Monday, September 28, 2009

Bisiswa hampeh, Insyirah meniarap





Selamat hari senin..hahah apakah?

Arini aku pergi belajar..sampai je lab aku amik surat perlanjutan bisiswa and pi pejabat bendahari..orang bendahari tu kata kena rujuk IPS lak sebab dia kata dia tak terima apa2 bayaran dari IPS...dia kata lagi ada gak beberapa student memiliki masalah yang sama..aku pun dengan cutenya gigihnya pergi ke IPS pula. Orang kat situ lak kata dia baru je nak buat pembayaran untuk bulan september...aikkkk????? camno tu? aku tanya la napa kawan2 aku yang lain dapat dah sedangkan surat diorang pun sama gak aku iaitu perlanjutan bisiswa bermula sepetember..dia tetap kata dia baru nak buat pembayaran..dia baru buat pembayaran untuk julain and ogos je..september belum lagi. Pastu aku tanya bila lak nak dapatnya duit tu? Buland epan ke? dia kata mungkin...huhuhuhuh bulan depan???? nampak gayanya terpaksa la tangguhkan pembayaran keta bulan ni...pening2...

Boring la citer pasal duit ni...citer pasal Insyirah la pulak..Untuk pengetahuan Insyirah ku sayang ni belum pandai apa2 lagi..dia cuba untuk meniarap sebelum2 ni tapi takleh sebab badannya yang besar hehehe...masa balik kampung aritu ramai orang tegur tentang size badan Insyirah...begitu sihat dan kuat hahahhaa...baby yang baya dia suma kecil2 je. Suma tanya makan apa...aku cakap la susu badan..dia belum 6 bulan lagi mana leh bagi makanan pejal..

Anyway, malam tadi tengah aku duk tengok tv ngan mak mertua aku tetiba Insyirah berusaha nak meniarap...memang dah boleh meniarap tapi tangan dia tertindih so bertungkus lumus dia nak tarik tangan dia tu..berpeluh2..mendengus2..aku ngan mak mertua memberi sorakan ala2 pom2 girl macam citer Bring It On tu cuma kitorang takdelah panjat2 or guna pom2 hahahaha nak mampus? Dekat 20 minit gak la dia berusaha last2 die berjaya!! Yeyeyeyeyeye...lepas dah meniarap tu dia rasa penat kot..nak angkat kepala pun tak berapa larat..last2 dia marah and nak nangis hahaha pulak dah...tadi beria sangat..dah dapat marah pulak...apa2 pun syabas kepada anakku Nurul Insyirah kerana berjaya juga meniarap..bleh berlatih lagi pasni sampai terer..


First attempt, tanga saya tertindih yang belah kanan tu..camno nak buat ni


Hoh..penat..rehat sebentar dengan melentokkan kepala


Aha..pose ni memudahkan untuk menghisap jari..isap jari jap..pasni sambung semula


Yesss...berjaya!!!!

Ok sambung isap jari semula walaupun dah berjaya


Isap lagi...

Angkat sket kepala..nak tunjuk kepala motak saya huihuihui

Ahhh surrender...penat kepala saya...


Second attempt...iyahhhhhh..montot semua dah ok dah..tinggal kepala je


Ohh..berjaya lagi...



Eh lupa plak nak cakap kan...mesti ada tertanya2 camne ngan masalah Insyirah tu?? cecece..yeke ada yang tertanya2? perasan je aku ni..

Actually setelah usaha menggunakan pelbagai jenis botol and puting susu, usaha aku tidaklah berhasil...Insyirah masih taknak minum menggunakan botol. Last2 solution yang aku ada guna syringe je la..tadi aku pesan kat mak mertua aku suh guna menatang tu kalau dia nak susu...tak tau la result nya camne..balikkang baru leh tanya. Masa raya aritu aku ada jumpa ngan sepupu encik suami..anak dia muda sebulan je dari Insyirah. Dia pun fully bf anaknya..bila antar nursery dia bekalkan EBM. Dia cakap anak dia pun dah mula taknak minum dari botol...dia kata biasa dia bekalkan 4 botol EBM tapi anak dia isap 2 botol je..itupun dua2 botol tu tak abih diminum. Anak dia sanggup berlapar tunggu mak dia amik dia...sib baik sepupu encik suami tu kerja sebagai guru..so separuh hari je la kerja...kalau kerja kat company ke tak ke haru..berlapar sampai petang..

Begitulah citernya...agaknya budak2 ni bila dia dah mula membesar dia dah pandai memilih kan? hmmmmm....susah tu..

Sunday, September 27, 2009

Adik-beradikku

salam...

lebih kurang kul 5.30 tadi aku hantar adik aku ke UM...dia tumpang aku balik semula ke sini sebab tiket bus dah takde. Masa on the way nak balik semula ke rumah lepas hantar dia tu, hati aku rasa sayu..sedih sangat rasa hati..kenapa ye? adakah kerana aku rindukan encik suami yang sudah pun pulang ke tempat kerja dia nun jauh di lautan itu? atau aku rindukan suasana hari raya aritu? atau aku rindukan mak and bapak aku? atau aku tension memikirkan master aku yang banyak sangat masalahnya ni?????

Mungkin semua tu...sepatutnya di delete kan sahaja "atau" tu..bila ada banyak masalah mesti macam2 aku fikir..terasa ingin kehidupan yang dulu la apa la...patutnya aku bersyukur ngan apa yang aku ada sekarang..hmmm entahla..

Anyway cakap pasal rindu, aku teringat adik aku yang duk kat Langkawi tu...dia adik bawah aku..maknanya dia lahir pas aku la..muda dua tahun dari aku. Raya baru ni dia dapat pulang ke Johor (2 tahun dah dia beraya kat kedah)..aku sempat jumpa dia sebelum raya. Dia balik 2 hari sebelum raya and masa tu aku memang kat umah mak aku...dia sampai2 je terus pi bilik aku..masa tu kul 8 pagi and aku terbongkang lagi tido pastu terdengar pintu kena ketuk (adik aku naik bus kul 7 mlm sampai kul 6 pagi kat Larkin). Bukak je pintu dia tersengih2 dah depan pintu...dia cakap dia nak culik anak aku..maklumla first time jumpa anak sedara dia tu. Banyak la gak yang aku borakkan ngan dia..ngan bini dia pun sama gak...buka puasa hari tu penuh 1 meja..semua ahli keluarga ada..cukup lengkap dengan makanan yang memang sangat2 banyak heheheh..

Adik aku yang ni memang rapat dengan aku sejak kecik lagi since adik yang no. 3 tu lahir 4 tahun lepas adik aku no.2 ni lahir. Kitorang rapat sesangat sampai pi memana kena sekali, minum susu kena sama2, masuk utan, mandi sungai, main masak2..suma sekali la..penah anak jiran aku bergaduh ngan adik aku and aku dengan rasa tanggungjawab membacking adik aku dengan memarahi budak tu sambil nangis2..sedih sangat la adik kena buli hahahhaa

Kitorang rapat sampai dah besar....sampai la aku dapat tawaran ke asrama penuh time form 1..time tu ok lagi la tapi lepas adik aku masuk sekolah menengah kitorang rapat2 camtu je la..sebabnya dia dah ada kawan2 lain..plak tu dah pandai bawak motor..asyik berjalan je la. Tapi still rahsia dikongsi bersama huhuhu..adik aku ni sebenarnya seorang yang sangat manja...serius manja..sebelum raya aritu dia kol mak aku..kebetulan aku ada kat umah. Semua orang kat umah tu dia nak bercakap...kena pass2 hp. Masa cakap ngan aku dia suh aku mms gambar semua family time tu gak..pastu mak aku cerita la yang adik aku ni penah call mak aku nangis2 sebab dia rindu sangat nak balik Johor...cian dia. Tu la sapa suh keje jauh2 pastu kahwin ngan orang jauh2 gak..kan dah payah nak balik kampung hehe

Walaupun aku citer pasal adik aku no.2 ni tapi ngan adik2 lain aku rapat gak...adik yang no. 3 tu pendiam tapi bila jumpa aku memang aku akan berborak ngan dia..nak bagi dia banyak cakap sikit hehe..adik yang bongsu tu lak rapat sebab dia perempuan....kat sapa lagi dia nak rapat kalau tak aku kan?

Cenggitu la kisahnya...aku sentiasa harap hubungan kitorang adik beradik elok je sampai la akhir hayat...takde gaduh2 rebut harta la, gaduh2 taknak jaga mak and bapak la..huhu nauzubillah..aku buka apa, dah banyak dah contoh aku tengok adik beradik bergaduh sesama sendiri..tak best la..kecik2 dulu main sesama dah besar kenapa nak gaduh2 lak kan??






Saturday, September 26, 2009

hari rayaku

Selamat Hari Raya..dah raya ke berapa ek ari ni? kohkohkohkoh aku malas la nak mengira..aku bukannya suka bab2 mengira ari ni. Tak tau la napa..memang dah ada dalam DNA aku kot.

Aku pulang semula ke KL semalam..kalau ikutkan lagi besh balik esok kan since senin baru belajar semula tapi encik suami tershenta akan mula bekerja semula esok huhuhu..

Cakap pasal belajar kan, biasiswa aku untuk bulan September tak masuk lagi huhuhuhuhu...aku kan baru sambung biasiswa untuk september hingga januari tahun depan since biasiswa aku tamat bulan ogos aritu. Yang aku ni tak sangka la biasiswa nak masuk awal macam orang keje gomen yang lain...aku pun dengan innocentnya balik je la ke kampung...pastu bila dah kat kampung hari2 aku check cimbclick tapi haram takde pun duit masuk...last2 kelmarin aku tanya member aku and dia kata die punya masuk 10hb aritu kuikuikuikui..nasib baik la raya tahun ni aku raya kat kampung encik suami so takdelah kuar duit nak bagi duit raya kat bebudak kan hehehhe...aku bagi mak, bapak and adik2 aku je...so ari senin ni terpaksa la aku pi Bendahari and tanya pasal benda ni hmmmm...tergaru2 kepala aku pikir camno nak bayar keta, umah and bil2 suma..takkan nak suh encik suami bayar semua (sebelum ni kitorang pakat bayar aku bayar sikit yang lebihnya encik suami bayar)...buatnya biasiswa tu dia masuk sekali ngan bulan 10 punya tak ke haru tu? huhuhu..

Anyway, citer pasal raya lak...hmm camno raya kalian semua? ada bagus? seronot? main bunga api tak? mercun? aku tukang tengok je..main takdela walaupun dalam hati teringin nak main kahkahkah..aku dulu mercun padi tu rilek je bakar kat tangan and baling..ada orang dia letak bawah and nyalakan kan? pernah adik aku bakar mercun padi tu kat tangan and tak sempat baling dah meletup...pecah jari dia hahaha berdarah banyak la jugak tapi takdelah pi spital...kena padan ngan ahli keluarga yang lain sahaja termasukla aku...guling2 gelak sampai masuk semak..ops sangat tipu..gelak2 buah je..

Penuh dengan bebelan tak entry ni..macam entry lepas je kan? hahahahaha..tengah ada banyak idea camni la..aku punya raya tahun ni best le jugak...meriah woo since family abang sangat la ramai..i mean sedara mara dia la...macam2 makcik..mak ngah, mak teh, mak uda, mak anjang, mak teh...tu belum sebut pak2 nya lagi hehehehe pastu dua2 family belah mak mertua and bapak mertua semua duk dekat2 situ ha mana la tak ramai...dengan sepupu sepapat yang aku tak hafal pun nama diorang huhuhuhu ramai bebenor..seketul dua je aku ingat..

Aku beraya di Endau sampai raya ke 3 je then aku balik kota plak..nak bagi mak aku lepaskan rindu dendam kat Insyirah..biar dia manja2 ngan Insyirah lama sket...yelah jumpa sekali sekala kan..sian orang tua tu...asyik cakap rindu kat cucu dia je..

Dahla, malas nak menaip lagi dah...cekidaud foto raya je la


hari raya pertama




hari raya ke dua


Tuesday, September 15, 2009

kenangan berhari raya

Aku melom beli lagi puting Nuby yang macam kak Tini cakap tu...encik suami penat je memanjang...maklongla puasa hihihi cam budak2 lak...opsss...maafkan dinda ya kanda termengumpat kanda di sini..selamat hari raya...eh apa ko merepek ni yuyun?

Cakap pasal raya kan, aku kadang2 rasa excited nak beraya kat kampung encik suami kadang2 rasa sedih pula huhuhuhu...tiap2 tahun beraya kat kampung wan aku di Kluang...tahun ni tak raya kat sana...mesti aku rindu ngan rutin atau aktiviti2 raya aku..

Biasanya sehari or 2 hari sebelum raya kami sekeluarga akan balik ke rumah wan...sepupu sepapat dan makcik2 serta pakcik2 pun balik time tu gak. Pastu mesti ada aktiviti mengayam ketupat...aku terer mengayam ketupar sate je...tapi wan aku lagi prefer kalau kitorang anyam ketupat bawang..dia kata lagi besar dari ketupat sate hehehe.

Pastu sehari sebelum raya adalah aktivit bergotong-royong di dapur..seperti biasa bapak aku akan jadi ketua chef. Aku tak pasti la sejak bila tapi family mak aku suka tul kalau bapak aku masak ayam masak kicap and sambal goreng...kedua2nya adalah menu orang Jawa...ye makan ketupat dengan ayam masak kicap....bapak aku kan jawa sejati...tapi lain2 menu cam rendang, sayur lodeh serta sambal kacang tidak dilupakan...

Oleh kerana cucu wan aku ni ramai perepuan, maka semua kerja2 mengupas serta memotong bawang, halia dan senagainya menjadi kerja kitorang la..nanti makcik aku letak segala bawang, kunyit, halia, lengkuas dalam satu dulang besar..pastu semua sepupu2 pompuan duk keliling tu and bergotong-royong mengupasnya...sambil2 tu kitorang bergosip ria serta menceritakan kehidupan masing2 dengan riaknya sepanjang tahun tu...yelah..setahun sekali jumpa kan..banyak la citernya...

Namun begitu kekadang kan aku kena buat satu tugasan yang memang tak best iaitu mencabut bulu ayam...eeeuuuuu...busuk ok...aku tak suka bau ayam mentah..rasa nak muntah kat situ jugak...tapi tu dulu la masa kecik2..sejak dah bergelar remaja yang matang *wink* aku tidak lagi ditugaskan mencabut bulu idung ayam itu...tugasan tersebut telah diserahkan kepada sepupu2 lelaki pula (dulu time aku kecik diorang lagi kecik..maksudnya lagi muda la since kebanyakan sepupu lelaki mesti anak kedua, ke 3 or bongsu, takkan nak bagi budak2 cabut kan? dah besar ni leh la).

Pastu kalau ada masa aku menjadi assistant kepada bapak aku..tugasan itu bukan mudah ye rakan2 huhu..aku mestilah memastikan semua bahan2 untuk dicampak di dalam kuali gergasi ada dan sudah sempurna tersedia..pastu aku hulur2 je kat bapak aku..dia yang campak lam kuali. Susah kan? kahhh...

Pastu malam rayanya tu kitorang semua tak wat apa2....kalau ada bunga api, sepupu2 yang masih kecil pi la main kat luar...yang dah besar remaja matang serta dah jadi mak budak duduk tengok je la..takpun tengok tv..biasanyakan banyak citer best2 time raya kan...ha layan je la..

Sok pepagi butanya aku mesti mandi dulu huhuhu kul 6 pagi bangun dah wei...ini kerana bilik air umah wan aku tu cuma satu je..orang yang nak gunanya berpuluh orang...huhu. Pastu baru la kaum lelaki semua beratur mandi...nak semayang raya kan..kitorang yang sepupu pompuan serta makcik2 semua ke dapur untuk menyediakan sarapan yang merupakan ketupat serta lauk pauk yang dah dimasak hari sebelumnya..Lepas berseronok makan sampai perut boyot, semua kaum lelaki pergi la ke masjid..yang pompuannya pulak bersiap2 la pakai baju baru and mekap2. Lepas kaum lelaki pulang, kitorang pun berkumpul di ruang tamu and bersalam-salaman...sambil2 tu dapat le duit raya huhuhuhu

Lepas sesi bersalam-salaman, kitorang bergambar2 pula...kemudian barulah gerak ke rumah mak ngah kami yang tinggal tidak jauh dari umah wan. Lepas beraya kat situ kitorang balik semula ke rumah wan...bagi keluarga aku, sampai je umah wan kitorang bersiap2 lak nak balik kampung bapak aku di Parit Raja, Batu Pahat. Walaupun kedua2 embah dan nenek aku dah takde tapi adik beradik bapak aku sangat2 la akrab..tiap2 tahun mesti beraya sama. Sampai je Parit Raja kitorang tunggu semua makcik2 and pakcik2 yang lain sampai..then bergerak sesama ke rumah2 sedara mara yang lain..sedara mara bapak aku sangat ramai di batu pahat tu...segala sepupu, mak sedara, pak sedara, nenek sedara or atuk sedara semua duk situ..memang beraya sakan la..tapi aktiviti paling wajib bagi keluarga bapak aku adalah berkumpul di rumah abang sulung bapak aku. Biasanya kitorang akan sampai di sana petang dalam kul 6...lepas solat maghrib berjemaah and makan malam, kitorang gerak sambung beraya semula huhuhu kadang2 kul 11 malam baru balik umah...esoknya sambung lagi beraya...raya ke tiga kalau terasa nak beraya lagi kitorang pi tapi biasanya raya ke tiga kitorang rilek takpun balik semula ke rumah masing2...tapi sejak akhir2 ni biasanya raya ke tiga bapak bawak kitorang pergi reunion sekolah dia..sangat hebat ok...semua tua2 belaka tapi leh wat reunion lagi uhuhuhu

E'eh tak sedar aku membebel macam makcik peah la pula..panjang entry ni huhuhuhu aku tulis semua ni untuk kenang2an je....yelah, kot2 masa hadapan dah tua bangka, dah ada cucu sebelas orang (insyaAllah kalau umur panjang) aku dah tak beraya camni and bila baca entry ni mesti aku tak lupa semua kenangan ni kan..ehehehe

Ok setop di sini..

Sunday, September 13, 2009

Sudah beli botol itu..hasilnya?

Wow lagi seminggu nak raya la u alls...hahaahaha excited lak mak budak ni kan...tahun ni aku raya di kampung encik suami. Dah 24 tahun aku beraya bersama keluarga aku sendiri so buat pertama kalinya tahun ni aku tak beraya ngan diorang...sebaliknya aku beraya dengan keluarga encik suami..keluarga aku jugak kan..boleh la aku tau rutin keluarga encik suami time hari raya ni..

Anyway, aku nak cerita pasal Insyirah aku tu..semalam aku pi Midvalley untuk cari botol susu baru untuk Insyirah...and aku beli ke tiga2 botol susu yang aku sebut dalam entry lepas...ye KETIGA-TIGAnya..nasib baik rakan karib aku si encik kredit kad ada...harga sebotol tu bukan sepuluh dua puluh hengget huhu yang paling mahal botol Nuby, rm50 okay...kopak aku..Pastu sampai umah aku excited la nak bagi Insyirah susu...aku keluarkan EBM dari peti ais..selepas dah sterilize botol2 tu and hangatkan susu aku suh encik suami try bagi...HAMPEH! Seketul botol pun dia tak berkenan...siap dia sembur2 tau air susu tu..boleh2 dia tolak keluar puting botol tu..tangan dia pun pandai dah tolak botol tu...sedih..pastu aku kata kat encik suami, "esok kite try yang fresh EBM...kena paksa gak dia minum" Encik suami angguk je...

Pagi tadi aku try lak untuk fresh EBM..serupa juga..abis dia sembur2 air susu tu..melimpah keluar dari mulut dia..bila aku bagi direct bf laju je plak dia minum...tension aku...camno nak buat ni..


Friday, September 11, 2009

Menyelesaikan masalah Insyirah

Sudah lama tidak berbelog..huhu ye ke? Masalah Insyirah masih belum dapat diselesaikan..aku dah guna feeding cup macam yang puan najwa cakap kat komen entry lepas tetapi tidak berjaya..actually tak berapa praktikal sebab Insyirah asyik nak menggapai je feeding cup tu..pastu dia lak jenis suka menendang2 so bergoyang2 la..last2 tertumpah siap masuk idung lak tu..kan ke bahaya tu hehehehe encik suami siap pegang tangan Insyirah tapi takleh gak sebab dia menendang2 and aku takleh nak fokus ke mulut dia...hmmm salah teknikkah aku??? so aku dah listkan sebarang kemungkinan masalah ini berlaku..

1) Mungkin Insyirah tak suka EBM yang disimpan dalam peti ais...mungkin rasa dia dah jadi lain or mengeluarkan bau yang kurang enak since aku perasan bau susu aku agak kuat...orang kata kandungan enzim lipase yang banyak pada susu memang akan mengeluarkan bau seperti itu..thats why ada teknik scalding yang boleh menghilangkan bau tu...apa teknik scalding tu? Sila la google ke or baca forum susu ibu ke..heheheh aku maleh la nak terangkan kat sini lagipun aku bukan terer pun nak menerangkan ni

2) Mungkin Insyirah tak suka dengan puting susu tu...walaupun sebelum2 ni takde masalah..hmm aku pun hairan gak...mungkin Insyirah dah pandai memilih...dia nak puting yang mirip dengan breast..

So aku juga sudah listkan solution yang telah di ambil

1) Guna feeding cup tapi tak berapa praktikal..

2) Guna feeding cup beserta EBM fresh...aku pam je terus bagi dia..actually masa guna feeding cup tu ada susu yang masuk dalam mulut...memula letak feeding cup kat mulut dia wat muka pelik..muka cam tak suka tapi bila susu masuk dalam mulut dia minum jugakla sikit.

Solution yang belum lagi dibuat...

1) Aku belum test bagi dia EBM dalam peti ais guna feeding cup...walaupun tak berapa praktikal tapi aku nak tengok reaksi dia terhadap EBM tersebut..kalau pakai botol confirm la taknak dia isap kan...kalau pakai feeding cup leh paksa sikit suh dia munum. Sekiranya Insyirah minum EBM yang di simpan di dalam peti ais maksudnya, ada masalah la ngan putiing botol susunya. Sekiranya tidak, maka sebaliknyalah kan keputusan ujian ini...cewah macam bereksperimen la pulak

2) Aku belum guna syringe lagi. Kalau dulu aku penah bagi ubat deman guna syringe punyala payah sebab dia pandai tolak syringe tu kuar ngan lidah dia...tapi maybe sebab ubat tu rasa lain macam kan...

3) Menggunakan botol wide neck macam jenama MAM, Tommy Tippee or Nuby. Aku baca dalam susuibu.com ramai yang berjaya bagi anak minum guna botol dengan botol2 jenama ni..ada gak yang guna Avent or The First Year.

Begitulah adanya...nak ajak encik suami pergi Midvalley mencari botol2 ini...harap Insyirah boleh hisap botol semula pasni.

Oh ya semalam aku siap bagi sms kat supervisor kata takleh nak pi belajar wat sementara waktu huhuhuhu sib baik dia tak cakap apa..

Sebelum mengakhiri entry ini silalah ke laman web abang ipar saya jika anda teringin nak bergambar cantik2...serius cantik ok dia amik gambar. Boleh berforum juga...

Tuesday, September 8, 2009

Insyirah taknak minum EBM

Entry di waktu malam...ni semua berlaku kerana hari ni aku tak pergi belajar. (biasa aku post entry kat lab tempat belajar) Aku rasa aku dah tak boleh dah nak pi belajar pasni...nak tau kenapa? Insyirah taknak minum dari botol dah or senang cakap taknak minum EBM dah...dia nak direst breastfeed je. Kelmarin aku pergi belajar cam biasa..aku balik2 je kul 2 petang aku tengok mak mertua aku duk sibuk dukung Insyirah and berjalan mundar mandir kat ruang tamu. Mak mertua aku kata Insyirah mengamuk2 taknak minum susu...puas pujuk dia taknak. Bila letak or baringkan dia kat tilam dia makin mengamuk sampai menggigil2 nangis..terpaksa mak ngan bapak mertua aku bergilir2 mendukung Insyirah..bayangkan..berapa jam diorang wat camtu..diorang lak tak call aku suh balik sebab takut mengganggu aku...pening aku fikir..camne nak buat ni..

Mak mertua aku citer, kakak ipar aku dulu kena camni ngan anak sulung dia sampai dia terpaksa berhenti kerja sebab nursery tempat dia hantar anak dia asyik call je kata anak dia taknak minum susu..begitu besar dugaan membfkan Insyirah ni. Bukan tak boleh aku belajar di rumah cuma kadang2 susah nak concentrate..

Hari2 sebelum tu Insyirah taknak direct bf dengan aku or isap botol..macam berperang lak nak suh dia isap...dia isap direct bila malam je..Mak mertua and kakak ipar aku kata takyah la puasa sebab mungkin Insyirah taknak minum sebab susu jadi kurang sedap. So aku tak puasa keesokan harinya and aku dah tak berperang dah ngan dia sebab dia elok je minum siangnya...tapi still dia taknak minum dari botol..huhu sedih...besar cabaran nak membfkan anak ni...penah mak mertua aku suh bagi susu formula, terkedu kejap aku...aku fikir selagi leh menyusukan dia aku akan buat...taknak susu2 formula ni...

Aku nak try tanya kaunselor laktasi..mungkin ada idea camne nak atasi masalah ni...susah juga kalau anak kite nak direct bf je...nak pi memana kena bawa dia sekali..takkan nak pi kerja or belajar kena bawak dia sekali???