Monday, June 4, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Final

3 Mei 2012

Sambungan haritu..

Lepas doktor M.O tu terangkan pasal stenting tiba2 Doktor pakar datang. Tak ingat aku nama dia. Doktor pakar tu tanya lagi pasal stenting tu. Aku kata aku nak tau lebih lanjut pasal stenting dan macammana prosedurnya. Doktor tu kata nanti dia call Urology and minta doktornya datang and terangkan pasal stenting. Kiranya aku macam setuju la nak stenting tapi nak tau lebih lanjut sebelum proses tu dibuat.

Tapi sejam lepas tu, Doktor Nachiyapan tetiba datang bersama doktor yang datang sebelum tu. Dia kata Dr Hui jumpa dia and beritahu keadaan aku akan bertambah buruk kalau teruskan pregnancy. Dr Nachiyapan beritahu yang buah pinggang aku semakin rosak. Dia bimbang kalau aku sampai pada tahap kena dialisis. Dia cakap bila dialisis nanti senang kena infection darah dan sebagainya. Tahap kreatinine aku yang terbaru pun semakin meningkat dah cecah 300. Dia kata kalau terminate pregnancy, baby akan dimasukkan ke dalam inkubator tapi banyak cabarannya bila nak jaga baby pramatang.Dia terangkan komplikasi2 yang mungkin berlaku..tapi dia jugak cakap jika baby kuat mungkin takde apa2. Dia kata ramai juga orang berjaya menjaga baby pramatang ni tapi kena disiplin. Kena selalu basuh tangan jika nak pegang dia sebab kulit dia sensitif. Takut kena infection.

Bila dia cakap camtu, aku tau Doktor ni ikhlas concern pasal aku. Cara dia cakap pun lembut dan dia tak takut2kan aku. 

"Baiklah, saya terminate pregnancy saya" kata aku.
Dr Nachiyapan terus hulurkan tangan..aku berjabat tangan dengan dia.
"well done..bagus keputusan awak. Saya cuma risaukan kesihatan awak. Bukan saya tak sayangkan baby awak tapi kita kena tau mana yang lebih penting"
"ye saya tau..lagipun saya memang perlukan kesihatan saya untuk jaga anak yang sorang lagi di rumah"
"betul, saya setuju. Esok saya akan meeting dengan pakar2 yang lain tentang kes awak ni. Jika nak terminate pregnancy, pihak hospital kena minta tandatangan pakar dan consultant sebab ini melibatkan nyawa. Terminate pregnancy itu adalah melanggar undang2 negara tapi jika untuk selamatkan nyawa si ibu maka ia dibenarkan dengan syarat kena isi bermacam2 borang dan persetujuan pakar2 yang lain"

Aku anggukan kepala sahaja..

"Esok mungkin kita boleh induce..paling lambat awak deliver adalah hari Ahad. Nanti saya akan setkan appointment awak dengan doktor pakar kanak2. Dia akan terangkan macammana nak jaga bayi pramatang".

Lepas tu Dr Nachiyapan bagi arahan pada House officer suruh call doktor pakar kanak2. Pukul 3, aku dan suami pergi berjumpa dengan doktor tu di wad kanak2. Dia terangkan risiko2 yang bakal berlaku. Dia kata nisbah kanak2 yang berjaya hidup di hospital adalah 4:1. Memang sikit tapi dia kata dia akan berusaha..kalau baby kuat mungkin tiada masalah. Dia kata lagi dia akan berada di bilik bersalin bersama inkubator dan sentiasa bersedia untuk buat pemeriksaan baby sebaik sahaja aku deliver. Jika baby tak boleh bernafas dengan sendirinya sebab paru2 tak kuat maka dia akan diberi bantuan pernafasan. Doktor tu tanya samada aku dah ambil suntikan kuatkan paru2 baby tak. Aku jawab ya. Dia kata biasanya peluang baby yang dah ambil suntikan tu besar berbanding ibu yang tiba2 datang ke hospital dan lahirkan baby pramatang. Masa tu aku bersyukur sebab dah ambil suntikan tu walaupun sakitnya susah nak cerita.

Aku beritahu mak pasal keputusan aku untuk terminate. Mak kata mungkin itu yang terbaik. Mak kata dia akan doakan semoga semuanya selamat. Encik suami pun nampaknya ok..mungkin tak sabar nak tengok anaknya walaupun dia tau anaknya akan lahir pramatang.

4 Mei 2012

Hari ni Dr liu pulak datang. Bila dia tau keputusan aku nak terminate dia kata bagus. 
"Bukan saya tak sayang baby awak tau...tapi awak kena fikirkan kesihatan awak juga"
Aku senyum je and angguk2kan kepala.

Lepas tu Dr Nachiyapan datang bersama seorang doktor perempuan. Dia kata doktor tu la consultantnya. Kena dapatkan tandatangan dia kalau nak terminate pregnancy. Dia isi borang dan turunkan tandatangan. Aku pun kena turunkan tandatangan juga sebagai persetujuan untuk terminate pregnancy. Lepas dia  dah tandatangan dia bangun dan tepuk2 bahu aku.

" Awak faham ye kenapa kita kena terminatekan pregnancy awak ni?"
Aku anggukkan kepala sahaja.
"Mungkin lain kali ada rezeki lagi...bersabarlah ye"

Huh? napa dia cakap camtu? Macam yakin bebenor baby aku takkan survive..Bengang pulak rasa. Tapi aku diam je.

Lepas tu Dr Nachiyapan suruh aku bersiap2 ke ICU Labour Room untuk induce. Sebelum incude, dia nak scan dulu nak tengok kedudukan kepala baby. Dia suruh encik suami terus tunggu di ICU. Aku dah gelabah..eh nak deliver dah ke?? Tetiba rasa seram sejuk lak. 

Masa kat ICU Dr Nachiyapan scan perut aku. Dia kata kepala baby kat atas pulak.. 

"hmm lepas satu dilema, datang pulak satu lagi dilema" kata dia sambil tersenyum

Dia cakap takleh induce kalau kepala baby kat atas. Kalau tunggu baby pusing ke bawah mungkin ambil masa berhari2 sedangkan buah pinggang aku makin teruk. 

"kita kena operate untuk keluarkan baby ni..tapi ada komplikasinya. Rahim puan masih kecil sebab baru 26 minggu..jadi bila operate potongannya tebal. Next pregnancy nanti puan kena operate juga. Lagi satu jarak kehamilan pula kena 5-6 tahun sebab masalah buah pinggang dan juga supaya luka operate ni baik sepenuhnya. Kalau ikutkan, doktor nephrology tak bagi puan pregnant lagi. Dia suruh ikat..macammana?"

Aku tengok encik suami, encik suami tengok aku.

"kalau tak ikat tak boleh ke..saya sendiri tak pasti pasal pregnancy ni. Mungkin saya nak pregnant lagi nanti"
"bole, tapi puan kena disiplin. Kena jarakkan kehamilan 5-6 tahun. Kena pulihkan buah pinggang tu dulu. Puan boleh guna kaedah perancang keluarga macam suntikan atau implan pada tangan tu atau IUD dan macam2 lagi. Puan bincang dulu dengan suami macammana ye.."

Aku pun bincang ngan encik suami. Encik suami tak bagi ikat..aku sendiri pun taknak sebenarnya. Mungkin aku nak try pakai implan kat tangan tu. Aku dengar benda tu agak efektif and tak payah risau apa2. Biar je kat situ takyah risau tertinggal makan ubat ke hapa. (Betul ke? hehehe nanti kena wat kajian)

Bila aku beritahu keputusan aku, Dr Nachiyapan ok je..Dia suruh aku bersiap sedia sebab dia nak operate aku hari ni juga dalam pukul 2.30 petang. Cepat pulak rasanya..beberapa jam sahaja lagi. Aku kena duduk kat ICU labour room tu..kat ICU ni katil dia best sikit. Macam kat spital swasta...layanan dia pun best. Lepas kena salin baju yang warna putih yang ikat kat belakang  je tu nurse masukkan tiub pulak kat salur kencing. Dia kata bila dah operate nanti aku takleh bangun dari katil selama 6 jam...so kena la kencing guna tiub tu masuk dalam beg. Bila dia masukkan  je  tiub tu rasa nak terberak pulak..bila pergi toilet taknak pula dia keluar. Tak selesa sungguh..

Doktor M.O buah pinggang tiba2 datang and minta persetujuan aku untuk buat renal biopsi. Biopsi tu tujuan dia adalah untuk mencari punca kenapa buah pinggang aku failure. Doktor akan cucuk pinggang aku and ambil sedikit tisu buah pinggang tu. Macam ngeri je bunyinya kan? Aku rasa ngeri bila fikirkan tapi dah tu je caranya nak tau punca2nya..so setuju ajelah.

Bila dah nak dekat kul 2.30 tu aku dah mula rasa takut...Aku beritahu encik suami dia kata takde apa2..InsyaAllah semuanya ok. Aku cuma baca ayat kursi je time tu berulang2 kali. Pastu aku baring dalam strecher and di bawa ke Labour Room..makin berdebar2 jantung aku. 

Bila dah masuk labour room, aku tengok ramai sungguh orang di situ. Apsal ramai2 ni..memang operate kena guna ramai orang ke? Tapi aku takde la tanya kan...tengah takut2 tu diam ajelah. Pastu masa dia nak bius kat tulang belakang tu aku siap pejam mata sebab nak ready rasa sakit. Aku dengar orang kata bius kat situ sakit..tapi puas aku tunggu rasa sakit tu takde pulak rasa. Tau2 siap inject dah..lain orang lain kot rasanya. Pastu aku rasa kaki dah start kebas..Aku bius separuh badan sahaja jadi bahagian atas badan aku rasa sejuk bebenor. Bilik tu sejuk gile..menggigil2 aku sampai terangkat2 tangan. Pastu Dr Nachiyapan pun masuk..dia yang akan operate aku.

Sebelum operate doktor cubit perut aku..aku rasa cubitan tu. Nurse kata memang akan rasa tapi tak sakit sangat. Masa doktor hiris perut aku pakai pisau aku rasa hirisan tu..aku tanya nurse kenapa aku rasa. Dia kata dah dalam doktor belah...kalau tak bius aku dah jerit macam hapa dah. Dah dia cakap camtu aku tahan je la...memang sepanjang operation tu aku rasa semua tangan2 doktor tu..time nak keluarkan baby lagilah rasa sampai takleh bernafas. Rasa sakit sangat2..aku tahan je sambil berselawat. 

lepas tu aku dengar suara baby menangis..Ya Allah, rasa gembira sangat masa tu. 

"keciknya baby dia" kata nurse tu..aku nak tengok jugak! Ini tidak adil. Tapi lepas tu tak dengar dah suara baby menangis. Nurse kata anak aku takleh bernafas. Doktor pakar kanak2 dah ambil baby aku and masukkan dalam inkubator. Tak sempat pun tunjukkan kat aku..lepas dah jahit semula perut aku, aku di bawa keluar dari bilik bedah dan diletakkan di suatu ruang. Badan aku masih menggigil2 dengan kuatnya..terangkat2 badan aku sampai rasa sakit kat bahagian kena bedah tu. Aku tanya nurse baby aku baby boy ke? Nurse kata ya tapi dia suruh aku tengok sendiri nanti.

Lepas setengah jam aku dibawa ke ICU labour room semula. Aku minta nurse panggilkan encik suami. Lepas sejam lebih baru encik suami datang..dia kata nurse baru panggil dia. Takpela, yang penting dia ada..aku suruh encik suami pergi tengok anak and hantar pampers. 

Malam tu aku tidur je..sesekali aku bangun aku tengok ada air masak sebelah aku. Pastu ada air milo..hmm best sungguh. Aku minum sampai habis..mujur aku tak muntah2. cuma aku rasa gatal2 je kat muka. Nurse kata tu perkara biasa..akibat dari bius tu. Sepanjang malam aku tidur sambil menggaru muka. 

Esok pagi nurse suruh aku cuba bangun sendiri...bila dah boleh bangun dia hantar ke wad biasa semula. Bermulalah hidup di wad pula..

5 Mei 2012 - 14 Mei 2012

Hari kedua bersalin baru tengok baby..Sedih tengok dia duduk dalam inkubator tu. Berselirat segala wayar dan tiub. Dahla dia kecik sangat...kesian kena cucuk sana sini. Bergenang air mata setiap kali tengok baby..aku juga start pam susu untuk diberi pada baby. Doktor kata baby dah boleh minum susu 1cc setiap 3 jam. Sikit je tapi at least dia minum juga. Sistem penghadaman dia nampaknya ok, aku rasa lega.

Dr Liu ada datang tengok aku lepas deliver and cakap dia nak wat biopsi selepas luka ceaser aku pulih..maknanya aku kena duduk spital sampai luka aku dah ok sebab prosedur biopsi tu memerlukan aku meniarap di atas bantal. Dia takut luka ceaser tu akan terbuka semasa proses tu.

Dr Hui pulak tiap2 hari datang hanya tengok level kreainine aku. Masa lepas deliver level kreatinine aku tiba2 melonjak naik 380. Lepas tu naik 400 then 450.. Risau tul aku. Bila tanya pada Dr Hui dia kata itu perkara biasa sebab aku baru lepas deliver..nanti dia akan turun semula. Memang benar apa dia cakapkan..lepas tu level kreatinine aku slowly turun.

Aku ada tanya Dr Hui pasal renal biopsi tu. Dia terkejut and dia kata dia tak pernah order pun biopsi. Dia tanya doktor O&G sapa yang order biopsi tu, doktor tu cakap la doktor M.O  buah pinggang and Dr Liu. Dr Hui kata tidak perlu buat biopsi..tapi dia suruh aku buat ultrasound buah pinggang sebab dia nak tau saiz buah pinggang aku.

Lepas buat ultrasound aku dapat tau yang ada 1cmx1cm cyst terletak di dalam buah pinggang sebelah kanan. Saiz buah pinggang kanan aku sedikit mengecut dari yang belah kiri. Pakar urology kata biasanya cyst tidak merbahayakan sebab kandungan dia biasanya air tapi bagi kes aku dia nak pantau. Dia suruh aku datang pada bulan 8 nanti untuk MRI. Dia nak tengok cyst tu dengan jelas..kalau makin membesar nanti ada la kot tindakannya.

Bila dah berhari2 duduk di wad tanpa apa2 rawatan, aku jadi semakin boring. Masa memula masuk hospital aku tak kisah pun sebab aku bersedia nak buat rawatan. Tunggu punya tunggu tiada sebarang rawatan pun dilakukan. Lepas tu aku makin rindukan Insyirah. Lama sungguh tak jumpa dia..pernah masa tu aku dah hari ke 7 bersalin aku minta turun ke lobi untuk jumpa Insyirah. Mujur nurse tu bagi...jumpa je Insyirah aku tak tahan nak menangis..mengalir jugak air mata aku. Insyirah pelik tengok maknya menangis..aku rasa Insyirah lain sangat masa tu. Banyak sangat cakapnya...tanya aku macam2. Macam dah berbulan2 tak jumpa..banyak perubahannya.

Hari ke 8 dan seterusnya Dr Hui tetap datang hanya untuk tengok level kreatinine aku. Masa tu dah turun ke 420. Dr Hui pun macam dah beri hint nak discharged kan aku..Dia suruh nurse setkan appointment jumpa nephrology dua bulan lagi.

Hari ke sebelas selepas bersalin, aku discharged dari wad tanpa terima sebarang ubat. Sebelum balik aku pergi tengok baby dulu. Aku maklumkan pada nurse yang aku boleh balik rumah dah. Nurse kata bila susu abis nanti dia call aku. Maknanya di rumah aku kena wat stok susu. Rasa berat hati masa nak balik tu..aku tau mesti aku akan teringat2 kat baby.

Dua tiga hari sekali aku akan datang ke hospital tengok baby dan bawa stok susu. Keadaan aku macam biasa..macam dulu. Masa discharged ari tu, level kreatinine aku turun 400 dan urea pun dah turun dari 19 ke 16.9.

Sekarang ni aku cuba kaedah rawatan Homeopathy. Dah dua kali buat rawatan..kena datang lagi hari Rabu ni. Nak tunggu rawatan dari hospital lama lagi appointmennya. Mak aku yang beria suruh pergi wat Homeopathy tu. Masa kat klinik tu aku ada jumpa makcik yang sakit buah pinggang tahap kronik. Dia sepatutnya kena dialisis dah tapi dia wat rawatan Homeopathy dah ok dah sekarang. 2 tahun jugalah dia berubat..dari tak sihat susah nak jalan sekarang kuat dah naik turun bukit. Aku harap aku pun akan pulih dari penyakit ni. Professor Ali yang merawat aku ni kata, buah pinggang aku terganggu disebabkan cyst tu blocking saluran buah pinggang aku. Penyakit aku masih belum serius sebab tu aku takde simptom2 macam orang lain. Dia kata kalau level kreatinine dah 900 baru akan terasa lemah badan, kaki bengkak dan sebagainya.

Apa yang aku harapkan adalah aku sihat kembali sebab aku nak jaga suami dan anak2. Aku redha dengan ujian Allah ni dan aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Aku bersyukur suami dan keluarga sentiasa berada di sisi sewaktu aku perlukan mreka. Banyak pengorbanan diorang pada aku. Aku juga berharap babyku sihat sejahtera..tak sabar nak bawa dia pulang ke rumah..Bila aku di rumah ni selalu teringat pada baby mesti aku menangis. Rindu sangat dengan dia..aku teringin nak dukung dia and susukan dia. Nak cium pipi dia..Semoga Allah kuatkan hati ini dan lindungi anakku..

Sekian, cerita berpisode ini..

Friday, May 18, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Part 2

30 April 2012

Sampai di HSA aku pergi tempat saringan untuk wad O&G. Aku kena duduk wad tu tapi aku masih lagi di bawah pantauan bahagian Nephorology (buah pinggang). Nurse kat situ cakap mungkin masuk wad malam sebab orang ramai sangat. Nak kena interview lagi dengan doktor, baru leh masuk wad. Sementara tunggu tu, mak and bapak sempat sampai. Dapat la jumpa Insyirah. Berapa hari dah tak jumpa dia rindu sangat. Masa duk HSI aritu dapat jumpa sekali je dia itupun 10 minit aje. 

Mak tanya keputusan aku pasal dialisis tu. Aku kata tak tau. Mak menangis pujuk aku jangan teruskan kandungan ni..takut aku kena dialisis. 

"Apa yang penting kesihatan Along. Mak nak anak mak sihat. Mak tau susah buat keputusan ni. Mak tau Along sayang baby tu. Mak sendiri lama dah teringin nak tengok dia lahir kat dunia ni. Tapi kalau dah macam ni, rasanya kesihatan Along lagi penting. Ingat kat Insyirah...dia kecik lagi. Kesian dia..kalau Along sakit2 macammana nak jaga dia?"

Aku tak tahan sebak bila mak cakap macam tu...Aku tau betul apa yang mak cakap. Tapi aku tak sampai hati. 

"Kalau terminate, baby meninggal dunia ke?" tanya aku..
"Entahla, mak pun tak tau. Bapak kata, kalau baby kuat InsyaAllah...dia hidup. Kita doa aje. Bapak ko kata dia percaya baby ko kuat...bapak cakap terminate aje. Kalau takde rezeki, lain kali boleh pregnant lagi. Kita usaha baikkan buah pinggang ko ni dulu"

Aku menangis lagi...Ya Allah beratnya rasa hati ni. Tak berdosa ke kalau aku buat camtu?

Aku tanya encik suami..dia nampak sedih dan berat hati tapi akhirnya dia macam setuju. Mungkin dia pun rasa ada benarnya apa yang mak cakapkan.

Masa interview dengan doktor aku jawab semua soalan doktor tu...Mostly soalannya sama je masa kat HSI dulu. Oleh kerana kes aku agak berat, doktor tu terpaksa panggil doktor pakar. Bila dia tengok kes aku, dia call bahagian Nephrology and bercakap dengan Dr Liu. Dr Liu confirmkan yang dia memang tunggu aku masuk HSA and nak jumpa dengan aku. Lepas encik suami daftarkan aku untuk masuk wad, mak and bapak balik ke rumah. Masa tu aku terfikir, bila pulak boleh jumpa Insyirah lagi...semoga Allah tabahkan hati aku.

1 Mei 2012

Pukul 7 pagi lagi, Dr Liu dan Doktor M.O nya bernama Dr. Ngo datang jumpa aku. Dia kata kreatinine aku tak berapa cantik. Nama penyakit aku adalah Chronic Kidney Disease 2nd degree to Glomerulonephritis. Penapis buah pinggang aku dah sedikit poros menyebabkan protein dan kreatinine leh masuk ke dalam darah. Salah satu tandanya adalah kencing akan berbuih2. Memang betul kencing aku berbuih2 and Dr Ngo kata itulah protein. Dr Liu kata baik terminate aje pregnancy ni atau buah pinggang aku makin rosak. Aku tanya tahap kreatinine sebegini (masa tu kreatinine dalam darah aku 297) kena wat dialisis ke? Dia kata belum lagi..Aku lega. Tapi kenapa doktor kat HSI kata kalau aku teruskan pregnancy aku kena dialisis hari2 sampai deliver? Hmmm musykil dah ni..

Pukul 8 pagi, doktor atau House Officer round and wat laporan serta ambil darah untuk tau tahap kreatinine. Lepas dia wat laporan dengan bertanya masalah2 pesakit, Doktor pakar pula akan datang dan round tanya sorang2 pesakit di wad tu. Hari tu giliran Dr Nachiyapan, pakar O&G. Dia tanya apa yang aku nak. Aku kata aku nak teruskan pregnancy tapi taknak dialisis. Dia kata mungkin boleh tunggu sampai 28 minggu atau 27 minggu then keluarkan baby.  Tapi kena buat 'stenting'. Aku tak tau stenting tu apa. Sejenis dialisis jugak ke? Dia kata lebih kurang la..Sekarang ni baru 26 minggu, baby tak berapa kuat lagi. Stenting mungkin boleh tolong buah pinggang aku operate normally. Sekarang ni bila ada baby, buah pinggang aku kena kerja keras tu sebab dia akan makin memburukkan keadaan buah pinggang aku. Aku kata biarlah aku fikirkan dulu. lagipun aku tiada knowledge langsung pasal stenting tu.  Dr Nachiyapan ni nampak seorang yang senang dibawa berbincang. Dia keluarkan arahan supaya aku diberi injection untuk kuatkan paru2 baby.

Nurse beri injection kuatkan paru2 baby di punggung. Sakit teramat sangat. Aku bukan jenis takutkan jarum, dah banyak kali kena injection sepanjang hidup aku tapi injection ni adalah yang paling sakit. Mujur aku teringat kertas2 selawat dan doa yang mak beri suruh baca, Jika berasa sakit maka boleh baca selawat ni

lailahailla anta subhanaka inni kuntum minaz dzolimin

Berulang2 kali aku baca kesakitan tu terus berkurangan..Alhamdulillah.

2 Mei 2012

Dr Liu tak datang.. Bila doktor pakar O&G datang, dia kata pakar Urology (Air Kencing) akan datang dan jumpa aku di ICU labour room sebab nak scan buah pinggang.

Aku di bawa ke  ICU labour room oleh Dr Asmaa, House Officer yang bertugas hari tu. Orangnya baik dan cepat buat kerja. Ambil darah cekap, tak terasa sakit.

Di ICU labour room, aku di scan oleh doktor O&G. Bukan scan buah pinggang tapi scan baby. Baby nampaknya ok dan berat dia dalam lingkungan 800g-1kg. Selesai scan aku kena tunggu pula pakar eurology. Sedang aku tunggu kedatangan pakar Urology tu, tiba2 aku dengar satu suara. Agak tegas suara tu.

"mana patient saya?"

Rupa2nya pakar urology tu..orang Melayu. Tak ingat nama dia siapa. Sampai2 je ini yang dia cakapkan,

"kami dari pihak urology, taknak buat apa2 pada puan"
Aku confused...tak berapa faham. Mungkin dia tengok aku berkerut dahi and blur dia sambung lagi.

"Pasal stenting tu, kami taknak buat. Kalau kami pasang stent tu pada saluran buah pinggang puan hari ni, esok puan mesti deliver.. itu komplikasinya."

Aku nampak Dr. Asmaa angguk2kan kepalanya. Dia pun bersetuju jugakkah? Abis tu kenapa pakar O&G beria suruh pasang stenting tu? Aku diam sahaja..aku tak pernah cakap pun nak pasang stenting tu. rupa2nya pakar O&G dah aturkan supaya pakar urology pasang stent tu pada buah pinggang aku. 

"Siapa pakar yang on duty hari ni?" tanya pakar eurology tu pada Dr. Asmaa.
Lepas diberitahu, pakar urology tu suruh Dr Asmaa panggilkan dia sebab dia nak berbincang pasal masalah aku ni. Dokor pakar itu (taknak sebut nama walaupun memang ingat sangat nama dia) sedang makan2 kat pantry. Dia taknak diganggu. Pakar urology tu nampak marah sangat...dia membebel2. Last2 dia kol doktor tu and aku dengar perbualan dia

"I taknak pasang stenting tu...kalau I pasang she will deliver. This is her 2nd pregnancy.. anak baru sorang. Kita mana tau mungkin lepas ni dia tak pregnant lagi dah."

Bila dengar dia cakap camtu aku jadi lagi confused. Kalau pasang stenting, mungkin aku akan deliver sebab komplikasi. Baik tak payah stenting and terminate terus pregnancy ni. Kenapa la time2 camni aku sorang2..kalau ada family aku kat sini mungkin diorang leh tolong bagi pendapat.

lepas dia cakap ngan doktor pakar O&G tu, doktor urology tu datang semula jumpa aku. 

"kami memang taknak buat apa2. Tapi kalau pakar O&G datang jumpa kami and suruh buat jugak, mungkin kami akan buat. Ini semua atas persetujuan puan jugak. kami kena ambil tandantangan suami puan dulu jika nak pasang stenting ni. Tapi saya tak galakkan puan pasang stenting ni".

Doktor erology tu tulis dalam file aku 'NO INTERVENTION FROM UROLOGY' then dia pun pergi balik ke klinik dia semula.

Elok je doktor urology tu blah, Doktor pakar yang aku taknak sebut nama tu pun datang. Dia scan perut aku lagi and tengok baby. Semuanya ok dia kata kecuali buah pinggang aku. Dia suruh encik suami masuk ke dalam ICU tu sebab dia nak bincang sesuatu.Aku kol encik suami..mujur dia memang ada kat hospital. Sejak semalam dia tidur dalam kereta depan hospital sebab nak tunggu aku. 

Bila encik suami dah ada baru dia mula bincang..pasal stenting tu. Dia kata stenting tu boleh bantu aku simpan baby sampai minggu ke 28 dan lepas tu baru leh deliver. Kalau tak pasang stenting, kena terminate pregnancy sekarang and chances baby nak survive hanyalah 20% sahaja. Dia kata sepanjang bekerja di hospital ni dia tak pernah jumpa baby yang lahir masa 26 minggu akan hidup lama. Masa lahir memang hidup tapi lepas seminggu baby meninggal dunia sebab banyak sangat komplikasinya. Doktor tu macam guna psychology nak suruh aku pasang stenting. Dia momok2kan aku dengan risiko kalau terminate pregnancy sekarang. Dia memang tiada keyakinan langsung bahawasanya baby aku akan survive kalau aku terminate pregnancy sekarang. Bila dia cakap camtu, aku tau la yang jika terminate pregnancy maknanya tak semestinya baby akan meninggal dunia. Masih ada peluang..baby akan duduk dalam inkubator. Aku jadi makin hairan kenapa dia beria suruh pasang stenting kalau pakar urology kata taknak buat? Aku beritahu apa yang doktor urology cakap. Dia kata tak semestinya bila pasang je stenting terus deliver. Peluang berjaya pasang stenting tanpa komplikasi akan deliver adalah 50%. Dia suruh aku cuba dulu, mana tau berjaya ke..

Aku dan suami diam sahaja. Bila dia tengok tiada respon dari kami berdua, doktor tu suruh kami fikirkan dulu. Aku anggukan kepala..Lepas tu aku balik semula ke wad. 

Aku tanya Dr Asmaa..stenting tu dialisis ke? Dia kata stenting tu macam dialisis tapi dia lain. Dia kata sepanjang dia belajar and jadi doktor dia tak pernah tengok orang pregnant pasang stenting tu sebab memang bila pasang, stenting tu akan trigger rasa nak bersalin (contraction akan berlaku) sebab terlalu dekat dengan rahim. Stenting tu akan dimasukkan melalui saluran kencing ke pundi kencing dan seterusnya ke saluran buah pinggang. Bila bendasing masuk ke pundi kencing, contraction mungkin akan berlaku. tu sebab doktor urology cakap camtu. Aku angguk2kan kepala..tapi masih lagi tak puas hati. Apa sebenarnya stenting tu?

Oh lupa nak cerita, di HSA ni pun aku kena sukat air kencing jugak. Aku akan catat sendiri berapa yang aku minum dan berapa yang keluar. Abis shift aku bagi kat nurse and nurse akan rekodkan dalam file aku. Tempat tadah kencing tu hensem sikit la dari HSI. Memang ada jug khas yang diperbuat daripada besi and ada senggat2 kat dalam jug tu. Senang sikit nak kencing dalam tu sebab besar hehehehe.

Aku beritahu mak pasal pertemuan dengan pakar urology dan O&G tu. Mak pujuk aku supaya terminate  pregnancy sekarang. Mungkin itu jalan paling terbaik. Apa pun yang berlaku mak taknak aku kena dialisis. Dialisis itu untuk pesakit stage terakhir , tapi aku masih ada harapan lagi. Buah pinggang aku masih boleh dirawat tapi aku kena terminate pregnancy tu. Aku dah mula rasa macam nak terminate pregnancy. Tambah pulak aku ada dengar dari pesakit2 di sini tentang pengalaman jiran or rakan mereka yang ada penyakit buah pinggang ni semasa mengandung. Mereka terminate pregnancy dan anak mereka lahir pramatang tapi boleh survive sehingga hari ni. Ada yang pesakit buah pinggang memiliki 4 orang anak walaupun dah disahkan penyakitnya.

Ibu mertua aku pun pernah cerita yang dia pernah kenal orang yang sakit buah pinggang dan hamil. Yang penting buah pinggang tu harus kuat untuk menempuh tempoh kehamilan tu sendiri. Aku cari no telefon rakan aku semasa di sekolah menengah dulu. Aku pernah dengar yang dia pernah alami apa yang aku rasa. Walaupun kes dia dan aku berbeza tapi ada sedikit persamaan iaitu kami sama2 ada penyakit buah pinggang. Malangnya rakan aku tu penyakitnya dah serius dan kedua2 pakar memang menasihatkan untuk terminate pregnancy beliau. Tapi aku lain pula ceritanya. pakar O&G suruh pasang stenting, pakar buah pinggang suruh terminate pregnancy. Rakan aku suruh aku berfikir mana yang lebih baik bagi aku. Waktu itu, difikiran aku dah cenderung ke arah untuk terminate pregnancy ini. Aku yakin baby aku kuat, sama macam apa yang bapak aku kata. Encik suami pun setuju, kalau itu jalan terbaik. Lagipun dia nak aku sihat semula, bukan bertambah sakit. Jika tiada rezeki InsyaAllah lain kali boleh cuba lagi.

3 Mei 2012

Rutin seperti biasa..pagi Doktor / house officer round and ambil darah. Hari ni Dr Liu tak datang pun tapi Dr Hui pulak yang datang bersama Dr Ngo. Dr Hui ni  pakar buah pinggang juga dan dia seorang perempuan yang sangat tegas tapi kelam kabut sikit. Orangnya juga garang. Menepuk2 meja nak tengok carta kreatinine aku. Memarahi nurse kerana lambat cari carta atau bagi dia pen. Malah bila Dr Ngo nak bercakap dia boleh kata begini "shut up!!". Terkejut aku tengok dia..Dia datang sekejap sahaja tengok carta kreatinine aku then berlalu pergi macam tu sahaja. Aku tanya nurse kenapa dia begitu? Nurse kata Dr Hui memang terkenal dengan sikapnya yang begitu. Takde sapa kisah dah kena marah ngan dia sebab dia memang garang. Kemudian  lebih kurang pukul 10 pagi, doktor pakar O&G pula datang round.

Kali ni giliran doktor perempuan pula. Aku tak tau nama dia tapi masa dia datang ramai doktor M.O bersama beliau. Nurse2 pelatih pun ramai, begitu juga doktor2 pelatih dari Monash University. Semua berkerumun di katil aku. Aku agak Doktor perempuan ni mesti seorang pakar yang ada jawatan di sini. Bila baca file aku dahi dia berkerut. 

"Kenapa taknak stenting? Dialisis pun taknak?"
 Aku geleng kepala...aku cakap pakar urology tak galakkan stenting so aku taknak. Dia kata stenting mungkin berjaya..tak semestinya bila pasang stenting baby terus lahir. Aku geleng kepala.

"Abis tu awak nak macammana? Dialisis pun awak taknak.."
"Saya nak terminate pregnancy saya.."
"Aritu kata taknak. Kenapa arini nak terminate pulak? baik dari dulu je terminate. Awak pasang je stenting tu. Sekurang2nya ia dapat membantu buah pinggang awak. Memang buah pinggang awak takkan jadi makin baik tapi sekurang2nya salur buah pinggang awak dapat mengalirkan air kencing dengan baik"

Doktor2 yang lain angguk2kan kepala. Aku diam sahaja..aku masih tak setuju untuk stenting tu sebab aku sendiri tak pasti stenting tu apa. Bila dia tengok aku diam je, doktor tu suruh house officer pantau darah aku.

Petang tu doktor M.O yang wat round. Dia ada masa doktor perempuan datang round pagi tadi. Masa dia datang kat katil aku dia tanya kenapa taknak stenting. Aku beritahu yang aku tiada knowledge pasal stenting. Aku nak tau lebih lanjut pasal stenting tu. Dia kemudian ambil sehelai kertas dan mula melukis lebih kurang camni la..
Ha faham tak? Sorry la tak berapa hensem lukisan. Guna paint je..doktor tu lukis lagi tak hensem. Dia kata salur buah pinggang ke pundi kencing aku macam menyempit sikit jadi air tak dapat lalu dengan baik. tu sebab buah pinggang aku sedikit bengkak. Tapi kan, air kencing aku banyak je keluar...takde masalah pun time kencing. Dia cakap lagi bila letak stenting, dia dapat tolong membuka salur tu and sentiasa berada dalam keadaan terbuka luas. Dia suruh aku google lagi jika nak tau pasal stenting ni. Cadangan yang baik bila aku berada di spital dengan hp nokia yang cokia yang takde WAP pun. jangan kata WAP, warna pun takde. 

Aku call mak and minta dia wat research pasal stenting. Mujur mak aku celik IT dan ada streamyx kat rumah. Mak cuba cari maklumat pasal stenting tu dan kemudian dia terangkan pada aku. Biasa orang pasang stenting tu sebab ada batu karang. Mak kata mungkin stenting dapat membantu...agak sakit kot masa nak pasang sebab kena bius tapi dia bukanlah dialisis. 

Hmmm pulak...nak kena wat stenting la ni? Mak pun macam suruh buat je sebab stenting tu bukan dialisis. Tapi mak kata bila dia search memang takde jumpa orang pregnant yang buat. Semuanya sebab batu karang and orang tu tak pregnant pun. Mak suruh aku cuba, mungkin berjaya. Mana tau..tapi aku dalam dilema. Aku try wat solat istikharah tapi tak dapat apa2. Mungkin sebab cara aku salah..lagipun tidur aku tak pernah nyenyak kat sini. Kejap2 bangun...nurse pulak kejap2 tolak troli "krek krek krek." bunyi dia..kuat lak tu. Pastu kejut nak check tekanan darah dan juga jantung baby. mana nak tidur lenanya...Aku buat solat hajat je. Harap Allah dapat tunjukkan aku keputusan yang betul. Selain tu aku amalkan selawat Munjiah (penyelamat), tafrijiyah, nur, selawat dikabulkan hajat, selawat syifa (pengubatan), doa memohon kesihatan badan dan doa memohon perlindungan dari kerunsingan.

Aku nak kekal positif dalam mengharungi masalah ni..Taknak bersedih sahaja terutama di hadapan suami sebab aku tau dia risau...walaupun dia tak banyak bercakap tapi aku tahu. Aku taknak dia bertambah stress tengok aku sedih. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..mak sayangkan adik. Semoga Allah lindungi kami berdua..Semoga Allah tiupkan semangat di hati kami berdua. 

Bersambung lagi di part 3..jenuh sungguh menaip. 4hb Mei, adik dilahirkan ke dunia Allah ini. nantikan cerita selanjutnya..


Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Part 1

26 April 2012

Pergi check up kehamilan seperti biasa tapi hari ni pakar nak jumpa sebab air kencing 'kotor' atau istilah yang betul kandungan protein terlalu tinggi di dalam air kencing. Berapa? 4+. Cukup tinggi..biasa orang 1+ pun dah kecoh satu klinik inikan pula 4+ tapi aku langsung tak rasa apa2 sebab dari dulu macam tu.. Masa pregnantkan Insyirah pun kencing aku kotor tapi doktor takde detect sebarang penyakit serius cuma infection. Aku pulak tak pernah ada simptom2 kaki bengkak, kencing tak lawas or sakit time kencing, sakit kepala, sesak nafas, darah tinggi mahupun kencing manis. Aku rasa sihat dan cergas! Tak tipu apatah lagi membongak..memang aku rasa betul2 sihat. Nak demam pun susah tau..

Doktor scan baby and kedudukan kepalanya di atas.. Doktor kata itu perkara biasa sebab baru 26 minggu and baby leh pusing lagi tapi yang lebih penting pada waktu itu adalah condition aku. Doktor nak percepatkan tarikh scan buah pinggang di Hospital Sultan Ismail. Tarikh asal pada bulan September kemudian dipercepatkan pada bulan Jun tapi doktor tak puas hati nak lagi cepat sebab takut melarat. Aku setuju sahaja..mana yang baik pada aku, aku terima.Petang tu jugak aku dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bandar Mas untuk ambil surat appointment scan buah pinggang yang bertarikh 27 April. Oleh kerana masa tu aku dalam perjalan ke Tangkak sebab nak ambil adik aku dari matrikulasi maka nurse suruh ambil pepagi buta keesokan harinya di rumah beliau. 

27 April 2012

Pukul 6 pagi dah bergerak ke kuarters Klinik untuk ambil surat. Terpaksa bergerak seorang diri memandangkan encik suami kerja. Lepas ambil surat terus pecut ke HSI sebab appointment pukul 8 pagi. Sampai HSI agak awal pukul 7.15. No giliran aku 001 hahahaha..tak pernah2. 

Doktor scan baby lagi..Kali ni kepala dia di bawah. Dalam masa sehari dia berpusing. Baby memang sangat aktif dalam perut. Berbeza dengan kakaknya Insyirah. 
 Tengah scan tu tetiba doktor cakap
"baby awak baby boy ye.." sambil tunjuk 'bird' baby.
Aku toleh ke skrin and terkejut...betul sangkaan encik suami tetang gender baby. Aku happy sangat tak sabar nak bagitau encik suami. Lepas tu doktor kata dia nak berbincang dengan pakar dan suruh aku tunggu di luar. Setelah beberapa minit aku di panggil semula

"awak kena admit wad ye"
Aku telan air liur "hari ni?"
"iye hari ni..awak datang dengan siapa?'
"saya datang sorang je"
"mintak tolong sesiapa di rumah bawakan barang2, boleh?"

Takkan nak cakap tak boleh pulak kan..so admitlah aku ke wad sorang2. First time mendaftarkan diri ke wad untuk diri sendiri.Aku call mak aku terkejut beruk dia. Nasib baik hari tu hari Jumaat so bapak pun balik sekolah awal dapatlah hantarkan barang ke hospital. Aku telefon encik suami yang berada di laut. Dia terkejut dan berjanji akan pulang ke rumah pada hari esok.

