Tuesday, April 28, 2009

Menghitung hari guna kalkulator

Salam sejahtera..

Semalam aku hantar sms kepada kawan baik aku time kat sekolah menengah dulu. Dia pun tengah sarat mengandung sekarang ni. Dia kata hari ni genap 9 bulan 10 hari die mengandung...doktor kata bebila masa je leh bersalin. Pastu aku pun terkejut hehehe aku pun kira2 la aku punye usia kandungan. Aku punya 9 bulan 5 hari la! wahahahahaha..due date aku sepatutnya 22 Mei, which mean time tu genap 10 bulan la. Tu tarikh paling maksimum yang doktor bagi. Doktor pun dah pesan kalau ada rasa cam air ketuban pecah ke cepat2 pi spital. Admission letter pun dia dah bagi dah...sungguh mendebarkan la. Kawan aku lagi sorang aritu die bersalin genap 9 bulan 10 hari. Dia cakap dia kuat berjalan..hari2 pi keje naik lrt. Aku pun kuat berjalan juga..huhuhu memang sengaja nak banyak berjalan biar senang bersalin. Harap baby jangan le keluar time abah dia takde kat umah. Minggu depan encik suami nak naik laut semula..walaupun tak lama 2 hari je tapi mana nak tau kan..

Aku dah beli dah breast pump Spectra 3 tu. Aku beli kat mylittleones. Walaupun harganya mengancam dari kedai lain aku tetap pilih yang tu sebabnya tuan punya kedai tu dengarnya sangat bagus pasal breasfeeding ni. Kalau ada apa2 buleh tanya dia.Kopak duit aku hukhukhuk...Khamis ni nak kena wat CTG plak..jangan bil sampai riban2 dah la.

Semalam encik suami tetiba tanya sepanjang mengandung ni tak buat soalan matematik ke? Hehehehe aku pun tak teringat la pasal tu. Dulu penah terbaca emel kenapa orang2 Yahudi ni pandai2 belaka. Antara salah satu cara diorang ni didik anak kan sejak dari mengandung lagi selalu wat latihan matematik. Orang kata apa salahnya ikut benda yang elok kan..so tadi aku cari la soalan2 UPSR ngan PMR. Cari soalan add math kang, baby stress lak..cececece alasan je yuyun tu huhuhu padahal dia yang akan stress guling2 nanti. Ok sadap..

So malam ni aku akan merajinkan diri menjawab soalan2 tersebut. Semoga baby menjadi anak yang rajin belajar macam mak dia juga serta comel macam mak dia juga serta vogue macam mak dia juga serta semuanya macam mak dia juga..sekian.

2 comments:

wiwita said...

huhuuuu... wat semayang hajat eik.. bg tenang masa besalin nanti

yuyun said...

jo - aku memang makan ikan je sepanjang mengandung ni..ayam sekali sekala je. bapak aku yang suh makan sebab dia kata DHA banyak dalam ikan leh wat anak pandai. kekacang tu aku takleh makan sangat sebab aku punye protein dalam air kencing tinggi sangat la..suh la Ada baca surah Maryam, Yusuf and Taubat.

wit - ketenangan memang penting time2 waktu tersebut huhuh