Wednesday, May 27, 2009

Berukband..baby dan makan2

Sungguh hampeh maxis berukband ni..punye le lama nak bukak blog ni. Berjanggut aku tunggu..dahla penuh sawang blog aku ni. Aku bakar kang baru tau..biar encik suami beli yang baru lagi..iye lagi..berukband yang sebelum ni sudah berjaya dikecaikan oleh encik suami kerana masalah yang sama..takde connection..so kepada berukband sume jaga2 la kalau jumpa encik suami saya..sile jangan takde connection kalau tak nanti mesti anda kena hempas dan di wrestling oleh encik suami saya itu..

Ok sesi merepek berakhir di sini..

Aku sekarang kat umah mak aku kat Kota Tinggi, Johor. Encik suami sudah pun ke laut semalam..8hb Jun baru dia balik. Sib baik die balik time cuti sekolah leh la wat majlis cukur rambut baby nanti. Lagipun time tu suma adik beradik bapak aku turun sini sebab diorang nak pi tengok tanah kat Sedili..kire ngam la masa tu. Ramai sikit time kenduri tu nanti.

Baby Insyirah sedang tidur sekarang ni sambil mengeliat2 dan mengeluarkan bunyi2 aneh yang menggerunkan hehehe..setiap kali mengeliat ada je bunyi dia..kelako lak bile dengar. Kuat mengeliat lak tu siap tendang2 kaki. Memacam la baby ni..

Setiap hari aku terbayang makanan2 dan minuman2 yang aku minum n makan time mengandung dulu..ABC..cendol..mocca freeze..pizza hut..double cheese burger..chicken mcdeluxe burger..kentang goreng..air tembikai laici..eskrem mcdonald..waaaaaaaaa sungguh menyeksakan...tak besh sungguh pantang ni...bile nak abesh pantang ni...aku boring makan benda yang sama je. Dahla sekarang ni musim panas..berpeluh2 je aku..meleleh2 air liur bila tengok orang len minum ais huhuhu...

Takpe2..nanti aku balas dendam...

Aku baru baca komen2 pada entry yang lepas..ada lak yang tanya tul ke tak sakit time beranak tu...

Memang betul..itu yang aku rasa la...aku tak tau orang lain. Contraction je yang sakit...tapi time push2 tu tak sakit pun..aku takde amik epidural tau. Kalau amik epidural lagi tak rasa apa lansung. Sebab tu kot orang selalu cakap menahan sakit berjam2 kadang2 seharian..sebab contraction tu memang sakit..so kalau cepat bukaan rahim kejap je la sakitnya..

So, kepada kawan2ku yang sedang mengandung, rajin2 la berjalan...memang berkesan wei..aku time mengandung dulu rajin pi midvalley ikut encik suami men bowling..tapi aku tak men la. Tiap2 ujung minggu ada je program berjoli2 di midvalley tu..pastu rajin2 mencangkung 5 minit sehari pun ok supaya baby engage pada rahim dengan betul..tak breech.

Ok tak nasihat dan petua ini mamai and encik Jo???

Sunday, May 10, 2009

Kelahiran baby Insyirah




yup..the pictures of my precious little angel..NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ZAKARIA.

Hari Khamis yang lalu..wah2 skema sungguh ayat itu macam nak wat karangan UPSR pula..ok stop..mari aku bercerita semula pengalaman bersalinkan baby Insyirah.

Khamis (7/5/2009)

Aku ngan encik suami serta ibu mertua pergi berjumpa dengan DR. Bee di Ampang Puteri. Seperti yang dijangkakan air kencing kantoi lagi so soktor kata kenala induce kesekon harinya. Kebetulan doktor check pintu rahim aku and supprisingly dah terbuka 2cm! huhuhuu sedang elok doktor kata..aku rasa ni mesti gara2 kuat berjalan, terbuka 2cm pun aku tak rasa apa2.

So, aku pun balik le umah pastu kemas segala barang termasuk beg balik kampung sebab pas bersalin aku nak balik Johor. Malam tu aku tidur di Gombak umah kakak ipar aku..yang bestnya aku takleh tido pun malam tu sebab panas and risau serta takut. Begitu juga ngan encik suami..sian die..sian juge aku..

Jumaat (8/5/2009)

Kul 7.15 pagi aku, encik suami and ibu mertua bergerak ke spital. Jem plak jalan dah dekat2 ampang tapi sib baik sempat sampai sebelum kul 8. Memula sekali aku pi labour room..masuk je labour room terus rasa ngeri huhuhu encik suami pi daftar wad. Sementara tu aku kena salin baju and then nurse wat CTG kat baby..pastu nurse bagi ubat berak..die sumbat lam montot tau huhhu terus rasa nak membuang. Dahla memang aku nak membuang die letak ubat tu apalagi meluncur laju la hahahahaha..

Setelah sesi membuang berakhir, nurse masukkan drip..ala air yang cucuk kat tangan tu, pastu die masuk ubat induce dalam balang air tu. Sebelum tu nurse tu tanya "tak rasa sakit ke?" aku geleng je la, die kata pas masuk drip ni mesti sakit..sambil senyum2 simpul plak tu time die cakap tu..aku pun senyum je la..terfikir dalam pala otak camne rasa sakit tu ye..aku pun tunggu..tunggu..tunggu..mana sakitnye ni? Masa tu dah kul 11...aku lak cuak cam tak normal je apasal lama sangat tak rasa apa2. Pastu nurse masuk tanya sakit ke tak..aku geleng je la. Dia kata kalau sakit bagitau dia leh inject ubat tahan sakit. kalau dah terbula 6cm ke atas die takleh inject dah, die cuma leh bagi sedut gas je. Pastu masuk sorang lagi nurse, dia kata tak sakit ke? baik amik je injection tu sebelum terlambat, aku pun angguk je la. Die inject ubat tu kat atas pinggang..pastu aku terasa ngantuk giler..aku pun tidur. Encik suami duduk je sebelah aku..pastu aku terjaga bila Dr. Bee datang kul 12.

Dia check bukaan rahim lagi, dia kata dah 3cm..dia jangka 1cm for 1 jam so jangkaan bersalin adalah pukul 5 atau 6 petang. Bila encik suami dengar camtu dia tanyalah nurse leh tak die pi semayang Jumaat? nurse kata boleh sempat sangat..so encik suami pun tinggal la aku sorang2. Aku pesan kat encik suami belikan roti sebab Dr. Bee tak bagi makan berat2 takut muntah...lunch order aku dr spital tak valid dahla time tu sebab aku kat labour room. Dr. Bee pesan kat nurse check bukaan lagi pada pukul 3 petang.

Setelah ditinggalkan keseorangan di labour room, aku sambung semula sesi tido aku..setengah jam kemudian aku rasa len macam. Contraction sebelum ni aku rasa cuma tegang kat perut berubah menjadi rasa tegang + rasa sakit senggugut..

Tak lama pastu nurse datang..dia tengok aku lain macam dia pun bagi gas oksigen tu..aku kena sedut setiap kali contraction datang..memula berkesan gak la pastu bile contraction makin kuat takde maknanya sedut menatang tu..

Pastu nurse datang check bukaan pada pukul 1 lebih and die terkejut sebab dah 8cm..bukan die je terkejut, aku pun terkejut sama..encik suami dahla takde ni. Lepas check tu, contraction semakin menggila..huhu memang sakit la...Dalam lebih kurang kul 2 aku rasa contraction datang bersama rasa nak meneran buang air besar. Nurse tengok terus die tanya "puan dah rasa nak push ke?". Aku mengangguk je sambil berkerut2 dahi menahan sakit. Die suh aku tarik nafas dan hembus berulang kali. Die tanya encik suami mana? kena panggil die sekarang juga. Aku pun kelam kabut la sms encik suami..kul 2.15 baru encik suami sampai, masa tu nurse dah letak kaki aku kat palang besi..die try encourage aku untuk push. Maka bermulalah sesi pengepushan aku...

Cara2 dia, pegang kat palang besi tepi katil, tarik nafas panjang2, tundukkan kepala ke dada dan pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh macam nak buang air. Persoalannya, sakitkah??? Secara jujur bukan bongkak lagi takbur, tak rasa sakit pun..serius rasa cam nak buang air je. aku tak tau normal ke tak tu tapi tu yang aku rasa..nurse kata aku push betul tapi kadang2 aku tahan huhuhu susah wei sekali nafas nak push lelama...tu je la yang susahnya..hehehe Tak lama kemudian Dr. Bee datang. Die cakap ngan encik suami "cepat ye..saya ingat petang nanti baru lahir". Encik suami pun mengiyakan je. Pastu aku tengok Dr. Bee kuarkan jarum suntikan..dalam kepala otak, mana die nak inject tu? Di situkah??? memang di situ ye puan2..tapi tak rasa sakit sangat..rasa cam kene gigit semut. Aku pun heran gak sebab aku dah ready siap tutup mata time die inject tu. Die kata die bius sebab dia nak gunting bagi besar sikit jalan..mengerikan bunyinya? Tapi tak rasa apa hehehe..pastu aku push lagi takleh kuar gak. Doktor kata muka baby mengadap ke atas meaning baby sedang kuak lentang, tu sebab tersangkut. Doktor bagi arahan kat nurse suh amik vakum sebab die nak pusing kepala baby ke bawah. Lepas pasang vakum aku push and terasa kepala baby kuar huhuu...pastu aku push lagi sedebuk badan baby kuar..doktor terus letak atas dada aku..terperanjat aku..encik suami lagi la hahaha dahla dia mabuk darah..sian die kena paksa tengok suma tu. Melalak2 baby nangis...lepas potong tali pusat baby kena timbang. berat dia adalah 3.18kg..nurse catat masa baby dilahirkan iaitu 2.50 petang..aku pula menyerah diri dijahit oleh Dr Bee..rasanya? heheh sakit sikit2..terasa benang tu ditarik2..

Lepas baby dibersihkan and aku siap dijahit serta dibersihkan aku breastfeed baby...akhirnya dapat aku breastfeed baby..gembira beb..walaupun kekok kihkih..puas nurse tu ajar baru leh kuikui.

Kesimpulannya, sakit bersalin tu aku rasa time contraction tu..memang sakit. Sib baik aku sakit sekejap je..ada orang seharian menahan sakit..memang aku bersyukur sangat2..

Aku rindu kat baby..huhu baby kena jemur..dia kena kuning le pulak. Baru je ingat nak balik arini tapi baby kantoi lak..cian baby. Sib baik tak tinggi cuma 11.5 je kuning dia. Walaupun baby bukan jauh pun, kat nursing room tu je tapi aku rinduuuuu..huhuhuh

Sekian begitulah pengalaman bersalin aku..

Ramai kata baby ikut muka maknya..betulkah??

Tuesday, May 5, 2009

Penantian depan pintu umah berakhir

yeah kotak itu telah dihantar oleh encik gdex tengahhari tadi... lama aku tunggu sejak minggu lepas tapi baru arini sampai. Sungguh gembire sehinggakan aku dan encik suami dengan gelojohnya membuka kotak tersebut di depan pintu umah.

Inila isi kotak tersebut...set extravaganza spectra 3 huhuhuhu...sungguh tak sabar ingin menggunakannya.Nak test sekarang takleh lak kena tunggu baby kuar dulu hehe. Memang berbaloi beli...siap botol susu and storage botol sebanyak 10 botol. Beg die lak comel and memang khas wat letak breast pump tu and ada rain cover dari momslittleones.

Diharap dengan kehadiran breast pump ni dapatlah aku breastfeeding baby secara eksklusif tanpa menyumbat baby dengan susu formula aka susu lembu yang kite sendiri tak tau cara cemana susu itu dihasilkan. Baik bagi susu ibu yang memang berkhasiat dan bersih. Kepada kawan2 yang sedang memboyot, marilah kite breastfeed anak kite..tak rugi pon...makin jimat adalah hehheh

Ceh...cam berkempen pilihanraya pula..tetibe aku nak bagitau yang aku rasa perut aku sungguh besar. Aritu timbang baby dah 3kg huhuhu aku lak sekarang makan memang tak hengat dunia..puas la nak meneran nanti..

Nota sesukahati: Sedang bergolek2 depan tv sambil menaip entry untuk blog ni...aku tak pegi keje dah. Berehat di rumah sementara nak tunggu perut meletop.

Friday, May 1, 2009

Baby nak kuar dah??

Selamat hari pekerjaan

Semalam aku pi wat CTG..ingatkan kejap je rupa2nya dekat setengah jam juga la nak amik graf jantung baby tu. Doktor Bee kata ok je graf tu and ada 1 contraction. Tapi kan...huhu air kencing kantoi lagi..protein dalam air kencing aku tinggi..3+ tu. Bulan lepas dah ok dah sebab doktor bagi antibiotik pastu dia jadi balik plak. Doktor kata dia bagi seminggu lagi kot2 aku nak terberanak dah...kalau tak dia kena wat keputusan untuk induce huhuhu dia takut ada effect kat baby. Minggu depan kena jumpa doktor lagi and dengar keputusan dia samada induce atau tak.. sungguh mendebarkan. Encik suami terus tak jadi naik laut minggu depan hehehehehe takut aku terberanak lak...


hahahah jakun wat CTG suh encik suami amik gambar..baby lak asyik tidur je sampai nurse tu dua tiga kali kejut baby dengan brutalnya. hehehe cian baby kena kacau..

Boring le plak duk umah..huhuhu asyik tengok tv, men virtual villagers, makan, tidur...

Ok ayat di atas tu ditaip kerana aku takde idea dah hahahahhaa malas dah aku nak pikir..end kat sini je la..