Tuesday, April 28, 2009

Menghitung hari guna kalkulator

Salam sejahtera..

Semalam aku hantar sms kepada kawan baik aku time kat sekolah menengah dulu. Dia pun tengah sarat mengandung sekarang ni. Dia kata hari ni genap 9 bulan 10 hari die mengandung...doktor kata bebila masa je leh bersalin. Pastu aku pun terkejut hehehe aku pun kira2 la aku punye usia kandungan. Aku punya 9 bulan 5 hari la! wahahahahaha..due date aku sepatutnya 22 Mei, which mean time tu genap 10 bulan la. Tu tarikh paling maksimum yang doktor bagi. Doktor pun dah pesan kalau ada rasa cam air ketuban pecah ke cepat2 pi spital. Admission letter pun dia dah bagi dah...sungguh mendebarkan la. Kawan aku lagi sorang aritu die bersalin genap 9 bulan 10 hari. Dia cakap dia kuat berjalan..hari2 pi keje naik lrt. Aku pun kuat berjalan juga..huhuhu memang sengaja nak banyak berjalan biar senang bersalin. Harap baby jangan le keluar time abah dia takde kat umah. Minggu depan encik suami nak naik laut semula..walaupun tak lama 2 hari je tapi mana nak tau kan..

Aku dah beli dah breast pump Spectra 3 tu. Aku beli kat mylittleones. Walaupun harganya mengancam dari kedai lain aku tetap pilih yang tu sebabnya tuan punya kedai tu dengarnya sangat bagus pasal breasfeeding ni. Kalau ada apa2 buleh tanya dia.Kopak duit aku hukhukhuk...Khamis ni nak kena wat CTG plak..jangan bil sampai riban2 dah la.

Semalam encik suami tetiba tanya sepanjang mengandung ni tak buat soalan matematik ke? Hehehehe aku pun tak teringat la pasal tu. Dulu penah terbaca emel kenapa orang2 Yahudi ni pandai2 belaka. Antara salah satu cara diorang ni didik anak kan sejak dari mengandung lagi selalu wat latihan matematik. Orang kata apa salahnya ikut benda yang elok kan..so tadi aku cari la soalan2 UPSR ngan PMR. Cari soalan add math kang, baby stress lak..cececece alasan je yuyun tu huhuhu padahal dia yang akan stress guling2 nanti. Ok sadap..

So malam ni aku akan merajinkan diri menjawab soalan2 tersebut. Semoga baby menjadi anak yang rajin belajar macam mak dia juga serta comel macam mak dia juga serta vogue macam mak dia juga serta semuanya macam mak dia juga..sekian.

Monday, April 27, 2009

Meronggeng Akademi Fantasia

Ye..itu tiket Akademi Fantasia. Huhuhu abang yang belikan. Sebenarnya aku tak penah pun minat tengok AF ni. Dari AF 1 sampai la AF 6 mana penah aku tengok. Tapi bila kawen ni lain lak jadinya..encik suami selalu bukak Diari AF..pastu aku pun terjebak. Aku penah cakap kat encik suami dulu, "apakata kite test sekali pi tengok AF. Pasni tak duk KL dah.. takde la nak merasa pi tengok". dan tak sangka lak dia ingat permintaan aku ni huhuhuhu ari Sabtu ari tu kitorang pi Midvalley and pi Rock Corner untuk membeli tiket itu..Oleh kerana pintu masuk bukak kul 8 malam, encik suami cadangkan pi Bukit Jalil kul 6.30 petang.


Encik suami sedang memandu sambil tersenyum kambing kerana bininya sedang mengambil gambar dirinya


Uhuk....kesesakan lalulintas berlaku. Encik suami baru teringat malam tu final bola sepak Selangor lawan Kelantan di Stadium Nasional. Waaaa...wrong timing tul la...

See..punya semangat letak bendera selangor kat keta..aku rasa mostly yang kat jalan raya time tu nak pi tengok bola bukan pi tengok AF *sigh*

Signboard kompleks sukan negara...

Jangkaan kitorang tepat. Punyala ramai yang pi tengok bola. Memang dasat permandangan kat kawasan stadium..nak parking bukan men susah. Last2 terpaksa parking kat tepi jalan mana tah. Kitorang ni lak buta kayu, tak penah pergi pun kawasan tu hahah so ikut je la peminat2 bola sepak ni parking. Jauh giler aku menapak rasanya cam nak terberanak je..huhuhuh penat giler. Last2 sampai gak Stadium Putra. Sebelum masuk kitorang makan burger dulu. Pastu bila masuk je dalam tu memang tak ramai yang datang tengok...seat kitorang belakang sekali, tapi tetiba dengar lak orang Astro tu kata "Sesapa yang nak duduk depan dipersilakan....penuhkan tempat kosong" wawawa aku pun apa lagi..daptla duk depan gak walaupun tak berapa depan. Tapi seat aku tu strategik gak la sebab nampak pentas.

Malam tu aku rasa persembahan Aril ngan Hafiz memang mantop..best la..time Hafiz nyanyi meremang bulu roma. Tapi terkejut ngan keputusan..tengok cam ramai je peminat Aril si awok tu..tak sangka lak dia yang terkeluar malam tu..hehe Aku ni takdela nak undi2..setakat tengok je leh la hikhikhik...

Begitulah cerita malam mingguku bersama encik suami...

Terima kaceh ye abang sebab belikan tiket AF itewwwww....

Friday, April 24, 2009

Jalan2 cari pasal

Aku mengalami masalah tidur sejak akhir2 ni. Tapi aku tak berapa hairan sangat sebab dah nak hujung trimester ketiga memang la camtu kan? Baby kadang terjaga memalam buta, pastu die golek2, tendang2, cucuk2 perut aku sampai aku terjaga hehehe. Pastu bangun nak terkencing lagi. Memacam la..last2 bila bangun kepala cam mengong je. Pi kerja pun rasa malas je..Abang dah asyik sound je suh cuti sampai bersalin tapi aku macam takut nak cakap kat supervisor aku hahahahaha..

Semalam aku kata nak makan Kenny Rogers kan? Time makan tengah hari aku cakap la hajat terpendam tu. Abang kata malam ni la kita pi makan kat Midvalley. Jadi, malam tu kitorang pun pegi la Midvalley..sungguh seronot sekali. Lama dah tak makan makanan berkolestrol tinggi huhuhu


My Quarter meal...


Nak tunjuk air mocha freeze yang sungguh cedap itewww.


Encik suami makan dengan penuh seleranya


Bini zakaria juga makan dengan seleranya..

Memang sangat mengeyangkan..baby pun melompat2 dengan gembiranya di dalam perut sebab dapat makan sedap. Makin chubby la pipi babyku itu..

Sebelum balik singgah kedai majalah and abang belikan majalah Pa & Ma keluaran bulan Mei. Banyak sangat info di dalam tu. Setiap helai aku baca takde lompat2 tak macam sesetengah majalah yang kadang2 iklan je banyak. Infonya pun kadang2 boring.

Mendela aku merapek ni..

Layan nickelback - gotta be somebody..

Thursday, April 23, 2009

Kejutan itu suprise

Malam tadi aku mendapat kejutan dari encik suami di mana dia secara tipunya telah pulang ke rumah pada pukul 1 pagi.

Kul 10 malam sebelum tu dia kata die nak tido..yelah esoknya ada kursus lagi. Aku pun percaya la bile dia kata camtu. Pastu pukul 12 lebih dia bagi mesej suruh bangun. Aku masa tu memang tak tido lagi. Tengah cuba untuk tido sebenarnya tapi takleh terlelap..aku tanya dia napa bangun lak ni? Kata tadi nak tido..die hanya bagi mesej "hehehe" dan "sbb..sbb..sbb". Aku malas nak layan dah pastu..aku ingat maybe dia nak tengok bola ke hapa tetibe dengar bunyi pintu umah aku kena ketuk..hmm dia wat lagi. Selalu bagi kejutan sebegitu rupa..bila aku bukak pintu dah tercongok dah dia kat depan umah. Dia kata dia nak ponteng kursus hari esoknya (hari ni la). Rindu sesangat kat bini la tu hahahahaha sampai tak nyempat2 nak balik umah...

Malam tadi juga kan, aku sempat menghabiskan penjahitan manik di baju kurung aku...hobi baru ni hehehe. Dari tahun lepas aku cuba belajar sendiri camne nak jahit manik pada lengan baju. Lepas kawen ni aku bergiat aktif lagi belajar secara sendirian berhad tanpa pergi ke mana2 kelas menjahit. Aku beli buku cara2 nak jahit manik and aku search internet pasal bendalah ni. Ada orang kata kalau jahit manik kat baju, nanti tanggal bila basuh...actually kalau kita tau nak jahit dengan betul, manik tu boleh bertahan di baju bertahun lamanya. Pemilihan manik juga penting kalau nak cantik la..kalau beli manik cikai mungkin hasilnya kurang memuaskan and ada yang akan luntur warna bila kita basuh. Nak yang bagus belilah manik Jepun. Aku selalu tengok fotopages penjahit manik tegar ni..leh wat duit woo...sepasang baju nak dekat seratus upah menjahitnya..ramai plak tu pelanggannya...tapi aku takdela nak wat bisnes menjahit manik ni..sebab aku tidak tegar..dan aku budak baru belajar.



Ni baju yang aku siapkan malam tadi..ada lagi pattern2 lain yang aku dah jahit tapi malas lak nak amik gambo hehe..aku dah slow sket sekarang menjahit2 ni sebab perut dah besar sangat. Kalau duduk bersila tu alahai...sesak nafas aku..baby pun tak selesa asyik duk tendang rusuk aku je. Takkan nak menjahit baring lak..so aku stop sampai baju ni je la...lepas bersalin nanti leh la sambung balik..aku nak test jahit pattern manik tabur lak. Orang kata kalau jahit pattern ni leh kelabu bijik mata hehehe sebab banyak sangat maniknya..

Ni contoh jahit manik tabur..aku amik gambar ni dari fp Puan Noraini. Silalah klik pada nama tu kalau nak tengok pattern yang lain..

Nota lutut: Dah lama tak makan Kenny Rogers nyum nyum..kena ajak encik suami pi makan sebelum beranak ni..huhu

Wednesday, April 22, 2009

Hari ini hari di dalam dilema

Hari ini hari di dalam dilema..

Sejak semalam aku duk usha breast pump untuk breastfeeding lepas bersalin nanti. Aku usha satu je brand iaitu Spectra 3..electrical breast pump kerana aku malas memerah secara manual. Lembu pun orang len perahkan susu dia, so aku tanak la perah sendiri hahahahahaha jatuh la standard aku dari lembu.

Ok the dillema is...which package should i choose????

Rege menatang ni memang mahal..tapi yang paling mahal adalah jenama Medela. Kalau beli Medela ni menggigil gak la bile nak membayarnya. Jenama Spectra ni terkenal dengan bunyinye yang malu2 nak kuar..maknanya senyap la time pumping tu. Pastu die high suction power..leh pam dalam keta tp kena beli adapter la, and macam2 lagi la kelebihan dia. Spectra 3 ni harga asal dia rm388 tapi mostly aku tengok kat kedai2 online ni diorang jual range dari rm320-368. Itu single pumping..kalau nak double pumping bagi meningkatkan kuantiti hasil pengeluaran kena la beli satu lagi Breastshield kit. Setelah meninjau2 di beberapa kedai online ni ada beberapa kedai aku rasa ok la tawaran die.


1 Spectra 3 Electric breast pump = Rm368

Free 8 pcs Bumble Bee: BPA Free 5oz PP Breastmilk Bottle worth rm38.90

1 Breastshiled kit = rm50


TOTAL = RM415

Namun begitu ada juga package deal..yang lengkap:


www.enjoybreastfeed.com




This set contains:

  • Spectra 3 Breast Pump
  • 2 Breastshield Sets
  • 1 PP storage bottle
  • Moms Precious Backpack bag
  • Moms Precious Cooler kit
  • Moms Precious 10 Storage bottles and 2 Feeding cups
  • 1 air dry pouch
  • 3 Ice Packs
TOTAL = RM575.50

Begitulah adanya..kalau aku beli kat mybbstore tu aku kena beli cooler bag kat Carrefour berserta ice cooler sebab kat Carrefour murah..kalau beli kat kedai yang sama beg die rm100+ huhu...

Encik suami suh beli yang full package kat enjoybreastfeed.com itu..tapi kena pakai kad kredit aku la..hmmm alasan die "bukan kite yang pakai", kite tu diri dia la tu..bahasa manja kunun2nya..Mentang2 la kad kredit aku belum pakai separuh pun dari limit..

namun begitu malang menimpa hihihi enjoybreastfeed.com tidak menerima bayaran menggunakan kad kredit. Nak guna cash memang leh tapi sayang la plak duit tu nak wat bayar bil spital nanti..huhuhu jadi aku pun cari lagi kat kedai lain jumpa yang ni lak

www.diyaluna.com

  • Spectra 3 breastpump
  • Moms Precious traveler bag
  • Moms Precious cooler bag
  • 3 ice packs that can last up to 12 hours
  • Extra Spectra breast shield set (for double pumping)
  • 1 Spectra bottle and
  • 6 Moms Precious breastmilk storage bottles with 2 sipped cup
TOTAL = RM550

Lagi murah...tapi takleh pakai kad kredit juge huhuhuhu...

Cari lagi..jumpa yang ni lak..


momslittleones.com

- Spectra 3 Breastpump
- Moms Precious Smart pack
- Extra Spectra Breast shield set (for double pumping) and
- 4 Moms Precious Breastmilk Storage Bottles

Note: You get a total of 11 breastmilk storage bottles with this set). The above package is worth RM 746.00 but is offered to you at only RM 590.00 !!
So, you get to enjoy great savings if you get this package. Savings of up to 20%!!

TOTAL = RM590

kedai ni terima kad kredit...hmmm.....tapi jumlah botol die 11..manyak gak tu.
Kemudian ada satu lagi kedai..

www.fabulousmom.com

-Spectra 3 Breastpump - demo unit available for trial in our showroom
- Mom's Precious Smart Pack (consists of 1 big backpack, 1 cooler bag, 3 icepacks and 6 bottles worth RM229)
- Extra Spectra Breast shield set (for double pumping) and
- 1 Free Fabulous Mom Angel nursing bra worth RM35.90

TOTAL = RM590

sungguh berdilema...
Yang mana satu pilihan hati..lain2 kandungan set tu..kena bijak memilih heheh abang kata kalau takleh guna kad kredit, bayar je cash gune duit simpanan..hehehe green light tu..tapi tahla aku ni jenis berhati-hati sikit kalau pasal planning ni..yela duit tu plan wat bayar bil kang watnye apa2 hal jadi, mana nak cekau duit huhu..

Manyak belanja bila anak sulung ni..semua nak kena beli. Nanti next baby takyah beli dah..lagipun breastpump ni leh di servis and spare part die leh cari kat tenet je..aku beli ni pun sebab aku menyokong 100% breastfeeding. kalau leh sampai anak aku 2 tahun aku nak breastfeed die..Jimat takyah beli susu formula yang regenya memang boleh menyebabkan poket kempis tiap2 bulan. Dengan mengepam susu selalu boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu dan susu ibu boleh disimpan di dalam freezer sehingga 2 bulan. Cume diharapkan baby aku nak le breastfeed ni..watnye tetibe die taknak hahahaha membazir la susu itewwwww....kalau jual muleh tak ek? kekekekeke...

Begitulah cerita aku dan puan dilema..sekian wassalam..

Tuesday, April 21, 2009

Jagalah kebersihan dengan bermandi manda

Dah berbulan2 Encik Yos tidak dimandikan...Encik suami dah bebel2 kerana keta die yang tak hensem tu kotor. Ala, die tu pun sama gak tak mandikan si myvi gemuk aku tu. Fair and square la hehe..

Namun begitu, setelah mata aku jadi sakit melihat betapa Encik Yos semakin tak hensem aku pun dengan berat perut pi la bawak Encik Yos mandi di Pantai Hillpark.. (Pantai Hillpark bukanlah sejenis pantai tetapi nama tempat) . Sampai je tempat tu aku tengok punye la banyak kereta sedang beratur tunggu turn untuk dimandikan..hmmm nasibla badan, mesti berjam2 tunggu ni. memang betul jangkaan aku dekat sejam lebih juge la aku dok tunggu Encik Yos siap mandi dan di pedicure serta manicure. Sambil2 tunggu tu, aku makan karipap sardin yang dibeli di pasar malam depan Vista Angkasa. Sebelum turn Encik Yos di pedicure and manicure, ada satu keta waja ni. Abang2 India tu mengulit serta membelai dengan penuh manja keta tu sampai boot belakang pun die bukak and bersihkan tau. Dalam hati aku mesti tuan keta tu suruh kot..bayar pun lebih agaknya. Aku tengok je la sampai le abih..dah abih tu salah sorang abang tu pi kat sorang pompuan India ni and bagi isyarat keta dah siap dibersihkan. Pastu aku tengok pompuan tu hulur sekeping RM10 and lelaki tu amik duit tukar die hulur 3 keping duit sehengget. Wahhhh...rm7 je???? Kenapa selama ni aku bayar rm9? Kenapa pakcik perdana yang ada sticker Istana Negara tu pun bayar rm9 juge? Adakah kerana aku makan belacan maka kena bayar rm9?

Walaubagaimanapun, aku cube bersikap positif. Sedara die kot..tah2 kakak die ke, girlfriend die ke..so aku malas nak pikir and wat dono je la. Tapi kalau bukan sedara mara pun aku tau niat die nak tolong bangsa dia..tidak macam bangsa Melayu yang cukup la berkira kalau berniaga ni...tak semua la camtu tapi mostly aku tengok camtu la. Even orang Cina pun kalau berniaga kadang2 rileks je bagi diskaun tak kira la kat Melayu ke India ke..sebab die tau itu salah satu cara melariskan jualannya..mana la diorang ni tak maju dalam bisnes kan??

Ceh..pandai je mengomen aku ni..
Encik Yos sedang menunggu turn untuk di pedicure


Encik Yos sedang di pedicure dan manicure


Rupa Encik Yos setelah dimandikan..sedikit kacak dari sebelum ni. Kepada Encik suami sile mandikan myvi gumuk sekarang juge!


Ops..encik suami sudah berada di daratan dah..Pagi tadi kol 8.45 die bagi mesej yang berbunyi "Diang" which mean diam..diang tu bahasa Ganu. Amende yang suh aku diam pun aku tak tau la sebab masa tu aku tak bercakap pun..Sekarang die on the way balik Endau umah mak abah dia. Esok pi kerteh semula untuk kursus..hmm sian aku kena tinggal..ni la nasib isteri kepada seorang nelayan.

Monday, April 20, 2009

Blog ini sudah tukar title

Mulai hari ini blog ini sudah bertukar nama kepada BINI ZAKARIA huhhu..tak best plak nama yang dulu tu. Panjang bebenor..lagipon kalau tukar ke Bini Zakaria kan matching ngan url blog ni hehehehe...

Panas je sekarang ni...tido memalam pun berpeluh2. Duduk kat lam lab ni pun panas gak walaupun aircond die besar gedabak...musykil sungguh aku. Rasa nak bakar je aircond ni..

Malam tadi chatting ngan encik suami..die kata ada berita buruk yang ingin disampaikan. Tetibe die offline..bertuah sungguh, saja je nak wat aku suspend. Tak lama pastu hp pun menyanyi2 lagu Akon si nananana tu..sapa lagi kalau bukan encik suami. Die kata berita buruknya adalah die kena kursus kat Kerteh pada 22 dan 23 haribulan huhuhu...siap tanya "sedih tak?". Aku cakap la sedih..die hanya mengasihani aku sahaja..tengok2 mana la aku tak kurang kasih sayang..patutnya dia balik ke darat ari esok tapi kena tangguh sampai Khamis pule..sabar je la..

Aku takde idea sebenarnya nak taip apa kat entry ni uhuhuhuhu..kekurangan idea pulak sejak akhir-akhir ini. Hmm malas dah nak pikir..end kat sini je la..daaa

Nota buku lali: Prison Break season 4 tetibe bersambung lak episod 17. Hmmm...kena donlod ni. Ingat dah masuk season baru..