Tuesday, February 23, 2010

melepak di Hotel Concorde lagi

Aku sekarang berada di Hotel Concorde Shah Alam....lagi...encik suami kena pergi kursus di tempat yang sama macam bulan lepas.


Sepanjang berada di sini aku main facebook + buat kerja master + tengok tv + melayan Insyirah. Oleh kerana Insyirah sekarang dah pandai merangkak, maka aku kena extra careful la menjaga budak kecik itu...takut dia tergolek jatuh pula. Seperti biasa bantal disusun untuk mengelakkan berlakunya terjun tiruk di dalam bilik hotel ni.




Ni rupa Insyirah menonton tv...pandai lak tu tengok tv macam tu..Dia tengah tengok kartun CatDog..khusyuk lak tu tengok..oh sila abaikan pemandangan yang cantik itu ye hahahaha. Nampak tak gambar diapers tu? hehehehe duk sini kenala pakai yang disposable punya...kalau pakai cd kang nak basuh kat mana lak.


Hmm..bukan men lagi...


Gambar seterusnya diambil bila telah terkantoi aku tengah amik gambar dia. Insyirah sekarang pandai dah bergambar..pantang namapak aku pegang hp nak amik gambar mula la buat muka comel dia tu hehehe..nampak tak gigi dia? Ada 4 ketul dah..hehehe

Tu jela update tuk kali ni..aku lapar bangat ni..tengah hari tadi aku makan megi cup je. Encik suami suh order makanan tapi aku mati akal tak tau nak order apa...oklah sekian..

Wednesday, February 10, 2010

Merapu di malam hari itu kekadang best

Cis boring sungguh dengan belog ini kan? Sebulan sekali je update. Ni semua pasal internet yang macam sampah masyarakat. Aku heran la, kenapa la servis broadband ni sungguh menyedihkan...ingat orang duk ulu tak reti men tenet ke?? Apa salahnya kalau satu Malaysia ni even duk ceruk mana pun, ada 3G or senang cerita internet yang takkan membuatkan pengguna rasa macam nak gigit2 je tengkuk jiran sebelah rumah walaupun jiran tu takde kena mengena pun ngan hal ni. Kenapa?? Menyusahkan tul la...lagi2 kepada petani maya yang gigih macam aku ni..hari2 nak bukak Farmville tu..alahai... rasa nak tertidur pun ada. Dahla tu, bila dia dah siap loading sekali blank pulak..ada rumput je..tanaman ke binatang ke semua takde..bedebah sungguh..ha aku marah ni..jaga..jaga..aku marah ni..

Ok lupakanlah yang aku tengah marah..saudari dan saudara yang membaca ni pun bukan kisah ye tak aku marah ke tidak hahahahaha


Eh raya cina nak dekat la...seronot wei...tambah2 lak cuti raya lama pastu adik2 aku semua balik kampung..yeyeyeyeye!. Aku suka sangat kalau dapat berkumpul reramai...bolehlah nak bergonjol or bergonjeng lebih sikit..sekarang ni pun kekadang gonjol jugak..depan suami la..takpun depan mak aku huhuhu depan Insyirah penah gak tapi dia blur je kalau aku gonjol2 depan dia..tau ke gonjol tu apa? Alaaa...gila-gila la...masa aku muda remaja dulu, aku suka sakat adik2 and mak aku sampai mak aku selalu cakap camni "yuyun ni aku tengok gonjol semacam je" takpun dia kata "ha dah mula la gonjolnya tu". Alaaa...gonjol2 buah je...bukan over pun huhuhu ok, aku tak tau apa la motif aku citer pasal kegonjolan aku ni? Hmm untuk meriakkan diri kah? Takkan gonjol pun nak riak...ok stop.

Sejak akhir2 ni kan aku tak tau la kenapa aku selalu sangat teringat perkara2 yang berlaku masa zaman2 sekolah dulu..ala2 flashback dalam movie gitu..kadang2 rasa geli hati lak bila teringat. Memori daun pisang ni semakin kuat terimbas maybe sebab aku duk sini kot..yelah dekat ngan sekolah..tambah pulak aku selalu ikut mak aku hantar adik bongsu aku ke sekolah tu (Sek. men. Sains Kota Tinggi).

Kalau la aku leh putar balik masa, agak2 apa yang aku nak betulkan? tapi bila fikir2 balik aku berada di tahap ini sekarang disebabkan masa silam aku..kalau aku betulkan apa yang silap dulu boleh ke aku dapat apa yang aku dapat hari ni? Mesti jadi lain kan? Tah2 tak jumpa pun ngan encik suami..huhuuh no no...takpelah, takyahlah putar balik masa...putar roda impian bolehla..saya putar Kiran!!!!!!!!!! wang besar...wang besar..hahaha

Bilalah wang besar nak jatuh melimpah ruah di atas ribaku ini????