Tuesday, April 28, 2009

Menghitung hari guna kalkulator

Salam sejahtera..

Semalam aku hantar sms kepada kawan baik aku time kat sekolah menengah dulu. Dia pun tengah sarat mengandung sekarang ni. Dia kata hari ni genap 9 bulan 10 hari die mengandung...doktor kata bebila masa je leh bersalin. Pastu aku pun terkejut hehehe aku pun kira2 la aku punye usia kandungan. Aku punya 9 bulan 5 hari la! wahahahahaha..due date aku sepatutnya 22 Mei, which mean time tu genap 10 bulan la. Tu tarikh paling maksimum yang doktor bagi. Doktor pun dah pesan kalau ada rasa cam air ketuban pecah ke cepat2 pi spital. Admission letter pun dia dah bagi dah...sungguh mendebarkan la. Kawan aku lagi sorang aritu die bersalin genap 9 bulan 10 hari. Dia cakap dia kuat berjalan..hari2 pi keje naik lrt. Aku pun kuat berjalan juga..huhuhu memang sengaja nak banyak berjalan biar senang bersalin. Harap baby jangan le keluar time abah dia takde kat umah. Minggu depan encik suami nak naik laut semula..walaupun tak lama 2 hari je tapi mana nak tau kan..

Aku dah beli dah breast pump Spectra 3 tu. Aku beli kat mylittleones. Walaupun harganya mengancam dari kedai lain aku tetap pilih yang tu sebabnya tuan punya kedai tu dengarnya sangat bagus pasal breasfeeding ni. Kalau ada apa2 buleh tanya dia.Kopak duit aku hukhukhuk...Khamis ni nak kena wat CTG plak..jangan bil sampai riban2 dah la.

Semalam encik suami tetiba tanya sepanjang mengandung ni tak buat soalan matematik ke? Hehehehe aku pun tak teringat la pasal tu. Dulu penah terbaca emel kenapa orang2 Yahudi ni pandai2 belaka. Antara salah satu cara diorang ni didik anak kan sejak dari mengandung lagi selalu wat latihan matematik. Orang kata apa salahnya ikut benda yang elok kan..so tadi aku cari la soalan2 UPSR ngan PMR. Cari soalan add math kang, baby stress lak..cececece alasan je yuyun tu huhuhu padahal dia yang akan stress guling2 nanti. Ok sadap..

So malam ni aku akan merajinkan diri menjawab soalan2 tersebut. Semoga baby menjadi anak yang rajin belajar macam mak dia juga serta comel macam mak dia juga serta vogue macam mak dia juga serta semuanya macam mak dia juga..sekian.

Monday, April 27, 2009

Meronggeng Akademi Fantasia

Ye..itu tiket Akademi Fantasia. Huhuhu abang yang belikan. Sebenarnya aku tak penah pun minat tengok AF ni. Dari AF 1 sampai la AF 6 mana penah aku tengok. Tapi bila kawen ni lain lak jadinya..encik suami selalu bukak Diari AF..pastu aku pun terjebak. Aku penah cakap kat encik suami dulu, "apakata kite test sekali pi tengok AF. Pasni tak duk KL dah.. takde la nak merasa pi tengok". dan tak sangka lak dia ingat permintaan aku ni huhuhuhu ari Sabtu ari tu kitorang pi Midvalley and pi Rock Corner untuk membeli tiket itu..Oleh kerana pintu masuk bukak kul 8 malam, encik suami cadangkan pi Bukit Jalil kul 6.30 petang.


Encik suami sedang memandu sambil tersenyum kambing kerana bininya sedang mengambil gambar dirinya


Uhuk....kesesakan lalulintas berlaku. Encik suami baru teringat malam tu final bola sepak Selangor lawan Kelantan di Stadium Nasional. Waaaa...wrong timing tul la...

See..punya semangat letak bendera selangor kat keta..aku rasa mostly yang kat jalan raya time tu nak pi tengok bola bukan pi tengok AF *sigh*

Signboard kompleks sukan negara...

Jangkaan kitorang tepat. Punyala ramai yang pi tengok bola. Memang dasat permandangan kat kawasan stadium..nak parking bukan men susah. Last2 terpaksa parking kat tepi jalan mana tah. Kitorang ni lak buta kayu, tak penah pergi pun kawasan tu hahah so ikut je la peminat2 bola sepak ni parking. Jauh giler aku menapak rasanya cam nak terberanak je..huhuhuh penat giler. Last2 sampai gak Stadium Putra. Sebelum masuk kitorang makan burger dulu. Pastu bila masuk je dalam tu memang tak ramai yang datang tengok...seat kitorang belakang sekali, tapi tetiba dengar lak orang Astro tu kata "Sesapa yang nak duduk depan dipersilakan....penuhkan tempat kosong" wawawa aku pun apa lagi..daptla duk depan gak walaupun tak berapa depan. Tapi seat aku tu strategik gak la sebab nampak pentas.

Malam tu aku rasa persembahan Aril ngan Hafiz memang mantop..best la..time Hafiz nyanyi meremang bulu roma. Tapi terkejut ngan keputusan..tengok cam ramai je peminat Aril si awok tu..tak sangka lak dia yang terkeluar malam tu..hehe Aku ni takdela nak undi2..setakat tengok je leh la hikhikhik...

Begitulah cerita malam mingguku bersama encik suami...

Terima kaceh ye abang sebab belikan tiket AF itewwwww....

Friday, April 24, 2009

Jalan2 cari pasal

Aku mengalami masalah tidur sejak akhir2 ni. Tapi aku tak berapa hairan sangat sebab dah nak hujung trimester ketiga memang la camtu kan? Baby kadang terjaga memalam buta, pastu die golek2, tendang2, cucuk2 perut aku sampai aku terjaga hehehe. Pastu bangun nak terkencing lagi. Memacam la..last2 bila bangun kepala cam mengong je. Pi kerja pun rasa malas je..Abang dah asyik sound je suh cuti sampai bersalin tapi aku macam takut nak cakap kat supervisor aku hahahahaha..

Semalam aku kata nak makan Kenny Rogers kan? Time makan tengah hari aku cakap la hajat terpendam tu. Abang kata malam ni la kita pi makan kat Midvalley. Jadi, malam tu kitorang pun pegi la Midvalley..sungguh seronot sekali. Lama dah tak makan makanan berkolestrol tinggi huhuhu


My Quarter meal...


Nak tunjuk air mocha freeze yang sungguh cedap itewww.


Encik suami makan dengan penuh seleranya


Bini zakaria juga makan dengan seleranya..

Memang sangat mengeyangkan..baby pun melompat2 dengan gembiranya di dalam perut sebab dapat makan sedap. Makin chubby la pipi babyku itu..

Sebelum balik singgah kedai majalah and abang belikan majalah Pa & Ma keluaran bulan Mei. Banyak sangat info di dalam tu. Setiap helai aku baca takde lompat2 tak macam sesetengah majalah yang kadang2 iklan je banyak. Infonya pun kadang2 boring.

Mendela aku merapek ni..

Layan nickelback - gotta be somebody..

Thursday, April 23, 2009

Kejutan itu suprise

Malam tadi aku mendapat kejutan dari encik suami di mana dia secara tipunya telah pulang ke rumah pada pukul 1 pagi.

Kul 10 malam sebelum tu dia kata die nak tido..yelah esoknya ada kursus lagi. Aku pun percaya la bile dia kata camtu. Pastu pukul 12 lebih dia bagi mesej suruh bangun. Aku masa tu memang tak tido lagi. Tengah cuba untuk tido sebenarnya tapi takleh terlelap..aku tanya dia napa bangun lak ni? Kata tadi nak tido..die hanya bagi mesej "hehehe" dan "sbb..sbb..sbb". Aku malas nak layan dah pastu..aku ingat maybe dia nak tengok bola ke hapa tetibe dengar bunyi pintu umah aku kena ketuk..hmm dia wat lagi. Selalu bagi kejutan sebegitu rupa..bila aku bukak pintu dah tercongok dah dia kat depan umah. Dia kata dia nak ponteng kursus hari esoknya (hari ni la). Rindu sesangat kat bini la tu hahahahaha sampai tak nyempat2 nak balik umah...

Malam tadi juga kan, aku sempat menghabiskan penjahitan manik di baju kurung aku...hobi baru ni hehehe. Dari tahun lepas aku cuba belajar sendiri camne nak jahit manik pada lengan baju. Lepas kawen ni aku bergiat aktif lagi belajar secara sendirian berhad tanpa pergi ke mana2 kelas menjahit. Aku beli buku cara2 nak jahit manik and aku search internet pasal bendalah ni. Ada orang kata kalau jahit manik kat baju, nanti tanggal bila basuh...actually kalau kita tau nak jahit dengan betul, manik tu boleh bertahan di baju bertahun lamanya. Pemilihan manik juga penting kalau nak cantik la..kalau beli manik cikai mungkin hasilnya kurang memuaskan and ada yang akan luntur warna bila kita basuh. Nak yang bagus belilah manik Jepun. Aku selalu tengok fotopages penjahit manik tegar ni..leh wat duit woo...sepasang baju nak dekat seratus upah menjahitnya..ramai plak tu pelanggannya...tapi aku takdela nak wat bisnes menjahit manik ni..sebab aku tidak tegar..dan aku budak baru belajar.



Ni baju yang aku siapkan malam tadi..ada lagi pattern2 lain yang aku dah jahit tapi malas lak nak amik gambo hehe..aku dah slow sket sekarang menjahit2 ni sebab perut dah besar sangat. Kalau duduk bersila tu alahai...sesak nafas aku..baby pun tak selesa asyik duk tendang rusuk aku je. Takkan nak menjahit baring lak..so aku stop sampai baju ni je la...lepas bersalin nanti leh la sambung balik..aku nak test jahit pattern manik tabur lak. Orang kata kalau jahit pattern ni leh kelabu bijik mata hehehe sebab banyak sangat maniknya..

Ni contoh jahit manik tabur..aku amik gambar ni dari fp Puan Noraini. Silalah klik pada nama tu kalau nak tengok pattern yang lain..

Nota lutut: Dah lama tak makan Kenny Rogers nyum nyum..kena ajak encik suami pi makan sebelum beranak ni..huhu

Wednesday, April 22, 2009

Hari ini hari di dalam dilema

Hari ini hari di dalam dilema..

Sejak semalam aku duk usha breast pump untuk breastfeeding lepas bersalin nanti. Aku usha satu je brand iaitu Spectra 3..electrical breast pump kerana aku malas memerah secara manual. Lembu pun orang len perahkan susu dia, so aku tanak la perah sendiri hahahahahaha jatuh la standard aku dari lembu.

Ok the dillema is...which package should i choose????

Rege menatang ni memang mahal..tapi yang paling mahal adalah jenama Medela. Kalau beli Medela ni menggigil gak la bile nak membayarnya. Jenama Spectra ni terkenal dengan bunyinye yang malu2 nak kuar..maknanya senyap la time pumping tu. Pastu die high suction power..leh pam dalam keta tp kena beli adapter la, and macam2 lagi la kelebihan dia. Spectra 3 ni harga asal dia rm388 tapi mostly aku tengok kat kedai2 online ni diorang jual range dari rm320-368. Itu single pumping..kalau nak double pumping bagi meningkatkan kuantiti hasil pengeluaran kena la beli satu lagi Breastshield kit. Setelah meninjau2 di beberapa kedai online ni ada beberapa kedai aku rasa ok la tawaran die.


1 Spectra 3 Electric breast pump = Rm368

Free 8 pcs Bumble Bee: BPA Free 5oz PP Breastmilk Bottle worth rm38.90

1 Breastshiled kit = rm50


TOTAL = RM415

Namun begitu ada juga package deal..yang lengkap:


www.enjoybreastfeed.com




This set contains:

  • Spectra 3 Breast Pump
  • 2 Breastshield Sets
  • 1 PP storage bottle
  • Moms Precious Backpack bag
  • Moms Precious Cooler kit
  • Moms Precious 10 Storage bottles and 2 Feeding cups
  • 1 air dry pouch
  • 3 Ice Packs
TOTAL = RM575.50

Begitulah adanya..kalau aku beli kat mybbstore tu aku kena beli cooler bag kat Carrefour berserta ice cooler sebab kat Carrefour murah..kalau beli kat kedai yang sama beg die rm100+ huhu...

Encik suami suh beli yang full package kat enjoybreastfeed.com itu..tapi kena pakai kad kredit aku la..hmmm alasan die "bukan kite yang pakai", kite tu diri dia la tu..bahasa manja kunun2nya..Mentang2 la kad kredit aku belum pakai separuh pun dari limit..

namun begitu malang menimpa hihihi enjoybreastfeed.com tidak menerima bayaran menggunakan kad kredit. Nak guna cash memang leh tapi sayang la plak duit tu nak wat bayar bil spital nanti..huhuhu jadi aku pun cari lagi kat kedai lain jumpa yang ni lak

www.diyaluna.com

  • Spectra 3 breastpump
  • Moms Precious traveler bag
  • Moms Precious cooler bag
  • 3 ice packs that can last up to 12 hours
  • Extra Spectra breast shield set (for double pumping)
  • 1 Spectra bottle and
  • 6 Moms Precious breastmilk storage bottles with 2 sipped cup
TOTAL = RM550

Lagi murah...tapi takleh pakai kad kredit juge huhuhuhu...

Cari lagi..jumpa yang ni lak..


momslittleones.com

- Spectra 3 Breastpump
- Moms Precious Smart pack
- Extra Spectra Breast shield set (for double pumping) and
- 4 Moms Precious Breastmilk Storage Bottles

Note: You get a total of 11 breastmilk storage bottles with this set). The above package is worth RM 746.00 but is offered to you at only RM 590.00 !!
So, you get to enjoy great savings if you get this package. Savings of up to 20%!!

TOTAL = RM590

kedai ni terima kad kredit...hmmm.....tapi jumlah botol die 11..manyak gak tu.
Kemudian ada satu lagi kedai..

www.fabulousmom.com

-Spectra 3 Breastpump - demo unit available for trial in our showroom
- Mom's Precious Smart Pack (consists of 1 big backpack, 1 cooler bag, 3 icepacks and 6 bottles worth RM229)
- Extra Spectra Breast shield set (for double pumping) and
- 1 Free Fabulous Mom Angel nursing bra worth RM35.90

TOTAL = RM590

sungguh berdilema...
Yang mana satu pilihan hati..lain2 kandungan set tu..kena bijak memilih heheh abang kata kalau takleh guna kad kredit, bayar je cash gune duit simpanan..hehehe green light tu..tapi tahla aku ni jenis berhati-hati sikit kalau pasal planning ni..yela duit tu plan wat bayar bil kang watnye apa2 hal jadi, mana nak cekau duit huhu..

Manyak belanja bila anak sulung ni..semua nak kena beli. Nanti next baby takyah beli dah..lagipun breastpump ni leh di servis and spare part die leh cari kat tenet je..aku beli ni pun sebab aku menyokong 100% breastfeeding. kalau leh sampai anak aku 2 tahun aku nak breastfeed die..Jimat takyah beli susu formula yang regenya memang boleh menyebabkan poket kempis tiap2 bulan. Dengan mengepam susu selalu boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu dan susu ibu boleh disimpan di dalam freezer sehingga 2 bulan. Cume diharapkan baby aku nak le breastfeed ni..watnye tetibe die taknak hahahaha membazir la susu itewwwww....kalau jual muleh tak ek? kekekekeke...

Begitulah cerita aku dan puan dilema..sekian wassalam..

Tuesday, April 21, 2009

Jagalah kebersihan dengan bermandi manda

Dah berbulan2 Encik Yos tidak dimandikan...Encik suami dah bebel2 kerana keta die yang tak hensem tu kotor. Ala, die tu pun sama gak tak mandikan si myvi gemuk aku tu. Fair and square la hehe..

Namun begitu, setelah mata aku jadi sakit melihat betapa Encik Yos semakin tak hensem aku pun dengan berat perut pi la bawak Encik Yos mandi di Pantai Hillpark.. (Pantai Hillpark bukanlah sejenis pantai tetapi nama tempat) . Sampai je tempat tu aku tengok punye la banyak kereta sedang beratur tunggu turn untuk dimandikan..hmmm nasibla badan, mesti berjam2 tunggu ni. memang betul jangkaan aku dekat sejam lebih juge la aku dok tunggu Encik Yos siap mandi dan di pedicure serta manicure. Sambil2 tunggu tu, aku makan karipap sardin yang dibeli di pasar malam depan Vista Angkasa. Sebelum turn Encik Yos di pedicure and manicure, ada satu keta waja ni. Abang2 India tu mengulit serta membelai dengan penuh manja keta tu sampai boot belakang pun die bukak and bersihkan tau. Dalam hati aku mesti tuan keta tu suruh kot..bayar pun lebih agaknya. Aku tengok je la sampai le abih..dah abih tu salah sorang abang tu pi kat sorang pompuan India ni and bagi isyarat keta dah siap dibersihkan. Pastu aku tengok pompuan tu hulur sekeping RM10 and lelaki tu amik duit tukar die hulur 3 keping duit sehengget. Wahhhh...rm7 je???? Kenapa selama ni aku bayar rm9? Kenapa pakcik perdana yang ada sticker Istana Negara tu pun bayar rm9 juge? Adakah kerana aku makan belacan maka kena bayar rm9?

Walaubagaimanapun, aku cube bersikap positif. Sedara die kot..tah2 kakak die ke, girlfriend die ke..so aku malas nak pikir and wat dono je la. Tapi kalau bukan sedara mara pun aku tau niat die nak tolong bangsa dia..tidak macam bangsa Melayu yang cukup la berkira kalau berniaga ni...tak semua la camtu tapi mostly aku tengok camtu la. Even orang Cina pun kalau berniaga kadang2 rileks je bagi diskaun tak kira la kat Melayu ke India ke..sebab die tau itu salah satu cara melariskan jualannya..mana la diorang ni tak maju dalam bisnes kan??

Ceh..pandai je mengomen aku ni..
Encik Yos sedang menunggu turn untuk di pedicure


Encik Yos sedang di pedicure dan manicure


Rupa Encik Yos setelah dimandikan..sedikit kacak dari sebelum ni. Kepada Encik suami sile mandikan myvi gumuk sekarang juge!


Ops..encik suami sudah berada di daratan dah..Pagi tadi kol 8.45 die bagi mesej yang berbunyi "Diang" which mean diam..diang tu bahasa Ganu. Amende yang suh aku diam pun aku tak tau la sebab masa tu aku tak bercakap pun..Sekarang die on the way balik Endau umah mak abah dia. Esok pi kerteh semula untuk kursus..hmm sian aku kena tinggal..ni la nasib isteri kepada seorang nelayan.

Monday, April 20, 2009

Blog ini sudah tukar title

Mulai hari ini blog ini sudah bertukar nama kepada BINI ZAKARIA huhhu..tak best plak nama yang dulu tu. Panjang bebenor..lagipon kalau tukar ke Bini Zakaria kan matching ngan url blog ni hehehehe...

Panas je sekarang ni...tido memalam pun berpeluh2. Duduk kat lam lab ni pun panas gak walaupun aircond die besar gedabak...musykil sungguh aku. Rasa nak bakar je aircond ni..

Malam tadi chatting ngan encik suami..die kata ada berita buruk yang ingin disampaikan. Tetibe die offline..bertuah sungguh, saja je nak wat aku suspend. Tak lama pastu hp pun menyanyi2 lagu Akon si nananana tu..sapa lagi kalau bukan encik suami. Die kata berita buruknya adalah die kena kursus kat Kerteh pada 22 dan 23 haribulan huhuhu...siap tanya "sedih tak?". Aku cakap la sedih..die hanya mengasihani aku sahaja..tengok2 mana la aku tak kurang kasih sayang..patutnya dia balik ke darat ari esok tapi kena tangguh sampai Khamis pule..sabar je la..

Aku takde idea sebenarnya nak taip apa kat entry ni uhuhuhuhu..kekurangan idea pulak sejak akhir-akhir ini. Hmm malas dah nak pikir..end kat sini je la..daaa

Nota buku lali: Prison Break season 4 tetibe bersambung lak episod 17. Hmmm...kena donlod ni. Ingat dah masuk season baru..


Sunday, April 19, 2009

Spelling itu penting, kamu tau?

Spider solitaire menemani aku sejak akhir2 ni..sambil2 tengok berita aku men solitaire. Sambil2 dengar budak2 AF melalak dalam tv aku main solitaire. Sambil2 aku chatting ngan encik suami di ym aku men solitaire..terima kasih solitaire kerana menemani isteri yang kesunyian serta kurang kasih sayang ini uhuk...(ayat ni ayat sindiran kepada encik suami hikhikhik)

Hari ni pun dari tengah hari sampai ke petang aku layan spider solitaire ni sambil2 tengok tv...aku baru je lepas tengok Are You Smarter Than a 5th Grader?. Aku tak berapa suke sebenarnya tengok citer ni sebab most of the questions aku tak dapat jawab pon hahahah tapi aku malas nak tukar channel so aku biarkan je la. Contestant pertama arini seorang pelajar kolej yang dapat markah SAT sangat la tinggi...not sure what SAT is..tapi rasanya kalau sapa dapat markah tinggi in SAT tu maknanya die pandai la..kalau tak watpe die asyik cakap mamat ni dapat score tinggi in SAT, tul tak?

Ok back to the topic. Mamat yang kununnye terer ni walk out dr show ni with USD175ooo..huhu terer la tu kan. Die berhenti setakat soalan kedua terakhir and soalannya aku leh jawab lak tu. Syabas yuyun! Tapi mamat ni tak konfiden...soalannya adalah apakah bahasa rasmi negara Australia. Jawapannya ialah..kamu agak apa? Yup english..sayang sungguh kalau tak die dapat usd250k. Tapi ok la tu die tak tamak haloba..hehehe

Oleh kerana show tu sejam and mamat tu kuar lepas 40 minit so ada baki 20 minit lagi die panggil la contestant ke dua, seorang pompuan yang gedik..huhuhu bukan men seronok dan konfiden sekali die. Soalan 1st yang die pilih adalah soalan 1st grade, spelling. Soalannya adalah, ada berapa konsonan dalam perkataan VOWEL. Perkataan 'vowel' tu die tak la terpampang depan pompuan tu..maknanya kena eja sendiri and carila jawapan. Dengan konfidennya, pompuan tu eja 'vowel' dengan VAOUL..what?????? VAOUL?? wakakakaka...so paham2 sendiri la apa jadi pastu hehe

Gelak, gelak juge yun ko sendiri tak sedar diri spelling pun tak berapa pass huhuhu

Memang tul pun..memula aku rasa kelakar giler pompuan ni tak reti eja vowel sedangkan itukan bahasa makbapak die..pastu aku teringat lak satu peristiwa time aku darjah 4. Masa tu tah kenapa aku teramatlah bengong+konpius kenapa kite eja TANPA with N kenapa tak M sedangkan bile aku sebut TANPA aku akan sebut dengan TAMPA. Aku tak tau la kan kamu sebut TANPA tu cemana tapi aku sebut camtu. So, time cikgu suh wat karangan semua perkataan TANPA aku tukar ke TAMPA..and nasib baik aku tak ditampar oleh cikgu Yati kerana mengada2 mengubah bahasa ibunda tersebut huhuu..aku cume di soal siasat je kenapa aku leh terfikir nak tukar lak perkataan tu..aku cume sengih je la huhu

Kesimpulannya, janganla gelakkan orang len sampai terguling2 serta meleleh2 air liur jika diri sendiri pun camtu gak..sekian terima kasih..

Saturday, April 18, 2009

Stephen Moyer juge pontianak yang sungguh hot




Kenal die? Ala pontianak yang berlakon dalam tv siri True Blood di Cinemax iteww..

Memula kuar iklan citer ni aku macam apa jadah la asyik citer pasal pontianak je. Tapi tah cemana aku tertengok juge and selepas tengok episod 1 aku rasa best lak. Seperti biasa mestila ada babak2 percintaan antara pontianak ngan manusia biasa..ala macam citer Twilight tu cume dalam cite ni komuniti pontianak tidak bersembunyi (maknanya diorang ni hidup bebas di dalam komuniti manusia juge, leh lepak bar and minum Trueblood iaitu darah tiruan untuk pontianak) dan kulitnye tidar bersinar2 seperti edward cullen bile kene matahari sebab pontianak dalam citer ni tak kuar waktu siang pon.

Well...macam edward cullen, stephen moyer juge memiliki pandangan mata yang sungguh gorgeous..huuhhu...sungguh hot sekali bile die pandang anna paquin..lagi hot bile die pandang sambil kuarkan taring die.

Wahh entry ini diharap tidak memanaskan hati encik suami..alaaaa encik suami punye pandangan lagi memukau+gorgeous+hot kihkihkih...tul la...korang apa tau? laki aku..

Okay, apa pun aku tetap ingin terus melihat tv siri ni..sekarang dah episod 6...ending episod ni anna paquin nak ehem2 ngan stephen moyer tu tapi kene geget lak kat leher..wahhh saspen sungguh. Agak2 pompuan tu jadi pontianak gak tak ek...

True Blood - Anna Paquin as Sookie Stackhouse, Stephen Moyer as Bill Compton

Friday, April 17, 2009

Serahkan kehormatan anda

Jam menunjukkan pukul 12 malam..kena tido la nampaknya. Abang masih lagi tengok tv and sambil2 tu melayari internet menggunakan maxis berukbandnya. Aku pun setting tempat tido and memulakan aktiviti tido tersebut. Dah agak2 nak terlelap aku terasa abang cium pipi aku. Pastu trus blackout..

tido..


tido..zzzzz


zzzzz


zzzzzzzzzzzz


Tiba-tiba aku terasa ada orang cuit2 bahu aku...aku ni jenis takdela tido mati sejak ada baby dalam perut ni. Terus aku terjaga and pandang abang.

aku: emm pe dia
abang : Serahkan kehormatan (sambil pejam mata tau die cakap ni)
aku : ha???
abang : serahkan kehormatan

dalam hati, aku dah tau dah orang tua ni mengigau so aku saja nak melayan die

aku : kehormatan apa?
abang : serahkan kehormatan (pastu terus die pusingkan badan and tido membelakangkan aku)

aku tergelak dah time tu...itula laki kesayangan aku. Kuat tul mengingau..dah banyak kali dah die mengigau tapi yang ni paling kelakar la aku rasa. Itu citer mengigau beberapa minggu lepas. Esok paginya bile aku citer kat abang die leh suka lak.. Aku tanya la kat die "abang mimpi jadi perogol bersiri ke?". Die kata entah die tak ingat pun hehehee

BOleh plak ek orang mengigau kejut org sebelah nak tunjuk die mengigau hahaha...kelako2. Ok ada satu lagi kejadian mengigau abang. Yang ni nombor 2 punye kelako..terjadi masa memula aku kawen dulu. Macam biasa aku tido tak berapa nak tido..kira kalau bunyi sikit je mesti aku terjaga la..

Sekali lagi aku rasa ada orang cuit2 aku...aku bukak mata pandang abang and respon. Nak tau die watpe?? tanpa berkata2 die leh angkat tangan die and tunjuk "good" kat aku. Ala aksi tunjuk ibu jari tu..wakakakaka...ngarut sungguh la. Mak ngan abah mertua aku dah penah pesan dah kat aku yang laki aku ni kuat mengigau. So takdela aku terkejut beruk sangat. Lagipon aku dah biasa dah ngan orang ngigau ni sebab adik aku yang bongsu kuat ngigau gak.

Agak2 kalau laki aku baca ni die marah tak? Sebab aku pecahkan tembelang die hahahaha... AKu rindu kat laki aku tu...sebab tu la aku citer pasal mengigau die hukhuk..sungguh kasihankan yuyun?? Minggu depan baru abang balik..lambatnya masa berlalu..

Thursday, April 16, 2009

Sakit jantung apabila driving di KL

Semalam lepas balik keje ingat nak makan nasi ayam sekali kedai tak bukak daaa..nampaknya terpaksa la aku masak..tapi...tapi...nak masak apa? Ni la masalahnya bile duk sorang2. Aku tak beli barang2 basah ni sebab aku jarang masak. Kalau ada abang pun jarang gak masak huhuuhu aku tau..aku tau...aku ni isteri yang paling best sebab rajin masak..Ok back to the story. Oleh kerana aku takmo makan megi kerana megi tidak baik untuk kesihatan aku dan baby, maka aku decide wat bubur nasi and sambal ketuk. Hehehe sambal ketuk tu aku belajar dari bapak aku. Die kata sambal orang Jawa..iye..aku anak Jawa..half Jawa je sebenarnya. Bapak aku pure Jawa..Jawa totok lagi tau kahhh...


Ni le buburnye..tak macam bubur kan...macam nasi lembik je kahkahakah...sile jangan gelak, biar tuan punye blog je gelak..yang itam2 tu bukan hangus ye tapi kicap manis cap Jalen.




Ha ni le sambal ketuknye..cara2 membuatnya senang sahaja. Goreng ikan bilis, bawang, cili api and sedikit belacan. Dah garing sile angkat dah tumbuk la sesuka hati menggunakan lesung. Jangan lupa letak garam sikit.




Takkan la nak makan bubur bodoh camtu je ngan sambal kan..so makanla bersama keropok ikan segera cap pinggan dan keropok.





Kemudian untuk minuman, aku beli air kotak besar teh krisantimum...sile terkejut dengan harga yang ditulis pakai marker pada kotak tersebut. Mahal kan? Setahu aku la harganya Rm1.90 je..aku selalu beli kat pasaraya...tapi takpela, aku sedekah huhuhu

Sebelum mengketedarah sume benda kat atas tu, kenala minum jus kurma dulu. Baik untuk ibu2 mengandung tau. Die berikan tenaga and orang kata dengan memakan kurma sepanjang pregnant boleh mengelakkan anak kena Jaundice atau demam kuning bile lahir nanti. Ala, Nabi pun galakkan memakan kurma ni sebab banyak khasiat kan..so amalkan la..

Ye begitulah citer aku dan makan malam aku semalam. Pagi tadi kul 9 aku dah gerak mencari restoran yang jual roti telur heheheh sebab aku mengidam...oleh kerana banyak yang dah tutup so aku pi la makan kat restoran Hijaz kat Vista Angkasa...lepas makan aku terus chow pi spital kat Ampang. Keadaan jalanraya sangatla best kerana tak banyak keta. Aku bawak 60km/j je kat lorong belah kiri sekali sebab aku nak menggunakan pepatah ini biar lambat asal selamat, tapi tak berapa selamat rupe2nya. Bile dah duk tepi sekali banyak plak keta dari tepi jalan nak masuk..ada yang tak bagi signal la..ada yang terhegeh2 la..ada sekali tu keta honda civic lama tetibe je masuk depan aku..brek mengejut la aku..giler tul la. Die tak tengok langsung ada keta ke tak, macam ayam main redah je. AKu motong die and tengok omputih rupenya..makcik tua..makcik2, camno la makcik bawak keta. Bile dah jadi camtu, aku pun tukar lorong tengah and terpaksa la bawak 80km/j...still skema ikut had laju hehehe tapi kire laju la tu. Sakit jantung bawak keta kat KL ni, tapi aku tanakla tensen2 nanti baby pun tensen so aku nyanyi2 la sesuka pankreas aku.

Sampai ampang puteri senang je aku dapat parking..Alhamdulillah lagi. Biasanya kena tawaf 44 kali baru dapat parking tau huhuhu..rezeki baby la tu. Overall checkup hari ni baby ok je. Berat die dah 2.5kg. Dua minggu lagi kena datang lagi wat CTG then lepas tu tunggu beranak je. Doktor pon dah bagi admission letter untuk masuk wad. Penantian akan berakhir tak lama lagi..huhuhu tapi takut..takut sakit..hmm takpela orang len buleh je beranak aku mesti muleh jugak kan. Sakit tu pengorbanan...

So, arini aku MC yeyeyeye...duk umah je la tido2 makan2 tengok tv...

Wednesday, April 15, 2009

Memacam la

Selamat hari rabu..

Malam tadi aku tido kol 12 kerana menonton Las Vegas di AXN. Pada pukul berapa tah tapi dah nak pagi gak la ujan lebat turun mencurah2..angin kuat menghembus tingkap2 umah serta pintu bilik aku. Macam orang nak pecah masuk umah je bunyinye...takleh tido aku dibuatnye. Pintu bilik air dalam bilik aku tu pun bergegar2 huhuhuhuu...baby sampai bangun tau..maybe bising sangat agaknya. Sibuk die tendang2 kuis2 perut aku. Cian baby..So apabile aku takleh tido maka dengan automatiknye aku kemengantukan sekarang ni...ye sekarang..di lab yang best ni...huarghhhh aku menguap buat kesekian kalinya..






10.00 am

Nak watpe hari ni? Kerja la apa lagi hikhik...nak ngadap AccelDSP yang cambest iteww..tensen sungguh membuat programming ni..lebih tensen bile aku ni memang tak berapa nak reti wat programming huhu...

Esok aku ada date ngan doktor kat spital Ampang Puteri..jauh?? memang jauh pun kalau dari UM ni..tapi takpela demi baby ku gagahkan jua...nak yang terbaik untuk baby so aku pi check up kat situ. Deliver pun insyaAllah di sana juge. Harap takde apa la yang terjadi sok mcm bulan2 lepas..asyik kantoi air kencing je. Boring aku asyik nak kena kencing je..nasib baik baby sihat dan membesar dengan jayanya. So, esok aku sorang2 la pi check up. Kena drive slow2 je tapi baby ni bukan suke aku duk dalam keta lelama...maybe sebab bile duduk dalam keta montot macam tenggelam je kan and menekan perut die jadi tak selesa...mule la die duk tendang2 rusuk aku huhuhu rasa tak selesa tau..kalau tak caya cube tendang rusuk sendiri..

10.23 am

Still typing..

Aku rindu...rindu kat encik suami tu sudah tentula..tapi aku rindu lain...

~ aku rindu nak jalan2 sampai muntah..berpoya2...mcam masa mude2 dulu..
~ aku rindu nak men boling..asyik tengok abang ngan kawan2 die je men, aku
pun nak men gak.

~ aku rindu nak berenang di laut takpun air terjun..
~ aku rindu nak makan sesuka hati aku tanpa risau especially durian
~ aku rindu nak berlari2 melompat2 cam orang giler

yang paling aku rindu sekali antara kerinduan2 aku adalah...

~aku rindu nak TIDO TERLENTANG ATAU MENIARAP!

so lepas beranak ni aku nak wat sume tu yeyeyeye! Membalas dendam hahahaha

Sekian terima kasih..

Tuesday, April 14, 2009

Manyaknye entry

Yeah dua entry aku arini..

Lepas aku resubmit journal supervisor aku yang memang best tu (berbulan2 aku siapkan tau *sigh*), aku pun meronggeng tanpa menghiraukan AccelDSP mahupun Matlab serta thesis aku tu huahuahua - kalau camni bile la nak siap master aku ni hiks..

Aku bukak website2 kegemaran aku especially website donlod mendonlod..first aku download of course le my favourite anime ever, One Piece! Using megaupload+IDM, i have the latest episode 396 yay! Then buke pule tvfreeload untuk mendownload CSI Las Vegas episod 19 - The Descent Of Man. Kemudian aku malas plak nak mendownload..apa yang aku merepek ni??kihhhh.

Aku suke mendownload citer ni bukan apa, lately kan KL ni ujan je memanjang, so Astro mestila tak dapat so tengokla muvee kat laptop..kalau aku wat bodo je sunyi sepi la umah tu...bukak citer adala bunyi bising sket..dahla duk rumah sorang2..huhu teman yang ada pun baby je dalam pewut ni. Aku borak2 ngan baby pun bukan die leh cakap balik..paling kuat pun die gerak2 tak pun tendang perut aku..Nak borak ngan kambeng bebeng? Hmm lagila hampeh...cakapla camne pun bukan ada respon pun. Aku penah cakap kat abang camni "Bebeng ni pekak la bang, kite cakap ngan die, die wat tak tau je" haahahaha cian Bebeng sampai begitu sekali die kena kutuk..pekak2 pun Bebeng jugela yang aku duk peluk tiap2 malam sampai abang suh peluk die pun aku takmo heheh kerana bebeng lembut serta gebu manakala abang sungguh keras haha sungguh jahatkan aku..abang asyik jeles je ngan Bebeng sampai die penah cakap

"Kau ni Bebeng, mengganggu rumahtangga aku je" kahhhhh..tak tahan tul aku ngan ayat ni.

kadang2 kan punyela abang dengki sebelum aku balik keje die ikat leher Bebeng kat pintu macam orang kena gantung bunuh diri tu. Takpun bile abang duk tengok aku asyik peluk Bebeng je sambil tengok tv die rampas Bebeng and campak kat lantai..punyela jeles orang tua itu..Tapi kadang2 time tido die gak yang peluk Bebeng tu sampai bau masyam kena air liur basi die cetttt...
Inilah Bebeng sedang menonton telebesen bersama abang..


3.11 p.m

Still typing..

Sesambil tu transfer One Piece masuk hardisk Maxtor 160Gb pemberian encik somi. Ni Hardisk aku yang ke empat...huhuhuh semuanya dah nyawa2 ikan dipenuhi oleh muvee2 yang aku download sepanjang aku hidup kat KL ni. Maklongla, internet laju giler..download sekelip mata sahaja huhu..

Some of the folders yang ada dalam hardisk iteww..yang aku rajin mendonlod takat ni One Piece, Heroes season 3, Reaper season 2 and CSI season 9. Owh tidak lupe juge muvee2 yang latest.



Nampakkah? huhuhuu sungguh tak best resolution gambar di atas ini...ni muvee yang aku simpan dalam hardisk gumuk ni. Muvee len duk lam hardisk len..tak larat dah nak burn walaupun CD berlambak2.

Owh..aku windu nak berbaring di tilam yang empuk dirumah kerana kesakitan kepinggangan..

Sakit pinggang

takde cite menarik arini..cume aku kesakitan pinggang huhu. Ni yang boring ni. Takde sapa nak tulun urutkan hukhukhuk...sejak akhir2 ni aku rasa malas je nak pi keje. Berat dah baby ni..sengal2 je rasa kat perut aku ni. Jalan pun kekadang terkengkang2 dah..memalam tido pun dah tak lena. Bile nk pusing badan dari kiri ke kanan fuhhhh sungguh la mencabar..sakit2 sume badan. Sabar je la...ini la die nikmat mengandung.

Huarghhhh..dah dekat 10 kali agaknye aku menguap...mengantuk je rasa..kalau la aku leh tido sekarang ni rasanya dah berdengkur pun..

Minggu ni dah 34 minggu..one more month and my baby will pop out! huhuhu

Your baby now weighs more than 4.7 pounds/ 2.2 kilograms and is 18 inches/ over 45 centimetres from top to toe. She's filling out and getting rounder - she'll need her fat layers later to regulate her body temperature.

If you don't already talk to your baby, this is a good time to start - at 35 weeks her hearing is fully developed. Don't feel ridiculous if you're already chatting in baby talk. Some evidence shows that newborns pay closer attention to high-pitched tones.

If you've been nervous about going into premature labour, you'll be happy to know that 99 per cent of babies born at week 35 can survive outside the womb - and most have no major problems. Although your baby's central nervous system is still maturing, her lungs are nearly fully developed by now.

Many women start to notice a tingling sensation or numbness in the pelvic region or pain as they walk. This may be caused by the pelvic joints loosening, ready for labour. If you're terribly uncomfortable, mention it to your doctor and check out our self-help tips.

Saturday, April 11, 2009

mari membebel

Aku baru pas tengok dokumentari yang dibuat oleh Micheal Moore bertajuk Sicko. Giler kentang citer ni...sedih...aku nangis2 nengok. Die citer pasal penyelamat 11 September yang mengalami masalah kesihatan (mostly masalah pernafasan) selepas bertungkus lumus menyelamatkan orang...dahla sakit pastu diorang takleh dapatkan bantuan kesihatan dari kerajaan...Spital kat Amerika lain, tak macam kite...kalau pi kerajaan free je kalau kene bayar pun tak banyak mana. Spital kat Amerika kene ada insurans kesihatan la, ubat mahal gilos plak tu..Penyelamat ni tadi memang diabaikan la..banyak la songeh kerajaan die nak tolong diorang ni. Sian tengok terbatuk2 takleh tido...PAstu yang bestnye kerajaan amerika ni leh plak berbangga dan mewar2kan kemudahan kesihatan di penjara Teluk Guantanamo untuk terrorist sangat2 tip top!. Free serta lengkap sampaikan askar die sendiri kata die sendiri tak pernah dapat rawatan yang memang best macam banduan2 kat situ..

Ok..sejenak mesti korang terpikir..lantak la diorang..diorang kan kafir. Takleh gak pikir camtu sebab kite sesama manusia..memang hopeless la kerajaan diorang ni. Sanggup wat masyarakat diorang sendiri camtu..Pastu kan Micheacl Moore ni leh bawak penyelamat2 yang tak sihat ni naik bot pi teluk Guantanamo tapi tak dibenarkan masuk...diorang cume nakkan rawatan percume tu je. Hmm...then diorang pi Cuba. Negara terrorist yang menjadi musuh ketat Amerika dari dulu lagi. Supprisingly, Cuba adalah negara yang mengamalkan sistem hospital cam kite..penyelamat2 ni tadi dapat rawatan free je kat spital Cuba. Memang terharu la diorang...ada sorang makcik ni selama ni die beli ubat inhaler dengan harga USD120 tapi kat cuba nak tau brapa? 5 sen je huhuhuhu...so what more can i say??? Sebuah negara yang kaya raya takleh berikan kemudahan kesihatan yang baik kepada rakyatnya tapi negara yang tak banyak hasil cam Cuba leh plak tolong rakyatnya dengan memberikan kemudahan kesihatan secara percume...pathetic..so pathetic..shame on you!

Wah very the emosional aku hari ni..apa2 pun aku bersyukur dapat jadi rakyat Malaysia hehe kalau beranak kt spital kerajaan pas tolak ngan guarantee letter berapa ringgit je kena bayar nanti..tu kata2 ibu2 dalam mengandung.com. Kalau pi swasta baru la kena kuar duit lebih sikit..point aku nak cakap kat sini, kite ada pilihan untuk tentukan bagaimana dan di mana kite ingin dirawat..

So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Friday, April 10, 2009

Sedikit gambar family day

Aku dapat dah sikit gambo family day kelmarin..tak banyak gambar aku hukhuk..orang len yang manyak..lagipun ni dari kamera member. Yang dari official photographer tah mana tah...lambat tul.

Hehehe aku baru pas memotong buah tembikai bersama rakan2..


Berposing sambil pikir nak wat keje apa lagi


Ini en. emran, salah sorang supervisor aka bos..die minat amik gambar ni.



En. Zaily, bos juge sedang membebel2...ada je komen die. Die kata makanan favourite die haritu adalah air sirap limau...


Masak ayam ke tu? heehhee


Aha, yang pakai ala2 kopiah tu adalah supervisor aku..En. Zaidi namanya..Garang woo..ramai orang takut ngan die hehehhee


Bos lagi...Mr. Por sedang sibuk mengambil keropok Ganu yang di bawa oleh cik Sue

Hehehehe puan2 SOC..yang baju merah tu bakal Puan..huhuhu

Thursday, April 9, 2009

Lagu frust menonggeng



Semalam punye family day memang besh sebab makan je hahahaha...sampai senak perut aku. Bersandar je kat kerusi hikhik..Aku tak amik gambar pun untuk event semalam sebab dah ada orang in charge amik gambar so tunggu gambar dari die je la..

Malam tadi aku on laptop nampak la file mp3 Alasan by amuk yang abang donlod aritu. Die kata tu lagu masa die clash ngan ex-gf die yang memula dulu time sekolah. First love la tu kunun2nye..hehe aku try la dengar lagu tersebut..emm sedap, memang untuk yang baru frust menonggeng kene tinggal..Pastu aku duk terpikir apa lagu aku time aku clash ngan ex-bf aku??

1998 (Form 2) - CInte monyet bergayut2..memain je lagipun hahah so takde lagu2 ni.
1999 (Form 3) - Cinte dengan bestfriend..pun cinte monyet juge..tak berapa besh. Takde lagu juge
2001 (Form 5) - Yang ni agak betul2 la sket..lama gak couple dekat tiga tahun. Oleh kerana aku yang dump die so takde la lagu frust menonggeng.
2004 (2 year kat UMP) ~ 2006 - Yang ni baru frust menonggeng sebab kene tinggal..Lagu aku duk dengar ari2 lagu Jujur by Radja. Sedih je dengar lagu ni, tak tau la pesal hikhik.. Lagipun lagu tu tengah femes time tu. Pastu aku ada bagi surat kat dia hahaha aku selit lagu Suratan atau Kebetulan.

ha cenggitulah aku dan lagu2 huihuihui...aku ni nak kata tak minat dengar lagu tak juge..tapi takdela obses sangat.. Tadi aku bukak blog member aku kat multiply. Die tempek lagu Cenderawasih by 2D..sedap lak aku dengar walaupun lagu asli heheheh


Cenderawasih - 2D


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan