Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Part 1

26 April 2012

Pergi check up kehamilan seperti biasa tapi hari ni pakar nak jumpa sebab air kencing 'kotor' atau istilah yang betul kandungan protein terlalu tinggi di dalam air kencing. Berapa? 4+. Cukup tinggi..biasa orang 1+ pun dah kecoh satu klinik inikan pula 4+ tapi aku langsung tak rasa apa2 sebab dari dulu macam tu.. Masa pregnantkan Insyirah pun kencing aku kotor tapi doktor takde detect sebarang penyakit serius cuma infection. Aku pulak tak pernah ada simptom2 kaki bengkak, kencing tak lawas or sakit time kencing, sakit kepala, sesak nafas, darah tinggi mahupun kencing manis. Aku rasa sihat dan cergas! Tak tipu apatah lagi membongak..memang aku rasa betul2 sihat. Nak demam pun susah tau..

Doktor scan baby and kedudukan kepalanya di atas.. Doktor kata itu perkara biasa sebab baru 26 minggu and baby leh pusing lagi tapi yang lebih penting pada waktu itu adalah condition aku. Doktor nak percepatkan tarikh scan buah pinggang di Hospital Sultan Ismail. Tarikh asal pada bulan September kemudian dipercepatkan pada bulan Jun tapi doktor tak puas hati nak lagi cepat sebab takut melarat. Aku setuju sahaja..mana yang baik pada aku, aku terima.Petang tu jugak aku dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bandar Mas untuk ambil surat appointment scan buah pinggang yang bertarikh 27 April. Oleh kerana masa tu aku dalam perjalan ke Tangkak sebab nak ambil adik aku dari matrikulasi maka nurse suruh ambil pepagi buta keesokan harinya di rumah beliau. 

27 April 2012

Pukul 6 pagi dah bergerak ke kuarters Klinik untuk ambil surat. Terpaksa bergerak seorang diri memandangkan encik suami kerja. Lepas ambil surat terus pecut ke HSI sebab appointment pukul 8 pagi. Sampai HSI agak awal pukul 7.15. No giliran aku 001 hahahaha..tak pernah2. 

Doktor scan baby lagi..Kali ni kepala dia di bawah. Dalam masa sehari dia berpusing. Baby memang sangat aktif dalam perut. Berbeza dengan kakaknya Insyirah. 
 Tengah scan tu tetiba doktor cakap
"baby awak baby boy ye.." sambil tunjuk 'bird' baby.
Aku toleh ke skrin and terkejut...betul sangkaan encik suami tetang gender baby. Aku happy sangat tak sabar nak bagitau encik suami. Lepas tu doktor kata dia nak berbincang dengan pakar dan suruh aku tunggu di luar. Setelah beberapa minit aku di panggil semula

"awak kena admit wad ye"
Aku telan air liur "hari ni?"
"iye hari ni..awak datang dengan siapa?'
"saya datang sorang je"
"mintak tolong sesiapa di rumah bawakan barang2, boleh?"

Takkan nak cakap tak boleh pulak kan..so admitlah aku ke wad sorang2. First time mendaftarkan diri ke wad untuk diri sendiri.Aku call mak aku terkejut beruk dia. Nasib baik hari tu hari Jumaat so bapak pun balik sekolah awal dapatlah hantarkan barang ke hospital. Aku telefon encik suami yang berada di laut. Dia terkejut dan berjanji akan pulang ke rumah pada hari esok.

Masuk je wad O&G, Doktor Andrew datang and buat soal siasat..eceh cam polis pula. Soalan2 dia macam ni..
"puan ada darah tinggi?" aku geleng
"'puan ada kencing manis?"  aku geleng
"ada tak saudara mara yang pernah sakit buah pinggang?" aku geleng lagi
"kaki puan pernah bengkak tak? bila keluar kena matahari kulit ada jadi merah merengas tak? bila kencing ada rasa sakit tak? bahagian2 anggota lain pernah bengkak tak seperti muka ke?" aku geleng geleng dan terus geleng kepala sampai teleng hehe

Doktor Andrew mengeluh..aik takkan give up kot? 
"kencing pernah keluar darah tak?" sambung lagi geleng.
"emm saya hairan la...kenapa ye puan boleh sakit macam ni. Takpelah, nanti kita scan buah pinggang tengok cemana ye"

Sebelum scan darah di ambil..memula kat pelipat siku pastu kunun2 nak pasang drip kat belakang tangan tapi doktor Andrew ni tak reti ke hapa tak tau la..Doktor Junior lagi pun..muda lagi. Menyembur2 darah aku masa dia pasang drip tu. Last2 dia cabut balik..sakitnya..hmm tak reti nak cakap. Pastu Doktor bahagian Medical pulak datang and ulang soalan2 Doktor Andrew tadi. Reaksi beliau? Sama je ngan Doktor Andrew.

Pukul 4.30 aku dihantar ke makmal dan buah pinggang di scan. Doktor yang scan tu kata buah pinggang belah kanan aku bengkak sedikit dan ada air. Dia kata lagi orang pregnant biasa kena camtu. Tapi yang agak membimbangkan adalah struktur tisu luar dia nampak ada kerosakan sikit. Belah kiri pun sama tapi sikit je berbanding yang kanan.Aku tersenyum je..tak tau kenapa aku boleh terima berita sebegitu dengan tenang. Keluar dari makmal mak and bapak dah sampai..aku maklumkan pada diorang. Mak sangat terkejut. Tak sangka anaknya ada penyakit buah pinggang.

Encik suami call and beritahu dia dah berada di darat. Dia dapat balik awal sebab ada kekosongan seat chopper. Lega rasa hati. Semua ahli keluarga akan berada di sisi pada waktu sebegini.

28 April 2012

Ambil darah lagi untuk check kreatinine dalam darah..Dah meningkat jadi 200+. Doktor medical silih berganti datang..Doktor O&G juga.. Plan yang ada cuma satu..pindah ke wad Medical and team medical akan ambil alih sebab bahagian O&G takde apa nak buat pada aku since baby pun ok je. 

29 April 2012

Aku dipindahkan ke wad medical. Dari pakaian berwarna pink aku kena pakai baju hijau pula. Di wad ni aku diberi satu carta dipanggil I/O chart (In/Out). Agak2 apa yang in apa yang out? Hehehe yang in tu apa yang aku minum dan berapa ml sekali minum dan pada pukul berapa. Out tu berapa ml yang keluar dan pada pukul berapa. Ada 3 shift. 7 am - 2 pm, 2 pm - 9pm dan 9 pm -7am.Cartanya lebih kurang camni

                                   
B/O tu maknanya buang air besar..tak tau la singkatan untuk apa. Bottom out gamaknya hehehe. Mesti korang tertanya2. 

"Cemana ko sukat air minum yuyun?"
 Aku di beri cawan khas yang ada senggat2 dibuat dengan menggunakan salotape. kat salotape tu dia lukis senggat2 guna marker. 

" Cemana ko sukat air kencing ko yuyun?"
Ha part yang ni sedikit mencabar..soalan yang sama aku tanya kat nurse. Dia kata kat dalam toilet tu dah ada bekas untuk sukat. Sila kencing di dalam penyukat itu. Aku bayangkan penyukatnya adalah penyukat yang hensem rupa2nya korang tau apa? Pernah tengok botol drip?? Botol tu di belah atasnya dan dia wat senggat sama macam kat cawan tu cuma dia terus tulis pakai marker. Tak pernah seumur hidup kena sukat kencing, merasa la aku pada hari itu..Pas dah kencing sila isi carta yang diberi. Nanti dah abis shift nurse akan kira totalnya. Tujuan carta tu adalah nak tengok aku kencing banyak ke sikit..kalau aku kencing sikit sangat daripada yang aku minum ada something wong somwhere le tu. Takut ada water retention dalam badan..jika ada ia akan menyebabkan kepada pembengkakan pada anggota badan.

30 April 2012

Doktor cakap dia dah berbincang dengan Pakar buah pinggang dari Hospital Sultanah Aminah. Solution yang ada hanyalah terminate pregnancy. Jika aku simpan baby, aku kena dialisis hari2 sampai deliver. Dia tanya samada aku sanggup atau tak. Reaksi aku? Rasa macam ada batu menghempap kepala ni..Apa aku nak buat? Terminate pregnancy? Apa maknanya tu? Baby akan digugurkan ke? Mana boleh, aku mana sanggup. hari2 rasa dia tendang perut aku..mana boleh aku buat camtu pada dia. Tanpa fikir panjang aku cakap aku nak simpan baby ni..aku sanggup kena dialisis. Doktor beliakkan matanya..dia tanya lagi samada aku betul2 serius..aku jawab ya.

 Doktor pun blah and bila encik suami datang melawat aku beritahu apa yang doktor cakap. Aku menangis bila beritahu dokor suruh terminate pregnancy. pada fikiran aku masa tu kalau terminate baby takkan hidup. Encik suami pun fikir macam tu. Dia taknak aku terminate pregnancy. Bila aku beritahu mak, mak menangis..mak kata jangan dialisis. Dialisis lagi akan menyebabkan kesihatan aku teruk. Mak suruh aku ingatkan Insyirah yang masih kecil. Bapak aku pun tak setuju aku teruskan kandungan ni. Bapak kata jika tiada rezeki sekarang akan datang insyaAllah boleh pregnant lagi. Aku terfikir kata2 mak..ada betulnya. Kalau aku sakit tak guna jugak..Cemana nak jaga anak2 dan suami. Mak kata dialisis tu susah, boleh menyebabkan jangkitan dan kena ke pusat dia hampir hari2 untuk cuci darah. Aku memang naif sangat masa tu...tak tau sangat pasal dialisis or penyakit ni. Tu sebab susah aku nak wat keputusan..

Doktor kata dia dah inform Doktor Liu, pakar buah pinggang dari HSA. Dia minta aku ke sana untuk permeriksaan lanjut. Aku discharged pada pukul 3 petang dan bergerak ke HSA.

Bersambung di lain post..penat dah menaip naik kejang urat leher ni..

5 comments:

sisanizu said...

Biar benar ni..rs mcm pernah bc dlm majalah..mcm mn keputusannya...kasihannya
..

yuyun said...

majalah apa itu? ini memang pengalaman saya sendiri..betul2 benar dan sahih. tak pernah masuk lam majalah lagi.. nanti saya sambung cerita lagi ye..

PUAN THALHA : said...

sis, sambung lagi, saya tertarik nak tahu keputusannya. saya pun ada pengalaman 2 kali masuk wad masa mengandung, tapi sebab gdm. apapun, saya harap akak dan baby sebenarnya ok. maybe doc kat hsi salah diagnos..

sisanizu said...

Sgt nk tahu ending kisah awk ni...
Penah bc dlm mjlah, lupa...pa&ma atau keluarga kot..xpasti..nnt cari

CepatSihat said...

Pengalaman yang mahal.. apapun semoga puan sekarang sihat sentiasa.