Wednesday, August 26, 2009

Busy belajar sampai ke negeri cina

Hari ni sungguh busy belajar...aku nak belajar bersungguh2...memang stress bila aku kena menumpukan perhatian...time tengah menumpu tu la memacam plak yang aku fikir...gerun bila memikirkan orang lain dah nak siap master aku lak yang ketinggalan huhuhuh stress giler ok....bahaya tau stress ni especially bagi ibu yang fully bf macam aku ni..production susu boleh berkurangan jika ibu yang bf stress...ok tenang...tenang...tarik nafas..lepas..fuhhhh...

Setakat ni sahajalah entry untuk hari ni...oh ya, encik suami akan naik ke laut esok..uhuk..walaupun penyakit kulit belum baik lagi..aku punya dah nak baik dah...yes.



Aha..ni gambar Insyirah kena dengki ngan mak and abah dia..time ni dia nak kena mandi..pastu aku bukak baju dia..selalunya dia rimas kalau baju tu kena bukak melalui kepala (mostly baju dia berbutang di hadapan so senang nak tanggalkan). Pastu halfway je aku bukak, aku tengok comel lak camni..gelak besar aku..dia diam je.encik suami pun join sama gelak..hahahaha kecian anak mak, kena dengki ye...sabar ye..

Tuesday, August 25, 2009

Puasaku dan penyakit kulitku

Selamat Berpuasa..

Permulaan entry yang agak tergantung kihkihkih..biasa orang ucap selamat2 ni time last2 entry je kan..ala lantakla, belog aku..

Ujung minggu lepas aku tidur umah kakak ipar aku kat Gombak. Dia ajak sambut puasa di rumahnya..memang best la kalau puasa kat umah dia...kakak ipar aku tu pandai masak...semua yang dia masak sedap2 belaka..tak macam aku ni hahahahahahahahahhaah...(diharap kegelakan yang melampau ni dapat menyampaikan mesej yang sebenar)

Masa first puasa aritu, aku dengan penuh gigih menahan lapar dan dahaga...and bila masuk kul 3 petang aku pening2 lalat dah...aku tidur je tau sampai kul 5 petang huhuhu tangan aku menggigil2 dah tapi aku tahan je la..menggigil2 pun boleh lagi aku pi bazar ramadhan kat danau kota...orang punya la ramai and most of the food dah abis dah time tu (masa tu kul 6 petang). Sedih tak dapat makan murtabak...ramai sangat orang menunggu murtabak tak sanggup aku nak menunggu sama. Pastu time tengah jalan2 tu boleh plak aku rasa sakit pinggang and senggugut..takkan nak period kot huhuhuh...sampai umah aku pi bilik air and check ada darah sikit keluar...cis..penat aku puasa ok...menggigil2 sampai..huhuhuhu...

Esoknya aku tak puasa sebab aku ingat aku period la...rupa2nya tak pulak...dia stop kuar dah. hairan sungguh la aku...memacam la. Sebenarnya, aku penah baca tau...ibu yang fully bf biasanya tidak akan datang bulan...so aku budget aku takkan datang bulan la time puasa ni..tapi aku kan ada cerita aritu pasal bleeding aku yang tak berhenti2 sejak lahirkan Insyirah tu..so tahla....aku pun jadi konpius...memang dah stop dah bleeding tu sejak aku makan pil hormon tu..tapi kadang2 aku rasa sakit pinggang and senggugut..pastu bleeding sikit. Pening...pening..

Aku ada gak surf internet pasal benda ni and aritu kebetulan puan hayatie ada wat entry pasal period and ibu yang bf. Kajian mengatakan, ibu yang bfkan anaknya 8 kali ke atas dalam sehari tida akan datang bulan..hmmm aku menyusukan Insyirah berapa kali ek sehari...tak oenah check la plak hahhahaahhaha

Oklah nak citer pasal benda lain lak...aku ngan encik suami kena penyakit kulit...yucksssssss...

Aku kena kat muka and kedua belah tangan...encik suami kena kat tangan and badan..geli ok...menggerutu...yang tak bestnya gatal nak mampos..dahla takleh garu sebab takut merebak...merenyam2 aku rasa..geram sangat....kadang2 aku terbabas gak..aku garu hehehehe

Semalam (hari senin) aku ngan encik suami pi la klinik aiman kat kerinchi tu...doktor pun konpius tengok...rupa macam kayap tapi dia kata kayap tumbuh satu tempat je...aku setuju ngan doktor tu sebab aku penah kena kayap masa kat sekolah menengah dulu...kena kat peha..rasa dia sakit sangat..berdenyut2..nak jalan pun rasa seksa..yang ni cuma gatal je and kadang2 pedih sikit. Last2 doktor bagi ubat tahan gatal, krim untuk disapu and antibiotik. Encik suami mintak mc and dapat cuti 2 hari..aku tak mintak hahaha tapi aku tak pi belajar gak..patutnya encik suami naik laut ari ni tapi oleh kerana penyakit tersebut maka terpaksa la naik ari khamis ni kot..
Ni sebahagian dari menatang tu..aku pun tak reti nak nyebut apa...geli kan??? aku takut berjangkit kat Insyirah je...tapi setakat ni Alhamdulillah la..takde pulak Insyirah kena penyakit ni...encik suami punya lagi banyak and besar tau...lagi geli huhuhuhuhu cian encik suami..and aku..

sekian terima kasih

Friday, August 21, 2009

X-men itu best

Dulu masa aku sekolah rendah and even masuk sekolah menengah, aku suka sangat tengok kartun marvel especially X-Men. Watak yang paling aku suka dalamX-Men mestilah wolverine heheheheheh pastu bila X-Men movie keluar lagi la aku gembira melompat2 katak sebab wolverine dia hugh jackman yang berlakon uhuhuhuhu aku memang ikut citer x-men dari X-Men first sampai la yang last X-Men: Last Stand. Pastu tahun ni kan ada X-Men: Origin Wolverine kan, aku merengek2 nak tengok kat wayang ngan encik suami. Masa tu aku tengah sarat mengandungkan Insyirah...last2 aku beranak tak dapat tengok wolverine tu sebab time tu aku tengah pantang hukhukhukhuk...

Hari ni seperti biasa aku membrowse website2 movie and aku jumpa citer tu yeyeyeyeye mediafire link lak tu yeyeyeyeye kualiti cantik macam dvdrip. Aku pun apalagi, donlod la dengan lahapnya hahahahaha...dulu aku hafal banyak nama watak2 dalam X-Men..sekarang dah ingat2 lupa...aku ingat watak2 yang penting je la...

nak download?? Ni aku bagi link dia

http://www.mediafire.com/?zjmgjoijziw
http://www.mediafire.com/?ebwnwywoyvf
http://www.mediafire.com/?jimjzkznmmg
http://www.mediafire.com/?jliurtdqjmm
http://www.mediafire.com/?mmnl5wuzmnu
http://www.mediafire.com/?hn35wxmmbdi
http://www.mediafire.com/?iz2jmahzf4z

dicilok dari amaderforum.com


Esok dah start puasa...huuuhu sudah bersediakah anda bini zakaria??? Harap ok la aku puasa tahun ni...aku bukan apa. Sejak fully bf Insyirah ni aku takleh lapar...bila lapar je mula menggigil2 tangan aku...nak pegang barang pun rasa lemah je. Aku ada terbaca kat internet and juga blog2 yang bincang pasal puasa bagi ibu menyusu ni. Ada hadis yang mengatakan ibu mengandung dan yang menyusukan anak diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika ia memudaratkan kesihatan kita. Sila refer blog kak yati ni untuk mengetahui lebih lanjut. Walaupun begitu, aku ingin berpuasa jugak...aku akan cuba minum air banyak2, makan kurma, minum air longan, makan jantung pisang or ulam pegaga..and macam2 lagila makan makanan yang boleh membanyakkan susu. Tapi yang penting air masak tu kena minum banyak2 supaya tak dehidrasi...kang pitam lak kang (ada tau orang pitam sebab bf anaknya di bulan puasa).

Dah takde idea lak nak merapu apa...apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..jangan ponteng2 puasa..

Thursday, August 20, 2009

Insyirah dan kerenahnya


Ehek..ni la sebahagian koleksi cd aku...cece koleksi pebende. Ni kan Insyirah punya huhuu..semalam 5 keping CD coolababy sampai kat umah..aku beli dari mamazarith. Ada sikit aku dah beli dulu dari orang lain..yang corak2 tu CD Babyland..material di bahagian dalam poketnya adalah cotton..meriah tak warna CD2 tu hahahha aku main hantam je beli kaler apa pun..so total semua cd Insyirah ada 15 keping (5 Lunatot, 2 Babyland and 8 Coolababy). Insyirah memang dah fully Cdying pun sekarang ni..cuma keluar hari tu je (pi midvalley) pakai disposable yang masih berbaki (bulan lepas punya).

Cakap pasal Insyirah, aku ada benda nak story..Insyirah sekarang dah pandai mintak kena dukung or pangku. Dia taknak baring2 je dah...nak duduk pulak sambil tengok tv. Kalau pandai duduk sendiri takpe gak...and kalau ringan hehehehhe takpela gak kan..penat nak memangku dia ni..kalau setengah jam tu muleh lagi la kot..kalau masuk sejam kebas kaki woo...tangan aku sampai hari ni sakit2 sebab support badan dia time dia duduk dalam kereta..dia sibuk nak tengok pokok2 kat luar sebab tu taknak baring.

Pastu lagi satu habit dia yang aku tak berapa gemar ialah dia suka menggigit serta menarik2 nipple aku time bf. Masa dia tengah menyusu tu dia boleh tarik panjang2 nipple aku sampai tercabut dari mulut dia...sakit sangat2..geram sungguh aku. Semalam dia wat lagi...tapi kali ni kuat sangat dia tarik..sampai aku terjerit sakit and termarah dia...ceh..termarah huhuuu..menangis terus dia kena marah ngan aku. Terus cair hati aku walaupun terasa berdenyut2 kat nipple tu..aku takut cedera je breast aku tu..kang dia majuk taknak kuar susu kang payah lak..

Macam2 kerenah dah dia hehehehe...tidur gonyah tu tak payah cerita la. Hari tu (tak ingat hari apa) aku bangun2 tido dia dah tido atas laintai dah..kepala badan semua dah atas lantai...bertuah sungguh..camne tah dia leh golek2 turun dari tilam dia. Kena tido atas toto besar la pasni..golek memana pun takpe.

Makin besar makin banyak la kan kerenah budak2 ni hehehehhe...


Anak abah

Tuesday, August 18, 2009

jamuan, konvo, accident dan anniversary

Ohoiiii..lama sudah tidak berblogging..maklongla aku balik ke Johor. Hari Jumaat aku, encik suami, Insyirah and mak mertua pergi kuantan dulu sebab ada jamuan temapat keje encik suami. Time jamuan tu, ada beberapa keluarga miskin dijemput hadir sama untuk makan bersama2 and diberi sumbangan sedikit dari pihak platform tempat encik suami keje. Keesokan harinya baru la kitorang gerak ke Endau menghantar mak mertua then gerak ke kota tinggi pula. Mak aku gembira melihat Insyirah..dia asyik kata rindu je kat Insyirah. Asyik tengok gambar Insyirah kat hp dia je hehehehe nak wat camne..

gambar ketika jamuan tersebut dilampirkan seperti di bawah :







Esoknya bapak aku pi konvo plak...dah dapat dah segulung ijazah sarjana..aku je tak konvo2 lagi uhuk..aku ngan encik suami tak ikut sama ke konvo tu sebab mengenangkan Insyirah yang mesti tak selesa kalau pergi tempat camtu..ngan ramai orangnya..panasnya lagi..and tambah plak H1N1 sekarang makin mengganas. Kitorang lepak2 je kat umah sampai lah mak aku tepon tengah hari tu suruh kitorang ke bandar Kota Tinggi sebab mak aku berhasrat nak amik gambar family. Lebih kurang kul 3 petang aku, encik suami and Insyirah pun bergerak le bandar. Memula tu aku duduk di seat hadapan tapi pastu encik suami suh duduk di belakang sebab panas. Kesian kat Insyirah. Aku pun pindah le ke belakang..Nak dijadikan cerita...sampai je kat traffic light simpang 4 yang menuju ke mersing, johor bahru and kota tinggi, kitorang eksiden huhuhuhuhu...tah kat mana silapnya, kereta waja dihadapan keta kitorang membrek dengan mengejut...encik suami pula follow rapat...walaupun dah brek habis tetap langgar since keta tu ada ABS. Aku lak dengan tak pakai seat bealt and tak memangku Insyirah terus tertolak ke hadapan...aku tahan pakai tangan aku pada seat hadapan tapi tetap kena gak muka aku...sakit woooo....aku tergamam and tak teringat langsung Insyirah yang baring di sebelah aku (sebelum tu aku pangku dia tapi sebab penat aku letak dia kat sebelah aku, car seat dia plak tak bawak sebab aritu tak muat kereta bawak banyak sangat barang) Tetiba aku dengar Insyirah menangis dengan kuatnya.. Ya Allah, terkejut beruk aku tengok insyirah terlentang dah kat bawah tampat letak kaki tu..aku cepat2 amik dia and pujuk dia...nasib baik kejap dia menangis. Aku sendiri pun rasa nak mengalir air mata tengok dia..macammana aku boleh selfish and tak ingat langsung kat anak sendiri???

Akibat dari eksiden tu, no plat kereta hadapan pecah and pintu bonet hadapan tu terangkat/terkopek sedikit. Waja tu plak ada lekuk sedikit di bumper berserta calar2 sedikit. Lepas tukar2 no tepon ngan owner kereta tu kitorang pun gerak and jumpa family aku yang lain kat kedai gambar...sangat2 mencemaskan kejadian tersebut...sekarang ni bila encik suami brek je aku dah phobia..huhuhuhuuhu...tak penah aku eksiden tau..kesian sangat kat Insyirah..nasib baik dia takde apa2...takde nangis2 mengaruk sebab sakit..kalau aku ye la huhuuhu sakit bahu and tangan aku...rahang aku pun sakit juga..sampai ke hari ni. padan muka aku kan...sapa suh tak pakai seat belt..lepas ni Insyirah kena duk dalam car seat je bila naik kereta...

gambar encik bapak aku konvo seperti di bawah:

ni adik perempuan aku ngan bapak aku

ni mak and bapak aku...tahniah bapakku kerana berjaya menghabiskan master tidak seperti anakmu yang tak siap2 gak masternya..


Ha..semalam anniversary kami laki bini yang pertama heehehehe...sampai2 je ke Kl dari Johor kitorang terus ke Midvalley sebab nak dinner kat Kenny Rogers...all time favourite restoran kitorang ni huhuhu dulu sebelum kawen asyik makan kat sini je..masa tengah makan2 tu kan Insyirah mengaruk le pulak..rupa2nya nak menyusu and for the first time aku menyusukan Insyirah di tempat awam hehehehehe..sib baik meja kitorang di bahagian tepi so senang la sikit nak mengangkat baju tanpa di lihat oleh orang ramai huuhuu

Lepas makan2 tu kitorang ke kedai mother club sebab encik suami nak belikan aku baju sebagai hadiah anniversary. Aku yang nak ke kedai tu sebab aku nak cari baju yang boleh nusing..tak payah angkat2 baju nampak perut buncit dah pasni..selak je di bahagian dada untuk menyusukan Insyirah. Baju2 kat kedai tu suma made in malaysia tau...material untuk baju tu bagus..cotton spandex, sejuk je pakai..and rege dia pun "best2" belaka huhu..tak banyak sangat baju nursing yang ada di situ..banyak baju mengandung je..Hairan sungguh aku..patutnya dia kena wat banyak2 sikit baju nursing ni....aku ada la jumpa 5 6 helai tapi banyak yang short sleeve. Last2 aku amik 2 helai yang lengan panjang..sehelai tu 50% off so jadi murah sikit la hehehe..ala lagipun encik suami yang bayar....kuikuikui..

Pastu kitorang ke Jaya Jusco pula untuk membeli baju untuk Insyirah....encik suami yang nak belikan...kiranya untuk raya la ni hahahah awal giler pi beli..puasa tak lagi.

kat bawah ni gambar kitorang kat kenny rogers;


Ni bukan kat kenny rogers...ni gambar Insyirah dan headband barunya hehehehe..


Ni pula gambar eksperimen encik suami...eksperimennya adalah 'camne agaknya rupa Insyirah kalau pakai tudung"..ye sungguh besar lobang idung anakku itu..

Wednesday, August 12, 2009

Perahan susu di malam hari

Sejak akhir2 ni aku asyik makan makanan yang boleh membanyakkan susu badan seperti horlicks, soya, ulam pegaga dan oat sebab tak lama lagi kan nak puasa. Bila puasa kadar pengeluaran susu mungkin akan terjejas since kita tak makan dan minum di siang hari. So aku kena buat EBM stok pada sebelah malam untuk diberi kepada Insyirah keesokan harinya..(itu yang aku buat hari2..perah malam untuk kegunaan esoknya). Aku sentiasa pantau pengeluaran susu aku bila mengepam. Seperti biasa, setiap malam sebelum tidur (lebih kurang kul 11-12 malam) aku akan pam kedua2 breast aku (double pumping). Kalau tak takleh tidur la, rasa sakit je kat breast sebab penuh. Dulu aku penah cerita breast kanan aku macam majuk je kan...kuar susu sikit je berbanding belah kiri...tapi malam tadi aku rasa lain. Aku rasa breast kanan lagi penuh dari breast kiri. Aku pun pam la and inilah hasilnya..


Breast kanan dapat mengeluarkan susu sebanyak 6oz! manakala breast kiri seperuh dari amaun breast kanan. Aku terpaksa guna botol yang besar (8 oz) sebab aku rasa mesti lebih dari 5 oz (saiz biasa bagi botol momslittleones) and tepat sangkaan aku...kalau pakai botol mlo tu mesti melimpah keluar hehehe (penah terjadi ye di suatu malam yang hening, masa tu gelap sebab Insyirah tidur and aku bangun sebab rasa breast penuh..sekali pam tak sedar melimpah kuar..huhu basah baju aku). So hasil daripada pengepaman aku sebelum tidur bagi breast kanan tu aku bahagikan kepada dua botol mlo..setiap botol ada 3oz since Insyirah memang minum banyak tu sekali minum.

Aku rasa hasil susu tu adalah disebabkan aku makan makanan2 tersebut...Alhamdulillah. Rezeki Insyirah tu...biar dia sentiasa kenyang dan mendapat khasiat yang terbaik dari susu ibu.

Semalam encik suami selamat sampai ke rumah...hehehe balik2 je dari umah aku mintak hadiah kohkohkoh padahal aku tau dia tak beli lagi. Dia kata nanti kuar sesama and dia belikan time tu..kiranya aku pilih sendiri la. Pastu dia tanya hadiah dia mana...aku katalah belum lagi anniversary huhu (aku mintak td tak hengat lak)....tapi pastu aku kata kalau dia dapat cari dalam umah tu amikla hadiah tu. Dia pun cari tapi tak jumpa. Last2 aku bagi gak..tengok cam dia suka hadiah tu..ada dua hadiah aku bagi and dua2 tu aku tau dia akan pakai..bukan hp mahupun kasut tapi aku tau dia tetap akan pakai menatang tu.

Sekian dahulu cerita untuk hari ini..tak sabar nak balik kampung hujung minggu ni yeah!! aku boring duk kl!!!!!

Tuesday, August 11, 2009

Anniversary...encik suami...Insyirah

YEAH...eh ter caps lock plak....punye excited huhu...mana tak excited. Encik suami balik hari ni. Aku dah beli hadiah untuk anniversary kitorang and aku excited lak nak bagi kat dia tau. padahal barang yang aku beli tu aku tau bukanlah barang yang dia inginkan kala ini. Kalau aku tanya dia nak hadiah apa, jawapannya mesti ni

1) iphone
2) hp blackberry
3) kasut ferrari (jenama apa tah, puma kot)

ha tak bengkok kau nak belikan menatang2 tu...setakat makan duit biasiswa yang ciput tu sungguh la aku tak mampu...sebab tu aku biasanya takdelah beli barang2 mahal untuk dia...yang penting ikhlas kan?? kehkehkeh...Tapi encik suami tak pernah berkira ngan aku tau walaupun aku tak selalu belikan barang untuk dia. Macam2 dia dah pernah belikan untuk aku...sebelum kawen dia penah bagi rantai emas, sampai sekarang aku pakai..pastu pas tunang dia bagi aku hp n70 dia...pastu pas kawen dia belikan aku hp n95 (nazar dia kalau dia dapat kawen ngan aku dia nak belikan aku hp)..see pemurah kan?? tu yang wat aku sayang bangat ngan encik suami...hihih bunyi cam materialistik je aku ni kohkohkohkho...hello, sapa yang tak suka kalau ada orang bagi hadiah...aku tak mintak pun huhuuuhuhuh.

Ha aku nak cerita lain lak..pasal Insyirah. Aku mimpi ngeri weih malam tadi...ada ke aku mimpi Insyirah tu sebenarnya bukan anak aku..aku tertukar ngan sepupu aku punya anak...cis sungguh bedebah mimpi tersebut. Dalam mimpi tu siap aku nangis2 sebab terkenangkan Insyirah dah pandai gelak and senyum bila aku tegur dia...kalau aku marah dia sebab dia main air liur menyembur2 kat aku dia tetap senyum....Tak paham pun diri dia dimarahi..Punyalah ngeri mimpi tu kan sampai aku terjaga tau...sebab sedih sangat. Aku terus tengok Insyirah yang tido sebelah aku...huhuuhu aku cium2 dia time dia tgh tido tu.. mengeliat2 dia kena kacau hahahhaa...apa kejadah la aku mimpi seperti itu..rasa nak wresling je ngan mimpi tersebut namun aku tau semua tu hanyalah impian buduh semata2..

Tetiba teringin nak makan pizza hut nyum nyum..