Friday, July 31, 2009

Encik suamiku

2 hari dah encik suami ke laut...tinggal aku ngan Insyirah and mak mertua kat umah. Sayang isteri tinggal2kan...itulah ungkapan yang selalu encik suami kata..ada gak betulnya tu. Dalam sebulan 2 minggu aku kena tinggal..sepanjang 2 minggu tu aku cuma berchatting or encik suami telefon aku dari pelantar. Ada sesetengah orang anggap tak best camtu, or rasa kesian kat aku kena tinggal. But the truth is, i feel relief..why?? Dalam sebulan 2 minggu encik suami duduk kat laut and 2 minggu lagi duduk kat rumah and disebabkan itu kitorang jarang bergaduh. Nak bergaduh camne, 2 minggu kena tinggal mestilah penuh dengan rasa rindu dendam. Balik2 je encik suami kenalah manja2 sebab 2 minggu kemudian kena tinggal lagi..semua ni menjadikan aku lebih merhargai masa bersama encik suami. Ia juga membantu aku menjadi lebih berdikari...kalau aku sakit aku pi klinik sendiri, Insyirah nak kene inject aku sendiri bawak pi klinik, nak makan apa2 yang best di kedai aku pi beli sendiri, buang sampah yang berat serta busuk nak mampus tu pun aku buat sendiri....girl power!! yeah...so kesimpulannya i dont feel pity on myself..i have a great life and my encik suami love me..

bini zakaria : hui, sayang kite tak?
encik suami : sayang sikit2 je
bii zakaria : kenapa sikit je?
encik suami : sebab nak kawen lain
bini zakaria : betul ni nak kawen lain?
encik suami : gurau je..kaulah satu2nya isteriku huhuhu

aku heran apsal orang lelaki suka gurau camtu ek? mentang2 la orang pompuan takleh kawen lebih dari satu..smackdown kang baru tau.

p/s: entry takde idea lagi hehe


6ixth Sense - Khatimah Cinta

Oh..Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


Sedap lagu ni...for my beloved hubby

Wednesday, July 29, 2009

Insyirah pandai ketawa

Malam tadi ada sesuatu menakjubkan telah berlaku..Insyirah dah pandai ketawa..ketawa di sini bermaksud keluar suara dan terkekek2 dia ketawa..kalau sebelum ni die try nak ketawa tak kuar bunyi pun..mulut je nganga luas2..Perkara ni berlaku secara tak sengaja..encik suami wat2 marah Insyirah dengan menengking dia and cubit pipi dia. Insyirah tengok je encik suami pastu tetiba die ketawa..terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam aku... pastu encik suami ulang semula wat macam tu lagi and dia ketawa lagi..terkekek2 dia ketawa. Aku pun ketawa sama...comel sangat and kelakar sebab dia tak tau dia kena marah. Dia ingat encik suami nak agah2 dia. Sampai penat dia ketawa tau..last2 bila dah penat dia menangis nak susu plak...penat ke haus? hehehehe



Ni gambar ulang tayang...sebenarnya aku nak cerita yang pagi tadi dalam kul 4.30 aku terjaga sebab aku terasa breast aku penuh sangat and mula rasa sakit dah. Aku bangun2 tengok Insyirah senyap je dalam kelambu dia..aku buka kelambu dia aku terus gelak..die tidur macam gambar kat atas tu..aku siap kejut encik suami untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut. Encik suami gelak gak and betulkan kedudukan Insyirah..pastu kul 7 aku bangun lagi and aku tengok dia tidur macam tu lagi sekali. Apa la punya baby...aku rasa dia lagi selesa tidur camtu sebab bantal yang sekarang ni dah takleh tampung kepala dia sebab nipis and bila letak kepala dia kat bantal mesti berlekuk bantal tu.. So dia jadikan tilam tu plak untuk tampung kepala dia...aku rasa sudah sampai masanya untuk aku belikan dia bantal baru. Mak aku pun penah cakap aritu..tengok dari gaya Insyirah memang tak lama la pakai bantal tu hehehehe

Hari ni encik suami akan pulang ke laut...hukhukhuk...2 minggu lagi baru dia balik. Lepas dia balik kitorang akan pulang ke Johor pula yeyeyeye...memula ingat nak wat cukur jambul si Insyirah tapi bapak aku konvo plak pada hujung minggu tersebut. terpaksa la tangguh..tapi balik tetap balik. Kesian kat mak aku..dia rindu kat Insyirah.

Tak menarik langsung entry hari ni hmmm...aku takde idea sebenarnya...


Tuesday, July 28, 2009

Nursing/breast pad

Hari ni 28hb dah..maknanya ada lebih kurang 20 hari je lagi anniversary perkahwinan aku buat kali yang pertama...wah..nak setahun dah aku kahwin ngan encik suami. Tak tau nak belikan dia hadiah apa..haritu pi Midvalley dia asyik usha kasut Puma je...tapi aku tak join mengusha sekali. Aku duk luar kedai je sebab aku penat selepas berhempas pulas bermain boling huhuhuh so aku tak tau dia usha kasut yang mana. Biarlah dia beli sendiri kihkihkihkih...


Ok..tau tak menatang apa dalam gambar tu? Hehehehe itulah washable nursing/ breast pad. Sebagai seorang ibu yang fully breastfeed, menatang ni sangat2 la penting dalam hidup aku. Masa mengandung dulu aku ada jumpa satu list untuk preparation barang2 baby and barang2 ibu juga. salah satu barang yang kena ada adalah nursing/breast pad ni. Aku ingat tak berapa penting so aku beli 2 pasang je. Lepas seminggu lahirkan Insyirah, susu aku bertambah banyak and sentiasa mengalir keluar. Bila aku menyusukan Insyirah, breast yang tak dihisap tu akan mengeluarkan air juga...banyak lak tu. Aku terpaksa tadah ngan botol sebab nak elakkan menitis ke baju aku and Insyirah. Kadang2 bila aku tak menyusukan Insyirah dia keluar juga..masa tu aku tau la breast aku dah penuh. So, breast pad ni la membantu daripada air susu tu membasahi baju. Bila aku ada dua pasang je pad ni maka teramatlah susah untuk aku mengelakkan perkara ni terjadi sebab setiap kali susu keluar memang lencun la pad ni huhu kadang2 aku terpaksa selitkan kain lampin kat bra aku...aku ada gak beli yang disposable breast pad jenama pureen tapi aku rasa sungguh merugikan sebab aku jenis yang banyak air susu. Sekali dia keluar terus penuh...kena ganti lain. Sekotak (12pcs) harga dia dah rm10..buleh pakai 6 kali je huhuhu bangkrupsi la aku...

Setelah berfikir aku beli sepasang lagi sebab kat kedai tu tinggal sepasang je pun heheh (aku beli kat tunas manja tanjung gemuk, rompin) . Sepasang rm8.50 sahaja. Pastu aku fikir2 tak cukup la 3 pasang ni...last2 aritu pi Jaya Jusco aku tengok breast pad jenama Pureen (memang yang tu je ada pun hehehe) . Sepasang rm9.50 hmmm tapi lepas diskaun 20% jadi murah la...aku pun rembat lagi 3 pasang. nak rembat banyak2 aku tak bawak cash banyak..nak beratur kat kaunter kad kredit malas plak sebab ramai sangat...huuhu..so the point is nursing/breast pad adalah benda yang penting bagi aku selain dari breast pump. So, maybe next time bila Insyirah nak dapat adik akan ku pastikan menatang ni mesti ada...dan banyak..

Hmm pas taip suma ni aku terfikir...kenapa tetiba aku cerita pasal breast pad pulak ni? heheheheh mengong dah rasa..

Monday, July 27, 2009

Menjawab soalan itu..breastfeeding

Wah lama dah ye aku tak update..aku duduk kat gombak dari hari Rabu sampai le semalam. Encik suami terpaksa ke kerteh sebab assignment dia ada pembetulan. Itupun mengejut tau...dia tengah tido ari rabu petang tu tetiba dapat panggilan suh dia ke kerteh. Terkocoh2 aku menyiapkan barang2 Insyirah, barang2 aku and mandikan insyirah sekali. Oleh kerana kereta aku bapak mertua aku bawak pi Endau and abang lak bawak keta dia ke kerteh maka aku tiada pilihan terpaksa la memonteng hehehhe duduk kat umah kakak ipar aku je la..


ha lihat...aku pun ada bunga gedik juga!! Encik suami belikan semalam. Aku penah cakap kat dia semua orang ada bunga gedik kat lam keta diorang, aku pun nk jugak huhuhu tu yang dia belikan tu.
Ok ni cerita lain pula..sila lihat gambar di atas...apa punya gaya tidur la kan? Ni gambar pagi tadi. Aku bagun2 je dari tidur aku tengok Insyirah dah camni. Tergelak besar aku...gonyah tul dia tidur..sebijik cam abah dia. Tak reti duk diam..kaki pun dah atas lantai.

Aku dah lama nak amik gambar Insyirah tengah ketawa or senyum tapi tak dapat2...susah sangat. Biasanya mesti tak sempat sebab kamera hp aku ni lembab..dia men adjust2 sendiri dulu sebab dia ada autofocus. Tapi kan, masa duk umah kakak ipar aku, Insyirah rajin sangat gelak sebab dia suka tengok kipas kat siling umah tu. Kipas siling umah aku rosak dah and kitorang pakai kipas duduk tu je so maybe dia jakun sikit bila tengok kipas tu berpusing.

Tengok bukan main riang ria lagi dia bergelak ketawa...

Oh ini gambar selingan..aku testing kat Insyirah tidur mengiring..tapi takleh lama. Kesian lak aku tengok takut dia sakit badan hehe


Ha ni lagi gambar riang ria dia...macam2 Insyirah ni. maybe dah tiba masa aku belikan mainan untuk dia...hehehe yeke??


Ok sekarang masuk cerita lain pula. Aku nak menjawab soalan mamai..saja letak kat sini so that leh kongsi ngan suma orang.

Soalan mamai;

yuyun...kalo set spectra 3 yg free 6 botol storage hrga rm388 tu ckup x ek?aku x brp pasti laa kgunaan bnda2 len dlm set extravaganza tu...pstu nk tny ape mksud double pumping?xto laa...hehe...cooler bag tu kalo kite jln jauh2 naik keta lebih 6 jam ke gune laa ek bag tu?

Jawapan aku;

Masa aku beli pump tu aku memang dah niat untuk buat stok EBM untuk Insyirah. Sebab tu aku amik set extravaganza tu sebab botol dia banyak. Ada gak orang yang otai dalam membuat stok ebm ni diorang letak lam bekas2 lain, takpun diorang beli plastik khas untuk simpan susu macam Puan Su ni..sila lihat blog dia di sini untuk melihat gambar. Takpun gambar yang aku cilok dari blog yang sama..




Set extravangaza tu gak dia ada cooler bag yang boleh digunakan bila aku pi opis untuk simpan susu yang diperah sebelum balik umah. Ice pack yang dalam cooler bag tu boleh bertahan sampai 12 jam and ya kalau kita nak pergi jalan jauh boleh la nak simpan susu dalam tu tapi kena
ada warmer la plak. Tapi biasanya orang tak galakkan sangat sebab ibu perlu menyusu anaknya secara direct apabila anak dia berada di sisinya. Tapi aku kadang2 guna botol gak bila berjalan2 keluar kuikuikui sebab aku tak beli lagi baju menyusu or nursing cover. kang seksi lak nak menyusu tengah2 plaza..kalau dalam kereta memang aku menyusukan Insyirah secara direct. Ini buktinya heheheh



Ok next question lak pasal double pumping. Double pumping tu maknanya kite mengepam kedua2 breast secara serentak. Set spectra yang biasa (rm3
88) tu biasanya single pumping je. Dia bagi 1 breast shield and tubing only. Kalau nak double pumping kita kena beli satu lagi breast shield. Dekat spectra 3 punya pump tu ada dua lubang and salah satu lubang tu dia ada penutupnya..sebab tu leh single or double pumping. Kalau nak double tinggal bukak penutup and pasang tubing satu lagi. Double pumping boleh meningkatkan produktiviti susu..kadang2 time memalam bute aku bangun untuk menyusukan Insyirah. Sebelah breast untuk Insyirah and sebelah lagi aku pump...both dilakukan serentak. Dan untuk pengetahuan, susu banyak dihasilkan pada waktu malam..aku memang takleh tidur kalau tak pump pada waktu malam sebab breast aku akan jadi sangat penuh ngan susu sampai dia mengalir2 keluar and kadang2 terasa sakit. Sekali pump untuk kedua2 breast kadang2 sampai 10 Oz. Sebab tu pentingnya ada pump ni..bila breast penuh bagilah kat anak untuk menyusu and kadang2 baby ni dia tertidur lama sangat and taknak bangun untuk menyusu so terpaksa la pump. Kalau tidak breast akan membengkak and kadang2 leh demam tau. Bila kite mengosongkan breast, otak akan terus bagi signal untuk menghasilkan lagi susu..so produktiviti susu akan sentiasa bertambah...rajin2la kosongkan breast dengan mengepam. Satu lagi membuat stok EBM ni sebenarnya boleh tolong back upkan susu kita. Maksudnya di sini stok EBM tu boleh digunakan bila pengeluaran susu tiba2 merundum.. ini boleh berlaku bila anak kita berusia 6, 12 and 18 bulan. Aku ni cakap macam la aku buat huhuhu...nak wat camne aku takde deep freezer la..nak tukar peti ais rugi lak..tp akan aku cari jalan untuk buat jugak stok EBM tu.

Ni lah breast shield..satu set rasanya dalam rm70 so kalau nak double pumping tambah lagi satu set ni. Ha tidak lupa juga dengan bag yang ada dalam set extravaganza tu. Beg tu khas untuk simpan pump...die siap ada lubang belakang untuk keluarkan wayar plug pump tersebut. Nak bawak pi memana memang senang..

Ok ke dengan jawapan aku? heheheheh aku ni takdela pandai sangat pun..ini suma ilmu dari membaca je..bukan ada orang ajar pun. So kalau ada apa2 info yang tak lengkap maafkanlah daku hukhukhuk..

Wednesday, July 22, 2009

baby bottle warmerku sudah sampai


Yeah warmer snow bear aku dh sampai...dapat2 je terus excited bukak kotak. Pastu bila encik suami tengok dia katga camne nak cucuk plug ni? Huhuhu kena beli universal adapter la..takleh men cucuk je. Dalam plastik kecik (sile rujuk gambar) adalah adapter untuk dipakai di dalam kereta. Aku siap test letak botol susu dalam tu..nak tengok camne rupanya bila botol duk lam tu. Warmer ni kena tambah air sikit bila kite nak panaskan susu. Pastu leh set 40 darjah celcius and biarkan susu panas pada suhu terbut kemudian leh trus bagi baby minum sebab suhu tu memang sesuai untuk baby...tapi takleh la biar die panas kat situ sampai 5 6 jam plak..paling lama pun 2 jam je pastu kena bagi dah..itu manual la cakap bukan aku huhuhu...

Aku ponteng belajar arini...semua ni gara2 tak cukup tido malam tadi..asyik berjaga je sebab Insyirah bangun..tapi yang kelakarnya dia jaga sambil merengek2 tapi mata tutup..pastu dia tido semula...bertuah tul. Aku beria la bangun ingat dia nak susu..die betul2 nak menyusu kul 2.30 and 5.30 pagi. Aku bangun pagi tadi dengan sakit2 pinggang and belakang...ngantuk giler. So aku decide takyah la pi belajar...lagipun kalau aku pi baru 2 jam duk kat lab encik suami suh balik sebab Insyhirah mengaruk hehehe

Aku ngidam nak makan roti boy la...huhuhuhuhuhuh

Tuesday, July 21, 2009

Insyirah dan botol susunya

Semalam aku pi belajar cam biasa...oleh kerana mak mertua aku dah balik Johor maka Insyirah dijaga oleh abahnya. Aku ingat ok la Insyirah kena tinggal ngan abahnya tapi sangkaanku meleset apabila kul 11.30 pagi encik suami call suh balik umah sebab Insyirah mengaruk, menangis2 taknak minum susu botol. Aku pun apalagi terus la chow balik umah. Sampai umah aku tengok encik suami sedang memangku Insyirah...Insyirah lak senyap je. Aku amik Insyirah and bagi susu badan yang aku dah perah ke dalam botol. Die boleh2 taknak..asyik luahkan semula puting susu tu..pastu aku pun try direct feeding..amboi bukan men laju dia menghisap. Dalam hati aku..alahai dia dah pandai memilih atau dengan kata lainnya Insyirah kena nipple preference...walaupun puting tu aku pakai yang dr. brown punya still tak jalan gak...huhuhuhuhuhu...Insyirah ni manja sungguh la..nak kat mak dia jugak...kata encik suami masa aku takde bukan main lagi menangis dia, aku balik je terus baik..hehehe orang kata baby ni pandai..dia bau je badan mak dia terus dia diam. Macam masa kat spital dulu...nurse tu kata time nak menyusu tu beria2 dia menangis...pastu bila aku datang je kat nursery nak nyusukan dia terus senyap...sama la gak bila aku letak lam tempat nak kena jemur tu senyap je...bila aku balik bilik je dia ngamuk...tu kata nurse tu la..

Back to the topic...so sekarang ni aku tak tau nak wat cemana. Pagi tadi sebelum pi belajar aku mandikan dia and nyusukan dia kenyang2..pastu dia tidur. Aku harap dia takdelah mengaruk macam semalam. Encik suami kata semalam dia marah Insyirah hehehe sebab geram sangat pujuk2 dia tetap nangis...sian dua beranak tu..

Hehehe ni gambar aku amik pagi tadi...actually aku excited nak pakaikan Insyirah baju ni. Aku baru je beli kat JJ sabtu lepas...sekarang kan tengah sales...baju baby kiko tetap menjadi pujaan hatiku sebab baju dia besar2..tak macam baju lain pakai kejap dah tak muat. rugi..rugi.. Insyirah ni lak cepat membesar..range size baju kiko biasa 0-6 month so memang sesuai sangat ngan Insyirah. Kalau baju Anakku or Pureen range size dia 0-3 month sahaja. Sekarang ni bila Insyirah pakai dah sendat dah..tak pun muat2 je. Beberapa lagi jenama yang range size besar adalah Pigeon and JBaby...so sekarang ni aku akan beli baju dari tiga jenama ni sahaja. Memang confirmInsyirah muat..lagipun baju baby kiko cantik2...banyak sangat pattern baru2..yang seksi2 pun ada tau...auwww heheheh



Monday, July 20, 2009

kejahilan tentang breastfeeding

Hari sabtu baru ni aku pi shopping ngan encik suami and Insyirah di midvalley..hajat di hati ingin mencari bottle warmer malangnya sume mahal2 belaka huhuhu tak macam lam internet murah2 je. Lagi satu kebanyakan kedai jual sterilliser sahaja instead of warmer...aku pi Jaya jusco pun takde..yang ada Phillip Avent punya warmer tapi dia satu set sekali ngan botol and baju baby. harga dia rm269. Pas dah kecewa tak jumpa kitorang pun balik. Semalam aku online kat mybbstore and tengok harga Phillip Avent punye warmer adalah rm277..huhuhu lagi murah kat JJ la...siap bagi botol Avent and set baju baby lagi. Tapi takpela...budget aku bawah rm200 so aku beli yang Snow Bear 2 in 1 car and home warmer..tinggal tunggu encik posmen datang umah je la sekarang ni hehehehe

Anyway, hari ni aku nak cerita pasal kejahilan aku tentang breastfeed ni masa memula aku lahirkan Insyirah. Citer die camni...masa aku preggy 5 bulan, breast aku dah mula menghasilkan susu..ini terbukti apabila baju aku sentiasa basah sebab susu tu mengalir keluar. Tambah plak aku selalu urut time mandi sebab aku baca lam mengandung.com itu boleh membantu stimulate breast menghasilkan susu. Mak aku sendiri terkejut tengok betapa aktifnya breast aku menghasilkan susu sebab dia nampak baju aku basah tiba2 hehehe..kadang2 time tido pun die mengalair kuar..esok pagi bangun abih lencun dah baju aku...so aku sangat yakin breast aku banyak susu. Masuk third trimester, aku rajin ikut encik suami main bowling di Midvalley...sambil2 tengok encik suami menonggeng2 membaling bola bowling tu aku pun minum mocha freeze yang dibeli di tempat bowling tu..mocha freeze dia memang kaw la..tak macam kat tempat lain..tambah lak ada whipped cream kat atas die huhuu mengancam!. Back to the story..mocha tu kan campuran kopi dan coklat kan..and kopi mengandungi kaffein kan...maka kerana kemarukkan aku meminum mocha freeze susu badan aku mula berkurangan..aku perasan dah tapi wat dono je sebab air susu tu tetap kuar cuma kurang je.

Pada 8hb Mei, Insyirah pun lahir...aku request untuk bf Insyirah, maka lepas Insyirah dibersihkan nurse tu bagi Insyirah kat aku untuk di bf. Aku yakin betul ni susu aku ada, aku pun sumbat je la..aku perasan Insyirah isap bukan main lama sampai sakit nipple aku..last2 aku tanggalkan mulut dia dari breast aku tu secara paksa. Malam tu Insyirah tido ngan aku senyap sunyi je dia tak macam anak orang sebelah katil aku....kejap2 nangis..Aku tak tahu itulah tanda2 baby nak kena kuning sebab dia tak aktif. Hari ke 2 Insyirah kena masuk nursery and dijemur bawah lampu biru tu sebab dia kena kuning...setiap 3 jam sekali nurse akan panggil aku untuk bf Insyirah. Setiap sesi bf mesti sejam..bayangkan...sejam aku bf Insyirah..setengah jam untuk sebelah breast. Ini disebabkan oleh Insyirah macam tak puas...kalau aku bagi setengah jam and then letak dia lam bekas untuk dijemur tu mesti dia menangis and nurse tu mesti kata "dia tak puas menyusu lagi tu puan...cuba bagi lama sikit" Oh...kasihan sungguh anak aku...napa tak puas? Susu aku tak kuar ke?

Pada hari ke 3, ada sorang kakak ni hantar anak dia ke nursery...dia dah seminggu lahirkan anak dia then datang semula sebab dia syak anak dia kena kuning. memang betul pun tapi tak berapa tinggi cuma 11 sahaja. Dia duduk di hadapan katil aku and setiap kali nurse panggil untuk bf mesti saing ngan aku. Dia ada tanya susu aku banyak ke? Aku katala a'ah...sungguh yakin..sebab aku tak tau susu banyak tu camne. Esoknya anak dia leh kuar dah...sedangkan Insyirah kuning dia naik sedikit. Kakak tu kata bagi susu badan banyak2 untuk baikkan kuning dia. Masa tu aku rasa susu aku tak banyak...untuk pengetahuan aku tam mandi pun dari hari 1st Insyirah lahir huhu jangan terkejut. Ini berlaku kerana aku takut nak mandi..aku tengok tempat mandi dia ngeri..takut jatuh je..walaupun ada pemegang tu..tambah plak luka jahitan ni sakit wooo..jalan pun terkepit2 macam orang jepun pakai kimono. Kakak ipar aku kata suh encik suami temankan tapi bila encik suami datang aku kena pi bfkan Insyirah pulak. Tah camne, hari tu aku tergerak nak mandi..plak tu aku teringat aku tak mandi wiladah lagi..tak baik tangguh2 kan? So, aku pun gagahkan diri untuk mandi..and of course la mandi air panas..masa mandi tu aku urut2 breast aku. Lepas mandi aku terasa air susu keluar...baru aku teringat air panas membantu melancarkan pengaliran susu..maka setiap kali sebelum bf aku mesti tuam ngan kain yang direndam air panas dulu. Alhamdulillah, susu aku mula membanyak..tambah plak aku rajin minum milo and kadang time makan orang spital bagi air barli...maka susu aku mula membanyak..Insyirah pun agak puas la menyusu. Lepas kuar hospital and duk umah mertua susu aku lagi makin membanyak..and terasa breast aku membesar. Dari cup A sekarang cup C..so kepada rakan2 aku yang sedang mengandung bersedia la untuk membeli bra baru hehehe. Sebelum beranak aku beli cup B, tu pun salesgirl tu yang bagi..aku pun heran sebab aku pakai cup A tapi aku amik je la. Last2 terus cup C..huhuuhuh abih tak muat baju2 aku..

Aku bukan nak bangga breast aku besar ke hapa ek...aku cuma nak cerita tentang kejahilan aku pasal breastfeeding..nanti orang kata blog bini zakaria tu asyik meluncas je hahahaha...aku nak kongsi ilmu di dada..itu sahaja..jangan la korang yang tengah mengandung jadi cam aku..ini semua possibilities yang akan korang hadapi bila mengandung dan melahirkan anak...perubahan bentuk muka bumi akan berlaku and kite sebagai ibu2 yang vogue lagi anggun ni kena la bersedia dari segi mental dan emosi. Banyak2 kan la membaca pasal pregnancies and selepas melahirkan juga...ada orang asyik baca pasal pregnant je tapi ilmu lepas melahirkan takde..macam aku la.. hehehe

Panjang entry ni..cukup sampai di sini sahajalah dulu pengalaman yangdapat aku kongsikan..len kali aku taip lagi..

Thursday, July 16, 2009

Susu badanku


Entry kali ni dimulakan dengan gambar susu badan yang berjaya dipam pada pukul 11 pagi tadi di lab Jabatan tutttt...heheh terpaksa di tut kan.. Sila abaikan meja yang berselerak itu..Tutup warna biru tu hasil daripada breast kiri manakala tutup warna pink hasil dari breask kanan. Sila lihat perbezaan..tidak banyak bukan? yeyeyeyeyyeyeye breastku kembali meriah mengeluarkan susu. Alhamdulillah..berkat doa dan usaha aku membanyakkan semula susu badan. Mungkin breast kanan aku dah tak merajuk kerana sentiasa dibelai manja (urut2 sambil tu dituam air panas yang diletakkan di dalam botol mineral). Aku jugak merajinkan diri meminum air barli dan milo dengan banyaknya. Namun begitu aku takleh la berhenti setakat ni sebab aku tengok tadi liang2 yang terbuka di breast kiri lebih banyak berbanding breast kanan..breast kiri ada lah 3 atau 4 liang yang memancut2 kuar susu manakala breast kanan ada 1 atau 2 liang sahaja yang memancut...itupun kejap je pastu die meleleh je huhuu...

Aha, ni pula pemandangan di bawah meja aku..nampak pam Spectra 3 aku dalam beg itu? Beg yang kecil di sebelahnya pula adalah cooling bag, tempat aku simpan botol yang ada susu untuk di bawa pulang. Untuk pengetahuan, aku tak buat stok EBM (Expressed Breast Milk) macam mommy2 yang lain. Kebanyakkan mommy2 yang breasfeed secara ekslusif diorang wat stok EBM dengan ganasnya...ganas di sini bermaksud stok diorang berpuluh2 malah ada yang beratus2 botol dan disimpan di dalam freezer. Oleh kerana aku takde freezer and peti ais kat rumah aku lak cuma one door so aku tak buat la stok ebm tu. Aku cuma pam hari ni untuk Insyirah minum keesokan harinya bila aku pegi belajar (eh aku guna perkataan belajar la..dah tak guna perkataan kerja) . Aku simpan susu tu di tempat biasa dalam peti ais tapi aku letak belakang sekali...maknanya takdelah depan dekat ngan pintu peti ais tu. Takleh letak dalam tempat atas sekali yang sejuk beku tu sebab org kata tak elok kalau peti ais 1 pintu ni..suhunya berubah2..kalau 2 door takpe..letak je la dalam tu. Tahan lama sikit kalau letak kat situ. Kalau letak bawah cuma 48 to 72 hour je jangka hayat susu tersebut..Lagipun setiap hari pada pukul 12 aku akan balik ke rumah untuk makan tengah hari. Pastu pi belajar semula kul 2 pastu kul 4 lebih balik dah...so masa untuk aku bf secara direct lagi banyak sebenarnya. Aku tinggal gak la sikit stok EBM dalam peti ais takut tetiba breast majuk lagi tanak kuarkan susu ke huhu kang histeria lak takde susu nak bagi Insyirah.





Ehek, ni pula gambar Insyirah yang terbaru...luas kan dahi dia? huuhuhu nampak cam motak lak anak aku ni..

Ini gaya tidur Insyirah yang paling digemarinya..kalau dia tidur camni memang lama la dia tidur..sungguh nyenyak. Kalau tidur terlentang kejap2 dia bangun..tak nyenyak la tu..Cuba nengok rambut dia huhuhu tak tau napa tang tu tak tumbuh2 lak rambut dia...dah buh minyak untuk lebatkan rambut pun takmo gak dia tumbuh..bersabarlah anakku ye..

Orang kata kalau baby tidur camni nanti dia cepat merangkak..go Insyirah go!!!!

Wednesday, July 15, 2009

Pengeluaran susu, bottle warmer dan milkmaid tea

Ye setelah lama tidak berdilema arini aku berdilema lagi...ini semua gara2 pengeluaran susu badanku yang semakin sedih itu huhuu aku takut sangat sampai termimpi2 je..tadi aku pam di lab tmpat aku belajar dan melakukan research, aku dapat 4oz sebelah kiri and 2 oz sebelah kanan huhuhu dulu setiap kali pam dua2 breast hampir penuh 1 botol 5oz tu bagi sebelah breast..takut Insyirah tak puas menyusu takleh dia membesar dengan sihat dan kuat seperti sekarang macam bapak mertua aku kata "hari2 kembang" kuikuikui kembang si anak aku itu...

So, hari ni aku decide nak beli milkmaid tea..milkmaid tea ni dipercayai dapat membantu membanyakkan susu. Daripada review yang aku baca ramai yang puas hati minum bendalah ni. Sambil2 nak beli milkmaid tea ni aku nak beli juga warmer untuk botol susu...kesian lak mak mertua or encik suami asyik nak kena masak air then rendam susu badan yang aku simpan dalam peti ais sebab baby mana nak minum susu sejuk hehehe..kalau ada warmer tu tinggal letak je botol dalam tu and set suhu.kemudian..walla..die panas la..lagi satu warmer ni leh pakai di dalam kereta juga...kan ke senang tu.

Setelah ditinjau2 dari website2 yang menjual barangan bayi aku berkenan kat dua jenis warmer ni...satu dari momslittleones and satu lagi dari mybbstore. Yang momlittleones ni mahal sket dari mybbstore..mybbstore pun sekarang tengah sale..milkmaid tea die pun tgh sale tapi dia takde trial pek punya macam momlittleones..aku bukan apa, takut aku beli sekali tak terminum. Ada orang kata tak sedap rasa dia hehehe aku ni kan mengada2..huuhu

Yang ni warmer dari momslittleones. harga dia rm149.90



Yang ni trial pek milkmaid tea dari website yang sama. Harga dia rm11 sahaja.

Yang ni Snow Bear 2 in 1 car and home warmer dari mybbstore. Harga asal dia rm149.90 tapi setelah diskaun jadi rm129.90..hmm sama jenis je la kan ngan momslittleones? hehehehYang ni pula milkmaid tea bukan trial pek dr mybbstore. Ada 16 tea bags, harga asal dia rm41.90 tetapi kerana ada sale dia jual rm37.71.

Begitulah adanya...baik beli kat mybbstore kan? Nak guna kad kredit tapi kena mintak no pin la hapa la kat bank huhuh malasnya aku ..dahla tak bayar kad kredit lagi ni kang tepon nak no pin die tanya lak bile nak bayar utang hahahahahahaha encik suami suh beli kat kedai biasa je..maka kena la akur huhuhuuhuhu

Cerita macam best je haku ni last2 tak beli juga kohkohkohkoh...kan aku dah kata bulan ni bulan sengkek...hhhuuu

Tuesday, July 14, 2009

Cerita hari ini

Hari ni aku datang keje kul 10...actually kan aku rasa pelik la napa aku kata keje sedangkan aku kan sekarang tengah wat master..hahahahhaha maybe sebab aku jeles orang len sume pi keje aku pi belajar...tak abih2 lagi belajar, keje tak jugak..okla pasni aku nak kata pi belajar. Back to the topic please..

Hari ni aku pi belajar kul 10..memula nak pi macam biasa tapi encik suami suh mandikan Insyirah dulu (encik suami malas nak belajar mandikan baby...dia kata lembik sangat takut nak pegang) Terpaksa tunggu dia bangun dulu, kalau aku main kejut je then mandikan memang mengamuk2 la si Insyirah pipi labuh tu.

Petang ni encik suami kena pi kursus di Kerteh. Kursus chargeman yang aku cakap aritu tak jadi pula hhuhuhuu tak dapatla encik suami duduk di daratan je sampai akhir tahun ni. KEnala tinggal lagi tiap2 bulan...*sigh*

Malam tadi, aku rebus barli and minum airnya dengan harapan pengeluaran susu aku dapat dipulihkan seperti sebelum2 ni. Alhamdulillah, pagi tadi aku tengok ada perubahan pada breast kanan..rasa sedikit penuh tak macam semalam takde rasa apa berbanding yang belah kiri. Saiznya masih lagi seperti itu..rasa len lak sebelah lain sebelah lagi lain hehehehehe diharap entry ini tidak meluncas. Aku cuma nak bagitau je experience breastfeeding aku hehehehehehe

Wokehla, aku nak pi cari file programming aku..tah mana tah aku simpan. Maklongla 2 bulan cuti satu hapa tak ingat dah...

Monday, July 13, 2009

Mari mengajar baby membaca

Maybe ramai yang dah tau bahawasanya kita boleh mengajar baby yang berumur 4 bulan ke bawah mengenal huruf, nombor, malah membaca juga.. Masa aku bawa Insyirah ke Ampang Puteri untuk di inject hepatitis B yang ke 2 kalinya, Dr. Lim tanya sama ada aku ada ajar Insyirah guna flash card atau tidak...aku jawab la tidak hehehhe...dah ada niat sebenarnya nak ajar tapi tak beli2. So hari ni dengan mood rajinnya semalam aku buat flash card. Pastu hari ni aku surf internet and jumpa satu website ni www.brillbaby.com . apa yang menarik dalam website ini adalah ianya memilki satu ruang download secara free flash card untuk baby. Banyak juga maklumat yang boleh kita tau seperti tentang kebolehan otak baby yang macam sponge menyedut segala maklumat dan macam2 lagi. Aku pun download la flash card tersebut and sambil tu join forumnya. Banyak ilmu yang perlu aku pelajari dalam membesarkan anak ni or in other word parenting skills... Aku harap dengan pengajaran menggunakan flash card ni, Insyirah bertambah cerdik hehe lagi bagus kalau umur 1 tahun dah pandai membaca..huhu mustahil? Takde yang mustahil kat dalam dunia ni.


Flash card ni memang untuk A4 paper...pas print kite leh tampal atas kertas keras. Jangan juga lupe untuk dilipat sebab ada huruf kecil yang membolehkan kite membacanya dari belakang kad.

Ok, stop citer pasal flash card. Actually aku tengah pening ni huhuhu breast kanan aku tetiba mengecil and production susu telah semakin berkurangan..mengapakah jadi begitu???? Seram bila memikirkan kalau2 kering susu and Insyirah tak dapat menyusu dengan puasnya. Nasib baik breast kiri tetap seperti biasa... malam tadi aku pam dapat 5 oz untuk breast kiri manakala breast kanan hanya 2 oz sahaja. Kerana terlalu risau aku sampai termimpi2 pasal breast feed ni huhuhu merajukkah breast ku ini? Semalam aku minum nescafe huhu mungkin ini sebabnya. Aku mengidam gile nak minum so aku minum la...walaupun aku tau caffein tu boleh mengurangkan pengeluaran susu..padan muka ko bini zakaria! taubat aku takmo minum air bercaffein dah..Misi aku masih lom tercapai lagi...aku nak breastfeed Insyirah sampai umur dia 2 tahun huhu harap2 tercapaila impian ku ini..

p/s: Aku tak pi keje lagi arini huhu mertua aku esok baru balik semula ke KL. Nak tinggalkan Insyirah ngan encik suami macam tak konfiden je hhehehehe...


Friday, July 10, 2009

mood swing

Semalam dan hari ni aku ponteng keje hahahaha...bagus sungguh kan? Actually ada beberapa sebab kenapa aku ponteng. Pertama, lab tempat aku wat keje hari2 tu telah digunakan untuk kursus PCB. So diorang nak guna la PC aku...semua yang duduk di lab tu kena la pindah ke lab VLSI buat sementara waktu. Bile aku dengar kena pindah tu, aku rasa macam malas je nak pi keje...yelah kena guna PC orang len lak...tak best la. Lagi satu sebab adalah mertua aku nak balik Endau..so Insyirah takdela orang nak menjaganya..maka aku decide memang kena ponteng hehehehe.

Hari Ahad ni encik suami akan pulang ke pangkuanku yeyeyeye...kemungkinan encik suami ada kursus chargeman. Kalau ada memang besh la sebab kursus tu kat KL je and sampai disember ni and encik suami tak perlu naik ke pelantar dah. Muleh la die tengok anak die membesar tanpa skip2 selama 2 minggu tiap2 bulan and aku pun ada la orang teman tidur huhuhu..nak pi memana pun senang leh mintak tolong encik suami hantarkan.

Ok..rite now i'm pissed! Sedang aku menaip entry ni tetiba orang tingkat atas (betul2 atas rumah aku) buat bising...die ketuk mende tah kuat sangat sampai Insyirah yang tengah tidur terperanjat and menangis. Tiap hari macam ni tau...kadang2 bunyi dia tarik kerusi, kadang2 dengar benda jatuh..ish memacam la. Boleh dengar tau sebab lantai dia adalah siling umah aku. Sungguh bodoh and aku rasa macam nak pi je umah dia and sound..takpun bakar je umah dia. Geramnya....selalu sangat Insyirah terperanjat disebabkan bunyi2 bangang tu..

Terus takde mood..


Wednesday, July 8, 2009

Bulan ini..bulan sengkek

Hari ni pi ke UM seperti biasa...kul 9 sampai takde sorang pun kat lab..awal la kirenya kahkah awal pejadahnya..patutnya masuk kul 8.30 tapi selamba je masuk kul berapa pun.

Bulan ni adalah bulan yang sengkek...mungkin kerana aku terlebih belanja membeli baju raya serta tudung ekin itu hahahaa. Tambah plak encik suami menjadi 'along' dengan meminjamkan duit kepada rakan2nya dan mereka meminta untuk tangguh pembayaran ke bulan depan dan encik suami jatuh bankrup serta merta. Kemudian encik suami meminjam duit aku untuk membeli hardisk yang dikirim oleh membernya, maka aku pun jatuh bankrup juge..wah..sungguh mencabar bulan ini. Padahal baru awal bulan..hukhukhuk...kena masuk Bersamamu ni..muleh dapat beras faizah..takyah beli beras dah. Pastu beli telur and sardin..maka nasi lauk telur masak kicap and sardin je hari2..sungguh kasihan...hehee

Okla nak citer pasal Insyirah plak..

Kerak kat kepala dia masih lum hilang lagi. Kakak ipar aku kata memang ada jenis budak lambat nak baik keraknya macam anak2nya. Dia kata nak bagi hilang, setiap malam sebelum tidur letak baby oil kat kepalanya..biar basah lencun pun takpe. Esoknya time mandi gosok le kepala tu ngan syampu..nanti dia tanggal sebab kerak tu dah mengembang direndam ngan baby oil semalaman heheheh. aku dah try memang jadi, tanggal kerak2 tu...tapi beberapa hari pastu dia jadi balik. Dah makin besar Insyirah nanti mungkin hilang la keraknya tapi takleh la dibiarkan je sebab kerak tu nanti leh jadi kudis berair2..orang tua2 pangil sawan kepala..bahaya tu. Pedih nanti...cian baby nangis2. So buat je la macam aku cakap tadi..tak kisahla dia timbul semula asalkan tak biar je dia bertapa di situ..kena sentiasa bersihkan la. Ada lagi petua, letak pati santan and esoknya basuh..pati santan tu kalau letak kat kepala rasa sejuk je..so selesa la sikit baby tu. Ada org kata letak minyak kelapa...apa2 pun muleh la asalkan jangan letak minyak petrol sudah la..

Sekian dahulu..aku nak cekidaud movie untuk di donlod pule huahuahua...Ice Age 3 kuar dah! yes! muleh donlod..

Tuesday, July 7, 2009

Kembali semula bekerja

First day at work...menginstall segala software seperti Matlab, Xilinx, Accel DSP, winrar, IDM (aha kantoi mendonlod je tau) dan pelbagai lagi kerana aku dapat pc baru...suma orang kat lab ni dapat pc baru hihihihi flat screen tau jenama HP. Bahagia sekejap..sekejap je la sebab pastu pikir pasal master trus ilang mood pc baru hehehehe


Sampai kat tempat keje tadi terus terbayang Insyirah..huhuhu windunyanya kat budak motak pipi labuh tu. Padahal tinggal kejap je hehehhehe...macam ni la apa yang encik suami rasa kan? Dia lagi la, 2 minggu tak tengok Insyirah. Asyik ngadu kat YM aku je dia windu kat Insyirah. Last2 ari khamis ni balik dah dari laut...patutnya selasa depan tapi dia nak balik awal. Dia kata malas dah keje sebab terlalu rindukan Insyirah dan isterinya yang cumel lote itu..ok aku tipu..part yang last tu dia tak cakap pun camtu..hehehe encik suami ni jenis berat mulut kalau nak cakap benda jiwang2 ni. Dia suka tunjuk je seperti mencium aku setiap malam sebelum tido huhuhuhu sila muntah sekarang jika terasa tekak anda loya...


oleh kerana sudah 2 bulan lamanya aku tidak menonton anime kesayangan aku,One Piece maka dengan rasa happy berguling2 aku pun download la puas2 hari ni..yeyeyeyeyeyey...sungguh tamak haloba aku ni sebab aku donlod dari episod 399 sampai 408 sekaligus. Kemaruk wei nak tengok si Luffy tu. Dahla aku tengah kemaruk nak tengok transformer huhuhuhuhu...dulu nak tengok wolverine tak dapat gak sebab bersalin...cian sungguh insan bernama Bini Zakaria ni. Sila kasihankan dia sambil hulurkan bantuan dengan menderma barang seposen dua ke akaun 11112223344 agar dia muleh merasuah encik suami untuk menjaga Insyirah sementara dia pergi menonton wayang sorang2 kohkohkoh..



wow sungguh cool picture ini..usopp atau sogeking bukanlah character yang aku minat dalam one piece ni tapi kalau takde dia tak best gak anime ni sebab dia kelakar gak bile dia jadi penakut hehehe

Rasanya cukup la kot entry kali ni...bagi banyak2 kang gemuk plak belog ni

Sunday, July 5, 2009

Kalau selsema makanla ubat

Dah 3 hari aku selsema...malam tadi rasa nak demam. Aku cepat2 makan panadol Actifast. Not sure sama ada ubat tu leh ke tak dimakan time breastfeeding. Tadi aku baca blog Puan Sue, dia ni memang seorang yang breastfeed anak die secara eksklusif. Banyak info tentang breastfeed dalam blog dia. Aku baca tentang ubat yang boleh dimakan oleh ibu yang menyusu dan terkena selsema atau batuk. Ubatnya adalah Piriton (ubat selsema) dan zecuff (ubat batuk). Sib baik aku tak memandai beli ubat selsema semalam...orang kata kalau salah makan baby akan muntah2 bile minum susu badan. 1 more lesson yang aku dapat hari ni.

Masa preggy dulu aku jarang sangat sakit. Masa memula je dulu aku ada demam pastu takde dah sampai la bersalin. Lepas bersalin ni asyik sakit je...demam dah dua kali pastu selsema plak kali ni. Kurang vitamin kah? Kalau kurang air macam mustahil pula sebab aku kuat minum air lepas bersalin. Sangat kuat sebab aku sentiasa haus lepas Insyirah menyusu. Kan kandungan susu badan mostly adalah air. Tiap2 malam mesti bangun and pi minum air.

lepas bersalin ni juga aku susah buang air besar..sembelit je. Kalau tak tiap2 pagi mesti membuang. Kadang2 aku jugak ada masalah bila buang air kecil. Pastu masalah strechmark yang huduh tu lagi...ohhhh...suma ni kadang2 buat aku stress..

Namun begitu apabila setiap kali aku rasa down ngan semua ni aku mesti teringat Insyirah..Aku mungkin kurang dari beberapa sudut tapi aku memiliki anugerah paling hebat..Allah kurniakan aku seorang puteri yang cumel. Worth it la kan...setiap yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin ini la yang dikatakan pengorbanan seorang ibu...dan juga seorang isteri?? Aku rasa dua2 sekali...so suami2 di luar sana jika isteri anda tidak lagi menarik selepas melahirkan anak silalah jangan pandai mengomen sahaja..lagi bagus kalau encik suami sekalian pi hantar isteri2 ke pusat kecantikan ke, pusat kuruskan badan ke, belikan ubat hilangkan strech mark and lemak ke..adakah ini hint kepada encik suami aku?? mungkin juge ya kahkahkah tapi encik suami dah buat dah sikit dari yang aku listkan tu..contohnya, encik suami tolong belikan ubat sembelit and strech mark untuk aku. Kira ok la tu kan..terima kasih encik suami!



Ha camnila lebih kurang rupa strech mark huduh itu..jangan salah sangka ini bukan gambar perut aku ye. Aku cilok kat yahoo ni..tah perut sapa tah ni..

Setakat ni aku dah try ubat strechmark from Buds tapi takde perubahan. Kemudian aku try Mederma pula..tapi sekerat jalan je hehehe sebab aku malas nak sapu satu2 strechmark ni memandangkan Mederma ni gel yang kuar dr tiub macam ubat gigi tu tapi kecik je. Namun begitu Mederma ni memang berkesan untuk parut sebab aku dah penah try dulu and hilang segala parut kat kaki and tangan aku. Jadi licin berseri, tulus mulus kulit aku ni heheheh. Sekarang ni aku try Bio Oil pula. Senang nak sapu sebab die minyak. tenyeh dan urut je takyah concentrate satu2 strech mark. Banyak woo strech mark itu..kat perut, peha and pinggang. Diharap berkesan la..kena la tunggu beberapa minggu lagi and lihat perubahannya...

Begitulah cerita untuk hari ni..agak panjang entry kali ni...ohh lupa pula. Begitu hijo kan blogku ini hehhe jadi Hulk dah dia...

Saturday, July 4, 2009

Buduh Punya Mimpi

Malam tadi aku tido lewat..bukan sebab Insyirah mengaruk tapi sebab aku nak tengok V for Vendetta..sanggup tunggu nightline abih last2 tv yang tengok aku hahahaha.. Pastu kul 4.30 Insyirah merengek nak susu. Pas menyusu aku tido semula and aku mimpi ngeri..sangat ngeri..bukan mimpi hantu pun tapi benda lain. Aku mimpi encik suami kahwin lain!!!!!!!!! uwaaaaaaaaaa buduh punye mimpi...dalam mimpi tu aku siap mengalah lagi and kunun2nya nak membawa diri dan hati yang terluka ini..pastu aku terjaga sebab Insyirah merengek lagi. potong stim tul huhuhu aku nak tau gak ke mana agaknya akan ku bawa diri ini. Pas bangun tu aku asyik teringat je mimpi tu...agak2 aku pi mana ek?

1) Pi Bali...leh cuti2 Malaysia. Sungguh berangan..
2) Balik umah mak aku..hmm sungguh klise. Macam dram swasta pula..boring.
3) Pergi umah member aku...lepak2 sana. Tapi kang diorang bosan lak ada penyibuk di situ hihi
4) Pergi Genting Highland..mengimbau kenangan honeymoon dulu..cewah jiwang pula (sila muntah)
5) Pergi Langkawi lepak umah adik aku...sambil2 tu leh pi zoo langkawi lagi. Ada monyet lucah di situ tau..maybe sebab dia sekor2 je duk lam tu dia melucahkan dirinya. Takpun pi Telaga Air Panas yang tak berapa nak panas serta buruk tu..takpun pi Beras Terbakar amik gambar kat tangga umah sapa tah..beras terbakarnya tidak kelihatan maka tak boleh amik gambar di situ. Tak menarik. Takpun pi beli pinggan mangkuk kat kedai Haji apa tah dan hempas kat lantai sebagai tanda protes telah dimadukan..takpun pi taman buaya dan memberi makan buaya2 di situ sambil berdoa tidak di makan sekali oleh buaya tersebut. Oh sungguh merepek..

Namun begitu aku berharap sesangat le tidak berlaku kejadian seumpama itu...huhu takmoooo...encik suami aku sorang je yang punya!!! Buduh punya mimpi..(ulang ayat di atas sekali lagi sebagai tanda kebencian aku terhadap mimpi buduh itu)





Encik suami...cepatla balik..huhuhuhu

Friday, July 3, 2009

sudah lama tidak berblogging

Sungguh lama sekali tidak berblogging..maklongla, sibuk menjadi ibu mithali ibu yang sejati..

Well, rite now aku ada kat umah aku di kuala lumpur..minggu depan start kerja semula. MALASNYA...diulang.. MALASNYA..bile dah tinggal lama sesuatu keje tu mesti terasa malas nak sambung semula..tul tak?? ah tak betul pun kire betul jugak..(saja nak mem'backing' diri sendiri)

My mother in law akan tinggal di sini selama 2 bulan untuk menjaga Insyirah..my encik suami taknak hantar dia ke nursery kerana takut..yela, Insyirah kecik lagi, nursery plak dia jaga bukan sorang je budak tapi ramai..takut dia takleh handle lak..

Hari Isnin ni aku kena pi spital Ampang Puteri lagi...Insyirah nak kena inject aku lak kena wat pap smear. Cakap pasal pap smear, teringat lak aku masa aku pi klinik kesihatan time pantang aritu. Ada sorang kakak ni anak dia dah setahun lebih..bila misi tanya dah wat pap smear lum die terpinga2. Dia tanya apa pap smear tu and misi tu cakapla untuk check kalau2 ada barah rahim. Pastu kakak tu wat muka berkerut2 and takut..pastu dia kata la lum wat lagi. Misi tu suh wat bila ada masa. Bila misi tu blah, aku dengar kakak tu kata dia taknak wat..dia cakap sorang2 je sebab kalau cakap kat misi tu mesti kena marah hehehehe.. Aku bukan apa, heran gak napa dia taknak wat..dia tak takut ke? Ke takut kena bayar mahal? Tapi rasanya kalau dia wat kat spital kerajaan murah je kot. Barah rahim kan pembunuh ramai wanita kat Malaysia ni selain barah payudara..so better berjaga2 kan? Ada peluang pergi la buat..

Setelah sekian lama blog ini tidak bergambar maka hari ini aku pun tempek le gambar sikit..sambil tu nak tunjuk la badanku yang masih slim itu kahkahkah...tak slim pun sebenarnya..kat perut aku ni bertambah sket lemak. Tapi jangan terkejut jika aku beritahu berat aku kurang sekilo dari memula aku preggy..masa tau aku preggy berat aku 51kg, time 8 bulan mengandung berat aku 60kg but now 50kg!!...ajaib bukan??? Tapi hati kecilku kekadang berkata mesin timbang kat klinik kesihatan Bandar Mas itu dah rosak hehehehehe...sebab aku rasa aku gemuk..wokehla banyak lak membebel..chekidaud je la gambar2 kat bawah ni.




Oh...dia wat muka cam..hmm muka tak best la senang cakap...




Embah dan nenek Insyirah..bapak aku yang nak cucu dia panggil embah, bukan direka2 ye hehehe maklongla Jawa totok bapak aku ni..sila lihat kepala Insyirah..motak kan?? sebab tu dia pakai topi mickey untuk gamabr sebelum ni..