Monday, May 17, 2010

Mi bandung teluk sengat sedap

dah 2-3 hari aku sakit kepala...berdenyut2..pastu terasa menarik2 kat idung..sakitnya sebelah kiri kepala je..kenapalah agaknya ye...2 bulan lepas kena camni gak. Jumpa doktor dia kata maybe sebab aku stress...tadi jumpa lagi dia kata sakit biasa je sebab tekanan darah aku normal je. Mungkin stress..hmm aku stress ke?? tak rasa stress pun...best je hari2 yang dilalui bersama encik suami tercinta hohoho

Semalam aku berbual2 dengan encik suami...rasanya lama dah tak berbual macam tu. Seronok lak rasa...sambil golek2 atas katil encik suami cadangkan untuk menyewa rumah lain dekat2 ngan kawasan umah mak aku ni...dia kata ada privacy sikit hehehe betul la tu..aku pun ok je..pastu kitorang pun bincang2 nak beli itu ini untuk rumah sewa baru..pas borak2 tu aku pergi cakap kat mak aku tapi mak aku tak bagilah..huhuu dia kata rumah ni besar and bukan ramai yang duduk sini...hehe mak aku nak peneman la tu...tambah lak ada Insyirah boleh main2 ngan cucu. Pastu kalau bapak aku pergi kursus ke, memancing ke takdelah dia duk sorang2 je kat umah ni. Pastu aku pass lak kat apa yang mak aku cakap kat encik suami...encik suami ketawa je. dia kata takpelah camtu...aku cadangkan supaya pasang astro satu lagi and letak lam bilik kitorang..boleh la dia tengok tennis or bola dari dalam bilik je..takyah turun ke ruang tamu..lagipun dia sorang je dalam rumah ni yang tengok supersport tu...bapak aku kadang2 je. Takdelah percanggahan rancangan tv berlaku nanti..

Lepas borak2 kali kedua tu, aku cadangkan untuk berdating pi makan mi bandung..Insyirah time tu tengah tido..memang cantik sangat la. Kitorang pi kat kedai dekat kawasan rumah ni tapi tak bukak pulak..mi bandung kat situ memang kaw abislah..tapi tak bukak..nasib baik ada satu lagi kedai jual mi bandung kaw iaitu di Teluk Sengat. Agak jauh sedikit dari rumah tapi takpelah..kedai tu betul2 depan laut and jeti..sambil2 makan leh tengok laut..best. Memang sedap mi bandung dia...aku ni bukanlah penggemar mi kuning..tak kiralah mi kuning yang di masak secara goreng ke, masuk lam sup ke, masuk lam kari ke..semua aku tak suka tapi sebab mi bandung ni sedap aku makan juga. Licin..abis aku makan.

Gitulah cerita untuk semalam hehehe hari ni punya cerita takde yang best pun...cuma pi klinik sebab sakit kepala and then encik suami pergi ke kerteh untuk menghadiri kursus selama 2 hari.

Sekian

No comments: