Sunday, September 27, 2009

Adik-beradikku

salam...

lebih kurang kul 5.30 tadi aku hantar adik aku ke UM...dia tumpang aku balik semula ke sini sebab tiket bus dah takde. Masa on the way nak balik semula ke rumah lepas hantar dia tu, hati aku rasa sayu..sedih sangat rasa hati..kenapa ye? adakah kerana aku rindukan encik suami yang sudah pun pulang ke tempat kerja dia nun jauh di lautan itu? atau aku rindukan suasana hari raya aritu? atau aku rindukan mak and bapak aku? atau aku tension memikirkan master aku yang banyak sangat masalahnya ni?????

Mungkin semua tu...sepatutnya di delete kan sahaja "atau" tu..bila ada banyak masalah mesti macam2 aku fikir..terasa ingin kehidupan yang dulu la apa la...patutnya aku bersyukur ngan apa yang aku ada sekarang..hmmm entahla..

Anyway cakap pasal rindu, aku teringat adik aku yang duk kat Langkawi tu...dia adik bawah aku..maknanya dia lahir pas aku la..muda dua tahun dari aku. Raya baru ni dia dapat pulang ke Johor (2 tahun dah dia beraya kat kedah)..aku sempat jumpa dia sebelum raya. Dia balik 2 hari sebelum raya and masa tu aku memang kat umah mak aku...dia sampai2 je terus pi bilik aku..masa tu kul 8 pagi and aku terbongkang lagi tido pastu terdengar pintu kena ketuk (adik aku naik bus kul 7 mlm sampai kul 6 pagi kat Larkin). Bukak je pintu dia tersengih2 dah depan pintu...dia cakap dia nak culik anak aku..maklumla first time jumpa anak sedara dia tu. Banyak la gak yang aku borakkan ngan dia..ngan bini dia pun sama gak...buka puasa hari tu penuh 1 meja..semua ahli keluarga ada..cukup lengkap dengan makanan yang memang sangat2 banyak heheheh..

Adik aku yang ni memang rapat dengan aku sejak kecik lagi since adik yang no. 3 tu lahir 4 tahun lepas adik aku no.2 ni lahir. Kitorang rapat sesangat sampai pi memana kena sekali, minum susu kena sama2, masuk utan, mandi sungai, main masak2..suma sekali la..penah anak jiran aku bergaduh ngan adik aku and aku dengan rasa tanggungjawab membacking adik aku dengan memarahi budak tu sambil nangis2..sedih sangat la adik kena buli hahahhaa

Kitorang rapat sampai dah besar....sampai la aku dapat tawaran ke asrama penuh time form 1..time tu ok lagi la tapi lepas adik aku masuk sekolah menengah kitorang rapat2 camtu je la..sebabnya dia dah ada kawan2 lain..plak tu dah pandai bawak motor..asyik berjalan je la. Tapi still rahsia dikongsi bersama huhuhu..adik aku ni sebenarnya seorang yang sangat manja...serius manja..sebelum raya aritu dia kol mak aku..kebetulan aku ada kat umah. Semua orang kat umah tu dia nak bercakap...kena pass2 hp. Masa cakap ngan aku dia suh aku mms gambar semua family time tu gak..pastu mak aku cerita la yang adik aku ni penah call mak aku nangis2 sebab dia rindu sangat nak balik Johor...cian dia. Tu la sapa suh keje jauh2 pastu kahwin ngan orang jauh2 gak..kan dah payah nak balik kampung hehe

Walaupun aku citer pasal adik aku no.2 ni tapi ngan adik2 lain aku rapat gak...adik yang no. 3 tu pendiam tapi bila jumpa aku memang aku akan berborak ngan dia..nak bagi dia banyak cakap sikit hehe..adik yang bongsu tu lak rapat sebab dia perempuan....kat sapa lagi dia nak rapat kalau tak aku kan?

Cenggitu la kisahnya...aku sentiasa harap hubungan kitorang adik beradik elok je sampai la akhir hayat...takde gaduh2 rebut harta la, gaduh2 taknak jaga mak and bapak la..huhu nauzubillah..aku buka apa, dah banyak dah contoh aku tengok adik beradik bergaduh sesama sendiri..tak best la..kecik2 dulu main sesama dah besar kenapa nak gaduh2 lak kan??






No comments: