Thursday, August 6, 2009

Shawl itu shantek


Ni gambar gedik santai serta jakun aku..hahahahhaa...sekarang kan trend orang pakai shawl macam si yuna tu..Kebetulan aritu aku pi masjid india nak cari benang kait untuk mak mertua aku, sambil2 tu aku menjamu mata la..ternampak lak shawl yang murah2 kat satu kedai ni. Aku rembat la dua helai..saja le kunun2 nak try. Nak tau tak dari mana aku belajar pakai shawl ni? Ha..zaman canggih ni suma boleh kite dapat di hujung jari je. Aku belajar dari belog kawan aku...dia penjual shawl..sila pergi ke belog dia jika ingin belajar sama serta membeli shawl. Step by step dia tunjuk and memang senang paham...walaupun aku pakai tak secantek dia uhuk tapi muleh la kan??? hehehe

Lama la plak rasa encik suami ke laut time ni..huhuhuh dahla dia kata haritu maybe dia kena stayback sebab senior dia cuti seminggu...camno nak balik kampung??? aku boring duk kl ni...huhuhuhuhuuu terperap je dalam umah takleh gi mana. Kalau duk kat kampung boleh gak la kuar kat laman umah...kat sini nak kuar ke laman mana? terjun bangunan leh la..

Aku takde idea nak citer apa...tengah dalam mood mengusha cloth diaper ni...encik suami suh beli yang mahal sebab mesti berkualiti, ye ke?? aku pun tak tahu la...masih lagi membaca review ibu2 di luar sana tentang jenama cloth diaper yang diorang pakai kat anak diorang. Sampai mimpi2 aku pasal cloth diaper ni..punya la excited nak memakaikan kat Insyirah huhuu...

Ohoi..lunatot team datang PPUM la hari ni...ada promotion cloth diaper jenama lunatot. Aku teringin tul nak pergi leh tanya lebih lanjut pasal cloth diaper..sambil tu leh tanya gak pasal breastfeeding since Puan Suraya tu salah seorang kaunselor laktasi PPUM tau...sile pergi ke belog dia untuk tau lebih lanjut...

No comments: