Tuesday, September 15, 2009

kenangan berhari raya

Aku melom beli lagi puting Nuby yang macam kak Tini cakap tu...encik suami penat je memanjang...maklongla puasa hihihi cam budak2 lak...opsss...maafkan dinda ya kanda termengumpat kanda di sini..selamat hari raya...eh apa ko merepek ni yuyun?

Cakap pasal raya kan, aku kadang2 rasa excited nak beraya kat kampung encik suami kadang2 rasa sedih pula huhuhuhu...tiap2 tahun beraya kat kampung wan aku di Kluang...tahun ni tak raya kat sana...mesti aku rindu ngan rutin atau aktiviti2 raya aku..

Biasanya sehari or 2 hari sebelum raya kami sekeluarga akan balik ke rumah wan...sepupu sepapat dan makcik2 serta pakcik2 pun balik time tu gak. Pastu mesti ada aktiviti mengayam ketupat...aku terer mengayam ketupar sate je...tapi wan aku lagi prefer kalau kitorang anyam ketupat bawang..dia kata lagi besar dari ketupat sate hehehe.

Pastu sehari sebelum raya adalah aktivit bergotong-royong di dapur..seperti biasa bapak aku akan jadi ketua chef. Aku tak pasti la sejak bila tapi family mak aku suka tul kalau bapak aku masak ayam masak kicap and sambal goreng...kedua2nya adalah menu orang Jawa...ye makan ketupat dengan ayam masak kicap....bapak aku kan jawa sejati...tapi lain2 menu cam rendang, sayur lodeh serta sambal kacang tidak dilupakan...

Oleh kerana cucu wan aku ni ramai perepuan, maka semua kerja2 mengupas serta memotong bawang, halia dan senagainya menjadi kerja kitorang la..nanti makcik aku letak segala bawang, kunyit, halia, lengkuas dalam satu dulang besar..pastu semua sepupu2 pompuan duk keliling tu and bergotong-royong mengupasnya...sambil2 tu kitorang bergosip ria serta menceritakan kehidupan masing2 dengan riaknya sepanjang tahun tu...yelah..setahun sekali jumpa kan..banyak la citernya...

Namun begitu kekadang kan aku kena buat satu tugasan yang memang tak best iaitu mencabut bulu ayam...eeeuuuuu...busuk ok...aku tak suka bau ayam mentah..rasa nak muntah kat situ jugak...tapi tu dulu la masa kecik2..sejak dah bergelar remaja yang matang *wink* aku tidak lagi ditugaskan mencabut bulu idung ayam itu...tugasan tersebut telah diserahkan kepada sepupu2 lelaki pula (dulu time aku kecik diorang lagi kecik..maksudnya lagi muda la since kebanyakan sepupu lelaki mesti anak kedua, ke 3 or bongsu, takkan nak bagi budak2 cabut kan? dah besar ni leh la).

Pastu kalau ada masa aku menjadi assistant kepada bapak aku..tugasan itu bukan mudah ye rakan2 huhu..aku mestilah memastikan semua bahan2 untuk dicampak di dalam kuali gergasi ada dan sudah sempurna tersedia..pastu aku hulur2 je kat bapak aku..dia yang campak lam kuali. Susah kan? kahhh...

Pastu malam rayanya tu kitorang semua tak wat apa2....kalau ada bunga api, sepupu2 yang masih kecil pi la main kat luar...yang dah besar remaja matang serta dah jadi mak budak duduk tengok je la..takpun tengok tv..biasanyakan banyak citer best2 time raya kan...ha layan je la..

Sok pepagi butanya aku mesti mandi dulu huhuhu kul 6 pagi bangun dah wei...ini kerana bilik air umah wan aku tu cuma satu je..orang yang nak gunanya berpuluh orang...huhu. Pastu baru la kaum lelaki semua beratur mandi...nak semayang raya kan..kitorang yang sepupu pompuan serta makcik2 semua ke dapur untuk menyediakan sarapan yang merupakan ketupat serta lauk pauk yang dah dimasak hari sebelumnya..Lepas berseronok makan sampai perut boyot, semua kaum lelaki pergi la ke masjid..yang pompuannya pulak bersiap2 la pakai baju baru and mekap2. Lepas kaum lelaki pulang, kitorang pun berkumpul di ruang tamu and bersalam-salaman...sambil2 tu dapat le duit raya huhuhuhu

Lepas sesi bersalam-salaman, kitorang bergambar2 pula...kemudian barulah gerak ke rumah mak ngah kami yang tinggal tidak jauh dari umah wan. Lepas beraya kat situ kitorang balik semula ke rumah wan...bagi keluarga aku, sampai je umah wan kitorang bersiap2 lak nak balik kampung bapak aku di Parit Raja, Batu Pahat. Walaupun kedua2 embah dan nenek aku dah takde tapi adik beradik bapak aku sangat2 la akrab..tiap2 tahun mesti beraya sama. Sampai je Parit Raja kitorang tunggu semua makcik2 and pakcik2 yang lain sampai..then bergerak sesama ke rumah2 sedara mara yang lain..sedara mara bapak aku sangat ramai di batu pahat tu...segala sepupu, mak sedara, pak sedara, nenek sedara or atuk sedara semua duk situ..memang beraya sakan la..tapi aktiviti paling wajib bagi keluarga bapak aku adalah berkumpul di rumah abang sulung bapak aku. Biasanya kitorang akan sampai di sana petang dalam kul 6...lepas solat maghrib berjemaah and makan malam, kitorang gerak sambung beraya semula huhuhu kadang2 kul 11 malam baru balik umah...esoknya sambung lagi beraya...raya ke tiga kalau terasa nak beraya lagi kitorang pi tapi biasanya raya ke tiga kitorang rilek takpun balik semula ke rumah masing2...tapi sejak akhir2 ni biasanya raya ke tiga bapak bawak kitorang pergi reunion sekolah dia..sangat hebat ok...semua tua2 belaka tapi leh wat reunion lagi uhuhuhu

E'eh tak sedar aku membebel macam makcik peah la pula..panjang entry ni huhuhuhu aku tulis semua ni untuk kenang2an je....yelah, kot2 masa hadapan dah tua bangka, dah ada cucu sebelas orang (insyaAllah kalau umur panjang) aku dah tak beraya camni and bila baca entry ni mesti aku tak lupa semua kenangan ni kan..ehehehe

Ok setop di sini..

2 comments:

Benedict Bernard said...

ahakz, nasib baik kau cakap kau mcm makcik peah. fanjang lebo citer!

tini said...

x pe, blh simpan wat kenangan :)