Masuk je wad O&G, Doktor Andrew datang and buat soal siasat..eceh cam polis pula. Soalan2 dia macam ni..
"puan ada darah tinggi?" aku geleng
"'puan ada kencing manis?"  aku geleng
"ada tak saudara mara yang pernah sakit buah pinggang?" aku geleng lagi
"kaki puan pernah bengkak tak? bila keluar kena matahari kulit ada jadi merah merengas tak? bila kencing ada rasa sakit tak? bahagian2 anggota lain pernah bengkak tak seperti muka ke?" aku geleng geleng dan terus geleng kepala sampai teleng hehe

Doktor Andrew mengeluh..aik takkan give up kot? 
"kencing pernah keluar darah tak?" sambung lagi geleng.
"emm saya hairan la...kenapa ye puan boleh sakit macam ni. Takpelah, nanti kita scan buah pinggang tengok cemana ye"

Sebelum scan darah di ambil..memula kat pelipat siku pastu kunun2 nak pasang drip kat belakang tangan tapi doktor Andrew ni tak reti ke hapa tak tau la..Doktor Junior lagi pun..muda lagi. Menyembur2 darah aku masa dia pasang drip tu. Last2 dia cabut balik..sakitnya..hmm tak reti nak cakap. Pastu Doktor bahagian Medical pulak datang and ulang soalan2 Doktor Andrew tadi. Reaksi beliau? Sama je ngan Doktor Andrew.

Pukul 4.30 aku dihantar ke makmal dan buah pinggang di scan. Doktor yang scan tu kata buah pinggang belah kanan aku bengkak sedikit dan ada air. Dia kata lagi orang pregnant biasa kena camtu. Tapi yang agak membimbangkan adalah struktur tisu luar dia nampak ada kerosakan sikit. Belah kiri pun sama tapi sikit je berbanding yang kanan.Aku tersenyum je..tak tau kenapa aku boleh terima berita sebegitu dengan tenang. Keluar dari makmal mak and bapak dah sampai..aku maklumkan pada diorang. Mak sangat terkejut. Tak sangka anaknya ada penyakit buah pinggang.

Encik suami call and beritahu dia dah berada di darat. Dia dapat balik awal sebab ada kekosongan seat chopper. Lega rasa hati. Semua ahli keluarga akan berada di sisi pada waktu sebegini.

28 April 2012

Ambil darah lagi untuk check kreatinine dalam darah..Dah meningkat jadi 200+. Doktor medical silih berganti datang..Doktor O&G juga.. Plan yang ada cuma satu..pindah ke wad Medical and team medical akan ambil alih sebab bahagian O&G takde apa nak buat pada aku since baby pun ok je. 

29 April 2012

Aku dipindahkan ke wad medical. Dari pakaian berwarna pink aku kena pakai baju hijau pula. Di wad ni aku diberi satu carta dipanggil I/O chart (In/Out). Agak2 apa yang in apa yang out? Hehehe yang in tu apa yang aku minum dan berapa ml sekali minum dan pada pukul berapa. Out tu berapa ml yang keluar dan pada pukul berapa. Ada 3 shift. 7 am - 2 pm, 2 pm - 9pm dan 9 pm -7am.Cartanya lebih kurang camni

                                   
B/O tu maknanya buang air besar..tak tau la singkatan untuk apa. Bottom out gamaknya hehehe. Mesti korang tertanya2. 

"Cemana ko sukat air minum yuyun?"
 Aku di beri cawan khas yang ada senggat2 dibuat dengan menggunakan salotape. kat salotape tu dia lukis senggat2 guna marker. 

" Cemana ko sukat air kencing ko yuyun?"
Ha part yang ni sedikit mencabar..soalan yang sama aku tanya kat nurse. Dia kata kat dalam toilet tu dah ada bekas untuk sukat. Sila kencing di dalam penyukat itu. Aku bayangkan penyukatnya adalah penyukat yang hensem rupa2nya korang tau apa? Pernah tengok botol drip?? Botol tu di belah atasnya dan dia wat senggat sama macam kat cawan tu cuma dia terus tulis pakai marker. Tak pernah seumur hidup kena sukat kencing, merasa la aku pada hari itu..Pas dah kencing sila isi carta yang diberi. Nanti dah abis shift nurse akan kira totalnya. Tujuan carta tu adalah nak tengok aku kencing banyak ke sikit..kalau aku kencing sikit sangat daripada yang aku minum ada something wong somwhere le tu. Takut ada water retention dalam badan..jika ada ia akan menyebabkan kepada pembengkakan pada anggota badan.

30 April 2012

Doktor cakap dia dah berbincang dengan Pakar buah pinggang dari Hospital Sultanah Aminah. Solution yang ada hanyalah terminate pregnancy. Jika aku simpan baby, aku kena dialisis hari2 sampai deliver. Dia tanya samada aku sanggup atau tak. Reaksi aku? Rasa macam ada batu menghempap kepala ni..Apa aku nak buat? Terminate pregnancy? Apa maknanya tu? Baby akan digugurkan ke? Mana boleh, aku mana sanggup. hari2 rasa dia tendang perut aku..mana boleh aku buat camtu pada dia. Tanpa fikir panjang aku cakap aku nak simpan baby ni..aku sanggup kena dialisis. Doktor beliakkan matanya..dia tanya lagi samada aku betul2 serius..aku jawab ya.

 Doktor pun blah and bila encik suami datang melawat aku beritahu apa yang doktor cakap. Aku menangis bila beritahu dokor suruh terminate pregnancy. pada fikiran aku masa tu kalau terminate baby takkan hidup. Encik suami pun fikir macam tu. Dia taknak aku terminate pregnancy. Bila aku beritahu mak, mak menangis..mak kata jangan dialisis. Dialisis lagi akan menyebabkan kesihatan aku teruk. Mak suruh aku ingatkan Insyirah yang masih kecil. Bapak aku pun tak setuju aku teruskan kandungan ni. Bapak kata jika tiada rezeki sekarang akan datang insyaAllah boleh pregnant lagi. Aku terfikir kata2 mak..ada betulnya. Kalau aku sakit tak guna jugak..Cemana nak jaga anak2 dan suami. Mak kata dialisis tu susah, boleh menyebabkan jangkitan dan kena ke pusat dia hampir hari2 untuk cuci darah. Aku memang naif sangat masa tu...tak tau sangat pasal dialisis or penyakit ni. Tu sebab susah aku nak wat keputusan..

Doktor kata dia dah inform Doktor Liu, pakar buah pinggang dari HSA. Dia minta aku ke sana untuk permeriksaan lanjut. Aku discharged pada pukul 3 petang dan bergerak ke HSA.

Bersambung di lain post..penat dah menaip naik kejang urat leher ni..

Tuesday, February 21, 2012

Bila Sang Suamiku Pergi Kerja

Encik suami pergi kerja dah hari ini. Semalam masa dia on da way ke kerteh aku rasa rindu sesangat..pastu mengalir air mata ini. Hormonkah? Aku yakin itu hormon hehehehe Bila encik suami tiada di rumah itu bermakna tiada siapa yang akan tadah telinga mendengar rungutanku..

"kite takde selera makan la"
"kenapa pulak?"
"entahla..kalau makan kat rumah memang camni. cuba makan kat kedai, besar selera kite tau"
"sebab lauk banyak kot kat kedai"
"kite rasa cenggitula"

"kite sakit kepala la"
tangan pun dihulur dan mengurut...

"kite sakit belakang la"
tangan dihulur lagi dan mengurut..

ha..itu antara rungutan2nya..encik suami layankan aje hehehehe best! Tapi bila dia takde takkan nak merungut kat Insyirah pulak. Nanti dia buat muka blur je ada la..

Lagi satu, bila encik suami takde di rumah, Insyirah suka wat hal. Bila babah dia ada, dia takut sikit nak wat hal..sebab babah dia garang hehe. Marah sikit je terus lari..cuba aku marah dia. Tak jalannya..terjerit2 je la aku sampai penat. Sampai sakit kepala pun ye jugak...

Nasib baik dia pergi kerja seminggu je kali ni...Takdelah tunggu lama sangat hehehe..

p/s: kepala otak jammed tak tau nak watpe..maka segala game kat facebook dimainkan semula. Masak-memasak, mencucuk tanam, membina bandar...semua la. Pastu tengah nak amik mood menjahit manik semula ni..

Friday, February 17, 2012

Dugaan pregnancy

Adik peyut dah masuk 3 bulan.. napa adik peyut? itu panggilan Insyirah kepada baby dalam perut ni. Memang la perut tak berapa menonjol..menonjol pun sebab ada lemak hahaha sebelum preggy lagi dah ada pouch bag itu. Tapi aku terpaksa warning awal2 pada Insyirah ada adiknya dalam perut sebab dia suka henyak perut aku...Kaw kaw punya henyak tau...Sakit perut aku ni. Tu sebab dia sedikit konpius apsal adik peyut lak..memula dia memang tak berapa percaya. Dia ingat aku sengaja sebab taknak bagi dia henyak perut aku. Bila aku bawak dia jumpa doktor and suruh dia tengok masa doktor scan baru la dia caya sikit. Dia siap takut lagi masa tengok tu sebab baby gerak2, pastu warna hitam putih...dia kata "takut..takut..adik dalam longkang" hahahahahaha

Untuk pregnancy kali ni aku rasa banyak sangat perbezaannya berbanding masa mengandungkan Insyirah. Agak mencabar lagi la hehe..Awal2 dulu aku kena gastrik. Terbaring je..takleh makan. Asal makan muntah. Cirit birit lagi..Pas jumpa doktor and minum susu kambing, jadi ok dah. Tapi perut aku selalu masuk angin. Bila masuk angin mulalah loya2...makan tak berapa selera pulak tu. jadi aku makan sikit sahaja...bila dah makan sikit mestilah cepat lapar kan? pastu takde idea nak makan apa. Nak makan roti takleh, makin berangin perut. Minum milo takleh juga nanti muntah2..tak tahu kenapa. Nak makan pun susah hehehe..last2 aku disahkan kena anemia. Nurse suruh banyakkan makan itu dan ini...aku angguk2 je la.. Bila waktu makan aku paksa diri.

Aku harap masalah ni tak berpanjangan...Sian baby dalam perut..

Tuesday, January 3, 2012

Sakit perut bawa kereta manual?

Phewww..dah masuk 2012 dah...and aku masih lagi jarang update blog ni. Nak wat cemana, anak kesayangan asyik guna laptop ni untuk tengok movie kegemarannya. Kali ni dia dah tambah satu lagi favourite movie dia iaitu Smurfs. Abih tengok Despicable Me dia tengok Smurfs lak. Berulang-ulang kali ok..tension mak.

Mak aku dah pasang streamyx kat rumah ni maka berukband kesayangan aku dilupakan hahaha bila travel je baru berukband digunakan. Bila dah ada streamyx, sedaplah aku download movie dan tv series. Sambil tunggu download abis, Insyirah tengok movie dia. Gitu lah hari2..pastu nak cari masa nak tengok movie yang dah didownload adalah ketika Insyirah tidur. Dah tengok movie mana ada masa nak update blog. Takkan nak pause2 lak tengok movie hehehe alasan..alasan..

A few weeks sebelum ni aku agak sibuk...sibuk jalan2. Pi Cameron Highland la, Port Dickson la, pastu ada kematian di kalangan ahi keluarga, pastu sambung pulak dengan Hari Keluarga belah bapak aku, pastu kenduri kahwin sepupu...fuhh banyak bukan? Sampai bisnes tudung pun tergendala..nak start balik macam dah kurang momentumnya. Tapi insyaAllah akan disambung semula..aku tengah fikir2 lagi strategi pemasaran...cewah hahhaa..

27/12 haritu aku pergi check up di klinik. Aku nak pergi klinik kesihatan kerajaan tapi masa tu desperate sangat and nak cepat aku pergi klinik swasta. Aku bukan apa, aku jadi sedikit panik bila hari sebelumnya ada darah keluar..agak banyak jugakla. Masa tu aku on da way balik dari hantar adik aku balik matrikulasi di Tangkak. Terasa sengal2 di perut bahagian kiri. Bila pergi check up doktor scan and dia kata aku memang sah pregnant sebab ada air ketuban tapi dia tak dapat nak pastikan mana satu janin sebab ada dua tompok. Bila dicari2 nampak juga, dia tersorok di bawah and nampak heartbeat dia. Lega rasa...doktor kata baby sihat and mungkin darah tu takde apa2. Lagipun masa check tu aku tak rasa dah sakit di perut tu. tapi bila sampai rumah terasa balik sengal2 tu. aku berdebar2 je tunggu kot2 ada lagi darah keluar tapi Alhamdulillah tiada. Sakit tu pun kejap je then hilang.

Aku rasa aku tahu kenapa jadi camtu. Mungkin sebab aku drive myvi gemok yang manual itu. Biasanya encik suami yang drive kereta tu and aku drive kereta encik suami yang auto tu. Tapi tah hari tu encik suami nak bawak kereta dia pergi kerja so aku kena lah bawak myvi tu. Pastu bila kat Tangkak jammed lak tu..banyak sangat traffic lightnya mana tak jammed. Penat menahan clutched. Tu yang sengal2 tu kat perut kiri...aku lak memang dari dulu selalu sakit kat perut kiri tu especially bila lepas buat kerja2 berat or pergi jogging ke. Doktor kata sakit urat..mungkin sebab tahan clutched je tu yg urat sakit tu. Masa pergi check up aritu pun aku drive keta tu jugak..aku pergi ke bandar Kota Tinggi. Kena tahan cluthed juga bila dalam bandar. Tu yang rasa sengal tu datang balik. Ni semua assuming je tapi macam benar..sebab sampai hari ni takde dah sakit. Aku pun duduk rumah je tak pi mana.

Adakah ini bermakna aku mengada takleh bawak kereta manual? Ahh mengada pun mengada la hahahahaha