Monday, June 4, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Final

3 Mei 2012

Sambungan haritu..

Lepas doktor M.O tu terangkan pasal stenting tiba2 Doktor pakar datang. Tak ingat aku nama dia. Doktor pakar tu tanya lagi pasal stenting tu. Aku kata aku nak tau lebih lanjut pasal stenting dan macammana prosedurnya. Doktor tu kata nanti dia call Urology and minta doktornya datang and terangkan pasal stenting. Kiranya aku macam setuju la nak stenting tapi nak tau lebih lanjut sebelum proses tu dibuat.

Tapi sejam lepas tu, Doktor Nachiyapan tetiba datang bersama doktor yang datang sebelum tu. Dia kata Dr Hui jumpa dia and beritahu keadaan aku akan bertambah buruk kalau teruskan pregnancy. Dr Nachiyapan beritahu yang buah pinggang aku semakin rosak. Dia bimbang kalau aku sampai pada tahap kena dialisis. Dia cakap bila dialisis nanti senang kena infection darah dan sebagainya. Tahap kreatinine aku yang terbaru pun semakin meningkat dah cecah 300. Dia kata kalau terminate pregnancy, baby akan dimasukkan ke dalam inkubator tapi banyak cabarannya bila nak jaga baby pramatang.Dia terangkan komplikasi2 yang mungkin berlaku..tapi dia jugak cakap jika baby kuat mungkin takde apa2. Dia kata ramai juga orang berjaya menjaga baby pramatang ni tapi kena disiplin. Kena selalu basuh tangan jika nak pegang dia sebab kulit dia sensitif. Takut kena infection.

Bila dia cakap camtu, aku tau Doktor ni ikhlas concern pasal aku. Cara dia cakap pun lembut dan dia tak takut2kan aku. 

"Baiklah, saya terminate pregnancy saya" kata aku.
Dr Nachiyapan terus hulurkan tangan..aku berjabat tangan dengan dia.
"well done..bagus keputusan awak. Saya cuma risaukan kesihatan awak. Bukan saya tak sayangkan baby awak tapi kita kena tau mana yang lebih penting"
"ye saya tau..lagipun saya memang perlukan kesihatan saya untuk jaga anak yang sorang lagi di rumah"
"betul, saya setuju. Esok saya akan meeting dengan pakar2 yang lain tentang kes awak ni. Jika nak terminate pregnancy, pihak hospital kena minta tandatangan pakar dan consultant sebab ini melibatkan nyawa. Terminate pregnancy itu adalah melanggar undang2 negara tapi jika untuk selamatkan nyawa si ibu maka ia dibenarkan dengan syarat kena isi bermacam2 borang dan persetujuan pakar2 yang lain"

Aku anggukan kepala sahaja..

"Esok mungkin kita boleh induce..paling lambat awak deliver adalah hari Ahad. Nanti saya akan setkan appointment awak dengan doktor pakar kanak2. Dia akan terangkan macammana nak jaga bayi pramatang".

Lepas tu Dr Nachiyapan bagi arahan pada House officer suruh call doktor pakar kanak2. Pukul 3, aku dan suami pergi berjumpa dengan doktor tu di wad kanak2. Dia terangkan risiko2 yang bakal berlaku. Dia kata nisbah kanak2 yang berjaya hidup di hospital adalah 4:1. Memang sikit tapi dia kata dia akan berusaha..kalau baby kuat mungkin tiada masalah. Dia kata lagi dia akan berada di bilik bersalin bersama inkubator dan sentiasa bersedia untuk buat pemeriksaan baby sebaik sahaja aku deliver. Jika baby tak boleh bernafas dengan sendirinya sebab paru2 tak kuat maka dia akan diberi bantuan pernafasan. Doktor tu tanya samada aku dah ambil suntikan kuatkan paru2 baby tak. Aku jawab ya. Dia kata biasanya peluang baby yang dah ambil suntikan tu besar berbanding ibu yang tiba2 datang ke hospital dan lahirkan baby pramatang. Masa tu aku bersyukur sebab dah ambil suntikan tu walaupun sakitnya susah nak cerita.

Aku beritahu mak pasal keputusan aku untuk terminate. Mak kata mungkin itu yang terbaik. Mak kata dia akan doakan semoga semuanya selamat. Encik suami pun nampaknya ok..mungkin tak sabar nak tengok anaknya walaupun dia tau anaknya akan lahir pramatang.

4 Mei 2012

Hari ni Dr liu pulak datang. Bila dia tau keputusan aku nak terminate dia kata bagus. 
"Bukan saya tak sayang baby awak tau...tapi awak kena fikirkan kesihatan awak juga"
Aku senyum je and angguk2kan kepala.

Lepas tu Dr Nachiyapan datang bersama seorang doktor perempuan. Dia kata doktor tu la consultantnya. Kena dapatkan tandatangan dia kalau nak terminate pregnancy. Dia isi borang dan turunkan tandatangan. Aku pun kena turunkan tandatangan juga sebagai persetujuan untuk terminate pregnancy. Lepas dia  dah tandatangan dia bangun dan tepuk2 bahu aku.

" Awak faham ye kenapa kita kena terminatekan pregnancy awak ni?"
Aku anggukkan kepala sahaja.
"Mungkin lain kali ada rezeki lagi...bersabarlah ye"

Huh? napa dia cakap camtu? Macam yakin bebenor baby aku takkan survive..Bengang pulak rasa. Tapi aku diam je.

Lepas tu Dr Nachiyapan suruh aku bersiap2 ke ICU Labour Room untuk induce. Sebelum incude, dia nak scan dulu nak tengok kedudukan kepala baby. Dia suruh encik suami terus tunggu di ICU. Aku dah gelabah..eh nak deliver dah ke?? Tetiba rasa seram sejuk lak. 

Masa kat ICU Dr Nachiyapan scan perut aku. Dia kata kepala baby kat atas pulak.. 

"hmm lepas satu dilema, datang pulak satu lagi dilema" kata dia sambil tersenyum

Dia cakap takleh induce kalau kepala baby kat atas. Kalau tunggu baby pusing ke bawah mungkin ambil masa berhari2 sedangkan buah pinggang aku makin teruk. 

"kita kena operate untuk keluarkan baby ni..tapi ada komplikasinya. Rahim puan masih kecil sebab baru 26 minggu..jadi bila operate potongannya tebal. Next pregnancy nanti puan kena operate juga. Lagi satu jarak kehamilan pula kena 5-6 tahun sebab masalah buah pinggang dan juga supaya luka operate ni baik sepenuhnya. Kalau ikutkan, doktor nephrology tak bagi puan pregnant lagi. Dia suruh ikat..macammana?"

Aku tengok encik suami, encik suami tengok aku.

"kalau tak ikat tak boleh ke..saya sendiri tak pasti pasal pregnancy ni. Mungkin saya nak pregnant lagi nanti"
"bole, tapi puan kena disiplin. Kena jarakkan kehamilan 5-6 tahun. Kena pulihkan buah pinggang tu dulu. Puan boleh guna kaedah perancang keluarga macam suntikan atau implan pada tangan tu atau IUD dan macam2 lagi. Puan bincang dulu dengan suami macammana ye.."

Aku pun bincang ngan encik suami. Encik suami tak bagi ikat..aku sendiri pun taknak sebenarnya. Mungkin aku nak try pakai implan kat tangan tu. Aku dengar benda tu agak efektif and tak payah risau apa2. Biar je kat situ takyah risau tertinggal makan ubat ke hapa. (Betul ke? hehehe nanti kena wat kajian)

Bila aku beritahu keputusan aku, Dr Nachiyapan ok je..Dia suruh aku bersiap sedia sebab dia nak operate aku hari ni juga dalam pukul 2.30 petang. Cepat pulak rasanya..beberapa jam sahaja lagi. Aku kena duduk kat ICU labour room tu..kat ICU ni katil dia best sikit. Macam kat spital swasta...layanan dia pun best. Lepas kena salin baju yang warna putih yang ikat kat belakang  je tu nurse masukkan tiub pulak kat salur kencing. Dia kata bila dah operate nanti aku takleh bangun dari katil selama 6 jam...so kena la kencing guna tiub tu masuk dalam beg. Bila dia masukkan  je  tiub tu rasa nak terberak pulak..bila pergi toilet taknak pula dia keluar. Tak selesa sungguh..

Doktor M.O buah pinggang tiba2 datang and minta persetujuan aku untuk buat renal biopsi. Biopsi tu tujuan dia adalah untuk mencari punca kenapa buah pinggang aku failure. Doktor akan cucuk pinggang aku and ambil sedikit tisu buah pinggang tu. Macam ngeri je bunyinya kan? Aku rasa ngeri bila fikirkan tapi dah tu je caranya nak tau punca2nya..so setuju ajelah.

Bila dah nak dekat kul 2.30 tu aku dah mula rasa takut...Aku beritahu encik suami dia kata takde apa2..InsyaAllah semuanya ok. Aku cuma baca ayat kursi je time tu berulang2 kali. Pastu aku baring dalam strecher and di bawa ke Labour Room..makin berdebar2 jantung aku. 

Bila dah masuk labour room, aku tengok ramai sungguh orang di situ. Apsal ramai2 ni..memang operate kena guna ramai orang ke? Tapi aku takde la tanya kan...tengah takut2 tu diam ajelah. Pastu masa dia nak bius kat tulang belakang tu aku siap pejam mata sebab nak ready rasa sakit. Aku dengar orang kata bius kat situ sakit..tapi puas aku tunggu rasa sakit tu takde pulak rasa. Tau2 siap inject dah..lain orang lain kot rasanya. Pastu aku rasa kaki dah start kebas..Aku bius separuh badan sahaja jadi bahagian atas badan aku rasa sejuk bebenor. Bilik tu sejuk gile..menggigil2 aku sampai terangkat2 tangan. Pastu Dr Nachiyapan pun masuk..dia yang akan operate aku.

Sebelum operate doktor cubit perut aku..aku rasa cubitan tu. Nurse kata memang akan rasa tapi tak sakit sangat. Masa doktor hiris perut aku pakai pisau aku rasa hirisan tu..aku tanya nurse kenapa aku rasa. Dia kata dah dalam doktor belah...kalau tak bius aku dah jerit macam hapa dah. Dah dia cakap camtu aku tahan je la...memang sepanjang operation tu aku rasa semua tangan2 doktor tu..time nak keluarkan baby lagilah rasa sampai takleh bernafas. Rasa sakit sangat2..aku tahan je sambil berselawat. 

lepas tu aku dengar suara baby menangis..Ya Allah, rasa gembira sangat masa tu. 

"keciknya baby dia" kata nurse tu..aku nak tengok jugak! Ini tidak adil. Tapi lepas tu tak dengar dah suara baby menangis. Nurse kata anak aku takleh bernafas. Doktor pakar kanak2 dah ambil baby aku and masukkan dalam inkubator. Tak sempat pun tunjukkan kat aku..lepas dah jahit semula perut aku, aku di bawa keluar dari bilik bedah dan diletakkan di suatu ruang. Badan aku masih menggigil2 dengan kuatnya..terangkat2 badan aku sampai rasa sakit kat bahagian kena bedah tu. Aku tanya nurse baby aku baby boy ke? Nurse kata ya tapi dia suruh aku tengok sendiri nanti.

Lepas setengah jam aku dibawa ke ICU labour room semula. Aku minta nurse panggilkan encik suami. Lepas sejam lebih baru encik suami datang..dia kata nurse baru panggil dia. Takpela, yang penting dia ada..aku suruh encik suami pergi tengok anak and hantar pampers. 

Malam tu aku tidur je..sesekali aku bangun aku tengok ada air masak sebelah aku. Pastu ada air milo..hmm best sungguh. Aku minum sampai habis..mujur aku tak muntah2. cuma aku rasa gatal2 je kat muka. Nurse kata tu perkara biasa..akibat dari bius tu. Sepanjang malam aku tidur sambil menggaru muka. 

Esok pagi nurse suruh aku cuba bangun sendiri...bila dah boleh bangun dia hantar ke wad biasa semula. Bermulalah hidup di wad pula..

5 Mei 2012 - 14 Mei 2012

Hari kedua bersalin baru tengok baby..Sedih tengok dia duduk dalam inkubator tu. Berselirat segala wayar dan tiub. Dahla dia kecik sangat...kesian kena cucuk sana sini. Bergenang air mata setiap kali tengok baby..aku juga start pam susu untuk diberi pada baby. Doktor kata baby dah boleh minum susu 1cc setiap 3 jam. Sikit je tapi at least dia minum juga. Sistem penghadaman dia nampaknya ok, aku rasa lega.

Dr Liu ada datang tengok aku lepas deliver and cakap dia nak wat biopsi selepas luka ceaser aku pulih..maknanya aku kena duduk spital sampai luka aku dah ok sebab prosedur biopsi tu memerlukan aku meniarap di atas bantal. Dia takut luka ceaser tu akan terbuka semasa proses tu.

Dr Hui pulak tiap2 hari datang hanya tengok level kreainine aku. Masa lepas deliver level kreatinine aku tiba2 melonjak naik 380. Lepas tu naik 400 then 450.. Risau tul aku. Bila tanya pada Dr Hui dia kata itu perkara biasa sebab aku baru lepas deliver..nanti dia akan turun semula. Memang benar apa dia cakapkan..lepas tu level kreatinine aku slowly turun.

Aku ada tanya Dr Hui pasal renal biopsi tu. Dia terkejut and dia kata dia tak pernah order pun biopsi. Dia tanya doktor O&G sapa yang order biopsi tu, doktor tu cakap la doktor M.O  buah pinggang and Dr Liu. Dr Hui kata tidak perlu buat biopsi..tapi dia suruh aku buat ultrasound buah pinggang sebab dia nak tau saiz buah pinggang aku.

Lepas buat ultrasound aku dapat tau yang ada 1cmx1cm cyst terletak di dalam buah pinggang sebelah kanan. Saiz buah pinggang kanan aku sedikit mengecut dari yang belah kiri. Pakar urology kata biasanya cyst tidak merbahayakan sebab kandungan dia biasanya air tapi bagi kes aku dia nak pantau. Dia suruh aku datang pada bulan 8 nanti untuk MRI. Dia nak tengok cyst tu dengan jelas..kalau makin membesar nanti ada la kot tindakannya.

Bila dah berhari2 duduk di wad tanpa apa2 rawatan, aku jadi semakin boring. Masa memula masuk hospital aku tak kisah pun sebab aku bersedia nak buat rawatan. Tunggu punya tunggu tiada sebarang rawatan pun dilakukan. Lepas tu aku makin rindukan Insyirah. Lama sungguh tak jumpa dia..pernah masa tu aku dah hari ke 7 bersalin aku minta turun ke lobi untuk jumpa Insyirah. Mujur nurse tu bagi...jumpa je Insyirah aku tak tahan nak menangis..mengalir jugak air mata aku. Insyirah pelik tengok maknya menangis..aku rasa Insyirah lain sangat masa tu. Banyak sangat cakapnya...tanya aku macam2. Macam dah berbulan2 tak jumpa..banyak perubahannya.

Hari ke 8 dan seterusnya Dr Hui tetap datang hanya untuk tengok level kreatinine aku. Masa tu dah turun ke 420. Dr Hui pun macam dah beri hint nak discharged kan aku..Dia suruh nurse setkan appointment jumpa nephrology dua bulan lagi.

Hari ke sebelas selepas bersalin, aku discharged dari wad tanpa terima sebarang ubat. Sebelum balik aku pergi tengok baby dulu. Aku maklumkan pada nurse yang aku boleh balik rumah dah. Nurse kata bila susu abis nanti dia call aku. Maknanya di rumah aku kena wat stok susu. Rasa berat hati masa nak balik tu..aku tau mesti aku akan teringat2 kat baby.

Dua tiga hari sekali aku akan datang ke hospital tengok baby dan bawa stok susu. Keadaan aku macam biasa..macam dulu. Masa discharged ari tu, level kreatinine aku turun 400 dan urea pun dah turun dari 19 ke 16.9.

Sekarang ni aku cuba kaedah rawatan Homeopathy. Dah dua kali buat rawatan..kena datang lagi hari Rabu ni. Nak tunggu rawatan dari hospital lama lagi appointmennya. Mak aku yang beria suruh pergi wat Homeopathy tu. Masa kat klinik tu aku ada jumpa makcik yang sakit buah pinggang tahap kronik. Dia sepatutnya kena dialisis dah tapi dia wat rawatan Homeopathy dah ok dah sekarang. 2 tahun jugalah dia berubat..dari tak sihat susah nak jalan sekarang kuat dah naik turun bukit. Aku harap aku pun akan pulih dari penyakit ni. Professor Ali yang merawat aku ni kata, buah pinggang aku terganggu disebabkan cyst tu blocking saluran buah pinggang aku. Penyakit aku masih belum serius sebab tu aku takde simptom2 macam orang lain. Dia kata kalau level kreatinine dah 900 baru akan terasa lemah badan, kaki bengkak dan sebagainya.

Apa yang aku harapkan adalah aku sihat kembali sebab aku nak jaga suami dan anak2. Aku redha dengan ujian Allah ni dan aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Aku bersyukur suami dan keluarga sentiasa berada di sisi sewaktu aku perlukan mreka. Banyak pengorbanan diorang pada aku. Aku juga berharap babyku sihat sejahtera..tak sabar nak bawa dia pulang ke rumah..Bila aku di rumah ni selalu teringat pada baby mesti aku menangis. Rindu sangat dengan dia..aku teringin nak dukung dia and susukan dia. Nak cium pipi dia..Semoga Allah kuatkan hati ini dan lindungi anakku..

Sekian, cerita berpisode ini..