Monday, February 14, 2011

Bermastatutin di Kuala Lumpur

Hai bulan lepas seketul je post aku hapdet? hahahaha sejak dua menjak encik suami murah hati menghadiahkan aku sebiji epal, jarang dah aku melayari internet menggunakan laptop. Epal ada kan..pulak tu bulan2 laki yang bayarkan, memang best tahap kambing gurun la. Mentenet je la kejenya tapi tenet pun bukak fb ngan foursquare yang main check in kat tempat2 kite pegi tu. pastu dapat point pastu jadi mayor pastu hepi..tah hapa kejadah tah kan haha, bukan dapat duit pon. Nak bukak belog boleh tapi skrin cemetot camtu tak puas lak...tu la alasan kenapa tak berhapdet belog ni. Hahaha ada aku kesahhh....para pembaca pun rasanya takde yang kesah ponnn..

Esok aku ikut encik suami ke KL. Bermastautinlah aku di sana menemani encik suami berkursus selam 6 bulan. Kalau ikutkan perancangan asal aku tak ikut sebab aku dah jadi Financial Eksekutif Amlife merangkap menjual Insurans. Best insurans ni, so sesapa nak beli insurans cari haku okeh..

Sempat lagi mempromosi..ok back to the story, tetibe tah cemana aku rasa aku nak buat part time je benda ni. Aku nak cari kerja yang lebih stabil. So bila encik suami dengar camtu hapa lagi..dia suh aku ikut dia pi KL. Windu bini katanya...dan anak..Tapi tang bini tu memang dia windu sesangat2 la sampai tidur lena berdengkur2, mandi basah lencun, makan kenyang bertambah2...

Hahaha aku melebatkan cerita je...tapi aku tahu memang dia windu bebenor kat bini dia. Yelah sebelum ni 2 minggu kat laut memang takleh wat hapa la kan, ni dah kat darat je, peluang la kan...hohohoho kepit bini bawah ketiak berbulu tu je la.

Apartment pulak company dah bayarkan, tinggal duduk je la tapi kena kongsi dengan kawan dia sorang lagi huhu. Apartment tu ada dua bilik so sorang satu la..bilik air pun ada dah dalam bilik so senang la sikit..Siang hari encik suami dan rakan pergi belajo, daku kat apartment buat...emm buat..buat..............buat bodoh? buat tak tahu? hahahahhaaha menjahit manik la nampaknya...satu beg baju aku bawak isi manik2 aku tu tau..penuh bersemangat mengisi masa lapang dengan perkara seperti itu..

Semoga aku tak mati kutu duduk di situ..sekian

3 comments:

Benedict Bernard said...

wah nanti kau dah tak jadi mayor lagi kat plaza kota tinggi tu..haha

ShafiqIzwan said...

gudluck duk kt KL. sara hidup tinggi kan? anyway kt KL tu banyak keje part time. hehe.

yuyun said...

a'ah la pg..hmmm takpelah aku jadi mayor suria klcc la..dekat je ngan the zon ni..nak jadi mayor the zon takleh sebab laki aku dah jadi mayor kat sini.

shafiq, memang sara hidup tinggi kat sini tu pasal takleh kuar selalu. Selagi leh masak silalah masak takyah la makan di luar hehehe..part time job banyak eh..job apa? ce citer ce citer...kalau jual insurans ke jual barang mlm ke takmo la huhu