Monday, August 10, 2009

Insyirah dan CDnya

Hari sabtu yang lepas aku telah membawa Insyirah ke klinik Aiman di Kerinchi untuk diberi injection sebab dia dah masuk 3 bulan. Sambil tu aku juga ada appoinment ngan doktor pasal period aku tu. Masa Insyirah kena inject hati aku berdebar2 je...takut melalak je. Dia kena inject dua kali...satu kat peha kiri and satu lagi kat peha kanan...yang 1st injection tu dia rileks je tapi bile 2nd injection tu melalak dia huhuuuu...mengalir2 air mata menangis Sian aku tengok...nasib baik kejap je. Pastu insyirah kena timbang...naik lagi sekilo heheh sekarang berat dia dah 6.1kg..membesar dengan jayanya..Lepas dah kena timbang giliran aku plak di check oleh doktor...hasil perbincangan, doktor suh aku continue ubat tu untuk 15 hari then tengok period tu datang ke tak. Doktor tanya aku nak merancang tak...aku kata la nak and aku nak amibil pil kerana aku sudah serik ngan injection huhuhuhu. Doktor kata nanti datang semula and dia bagi pil yang boleh dimakan untuk ibu yang breastfeed anaknya.

Lepas dah selesai semuanya, aku pun balik le umah...sampai umah je aku pun mengetest pakaikan cd kat Insyirah. CD ni aku dah pre-wash sebanyak 2 kali. Setelah beberapa observation dilakukan, aku mendapati CD ini tak dapat menyerap air dengan baik lagi sebab barut yang dipakai Insyirah basah di sekeliling pinggangnya... Aku rasa masa air kencing dia kuar air tu mengalir terus ke barut tu sebab cd tu tak dapat nak serap dengan lajunya air tersebut...Insyirah lak baring je..bukan leh bangun ke berdiri ke so air tu terus le ke perut and pinggang...pahamkah apa yang aku cuba terangkan? Memula aku heran gak kenapa asyik basah je barut dia. Pastu hari Ahad aku pakaikan dia lagi cd tu and Insyirah berak..dengan banyaknya huhuhu..Aku pun bawak la pi toilet and buang najis2 tu then basuh serta gosok sikit2. Pastu cd yang dipakai hari sebelumnya (hari sabtu) yang aku kumpul dalam baldi aku basuh gak la since insert dia hancing sangat...bila pancut air, air tu tak berapa menyerap pada bahagian poket....bukan insert ye. Macam curah air kat daun keladi..ha camtu la rupanya...tu yang aku tahu punca kenapa barut Insyirah asyik basah je.

So tadi sebelum pi belajar aku basuh cd2 tersebut...harap pasni buleh la die menyerap air dengan jayanya

Insyirah dan cdnya...nampak bulky sikit kan? Tapi lembut je sebenarnya..hheheh


1 comment:

yuyun said...

hahaha tu la pasal...baby kalau minum susu badan memang camtu...
bila org tgk insyirah mesti tanya, minum susu badan ke? bila aku kata ya diorang akan kata "patutla"...takpun "agak dah"