Tadaaaa...akhirnya beli gak aku cloth diaper. Aku pi booth lunatot tadi kat PPUM...sungguh gigih aku mencari parking yang macam haram tu huhuhu sampai tingkat 5 okay...5B plak tu setiap tingkat ada A and B so kira la berapa kali aku pusing naik satu tingkat ke satu tingkat huhuhu...sib baik aku tak sesat cari lokasi booth tu. Aku turun je tingkat 1 dah nampak dah meja tersusun di tepi. Kemudian aku nampak Puan Suraya hehehe maka sahla itu tempatnya. Aku ada tanya beberapa soalan mengenai cloth diaper. Antaranya camne nak basuh CD ni...saja nak kepastian sedangkan aku dah selalu baca step2nya dalam blog dia huhuhu. Pastu Puan Suraya tanya aku breastfeed anak ke? aku kata la ya and nak tau apa dia kata? Dia kata aku kurus kahkahkah....dia kata lagi mostly ibu2 yang fully bf memang kurus..even dia pun lepas lahirkan anak yang pertama orang ingat dia pi slimming center. Tapi memang betul pun..aku baca lam surat khabar aritu, ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan berpotensi kurus sebab metabolisme akan meningkat. Aku sendiri pun rasa panas je badan...and sentiasa rasa lapar. Habis badan aku bakar segala kalori dalam proses menghasilkan susu badan itu..aritu pun member aku tanya camne aku leh kurus pas beranak ni..aku takde makan ubat apa2 pun. Memang camni cuma perut ada geleber sikit la heheheheheh
Ok back to the topic, this cd come with 2 insert..harga sekeping rm45. Aku rasa material dia lembut je...macam sedap kalau Insyirah pakai..tapi ada dua warna je dia bawak iaitu hijau dan pink.
Balik umah tengah hari tadi terus excited tunjuk kat Insyirah...mak mertua aku pun kagum tengok hihihihi..aku ingat nak basuh terus since sebelum pakai kena basuh at least 2 kali bagi menguatkan lagi sistem serapannya tapi aku terlupa nak beli laundry bag...kalau campak je lam mesin basuh boleh je tapi lagi bagus masuk laundry bag dulu untuk memanjangkan lagi jangka hayat cd itu.
tengok aku mengetest kat Insyirah..aku letak je atas badan dia hahahahha Insyirah blur je tengok aku..
wah wah..hari ni dua entry aku tulih ye..oh ya, UM nak konvo dah...karnival konvo sedang rancak berjalan...kena chekidaud ni..aku suka pi tempat orang ramai and ada jual2 ni..tak tahu la napa. Tahun lepas time karnival konvo UM aku beli 3 helai t-shirt comel huhuhu murah je sehelai rm10. Macam2 kaler and comel...leh pakai wat pi jenjalan..
Ok dah..nak wat keje lain lak...asyik memblogging je aku ni
No comments:
Post a Comment