Monday, April 27, 2009

Meronggeng Akademi Fantasia

Ye..itu tiket Akademi Fantasia. Huhuhu abang yang belikan. Sebenarnya aku tak penah pun minat tengok AF ni. Dari AF 1 sampai la AF 6 mana penah aku tengok. Tapi bila kawen ni lain lak jadinya..encik suami selalu bukak Diari AF..pastu aku pun terjebak. Aku penah cakap kat encik suami dulu, "apakata kite test sekali pi tengok AF. Pasni tak duk KL dah.. takde la nak merasa pi tengok". dan tak sangka lak dia ingat permintaan aku ni huhuhuhu ari Sabtu ari tu kitorang pi Midvalley and pi Rock Corner untuk membeli tiket itu..Oleh kerana pintu masuk bukak kul 8 malam, encik suami cadangkan pi Bukit Jalil kul 6.30 petang.


Encik suami sedang memandu sambil tersenyum kambing kerana bininya sedang mengambil gambar dirinya


Uhuk....kesesakan lalulintas berlaku. Encik suami baru teringat malam tu final bola sepak Selangor lawan Kelantan di Stadium Nasional. Waaaa...wrong timing tul la...

See..punya semangat letak bendera selangor kat keta..aku rasa mostly yang kat jalan raya time tu nak pi tengok bola bukan pi tengok AF *sigh*

Signboard kompleks sukan negara...

Jangkaan kitorang tepat. Punyala ramai yang pi tengok bola. Memang dasat permandangan kat kawasan stadium..nak parking bukan men susah. Last2 terpaksa parking kat tepi jalan mana tah. Kitorang ni lak buta kayu, tak penah pergi pun kawasan tu hahah so ikut je la peminat2 bola sepak ni parking. Jauh giler aku menapak rasanya cam nak terberanak je..huhuhuh penat giler. Last2 sampai gak Stadium Putra. Sebelum masuk kitorang makan burger dulu. Pastu bila masuk je dalam tu memang tak ramai yang datang tengok...seat kitorang belakang sekali, tapi tetiba dengar lak orang Astro tu kata "Sesapa yang nak duduk depan dipersilakan....penuhkan tempat kosong" wawawa aku pun apa lagi..daptla duk depan gak walaupun tak berapa depan. Tapi seat aku tu strategik gak la sebab nampak pentas.

Malam tu aku rasa persembahan Aril ngan Hafiz memang mantop..best la..time Hafiz nyanyi meremang bulu roma. Tapi terkejut ngan keputusan..tengok cam ramai je peminat Aril si awok tu..tak sangka lak dia yang terkeluar malam tu..hehe Aku ni takdela nak undi2..setakat tengok je leh la hikhikhik...

Begitulah cerita malam mingguku bersama encik suami...

Terima kaceh ye abang sebab belikan tiket AF itewwwww....

No comments: