Friday, September 11, 2009

Menyelesaikan masalah Insyirah

Sudah lama tidak berbelog..huhu ye ke? Masalah Insyirah masih belum dapat diselesaikan..aku dah guna feeding cup macam yang puan najwa cakap kat komen entry lepas tetapi tidak berjaya..actually tak berapa praktikal sebab Insyirah asyik nak menggapai je feeding cup tu..pastu dia lak jenis suka menendang2 so bergoyang2 la..last2 tertumpah siap masuk idung lak tu..kan ke bahaya tu hehehehe encik suami siap pegang tangan Insyirah tapi takleh gak sebab dia menendang2 and aku takleh nak fokus ke mulut dia...hmmm salah teknikkah aku??? so aku dah listkan sebarang kemungkinan masalah ini berlaku..

1) Mungkin Insyirah tak suka EBM yang disimpan dalam peti ais...mungkin rasa dia dah jadi lain or mengeluarkan bau yang kurang enak since aku perasan bau susu aku agak kuat...orang kata kandungan enzim lipase yang banyak pada susu memang akan mengeluarkan bau seperti itu..thats why ada teknik scalding yang boleh menghilangkan bau tu...apa teknik scalding tu? Sila la google ke or baca forum susu ibu ke..heheheh aku maleh la nak terangkan kat sini lagipun aku bukan terer pun nak menerangkan ni

2) Mungkin Insyirah tak suka dengan puting susu tu...walaupun sebelum2 ni takde masalah..hmm aku pun hairan gak...mungkin Insyirah dah pandai memilih...dia nak puting yang mirip dengan breast..

So aku juga sudah listkan solution yang telah di ambil

1) Guna feeding cup tapi tak berapa praktikal..

2) Guna feeding cup beserta EBM fresh...aku pam je terus bagi dia..actually masa guna feeding cup tu ada susu yang masuk dalam mulut...memula letak feeding cup kat mulut dia wat muka pelik..muka cam tak suka tapi bila susu masuk dalam mulut dia minum jugakla sikit.

Solution yang belum lagi dibuat...

1) Aku belum test bagi dia EBM dalam peti ais guna feeding cup...walaupun tak berapa praktikal tapi aku nak tengok reaksi dia terhadap EBM tersebut..kalau pakai botol confirm la taknak dia isap kan...kalau pakai feeding cup leh paksa sikit suh dia munum. Sekiranya Insyirah minum EBM yang di simpan di dalam peti ais maksudnya, ada masalah la ngan putiing botol susunya. Sekiranya tidak, maka sebaliknyalah kan keputusan ujian ini...cewah macam bereksperimen la pulak

2) Aku belum guna syringe lagi. Kalau dulu aku penah bagi ubat deman guna syringe punyala payah sebab dia pandai tolak syringe tu kuar ngan lidah dia...tapi maybe sebab ubat tu rasa lain macam kan...

3) Menggunakan botol wide neck macam jenama MAM, Tommy Tippee or Nuby. Aku baca dalam susuibu.com ramai yang berjaya bagi anak minum guna botol dengan botol2 jenama ni..ada gak yang guna Avent or The First Year.

Begitulah adanya...nak ajak encik suami pergi Midvalley mencari botol2 ini...harap Insyirah boleh hisap botol semula pasni.

Oh ya semalam aku siap bagi sms kat supervisor kata takleh nak pi belajar wat sementara waktu huhuhuhu sib baik dia tak cakap apa..

Sebelum mengakhiri entry ini silalah ke laman web abang ipar saya jika anda teringin nak bergambar cantik2...serius cantik ok dia amik gambar. Boleh berforum juga...

3 comments:

ayschaanur said...

aku ske yg tommee tippee tuh..millenium giler okay..errr,,bukn mksudnye aku ske isap botol tuh..hahaaa,,design dier tuh..heuheuuu..

yuyun said...

haha sama la kite sya..aku pun suka botol tu gak..cantik design dia..harap botol tersebut dpt menawan hati insyirah juga huhu

firdausi said...

Salam.. nak tanya jenama NUBY ok tak?