Tuesday, August 18, 2009

jamuan, konvo, accident dan anniversary

Ohoiiii..lama sudah tidak berblogging..maklongla aku balik ke Johor. Hari Jumaat aku, encik suami, Insyirah and mak mertua pergi kuantan dulu sebab ada jamuan temapat keje encik suami. Time jamuan tu, ada beberapa keluarga miskin dijemput hadir sama untuk makan bersama2 and diberi sumbangan sedikit dari pihak platform tempat encik suami keje. Keesokan harinya baru la kitorang gerak ke Endau menghantar mak mertua then gerak ke kota tinggi pula. Mak aku gembira melihat Insyirah..dia asyik kata rindu je kat Insyirah. Asyik tengok gambar Insyirah kat hp dia je hehehehe nak wat camne..

gambar ketika jamuan tersebut dilampirkan seperti di bawah :







Esoknya bapak aku pi konvo plak...dah dapat dah segulung ijazah sarjana..aku je tak konvo2 lagi uhuk..aku ngan encik suami tak ikut sama ke konvo tu sebab mengenangkan Insyirah yang mesti tak selesa kalau pergi tempat camtu..ngan ramai orangnya..panasnya lagi..and tambah plak H1N1 sekarang makin mengganas. Kitorang lepak2 je kat umah sampai lah mak aku tepon tengah hari tu suruh kitorang ke bandar Kota Tinggi sebab mak aku berhasrat nak amik gambar family. Lebih kurang kul 3 petang aku, encik suami and Insyirah pun bergerak le bandar. Memula tu aku duduk di seat hadapan tapi pastu encik suami suh duduk di belakang sebab panas. Kesian kat Insyirah. Aku pun pindah le ke belakang..Nak dijadikan cerita...sampai je kat traffic light simpang 4 yang menuju ke mersing, johor bahru and kota tinggi, kitorang eksiden huhuhuhuhu...tah kat mana silapnya, kereta waja dihadapan keta kitorang membrek dengan mengejut...encik suami pula follow rapat...walaupun dah brek habis tetap langgar since keta tu ada ABS. Aku lak dengan tak pakai seat bealt and tak memangku Insyirah terus tertolak ke hadapan...aku tahan pakai tangan aku pada seat hadapan tapi tetap kena gak muka aku...sakit woooo....aku tergamam and tak teringat langsung Insyirah yang baring di sebelah aku (sebelum tu aku pangku dia tapi sebab penat aku letak dia kat sebelah aku, car seat dia plak tak bawak sebab aritu tak muat kereta bawak banyak sangat barang) Tetiba aku dengar Insyirah menangis dengan kuatnya.. Ya Allah, terkejut beruk aku tengok insyirah terlentang dah kat bawah tampat letak kaki tu..aku cepat2 amik dia and pujuk dia...nasib baik kejap dia menangis. Aku sendiri pun rasa nak mengalir air mata tengok dia..macammana aku boleh selfish and tak ingat langsung kat anak sendiri???

Akibat dari eksiden tu, no plat kereta hadapan pecah and pintu bonet hadapan tu terangkat/terkopek sedikit. Waja tu plak ada lekuk sedikit di bumper berserta calar2 sedikit. Lepas tukar2 no tepon ngan owner kereta tu kitorang pun gerak and jumpa family aku yang lain kat kedai gambar...sangat2 mencemaskan kejadian tersebut...sekarang ni bila encik suami brek je aku dah phobia..huhuhuhuuhu...tak penah aku eksiden tau..kesian sangat kat Insyirah..nasib baik dia takde apa2...takde nangis2 mengaruk sebab sakit..kalau aku ye la huhuuhu sakit bahu and tangan aku...rahang aku pun sakit juga..sampai ke hari ni. padan muka aku kan...sapa suh tak pakai seat belt..lepas ni Insyirah kena duk dalam car seat je bila naik kereta...

gambar encik bapak aku konvo seperti di bawah:

ni adik perempuan aku ngan bapak aku

ni mak and bapak aku...tahniah bapakku kerana berjaya menghabiskan master tidak seperti anakmu yang tak siap2 gak masternya..


Ha..semalam anniversary kami laki bini yang pertama heehehehe...sampai2 je ke Kl dari Johor kitorang terus ke Midvalley sebab nak dinner kat Kenny Rogers...all time favourite restoran kitorang ni huhuhu dulu sebelum kawen asyik makan kat sini je..masa tengah makan2 tu kan Insyirah mengaruk le pulak..rupa2nya nak menyusu and for the first time aku menyusukan Insyirah di tempat awam hehehehehe..sib baik meja kitorang di bahagian tepi so senang la sikit nak mengangkat baju tanpa di lihat oleh orang ramai huuhuu

Lepas makan2 tu kitorang ke kedai mother club sebab encik suami nak belikan aku baju sebagai hadiah anniversary. Aku yang nak ke kedai tu sebab aku nak cari baju yang boleh nusing..tak payah angkat2 baju nampak perut buncit dah pasni..selak je di bahagian dada untuk menyusukan Insyirah. Baju2 kat kedai tu suma made in malaysia tau...material untuk baju tu bagus..cotton spandex, sejuk je pakai..and rege dia pun "best2" belaka huhu..tak banyak sangat baju nursing yang ada di situ..banyak baju mengandung je..Hairan sungguh aku..patutnya dia kena wat banyak2 sikit baju nursing ni....aku ada la jumpa 5 6 helai tapi banyak yang short sleeve. Last2 aku amik 2 helai yang lengan panjang..sehelai tu 50% off so jadi murah sikit la hehehe..ala lagipun encik suami yang bayar....kuikuikui..

Pastu kitorang ke Jaya Jusco pula untuk membeli baju untuk Insyirah....encik suami yang nak belikan...kiranya untuk raya la ni hahahah awal giler pi beli..puasa tak lagi.

kat bawah ni gambar kitorang kat kenny rogers;


Ni bukan kat kenny rogers...ni gambar Insyirah dan headband barunya hehehehe..


Ni pula gambar eksperimen encik suami...eksperimennya adalah 'camne agaknya rupa Insyirah kalau pakai tudung"..ye sungguh besar lobang idung anakku itu..

No comments: