa dia. Aku pun dengan mengadanya panjat pokok tu..badan kecik senang la..memula pokok tu steady lagi..bila aku panjat tinggi sikit dia pun tumbang secara slow motion dengan aku memeluk batang pokok tu..hahahaha rasa dia best woo..bila dah tumbang, aku panjat satu lagi..tumbang lagi dia dengan perlahan2..sebab dia perlahan tu yang best..tak reti nak describe dengan kata2. Last2 semua pokok abis tumbang! Kawan aku ni join sama la wat keje bodoh tu hahaha..lepas abis tumbang kitorang test lak kat pokok jambu tapi tak jadi..terus give up and dengan selama badaknya kitorang tukar port main kat umah sebelah. Depan rumah tu ada padang..kitorang pun main galah panjang. Sampai hari ni aku tak tau samada mak kawan aku tu marah tak tengok pokok kantan dia abih tumbang macam kena sondol babi hahahahahah.

Cenggitulah kisahnya..bila Insyirah berperangai "sesuatu" akan aku reflect pada diri sendiri atau aku tanya pada abah Insyirah samada dia berperangai sebegitu masa kecil2 dahulu. kadang2 kelakar tengok tapi apa pun aku berpuas hati sebab dapat tengok Insyirah membesar depan mata aku..seronok wei..dulu2 aku penah terfikir kalau aku dapat anak nanti boleh ke aku jadi mak? Tukar lampin baby pun tak pernah inikan pulak nak beranak..tapi bila dah lalui semua tu Alhamdulillah..the skill came to me naturally..hehe sekian, dah naik cramp jari jemari mulus ku ini.

Eh aku tukar font..cantik tak? (baca gaya eric macam citer cantik tak tu)

Thursday, August 12, 2010

aku nak minun air soya bean

apa perasaan anda...

di bulan puasa yang indah serta lapar (kena ada gak lapar tu) ..badan lembik sebab berlaku penghidratan melampau akibat cuaca yang sangat panas serta menyusukan Insyirah sampai rasa nak pitam (ini tidak tipu..beberapa kali aku rasa nak blackout cepat2 pegang dinding takpun terus baring tapi aku berazam selagi aku tak jatuh pengsan akan ku teruskan berpuasa) ..aku terbayang bazar Ramadhan...pelbagai juadah enak melambai2 aku...tapi hari ni aku nak makan certain benda je.. tahu panas (taufufa), air soya bean sejuk dan juga tembikai susu..aku sanggup stay up maknanya tak tidur siang la walaupun badan aku letih semata2 nak tunggu pukul 5.30 petang sebab nak ke bazar mencari bendalah tu semua..tup tup tiba-tiba orang lain dah pergi dengan membawa keretaku eh suamiku tanpa mengajakku..encik suami pulak sedap tidur tanpa ada tanda2 nak bawaku ke bazar..so camne???? camne aku nak merealisasikan impian murniku itu? nak marah? nak marah kat sapa? so ku pendamkan jua...dalam hati kecil "takpelah, malam ni aku leh pi sendiri la cari air soya bean and tembikai susu"..tahu panas tu takleh la sebab bazar mesti dah tutup. Pastu tiba-tiba aku teringat satu benda..lesen aku mana renew lagi! cis bedebah sungguh! rasa nak mengamuk je tapi kang aku mengamuk orang kata aku gila di bulan Ramadhan..kang takleh puasa lak sebab gila kan..bukan takleh aku menjadi samseng jalanan dengan memandu kereta tanpa lesen..penah je buat tapi masa tu aku konfiden takde roadblock..tapi kat sini...hui polis merata2 wei..ada je pakcik polisi itu..kang tetibe dia terajin nak buat roadblock and tahan aku mintak lesen..apo aku nak jawab??

OMG...geram je rasa hati ini..ku pujuk hatiku ini..takpelah lusa balik Kota aku leh makan apa sahaja yang ku inginkan...takde lesen pun takpe sebab bazar dalam kampung kan..

Ala..cakapla yang aku ni ngengada pasal makan pun nak buat cerita..tapi ada aku kisah? aku cuma nak appreciate diri sendiri dengan menghadiahkan diri sendiri makanan yang ku inginkan sebab berjaya berpuasa pada hari ini..biarlah aku pendan rasa sakit hatiku ini..takpe2..aku ingat sampai mati..woo sikit ngeri punya statement..ah lantakla..aku malas nak berhipokrit bagai dalam belog hodoh ni (isk kecik hati puan belog ijau).

Hari ni buka puasa pada 7.17 pm..yahoo! Sakit-sakit hati pun yahoo tetap yahoo..haha

Tuesday, August 10, 2010

Membuka pekung di dada

ohoiiiiiiiiiiiiiiiii...

aku tengok kan kebanyakan blog yang aku selalu kunjung makin lama makin slow..sama je macam aku ni slow macam siput babun kekeke apa agaknya yang menyebabakan perkara sebegini berlaku..mungkin minat untuk berblogging dah nyawa2 kambing...atau mungkin sibuk nak mampus tapi online FB hari2 boleh...eh cakap pasal sapa tu? diri sendiri ke? hehehe

anyway, kali ni post aku hentam keromo je la ye..

2 minggu lepas aku dapat surat dari universiti yang mengatakan permohonan pelanjutan biasiswa aku telah di tolak...dia siap cakap, "kami berharap puan dapat berfikiran positif tentang hal ini dan dapat meneruskan pengajian puan di sini" Hahahaha nak tergelak aku baca...anyway, aku sebenarnya dah agak dah mesti permohonan aku itu di tolak..yelah dah dua tahun makan duit biasiswa tapi masternya tak siap2 jugak..

oklah aku berterus terang dan bersedia membuka pekung di dada..aku dah tiada minat untuk meneruskan pengajianku..kenapa? aku dah tiada motivasi untuk meneruskan...aku muak dan jelik melihat program2 aku yang asyik error sahaja...aku juga jengkel bila memikirkan di saat2 akhir dan bila dah jauh perjalananku barulah sibuk nak suruh aku tukar cara untuk membuat programming itu...dan cara itu satu haram pun aku tak reti..meaning i have to come back to ZERO! jadi aku nak salahkan siapa di sini??? masa? supervisor? diri sendiri? oklah aku mengaku apa pun it will come back to me...but it is not fair bila aku kata semua tu salah aku sendiri...ahhh aku berdegil juga..tapi aku nak salahkan siapa?

setiap hari aku berfikir tentang perkara ini...bila aku nak terlepas dengan semua ni...aku tersepit di tengah2...kalau aku berhenti maknanya aku kena bayar semula duit biasiswa itu..damn! kalau teruskan, mana nak cekau duit membayar yuran semester ini?? damn lagi! encik suami sudi memberi pinjam duitnya untuk membayar yuran itu tapi..aku dah takde hati...aku tension..dahla aku kena fikir nak cari kerja pulak lepas ni...kalau tak camno nak bayar hutang kereta dan sebagainya??

selalunya setiap kali aku fikirkan semua ni aku mesti pandang Insyirah...terus sejuk hati ini. Aku ada Insyirah yang membesar di hadapan mataku..ringan sikit rasa kepala aku ni bila melihat keletahnya...tapi sampai bila? aku tak boleh lari dari masalah..aku kena hadapinya. Tapi bagaimana????

Aku buntu..

Sunday, July 25, 2010

aku di sini..kat tepi laut tapi takleh mandi laut

Di sini aku..Sanctuary Beach Resort..kunun2 kat Cherating tapi tak berapa nak Cherating..jauh lagi nak ke Cherating..

Encik suami dan Insyirah masih tido lagi..kepenatan setelah menghadiri Majlis Sumbangan Derma & Kebajikan Resak (BAKR) malam tadi di Restoran Bangkok, Kemaman. Encik suami selaku setiausaha berusaha bersungguh2 menjayakan program ni..sambil menghadiri program ni kunun2nya nak bawa aku bercuti di Cherating..namun, akibat daripada degil taknak dengar cakap bini suruh tempah bilik awal2 maka semua resort di Cherating dah fully book. Nak taknak kena duduk sini..apartmen 2 bilik. Cukup besar bagi keluarga kami yang 2 setengah ni.



Dapurnya..


Ruang tamunya..


2nd bedroomnya..


master bedroomnya..





View dari bilik sangat cantik..kuar je kat balkoni terpampang indah seluas lautan biru...geram je aku tengok. Namun apakan daya..encik suami dan Insyirah bukanlah peminat pantai atau laut. Tak macm aku, pantang nampak laut mesti nak kecebur..aku ngan adik beradik aku memang selalu di bawa oleh kedua ibu bapa kami berpiknik di tepi pantai...pastu mandi laut sampai kecut2 tangan..tu sebab aku suka sangat laut. Sampaikan bila mandi laut tu kitorang boleh cipta permainan mengarut2 seperti bermain kejar2..hahaha kejar2 dalam air adalah sangat penat hoke..cubalah korang lari dalam air paras pinggang..termengah2..tambah lak dengan ketawa terkekek sebab kena kejar..mencabar fizikal sungguh. Pastu kitorang main sapa selam paling lama..biasanya aku ngelat bila main permainan ni...aku selam kejap pastu aku angkat muka..bila nampak je salah sorang adik aku nak angkat muka dia, aku pun cepat2 selam semula..dengan cara ini sudah tentulah aku menang motor..eh menang je la..takde motor2nya pun..hoho

Itu dulu..masa aku muda belia..kalau sekarang aku family aku turut sama ada di sini, memang dah hilang dah aku..terjun ke pantai. Macam kat Langkawi aritu...kitorang adik beradik je berendam...ops tambah bapak aku sekali. Bini adik aku, mak aku and Insyirah borak2 tepi pantai sambil tengok kitorang berendam. Masa tu aku rasa macam masih remaja..gila-gila remaja kihkihkih..siap main sand castle la..timbus2 orang la which is adik aku yang dah berbini tu..sewonok weih...lama aku berendam..dahlah air dia sejuk je sampai kecut2 jari aku.

Waaaaa i really miss my youth age..tul ke ayat tu?? hehe sebab masa remaja aku boleh bergonjol sesuka hati..sekarang gonjol jugak tapi depan laki and family je la..kalau balik kampung umah mertua ke takdelah gonjol..kang orang pelik lak cemana la laki aku yang pendiam ni leh kawin dengan orang gonjol..padahal laki aku pun sama gak gonjolnya hahahahahahahahaha aku bukan berkurang ajar eh...aku dah mintak permission dah kat laki aku nak taip kat sini yang dia gonjol..dia kata okeh..ha gonjol kan? hahaha sebab tu kitorang ngam..

kul 9 dah..sarapan tak lagi. Kat resort ni tak sediakan sarapan la..boring tul. Aku ni mana leh skip breakfast..sangat2 penting breakfast ni kan..yang lain aku skip takpelah jugak. Tapi kalau brakfast..no..no..no..Encik suami dah mandi tu..mesti nak kuar belikan sarapan kot. Kalau nak kuar semua sekali susah lak sebab Insyirah ngorok lagi. Tu la tido lambat lagi..main je siang malam..ecece marahkan anak pulak di sini.

Well, sampai di sini sahaja siaran lansung dari bilik 3406. Tengahhari kang dah kena balik Johor..esok encik suami kena pi semula Kerteh sebab nak naik laut dah..sekian terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

lingerie itu seksi lah..




LINGERIE..apa yang anda tahu tentang lingerie?

Lingerie is a term for fashionable and possibly alluring female undergarments. The term in the French language applies to all undergarments for either gender. In English it is applied specifically to those undergarments designed to be visually appealing or erotic. Lingerie usually incorporating one or more flexible, stretchy materials like Lycra, nylon (nylon tricot), polyester, satin, lace, and silk which are not typically used in more functional, basic cotton undergarments.

Ihsan dari wikipedia..terima kasih.

Senang citer, LINGERIE itu adalah baju tidur..

Kenapa aku citer pasal baju tidur?? Bagi orang2 yang dah kahwin tak perlulah malu dengan perkara sebegini. Cut to the chase je lah..aku nak kongsi url website yang jual lingerie. Ada yang murah, ada yang mahal..yang mahal tu biasanya branded la macam Avenue dan sebagainya and biasanya diimport dari luar negara.

Yang murah2 tapi cantik

1) http://www.myintimatelingerie.com

2) http://nerwen.jalbum.net/Femme%20Fatale%20Series/index.html

3) http://www.minacollections.com

4) http://www.fantasydreams.com.my

5) http://sensualgifts.net/sexy-lingerie/all-lingerie

Yang mahal and of course le cantik

1) http://www.lingerie-power.com/

2) https://www.youumi.com/product.asp?cat=home

3) http://www.thesaxyclub.com/

hah begitulah adanya..ada banyak lagi..boleh tanya kat pakcik google..takpun tengok kat ebay or mudah.com..berlambak2..nak bukak kena tengok2 le dulu ye.. kot2 ada orang tengok nanti orang kata bukak laman web xxx lak hahaha

tak perlu malu bila dah menjadi suami isteri...niat di hati hanya ingin kekalkan kemesraan dan memikat hati suami..tak salah kan?

nota lutut: dah setahun 2 bulan yaalll!! apa lagi..breastfeeding si Insyirah le..lagi 10 bulan je lagi!!