Monday, September 7, 2009

Terubuk itu serta insyirah itu

Hari tu aku koya (koya? apakah? betulkah penggunaan perkataan ini di sini?) je kan nak makan terubuk bakar..petang tu aku pergi la ke bazar Ramadhan di hadapan apartment Vista Angkasa yang dekat ngan lrt Universiti tu...pastu aku pergi la kat tempat orang jual ikan bakar..sekali aku tengok ada terubuk la huhuhuhu terus aku sambar sekor...harganya rm15..sama harga dah ngan ayam golek sekor...berbunga2 hati aku dapat terubuk..kat bazar ramadhan yang berdekatan ngan umah aku tu mana ada terubuk bakar... Ikan yang ada pun keli ngan kembung je..boring la..

Pastu sampai umah aku pun wat la sambal kicap dengan comelnya gigihnya..aku tak suka air asam yang dia bagi sekali tu...bagi aku kalau terubuk bakar kena makan ngan sambal kicap..cara2 membuatnya ialah

1. Ambil bawang besar dari bakul tempat letak bawang yang dah macam apa dah sebab bersepah2 and bercampur2 dengan segala bawang yang ada serta kunyit, halia dan lada kering 3 bulan lepas punya..
2. Kupas bawang tersebut dan hiris tapi jangan hiris halus2 sangat..pastu amik lada beberapa biji..2 biji ke 4 biji ke..then potong kecik2.

Petua chef : mak aku kata, kalau nak masak guna lada pastikan genap bilangannya kalau ganjil nanti jadi pedas giler..tul ke tidak wallahualam..

3. Letak semua bahan di atas pinggan kemudian pi amik limau nipis, potong dua and perah..pastu letak kicap and gaul2kan..siap dah..

Gitulah resepi aku yang tak seberapa ni hahahahaha

ni lah terubuk yang aku sebutkan tadi...di ambil setelah di lahap..aku sorang je tu makan..pastu aku tiggalkan la untuk sahur pulak.


Ni pula sambal kicap yang dah tak berapa nak rupa sambal kicap..lada and bawang banyak dah masuk perut..aku suka bawang mentah tau huhuhuhu


oklah sekarang nak citer pasal Insyirah pula...sejak akhir2 ni kan Insyirah ada berbagai hobi and sejak aku dah tak pakaikan dia sarung tangan or mitten, dia makin galak menghisap jari..di bawah adalah gambar kantoi insyirah menghisap jari dengan enaknya..


Insyirah: cupcupcup..begitulah bunyi hisapan jari saya..cedapnya rasa macam ayam kepci

Insyirah: alamak kantoila..mak amik gambar saya la pulak..



Insyirah: Ah lantakla labu..mari kita sambung menghisap jari semula..


Insyirah: Saya sungguh hairan mengapa mak comel saya suka ambil gambar saya posing camni? mengapa? Oh by the way, abah saya balik esok!!! yeyeyeyeyeye saya nak beraya ngan abah saya!!

3 comments:

Benedict Bernard said...

terlioq tekak tengok ikan tu cecah kicap.

xeea said...

eh, pesal mak aku kate cili mesti bilangan ganjil kalo taknak kasi pedas sangat. huu

btw, insyirah ko sgt gebu, ok. gewaamm!!

yuyun said...

aha xea..cemana tu? hahahhaha pelik2 je kan petua ni...aku kalau buat sambal mak aku dah sound awal2 jangan ganjil bilangan lada tu..lain2 mazhab kot huhuhu

encik ben...ceh sejak bila lak panggil pg, ben ni...memang sungguh cedap menjilat ketiak makan ikan tersebut dengan kicap