Monday, January 25, 2010

Birthdaynya dan giginya

Setiap kali mula entry mesti nak kata "bersawang dah blog", takpun "lamanya dah tak update blog" dan yang sama species dengannya...nak wat cemana, rasa nak berblogging itu kadang2 takde langsung bila pikir internet yang lembap2 buah ni. Ye...salahkan berukband ni...taula aku duk ceruk nun tapi apalah salahnya kalau letak 3G di sini...kesian kat pakcik peneroka nak bukak Youtube tengok videoclip Wonder Girls pun takleh..(pakcik peneroka pulak yang kena, padahal diri sendiri yang nak bukak Youtube and tengok Bleach)

Anyway, sekarang ni bulan Januari kan..ujung bulan pulak tu kan...bulan depan bulan Februari kan (hoh banyak tanya lak ko yun, cakap je lah apa ko nak cakap, lepuk baru tau) Ini bermakna, birthday encik suami semakin hampir!!! Aku buntu memikirkan nak beli apa kat encik suamiku itu..boleh tak jika aku sekadar memberinya kasih sayang secukup rasa? (selama ni tak beri kasih sayangkah?) Hohohoho...encik suami selalu intai2 jam tangan Tag Heuer bila lalu kedai jam...regenya beriban2 ok...tak mampu saya(eh?) nak belikan huhuhu beli kotak jam muleh la kuikuikuikui takpelah, tiba masanya nanti mesti aku tau gak nak belikan dia apa...

Insyirah sekarang dah ada 3 batang gigi yeah!. Pagi tadi aku terperasan gigi dia bahagian atas dah tumbuh satu..patutla sejak akhir2 ni dia selalu gesel2 lidah dia kat gusi..pastu bile berkesempatan dia menggeget nipple time menyusu...cakit ok..terjerit2 aku. Nanti kalau gigi dia penuh semua cemana ye?? Kalau time tu dia dah paham cakap orang takpela...buleh ajar dia kan kan?

Insyirah + encik suami...kesayangan hamba...ke'busuk'an hamba...kecomelan hamba..

1 comment:

sujaihah said...

wah dah 3 yer...tak lama lagi 3..4...5..tiba2 dah penuh :)