Monday, August 10, 2009

Insyirah dan CDnya

Hari sabtu yang lepas aku telah membawa Insyirah ke klinik Aiman di Kerinchi untuk diberi injection sebab dia dah masuk 3 bulan. Sambil tu aku juga ada appoinment ngan doktor pasal period aku tu. Masa Insyirah kena inject hati aku berdebar2 je...takut melalak je. Dia kena inject dua kali...satu kat peha kiri and satu lagi kat peha kanan...yang 1st injection tu dia rileks je tapi bile 2nd injection tu melalak dia huhuuuu...mengalir2 air mata menangis Sian aku tengok...nasib baik kejap je. Pastu insyirah kena timbang...naik lagi sekilo heheh sekarang berat dia dah 6.1kg..membesar dengan jayanya..Lepas dah kena timbang giliran aku plak di check oleh doktor...hasil perbincangan, doktor suh aku continue ubat tu untuk 15 hari then tengok period tu datang ke tak. Doktor tanya aku nak merancang tak...aku kata la nak and aku nak amibil pil kerana aku sudah serik ngan injection huhuhuhu. Doktor kata nanti datang semula and dia bagi pil yang boleh dimakan untuk ibu yang breastfeed anaknya.

Lepas dah selesai semuanya, aku pun balik le umah...sampai umah je aku pun mengetest pakaikan cd kat Insyirah. CD ni aku dah pre-wash sebanyak 2 kali. Setelah beberapa observation dilakukan, aku mendapati CD ini tak dapat menyerap air dengan baik lagi sebab barut yang dipakai Insyirah basah di sekeliling pinggangnya... Aku rasa masa air kencing dia kuar air tu mengalir terus ke barut tu sebab cd tu tak dapat nak serap dengan lajunya air tersebut...Insyirah lak baring je..bukan leh bangun ke berdiri ke so air tu terus le ke perut and pinggang...pahamkah apa yang aku cuba terangkan? Memula aku heran gak kenapa asyik basah je barut dia. Pastu hari Ahad aku pakaikan dia lagi cd tu and Insyirah berak..dengan banyaknya huhuhu..Aku pun bawak la pi toilet and buang najis2 tu then basuh serta gosok sikit2. Pastu cd yang dipakai hari sebelumnya (hari sabtu) yang aku kumpul dalam baldi aku basuh gak la since insert dia hancing sangat...bila pancut air, air tu tak berapa menyerap pada bahagian poket....bukan insert ye. Macam curah air kat daun keladi..ha camtu la rupanya...tu yang aku tahu punca kenapa barut Insyirah asyik basah je.

So tadi sebelum pi belajar aku basuh cd2 tersebut...harap pasni buleh la die menyerap air dengan jayanya

Insyirah dan cdnya...nampak bulky sikit kan? Tapi lembut je sebenarnya..hheheh


Friday, August 7, 2009

Buah cempedak di luar pagar

Sejak akhir2 ni, Insyirah suka tul main air liur dia...berbuih2 kat mulut pastu mengalir abih basah baju. Kadang2 tu kan saja je dia sembur2 kat aku..siap kena kat muka aku lak tu...bertuah sungguh baby tu. Mak mertua aku kata kalau baby asyik mengalir air liur je tu maknanya time mak dia mengandungkan dia tak dapat makan apa yang dia ngidam. Ye betul!!! Aku ngidam nak makan cempedak goreng masa mengandung...sampai Insyirah lahir still aku tak dapat. Encik suami berusaha cari cempedak goreng takpun buahnya kat kedai tapi takde...kalau ada pun orang kedai tu kata baru amik dari pokok..tak masak lagi. HUhuhu tapi kan sekarang ni kat tepi2 jalan berlambak2 orang jual cempedak...sama naik ngan durian...bengkek je aku tengok. tak pasal2 Insyirah meleleh2 air liur huhuu..nak salahkan cempedak jugak...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

ewah..berpantun pula...

Esok insyirah genap 3 bulan...ada 3 bulan lagi untuk aku bf dia secara ekslusif..pastu dia dah boleh ambil solid food..then akan ku sambung menyusu badan sampai umur dia 12 bulan dan seterusnya 2 tahun..insyaAllah..semoga susuku sentiasa ada untuk Insyirah..walaupun aku tak berapa buat EBM stok uhuhuhu harap jangan la putus susu aku ni..takmo sumbatkan Insyirah ngan susu formula...

Hujung minggu lepas aku baca lam suratkhabar ni pasal menyusu sewaktu kecemasan? Tak ingat dah aku tajuk dia..tapi secara generalnya camni la...dia bagi situasi kalaulah tetiba berlaku gempa bumi, atau banjir kilat atau bencana2 alam yang lain yang menyebabkan sukar untuk kite memperolehi air yang bersih dan sebagainya...camne kita nak menyusukan anak kite kalau selama ni kite bagi dia susu formula? Kalau menyusu badan senang je..sumbat je la kan. Tak payah bancuh2, nak sterilise botol ke hapa ke...ha lebih kurang camtu la citer lam surat khabar tu hehehe...Mesti orang akan kata, ala malaysia mana ada bencana alam...memang la bagi negara yang selalu dilanda bencana alam maybe boleh digunapakai la kan...kalau macam negara kite ni?? Jangan ingat bencana alam je suatu kecemasan..camne kalau berlaku kemalangan jalanraya and Alhamdulillah kite terselamat bersama anak, tapi anak kite menangis2 time tu...takkan dengan kelam kabut tu sibuk nak bancuh susu lak..watnya susu yang kite bawak tu tah melimpah ke, apa ke..kan ke susah..nama pun kemalangan kan..so camtu la ceritanya..

Semalam aku baca dalam website 3r.com.my menganai breastfeeding..tajuknya Breastfeeding has health benefit for moms : Study. Very interesting topic and setelah membacanya baru aku tahu selain daripada dapat mengelakkan berlakunya kanser payudara dan ovari, menyusukan anak dengan susu badan kita juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok apabila tua nanti

"Researchers found that women who breastfed were less likely when they were older to have developed high blood pressure, diabetes, high cholesterol and cardiovascular disease — the leading cause of death in Canadian women."

See...baguskan breasfeeding itu...baca lagi bawah ni

For Schwarz, the study was personal. “As a new mom who went back to work, I found pumping a bit challenging,” Schwarz says. “Everybody kept telling me it was good for my baby. I wondered what effect it had on my own health.”

Fat stores accumulate during pregnancy, and other studies have shown that, in populations where breastfeeding is rare, pregnancy might increase the risk of heart disease.

One theory is that breastfeeding lowers that risk by mobilizing fat stores.

“Breastfeeding has an important role in the way women’s bodies recover from pregnancy,”Schwarz says. “I think what we’re seeing is that when this process is interrupted by women feeding their babies things other than human milk, women are more likely to have a number of health problems.”

When milk isn’t expressed, she said, women don’t unload all the body fat stored up during pregnancy.

Prolactin and oxytocin, hormones involved in producing milk and releasing it from the body, may also have effects on a woman’s heart.


See lagi...thats why fully bf boleh membantu kite menguruskan badan..lagi banyak kebaikan and tiada keburukan langsung bf ni..cuma orang selalu kata leceh la apa la..nak seribu daya taknak seribu dalih. Bagi yang boleh bf baik kite bfkan anak kite sebab ramai gak di luar sana yang tak dapat bfkan anak diorang atas faktor kesihatan and diorang sedih ngan perkara tersebut...


Thursday, August 6, 2009

yeah dah beli cloth diaper itu


Tadaaaa...akhirnya beli gak aku cloth diaper. Aku pi booth lunatot tadi kat PPUM...sungguh gigih aku mencari parking yang macam haram tu huhuhu sampai tingkat 5 okay...5B plak tu setiap tingkat ada A and B so kira la berapa kali aku pusing naik satu tingkat ke satu tingkat huhuhu...sib baik aku tak sesat cari lokasi booth tu. Aku turun je tingkat 1 dah nampak dah meja tersusun di tepi. Kemudian aku nampak Puan Suraya hehehe maka sahla itu tempatnya. Aku ada tanya beberapa soalan mengenai cloth diaper. Antaranya camne nak basuh CD ni...saja nak kepastian sedangkan aku dah selalu baca step2nya dalam blog dia huhuhu. Pastu Puan Suraya tanya aku breastfeed anak ke? aku kata la ya and nak tau apa dia kata? Dia kata aku kurus kahkahkah....dia kata lagi mostly ibu2 yang fully bf memang kurus..even dia pun lepas lahirkan anak yang pertama orang ingat dia pi slimming center. Tapi memang betul pun..aku baca lam surat khabar aritu, ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan berpotensi kurus sebab metabolisme akan meningkat. Aku sendiri pun rasa panas je badan...and sentiasa rasa lapar. Habis badan aku bakar segala kalori dalam proses menghasilkan susu badan itu..aritu pun member aku tanya camne aku leh kurus pas beranak ni..aku takde makan ubat apa2 pun. Memang camni cuma perut ada geleber sikit la heheheheheh

Ok back to the topic, this cd come with 2 insert..harga sekeping rm45. Aku rasa material dia lembut je...macam sedap kalau Insyirah pakai..tapi ada dua warna je dia bawak iaitu hijau dan pink.

Balik umah tengah hari tadi terus excited tunjuk kat Insyirah...mak mertua aku pun kagum tengok hihihihi..aku ingat nak basuh terus since sebelum pakai kena basuh at least 2 kali bagi menguatkan lagi sistem serapannya tapi aku terlupa nak beli laundry bag...kalau campak je lam mesin basuh boleh je tapi lagi bagus masuk laundry bag dulu untuk memanjangkan lagi jangka hayat cd itu.


tengok aku mengetest kat Insyirah..aku letak je atas badan dia hahahahha Insyirah blur je tengok aku..

wah wah..hari ni dua entry aku tulih ye..oh ya, UM nak konvo dah...karnival konvo sedang rancak berjalan...kena chekidaud ni..aku suka pi tempat orang ramai and ada jual2 ni..tak tahu la napa. Tahun lepas time karnival konvo UM aku beli 3 helai t-shirt comel huhuhu murah je sehelai rm10. Macam2 kaler and comel...leh pakai wat pi jenjalan..

Ok dah..nak wat keje lain lak...asyik memblogging je aku ni

Shawl itu shantek


Ni gambar gedik santai serta jakun aku..hahahahhaa...sekarang kan trend orang pakai shawl macam si yuna tu..Kebetulan aritu aku pi masjid india nak cari benang kait untuk mak mertua aku, sambil2 tu aku menjamu mata la..ternampak lak shawl yang murah2 kat satu kedai ni. Aku rembat la dua helai..saja le kunun2 nak try. Nak tau tak dari mana aku belajar pakai shawl ni? Ha..zaman canggih ni suma boleh kite dapat di hujung jari je. Aku belajar dari belog kawan aku...dia penjual shawl..sila pergi ke belog dia jika ingin belajar sama serta membeli shawl. Step by step dia tunjuk and memang senang paham...walaupun aku pakai tak secantek dia uhuk tapi muleh la kan??? hehehe

Lama la plak rasa encik suami ke laut time ni..huhuhuh dahla dia kata haritu maybe dia kena stayback sebab senior dia cuti seminggu...camno nak balik kampung??? aku boring duk kl ni...huhuhuhuhuuu terperap je dalam umah takleh gi mana. Kalau duk kat kampung boleh gak la kuar kat laman umah...kat sini nak kuar ke laman mana? terjun bangunan leh la..

Aku takde idea nak citer apa...tengah dalam mood mengusha cloth diaper ni...encik suami suh beli yang mahal sebab mesti berkualiti, ye ke?? aku pun tak tahu la...masih lagi membaca review ibu2 di luar sana tentang jenama cloth diaper yang diorang pakai kat anak diorang. Sampai mimpi2 aku pasal cloth diaper ni..punya la excited nak memakaikan kat Insyirah huhuu...

Ohoi..lunatot team datang PPUM la hari ni...ada promotion cloth diaper jenama lunatot. Aku teringin tul nak pergi leh tanya lebih lanjut pasal cloth diaper..sambil tu leh tanya gak pasal breastfeeding since Puan Suraya tu salah seorang kaunselor laktasi PPUM tau...sile pergi ke belog dia untuk tau lebih lanjut...

Wednesday, August 5, 2009

encik suami bagi green light

wahh..mendung je arini...sejuk je rasa. kalau hari2 camni kan best..tapi nanti kain yang dijemur lambat kering lak hahaha aku merapu dah...cakap pasal kain watpe..

Semalam kan aku war2kan ingin menggunakan cloth diaper kat Insyirah..pastu encik suami baca blog keramat ini. Malam tadi masa aku chatting ngan encik suami dia tanya tul ke nak beli CD tu. Aku katalah ya and dia kata nanti dia bagi duit..yeyeyeyeyeyeyeey dia suh beli 10 keping terus. Aku heran mana dia dapat duit..rupa2nya dia nak dapat bonus...yeyeyeyeye sekali lagi. Boleh aku kenen kat dia nak beli baju raya...huhuhuhu nak wat camne, aku mana ada bonus bonas ni...makan duit biasiswa je huhuhu pas bayar keta dan sebagainya ciput je tinggal. Padan muka aku kan? hahaahaha ingat nak cari side income la, jual bio aura ke huhuhu leh pi umrah sekeluarga..Alhamdulillah..takpun jual shawl ke macam rakan sekelas aku time belajar kat UMP dulu...(sila lawati belog dia ye jika ingin mencari shawl yang shantek2.) atau aku boleh ambil upah menjahit manik..ops..muleh ke bini zakaria??? dah terer ke menjahit manik ni??? hehehehehehehehehehe

Ha ada satu lagi cerita ni..setelah sehari makan ubat hormon yang doktor bagi, bleeding aku stop dah.. Alhamdulillah. So, aku dah dapat pengajaran dari apa yang terjadi...never take an injection for family planning!!! huhuhu sepatutnya dari dulu lagi aku dah prepare or buat keputusan sebijaknya dengan mencari maklumat mengenai setiap options yang ada untuk family planning. Apa kesan2 yang mungkin aku hadapi jika ambil option tersebut. Ni tak, bila orang tanya baru sibuk nak fikir time tu hahahhaha...padan muka anda...

nota tumit lagi : kenapa sejak akhir2 ni aku bernota tumit?

Tuesday, August 4, 2009

Impian cloth diaper

Tau tak menatang apa tu? Tu la lampin moden atau orang panggil cloth diaper. Gambar ni aku cilok dari website yang menjual CD jenama coolababy dengan harga mantop (muleh ye puan mamazarith hehehe). Pergi di sini ye jika ingin lihat lebih lanjut. Maybe ramai yang dah tau tapi maybe gak ramai yang tak tau heheheh penggunaan cloth diaper bagi menggantikan disposable diaper dapat menjimatkan duit serta membantu kita memelihara alam sekitar. Macam lampin dulu2 cloth diaper ni boleh diulang pakai sampai bila2..InsyaAllah..tapi kena basuh la..jangan pas anak berak pi buang dalam tong sampah lak hehehe


Ni rupa dalam CD tu..macam lampin kan? Tak payah lipat2 macam lampin dulu2..siap belajar tengok mak lipat then pakaikan kat anak patung..tu aku la masa kecik2 dulu..tak tau la orang lain hehehehe yang warna putih tu dipanggil insert. Material yang digunakan bagi membuat CD ini sangat sesuai ngan bayi...sistem pengudaraan yang baik, lembut serta ringan. kalau anak kita heavy wetter, kite boleh masukkan dua insert di dalam tu. Snap button kat depan tu boleh di 'adjust' mengikut saiz yang sesuai untuk anak kite. Thats why sekali beli je leh pakai sampai anak yang seterusnya. Kalau disposable diaper kite kena beli ikut saiz kan tapi yang ni boleh dikatakan free size..

Aku cerita pasal CD ni sebab ni lah impian kedua aku huuhuhu..nak berjinak2 menCDkan Insyirah. Kalau aku berjaya then aku dah jimat bagi dua perkara...susu and diaper tak perlu dibeli lagi dah...sekeping CD ni harganya dr rm30 hingga rm50 pun ada..mahal??? memangla..nama pun lampin moden..ala tp worth it la..beli sekali je bole pakai sampai anak 2 tahun pun takpe.


Sekarang ni banyak dah ibu2 di Malaysia yang menCDkan anak diorang..banyak dah website yang jual CD ni tau..macam2 brand ada, coolababy la, babyland, lunatot dan macam2 lagi...ada sesetengah website ni dia buat package offer..beli sekali lima keping dengan harga murah...ada gak yang buat sistem kutu untuk beli package CD ni...orang kata kalau pakai CD ia membantu anak kite lebih cepat belajar membuang air di tandas. Ini kerana, bila anak kite kencing dia akan terasa basah..bukan macam disposable diaper bila kencing tetap rasa kering...bukankah patutnya rasa basah? Boleh mengkonpiuskan anak kita nanti..kalau dia terasa basah dia akan rasa tak selesa and lelama dia nak buang sendiri dalam tandas..kan bagus kalau camtu..lagipun CD ni senang je nak jaga...campak je lam mesin basuh..tapi sebelum campak tu sila lah buang segala najis dulu..pancut je ngan air dulu bila dah tanggal baru basuh lam mesin basuh...

ha apalagi ibu2 sekalian mari menCDkan anak kita...(yang duk propa ni tak menCDkan anak dia lagi sibuk je nak suh orang hehehehehe)

Haritu masa aku pi carrefour beli Insyirah punya diaper, adala sorang promoter ni nak promote susu formula kat aku..aku kata "no..no...fully breasfeed"..pastu dia kata " ooo...bagus breastfeed tu". Tak jadi dia nak promote heheheh...kan dah jimat masa dan duit tu..pasni kalau pakai CD pastu ada orang promote disposable diaper boleh aku kata "no...no..fully CD or "anak saya tak pakai disposable dah". Tapi aku masih belum berkesempatan lagi nak beli..tengah nak kumpul duit ni...kalau leh aku nak beli banyak terus..kalau beli sehelai je wat testing muleh la...kalau nak pakai hari2 sekurang2nya kena ada 10 keping. Encik suami aritu kata kalau pakai CD dia takmo basuh sebab geli...apa la..sapa tah suruh dia basuh...mesin yang basuh bukan dia..heheheh...insyaAllah aku nak try gak pakaikan Insyirah CD ni...ni termasuk dalam perancangan kewangan keluarga ni... baru mantap institusi kekeluargaan nanti kehkehkeh..

nota tumit berkudis..bukan aku punya tumit tau: aku dah daftar untuk sem ni yeyeyeyeyey setelah sekian lama menanti tawaran perlanjutan biasiswa huhuhu

Monday, August 3, 2009

Bleeding dan selsema babi

Hari ni aku ada banyak cerita sebenarnya hehehehe excited je nak bercerita bini zakaria ni..

Okla, aku mulakan ngan cerita aku pi poliklinik Aiman di Kerinchi pagi tadi. Aku pi klinik sebab aku nak amik referal letter insurance ING aku since aku nak pi jumpa pakar kat ampang puteri berkenaan bleeding aku yang masih tak henti2 sejak lahirkan Insyirah lagi..pelik bukan?? dah nak masuk 90 hari dah. Aku ingat dia sambung ngan haid tapi lelama tak sedap hati. Tanya mak aku dia pun hairan. Last2 aku google pasal masalah ni and aku dapat tau dah puncanya..ada sorang kakak ni dia tanya doktor secara online tentang injection yang kawan dia ambil untuk merancang keluarga. kawan dia kata sejak amik injection tu darah dia kuar tak henti2 so kakak ni was2 nak amik injection itu.. Doktor tu kata ada kemungkinan injection tu menyebabkan bleeding tak berhenti..so kena jumpa pakar untuk ambil pil hormon bagi berhentikan darah tersebut.

Untuk pengetahuan, masa umur Insyirah sebulan aku bawak dia pi klinik kesihatan untuk timbang, ukur dan sebagainya. Sambil tu, aku pun kena check gak..tengok tekanan darah, berat badan dan sebagainya. Masa check tu, nurse kat situ tanya apakah perancangan aku untuk kehamilan seterusnya. Maksudnya perancang keluarga la ni...aku plak masa tu blur and tak fikir pun lagi hhihihihi so aku tanya options yang aku ada. Nurse tu kata klinik leh bagi injection or pil perancang. Aku terfikir kalau amik pil aku ni pelupa..kuat makan semut agaknya hehehe so aku ingat nak amik injection. Aku tanya ada kesan ke? Dia kata paling berat pun aku cuma tak datang haid je..aku pun ok je ..last2 jadi camni. Nyesal sungguh aku huhu aku tanya doktor tadi dia kata memang possible injection tu menyebabkan bleeding aku tak berhenti so doktor bagi aku ubat hormon tu..tak jadi aku nak amik referal letter tu hehhee sebab kalau kat klinik free je huuuhu...doktor bagi ubat tu untuk 5 hari then sabtu ni aku kena jumpa doktor tu sekali lagi. Kalau tak berhenti gak dia akan bagi ubat untuk teruskan lagi for 3 weeks. Lepas ni aku nak makan pil je la...kena set alarm kat hp.

Tu cerita pertama..cerita kedua pasal selsema babi yang melanda negara kita sejak akhir2 ni. Sekarang ini kan, aku rasa tak selamat je duk KL ni..aku kan ada baby kat umah so aku kena pastikan aku sentiasa sihat. Masa aku tunggu turn kat klinik tadi adala dua tiga orang kat situ yang demam. Tapi ada sorang kakak ni yang memang aku tak puas hati..simptom2 H1N1 ni kan demam, batuk and selsema kan? Semua kakak ni ada tau..bukanlah aku nak tuduh dia ada H1N1 tu tapi manalah nak tau kan..yang tak bestnya kan dia batuk dengan sesuka hatinya..meaning dia batuk tak tutup mulut pun..kung kang kung kang kat situ. Orang lain batuk tutup la gak mulut tu walaupun batuk sikit2..dia dahlah teruk batuk dia siap dengar bunyi kahak lagi tau..aku lak yang tutup mulut...takde kesedaran langsung. Ni lah kadang2 punca penyebaran penyakit tu..dahlah kematian akibat penyakit ni pun dah meningkat. Mengerikan sungguh...

Cukuplah untuk hari ni..kang gemuk plak blog ni hehehehe

nota tumit: aku rindu encik suami huhuhuhuhuhu....encik suami rindu kat insyirah..hmmm...