Thursday, May 13, 2010

mempromosi blog itu

haha kenyang la blog ini dapat entry sampai dua keping dalam satu hari..kenapa aku terajin pula hari ini??

begini..setelah sekian lama tidak berblogging baru hari ini aku jengah-jengah dekat kotak 'follow' di bahagian tepi blog ini dan aku ternampak blog rakanku..dia sudah pun menceburi bidang perniagaan secara online dengan menjual cloth diaper. Tak ingat bila dia start tapi dah lama la dia post kat mukabuku pasal blog dia tu..aku lak lepas dia bagitahu tu terniat la nak promote kat blog tapi tak buat-buat jugak..so malam ni aku nak promote la blog dia tu.

Harga CD yang ditawarkan cukup menggiurkan bak tubuhku eh giurkah?? hahaha encik suami yang tergiur2..orang lain tak tahu hohohoh back to the topic, ye harganya berbalo-baloi ye puan-puan sekalian..sila lihat di link ini

Apa kejadahnya CD or cloth diaper itu? wah berbuih-buih tangan aku menaip pasal CD ni...alaaa lampin pakai jangan buang la...lampin moden gitu...dah pakai boleh dibasuh dan dipakai semula sampai la anak anda pandai mengqada' hajat dengan sendirinya..biasanya sampai 2 tahun lebih kite leh guna CD itu...pastu kita boleh simpan untuk anak yang seterusnya...jimat bukan? Jika getah di bahagian pinggang atau celah peha longgar, kita boleh baikinya..tukar sahaja getahnya..tapi kena pandai jahit le..kalau jahit terkengkang2 macam aku ni susah sikit la..kena suruh orang pandai macam mak aku la hahahha (tak tipu wei...aku tak reti pakai mesin jahit..aritu jahit kain batik je..senget-benget huhu tapi kalau jahit tangan..serahkan pada saya!! *sambil kembang2 hidung*)

Satu lagi, rakan aku juga ada menjual product lain iaitu legging untuk bayi..comel-comel belaka. Maybe nanti aku boleh belikan untuk Insyirah..silah lihat lagi di link ini ya

Hei, tahukah kamu teknik STRIPWASH dalam dunia cloth diaper ini?? Ha, hari ini sambil aku mempromote blog rakan itu ingin jugalah aku berkongsi ilmu...lama dah aku terjumpa istilah stripwash ni tapi baru hari ini aku baca betul-betul.

Apa itu STRIPWASH? Stripwash itu adalah teknik di mana membuatkan cd yang tetap bocor kerana sudah bersifat repellent atau menangkis menjadi seperti asal..masalah ini boleh terjadi setelah cd tu dipakai banyak kali..mungkin kerana detergent yang digunakan mengakibatkan build up berlaku.

Apa yang perlu dilakukan??

senang sahaja..cuma basuh cd2 itu bersama air yang banyak tanpa menggunakan sebarang detergent...jangan lupa tambahkan air panas supaya air menjadi suam-suam kuku. Lepas tu jemur di bawah matahari..kemudian ulang sekali lagi teknik ini. Lepas tu bolehlah kita test tahap penyerapannya dengan menuang sedikit air ke atas cd itu tadi..kalau nak tahu lebih lanjut sila kunjungi blog ini..semua maklumat ni pun dari blog ini

Aku jarang guna detergent bila membasuh cd...aku cuma gunakan air yang banyak. Setiap kali membasuh aku akan setkan paras air di tahap tertinggi (High) walaupun aku cuma basuh 5 keping je cd..kemudian aku akan jemur di bawah terik matahari.

Begitulah adanya ye puan-puan sekalian..apa yang kita beri pada anak kita adalah pilihan kita, bukan pilihan anak kita..sebab mereka belum pandai membuat keputusan..jadi choose wisely.
Sekian



No comments: