Sejak akhir2 ni aku asyik makan makanan yang boleh membanyakkan susu badan seperti horlicks, soya, ulam pegaga dan oat sebab tak lama lagi kan nak puasa. Bila puasa kadar pengeluaran susu mungkin akan terjejas since kita tak makan dan minum di siang hari. So aku kena buat EBM stok pada sebelah malam untuk diberi kepada Insyirah keesokan harinya..(itu yang aku buat hari2..perah malam untuk kegunaan esoknya). Aku sentiasa pantau pengeluaran susu aku bila mengepam. Seperti biasa, setiap malam sebelum tidur (lebih kurang kul 11-12 malam) aku akan pam kedua2 breast aku (double pumping). Kalau tak takleh tidur la, rasa sakit je kat breast sebab penuh. Dulu aku penah cerita breast kanan aku macam majuk je kan...kuar susu sikit je berbanding belah kiri...tapi malam tadi aku rasa lain. Aku rasa breast kanan lagi penuh dari breast kiri. Aku pun pam la and inilah hasilnya..
Breast kanan dapat mengeluarkan susu sebanyak 6oz! manakala breast kiri seperuh dari amaun breast kanan. Aku terpaksa guna botol yang besar (8 oz) sebab aku rasa mesti lebih dari 5 oz (saiz biasa bagi botol momslittleones) and tepat sangkaan aku...kalau pakai botol mlo tu mesti melimpah keluar hehehe (penah terjadi ye di suatu malam yang hening, masa tu gelap sebab Insyirah tidur and aku bangun sebab rasa breast penuh..sekali pam tak sedar melimpah kuar..huhu basah baju aku). So hasil daripada pengepaman aku sebelum tidur bagi breast kanan tu aku bahagikan kepada dua botol mlo..setiap botol ada 3oz since Insyirah memang minum banyak tu sekali minum.
Aku rasa hasil susu tu adalah disebabkan aku makan makanan2 tersebut...Alhamdulillah. Rezeki Insyirah tu...biar dia sentiasa kenyang dan mendapat khasiat yang terbaik dari susu ibu.
Semalam encik suami selamat sampai ke rumah...hehehe balik2 je dari umah aku mintak hadiah kohkohkoh padahal aku tau dia tak beli lagi. Dia kata nanti kuar sesama and dia belikan time tu..kiranya aku pilih sendiri la. Pastu dia tanya hadiah dia mana...aku katalah belum lagi anniversary huhu (aku mintak td tak hengat lak)....tapi pastu aku kata kalau dia dapat cari dalam umah tu amikla hadiah tu. Dia pun cari tapi tak jumpa. Last2 aku bagi gak..tengok cam dia suka hadiah tu..ada dua hadiah aku bagi and dua2 tu aku tau dia akan pakai..bukan hp mahupun kasut tapi aku tau dia tetap akan pakai menatang tu.
Sekian dahulu cerita untuk hari ini..tak sabar nak balik kampung hujung minggu ni yeah!! aku boring duk kl!!!!!

No comments:
Post a Comment