Pagi ni aku baca blog kawan aku yang di link ke mukabuku...tiba-tiba aku teringat kat blog aku ni. Sungguh kasihan dia...dahagakan entry dari tuannya. Lepas tu aku tiba-tiba juga berazam ingin menge"post' entry setiap hari. Walaupun sejemput je isi kandungan entry itu akan ku post jua hari-hari. hahhaha boleh ke??
Anyway, 8hb Mei aritu adalah harijadi Insyirah yang pertama..ye anak aku dah berumur setahun..ini juga bermakna dah setahun aku jadi ibu dan setahun jugalah aku menyusukan Insyirah dengan hanya susu ibu sahaja..tiada susu lembu moo moo..okey tak pasti kenapa ada moo moo...mungkin ingin menjadikan ayat tersebut kelakar. kelakarkah??
Encik suami ke laut seminggu sebelum birthday Insyirah...hari kedua di laut encik suami beritahu yang dia ingin balik awal seminggu sebab nak sambut hari jadi Insyirah itu. Oleh kerana aku tinggal di Johor bersama kedua ibu bapa aku, maka jamuan hari jadi macam tak boleh nak buat..yelah, nak jemput sapa kan?? hehehe so, kami suami isteri merancang untuk ke zoo Johor yang mana kali terakhir aku pergi ke sana adalah masa sekolah rendah..Aku sangat-sangatlah suka pergi ke zoo sebab aku pencinta haiwan...ye aku pernah cerita dulu yang cita-cita aku nak jadi zoologist tapi mak aku tak bagi sebab nanti kena pegang oink oink atau haiwan berkaki pendek ekor berpintal2 itu..
Back to the story, kami bergerak pada pukul 11 pagi...mengharung jalanraya yang penuh dengan kenderaan...ok ini satu perkara yang kami suami isteri dapat perhatikan...jika di Kuala Lumpur, pada hari sabtu pagi atau ahad jalanrayanya agak lengang..tetapi jika di Johor jangan harapla ya..ada aje keretanya..berderet2 sampai jem..kami suami isteri membuat kesimpulan..di Kuala Lumpur, kebanyakkan penghuninya lambat bangun tidur pada ari sabtu dan ahad kerana cuti tetapi di Johor mereka bangun awal sebab nak pi pasaraya la Danga Bay la..hehehe
Sampai di zoo kami parking seperi biasa di luar zoo itu..kat tepi jalan je..ye, zoo itu takde tempat parking..aneh bukan?? dari aku kecik molek sampai dah besar vouge masih lagi takde tempat parking..nasib baik jalan di situ adalah lengang..lepas bayar tiket iaitu hanya RM2 sahaja seorang kami pun tengok-tengok la haiwan..zoo ni tak berapa besar. Kalau zoo negara memang besar sangat-sangat sampai letih kaki berjalan..haiwannya pulak dalam satu kandang tu ada sekor dua je..kesian lak aku tengok..kesunyian je haiwan-haiwan di situ. Terasa ingin ku belai manja dan membawanya ke rumah untuk dijadikan haiwan peliharaan..haha
Selepas puas berjalan di zoo kami pun bergerak ke City Square..ala pusat membeli belah yang terkenal di pusat bandar Johor Baru itu..umat manusia punya la ramai...kebanyakannya para remaja la. Tempat tumpuan berdating la katakan..tambah-tambah lak ada wayang. Di sana kami shopping sikit-sikit..belikan Insyirah baju sebagai hadiah birthday hehehee. Lepas tu kami pergi Jaya Jusco di Ulu Tiram pulak..lepak-lepak kejap then singgah di Kota Tinggi untuk beli KFC dan kek untuk dibawa balik ke rumah..kunun-kunun majlis birthday le..sesama keluarga je..
Begitulah adanya kisah hari jadi Nurul Insyirah itu..bermacam-macam yang aku lalui sepanjang setahun bergelar ibu..melihat perkembangan Insyirah sejak dari lahir sehingga sekarang tak pernah buat aku jemu..sangat seronok dan kagum.
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..MAK AND ABAH MENYAYANGI INSYIRAH SEPENUH HATI DAN JIWA KAMI..JADILAH ANAK YANG SOLEHAH DAN MUSLIMAH SEJATI.
3 comments:
gebunyeee anak dara ko.
gewamm!
neway, happy 1st year, insyirah :)
time aceh untie xeea
Post a Comment