Tuesday, April 21, 2009

Jagalah kebersihan dengan bermandi manda

Dah berbulan2 Encik Yos tidak dimandikan...Encik suami dah bebel2 kerana keta die yang tak hensem tu kotor. Ala, die tu pun sama gak tak mandikan si myvi gemuk aku tu. Fair and square la hehe..

Namun begitu, setelah mata aku jadi sakit melihat betapa Encik Yos semakin tak hensem aku pun dengan berat perut pi la bawak Encik Yos mandi di Pantai Hillpark.. (Pantai Hillpark bukanlah sejenis pantai tetapi nama tempat) . Sampai je tempat tu aku tengok punye la banyak kereta sedang beratur tunggu turn untuk dimandikan..hmmm nasibla badan, mesti berjam2 tunggu ni. memang betul jangkaan aku dekat sejam lebih juge la aku dok tunggu Encik Yos siap mandi dan di pedicure serta manicure. Sambil2 tunggu tu, aku makan karipap sardin yang dibeli di pasar malam depan Vista Angkasa. Sebelum turn Encik Yos di pedicure and manicure, ada satu keta waja ni. Abang2 India tu mengulit serta membelai dengan penuh manja keta tu sampai boot belakang pun die bukak and bersihkan tau. Dalam hati aku mesti tuan keta tu suruh kot..bayar pun lebih agaknya. Aku tengok je la sampai le abih..dah abih tu salah sorang abang tu pi kat sorang pompuan India ni and bagi isyarat keta dah siap dibersihkan. Pastu aku tengok pompuan tu hulur sekeping RM10 and lelaki tu amik duit tukar die hulur 3 keping duit sehengget. Wahhhh...rm7 je???? Kenapa selama ni aku bayar rm9? Kenapa pakcik perdana yang ada sticker Istana Negara tu pun bayar rm9 juge? Adakah kerana aku makan belacan maka kena bayar rm9?

Walaubagaimanapun, aku cube bersikap positif. Sedara die kot..tah2 kakak die ke, girlfriend die ke..so aku malas nak pikir and wat dono je la. Tapi kalau bukan sedara mara pun aku tau niat die nak tolong bangsa dia..tidak macam bangsa Melayu yang cukup la berkira kalau berniaga ni...tak semua la camtu tapi mostly aku tengok camtu la. Even orang Cina pun kalau berniaga kadang2 rileks je bagi diskaun tak kira la kat Melayu ke India ke..sebab die tau itu salah satu cara melariskan jualannya..mana la diorang ni tak maju dalam bisnes kan??

Ceh..pandai je mengomen aku ni..
Encik Yos sedang menunggu turn untuk di pedicure


Encik Yos sedang di pedicure dan manicure


Rupa Encik Yos setelah dimandikan..sedikit kacak dari sebelum ni. Kepada Encik suami sile mandikan myvi gumuk sekarang juge!


Ops..encik suami sudah berada di daratan dah..Pagi tadi kol 8.45 die bagi mesej yang berbunyi "Diang" which mean diam..diang tu bahasa Ganu. Amende yang suh aku diam pun aku tak tau la sebab masa tu aku tak bercakap pun..Sekarang die on the way balik Endau umah mak abah dia. Esok pi kerteh semula untuk kursus..hmm sian aku kena tinggal..ni la nasib isteri kepada seorang nelayan.

No comments: