Sunday, September 13, 2009

Sudah beli botol itu..hasilnya?

Wow lagi seminggu nak raya la u alls...hahaahaha excited lak mak budak ni kan...tahun ni aku raya di kampung encik suami. Dah 24 tahun aku beraya bersama keluarga aku sendiri so buat pertama kalinya tahun ni aku tak beraya ngan diorang...sebaliknya aku beraya dengan keluarga encik suami..keluarga aku jugak kan..boleh la aku tau rutin keluarga encik suami time hari raya ni..

Anyway, aku nak cerita pasal Insyirah aku tu..semalam aku pi Midvalley untuk cari botol susu baru untuk Insyirah...and aku beli ke tiga2 botol susu yang aku sebut dalam entry lepas...ye KETIGA-TIGAnya..nasib baik rakan karib aku si encik kredit kad ada...harga sebotol tu bukan sepuluh dua puluh hengget huhu yang paling mahal botol Nuby, rm50 okay...kopak aku..Pastu sampai umah aku excited la nak bagi Insyirah susu...aku keluarkan EBM dari peti ais..selepas dah sterilize botol2 tu and hangatkan susu aku suh encik suami try bagi...HAMPEH! Seketul botol pun dia tak berkenan...siap dia sembur2 tau air susu tu..boleh2 dia tolak keluar puting botol tu..tangan dia pun pandai dah tolak botol tu...sedih..pastu aku kata kat encik suami, "esok kite try yang fresh EBM...kena paksa gak dia minum" Encik suami angguk je...

Pagi tadi aku try lak untuk fresh EBM..serupa juga..abis dia sembur2 air susu tu..melimpah keluar dari mulut dia..bila aku bagi direct bf laju je plak dia minum...tension aku...camno nak buat ni..


Friday, September 11, 2009

Menyelesaikan masalah Insyirah

Sudah lama tidak berbelog..huhu ye ke? Masalah Insyirah masih belum dapat diselesaikan..aku dah guna feeding cup macam yang puan najwa cakap kat komen entry lepas tetapi tidak berjaya..actually tak berapa praktikal sebab Insyirah asyik nak menggapai je feeding cup tu..pastu dia lak jenis suka menendang2 so bergoyang2 la..last2 tertumpah siap masuk idung lak tu..kan ke bahaya tu hehehehe encik suami siap pegang tangan Insyirah tapi takleh gak sebab dia menendang2 and aku takleh nak fokus ke mulut dia...hmmm salah teknikkah aku??? so aku dah listkan sebarang kemungkinan masalah ini berlaku..

1) Mungkin Insyirah tak suka EBM yang disimpan dalam peti ais...mungkin rasa dia dah jadi lain or mengeluarkan bau yang kurang enak since aku perasan bau susu aku agak kuat...orang kata kandungan enzim lipase yang banyak pada susu memang akan mengeluarkan bau seperti itu..thats why ada teknik scalding yang boleh menghilangkan bau tu...apa teknik scalding tu? Sila la google ke or baca forum susu ibu ke..heheheh aku maleh la nak terangkan kat sini lagipun aku bukan terer pun nak menerangkan ni

2) Mungkin Insyirah tak suka dengan puting susu tu...walaupun sebelum2 ni takde masalah..hmm aku pun hairan gak...mungkin Insyirah dah pandai memilih...dia nak puting yang mirip dengan breast..

So aku juga sudah listkan solution yang telah di ambil

1) Guna feeding cup tapi tak berapa praktikal..

2) Guna feeding cup beserta EBM fresh...aku pam je terus bagi dia..actually masa guna feeding cup tu ada susu yang masuk dalam mulut...memula letak feeding cup kat mulut dia wat muka pelik..muka cam tak suka tapi bila susu masuk dalam mulut dia minum jugakla sikit.

Solution yang belum lagi dibuat...

1) Aku belum test bagi dia EBM dalam peti ais guna feeding cup...walaupun tak berapa praktikal tapi aku nak tengok reaksi dia terhadap EBM tersebut..kalau pakai botol confirm la taknak dia isap kan...kalau pakai feeding cup leh paksa sikit suh dia munum. Sekiranya Insyirah minum EBM yang di simpan di dalam peti ais maksudnya, ada masalah la ngan putiing botol susunya. Sekiranya tidak, maka sebaliknyalah kan keputusan ujian ini...cewah macam bereksperimen la pulak

2) Aku belum guna syringe lagi. Kalau dulu aku penah bagi ubat deman guna syringe punyala payah sebab dia pandai tolak syringe tu kuar ngan lidah dia...tapi maybe sebab ubat tu rasa lain macam kan...

3) Menggunakan botol wide neck macam jenama MAM, Tommy Tippee or Nuby. Aku baca dalam susuibu.com ramai yang berjaya bagi anak minum guna botol dengan botol2 jenama ni..ada gak yang guna Avent or The First Year.

Begitulah adanya...nak ajak encik suami pergi Midvalley mencari botol2 ini...harap Insyirah boleh hisap botol semula pasni.

Oh ya semalam aku siap bagi sms kat supervisor kata takleh nak pi belajar wat sementara waktu huhuhuhu sib baik dia tak cakap apa..

Sebelum mengakhiri entry ini silalah ke laman web abang ipar saya jika anda teringin nak bergambar cantik2...serius cantik ok dia amik gambar. Boleh berforum juga...

Tuesday, September 8, 2009

Insyirah taknak minum EBM

Entry di waktu malam...ni semua berlaku kerana hari ni aku tak pergi belajar. (biasa aku post entry kat lab tempat belajar) Aku rasa aku dah tak boleh dah nak pi belajar pasni...nak tau kenapa? Insyirah taknak minum dari botol dah or senang cakap taknak minum EBM dah...dia nak direst breastfeed je. Kelmarin aku pergi belajar cam biasa..aku balik2 je kul 2 petang aku tengok mak mertua aku duk sibuk dukung Insyirah and berjalan mundar mandir kat ruang tamu. Mak mertua aku kata Insyirah mengamuk2 taknak minum susu...puas pujuk dia taknak. Bila letak or baringkan dia kat tilam dia makin mengamuk sampai menggigil2 nangis..terpaksa mak ngan bapak mertua aku bergilir2 mendukung Insyirah..bayangkan..berapa jam diorang wat camtu..diorang lak tak call aku suh balik sebab takut mengganggu aku...pening aku fikir..camne nak buat ni..

Mak mertua aku citer, kakak ipar aku dulu kena camni ngan anak sulung dia sampai dia terpaksa berhenti kerja sebab nursery tempat dia hantar anak dia asyik call je kata anak dia taknak minum susu..begitu besar dugaan membfkan Insyirah ni. Bukan tak boleh aku belajar di rumah cuma kadang2 susah nak concentrate..

Hari2 sebelum tu Insyirah taknak direct bf dengan aku or isap botol..macam berperang lak nak suh dia isap...dia isap direct bila malam je..Mak mertua and kakak ipar aku kata takyah la puasa sebab mungkin Insyirah taknak minum sebab susu jadi kurang sedap. So aku tak puasa keesokan harinya and aku dah tak berperang dah ngan dia sebab dia elok je minum siangnya...tapi still dia taknak minum dari botol..huhu sedih...besar cabaran nak membfkan anak ni...penah mak mertua aku suh bagi susu formula, terkedu kejap aku...aku fikir selagi leh menyusukan dia aku akan buat...taknak susu2 formula ni...

Aku nak try tanya kaunselor laktasi..mungkin ada idea camne nak atasi masalah ni...susah juga kalau anak kite nak direct bf je...nak pi memana kena bawa dia sekali..takkan nak pi kerja or belajar kena bawak dia sekali???

Monday, September 7, 2009

Terubuk itu serta insyirah itu

Hari tu aku koya (koya? apakah? betulkah penggunaan perkataan ini di sini?) je kan nak makan terubuk bakar..petang tu aku pergi la ke bazar Ramadhan di hadapan apartment Vista Angkasa yang dekat ngan lrt Universiti tu...pastu aku pergi la kat tempat orang jual ikan bakar..sekali aku tengok ada terubuk la huhuhuhu terus aku sambar sekor...harganya rm15..sama harga dah ngan ayam golek sekor...berbunga2 hati aku dapat terubuk..kat bazar ramadhan yang berdekatan ngan umah aku tu mana ada terubuk bakar... Ikan yang ada pun keli ngan kembung je..boring la..

Pastu sampai umah aku pun wat la sambal kicap dengan comelnya gigihnya..aku tak suka air asam yang dia bagi sekali tu...bagi aku kalau terubuk bakar kena makan ngan sambal kicap..cara2 membuatnya ialah

1. Ambil bawang besar dari bakul tempat letak bawang yang dah macam apa dah sebab bersepah2 and bercampur2 dengan segala bawang yang ada serta kunyit, halia dan lada kering 3 bulan lepas punya..
2. Kupas bawang tersebut dan hiris tapi jangan hiris halus2 sangat..pastu amik lada beberapa biji..2 biji ke 4 biji ke..then potong kecik2.

Petua chef : mak aku kata, kalau nak masak guna lada pastikan genap bilangannya kalau ganjil nanti jadi pedas giler..tul ke tidak wallahualam..

3. Letak semua bahan di atas pinggan kemudian pi amik limau nipis, potong dua and perah..pastu letak kicap and gaul2kan..siap dah..

Gitulah resepi aku yang tak seberapa ni hahahahaha

ni lah terubuk yang aku sebutkan tadi...di ambil setelah di lahap..aku sorang je tu makan..pastu aku tiggalkan la untuk sahur pulak.


Ni pula sambal kicap yang dah tak berapa nak rupa sambal kicap..lada and bawang banyak dah masuk perut..aku suka bawang mentah tau huhuhuhu


oklah sekarang nak citer pasal Insyirah pula...sejak akhir2 ni kan Insyirah ada berbagai hobi and sejak aku dah tak pakaikan dia sarung tangan or mitten, dia makin galak menghisap jari..di bawah adalah gambar kantoi insyirah menghisap jari dengan enaknya..


Insyirah: cupcupcup..begitulah bunyi hisapan jari saya..cedapnya rasa macam ayam kepci

Insyirah: alamak kantoila..mak amik gambar saya la pulak..



Insyirah: Ah lantakla labu..mari kita sambung menghisap jari semula..


Insyirah: Saya sungguh hairan mengapa mak comel saya suka ambil gambar saya posing camni? mengapa? Oh by the way, abah saya balik esok!!! yeyeyeyeyeye saya nak beraya ngan abah saya!!

Thursday, September 3, 2009

Crocs dan terubuk

Semalam aku mode pikir nak hadiah apa kan...pastu aku surf la website Crocs..Actually 2 minggu lepas kot, encik suami masuk kedai ni kat Midvalley. Aku pun ikut la sama...boleh tahan ek harga kasut Crocs ni. Pastu aku tengok yang design untuk pompuan..cute2 juga..kasut Crocs ni getah ke? Dia ringan kan? Tapi banyak yang high heels la..aku takut kaki aku sakit...aku boleh pakai high heels ni tapi takleh wat pi jenjalan macam nak pi shopping ke...memang malam karangnya cramp2 jari aku..tumit pun sakit and kaki mesti lenguh2 punya la..kalau wat pi kenduri kawen ke takpe sebab kite pi kenduri, makan, salam pengantin then balik..kejap je. Anyway kat bawah ni kasut2 crocs yang sudah menawan hatiku.







Suma high heels ok..3 inci lak tu semuanya...paling tinggi aku penah pakai pun 2 inci je. Kalau nak selesa aku pakai 1 inci atau 1 inci setengah je..

Kasut ni pun comel gak...aku tak penah ada kasut camni...merah menyala, cantik..huhuhuhu kalau aku beli and pakai pastu abang pakai kasut puma ferrari dia tu (ye dia sudah beli kasut itu tanpa pengetahuanku...tahu2 je dia balik umah dia tayang kasut tu kat kaki dia) mesti matching kan...macam sehati sejiwa wakakaka..

By the way, rege untuk kasut yang high heel suma rm200+ and paling mahal pun rm229 bagi kasut yang atas sekali tu..kasut merah menyala ni rm169 regenya..

Ok nak citer pasal benda lain lak...semalam aku tengok Uniknya Ramadhan kat Astro Prima ek..entahla tak hengat huhuhu tapi kat astro la..kali ni versi si Hafiz AF tu..dia pi balik Sarawak and pi bazar kat umah dia tu...dia tunjuk ikan terubuk bakar!!!!! waaaaaaaa meleleh2 air liur aku tengok...ikan ni adalah ikan yang paling aku suka...walaupun tulang dia macam haram..banyak sangat tapi sedap...daging dia..emmm rasa dia..emm tak reti aku nak bayangkan...bila cecah sambal kicap huhuhu sedapnya...kat mana ek nak cari terubuk kat KL ni...kena pergi pasar besar ek...aku mana penah pi pasar2 besar kat kl ni..pi mini market je la kalau nak beli barang dapur pun..kalau kat Giant or Tesco or Carrefour ada tak ek..huhuhu aku nak terubukkkk....kalau tak dapat aku cari nanti balik umah aku suh mak cari and masakkan..hehehehe hari tu masa aku balik umah aku ada cakap kat mak aku carikan terubuk..mak aku kata susah nak ada ikan tu...tapi aku bernasib baik esoknya mak aku cari and ada...berselera aku makan nasik...uhuk..terubuk..terubuk...terubuk...

Ok setiap entry kena la citer pasal Insyirah kan...sekarang ni aku pi belajar biasanya separuh hari je tau...sebabnya Insyirah taknak minum susu dari botol. Aku pulak malas nak ulang alik ke rumah semata2 nak menyusukan insyirah je..bukan leh makan tengah hari pun kan hahahahahkalau dulu time bulan tak puasa buleh la...aku beli lauk and bawak balik umah untuk mak mertua aku..lepas nyusukan Insyirah and makan tgh hari aku pi belajar semula...tapi bulan puasa ni aku rasa malas nak wat camtu. Bunyi macam susah je kan nak membfkan baby ni...baby terlalu bergantung kepada ibunya..tapi aku tak kisah, susu ibu kan susu terbaik kat dunia ni. Ada gak yang kata tu sebab anak2 ni kadang2 penghalang kerjaya seorang wanita...tu sebab ada sesetengah wanita bekerjaya taknak anak or lambat2kan dapat anak sebab nak tumpukan pada kerjaya...memang pelajaran aku sedikit terganggu since kalau kat umah and aku nak belajar tetiba Insyirah mengaruk dah terganggu kerja aku..dia lak kadang2 ngaruk berjam2...tapi aku tak kata semua tu penghalang..tu semua hanyalah cabaran. Kalau aku berjaya then maknanya aku memang terer kahkahkah takdelah..tu maknanya aku pandai menguruskan kerjaya dan keluarga..tu barulah dikatakan wonder woman ye tak??? Ala..ramai je orang beranak pinak and berjaya dalam hidup...cuma segelintir je menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak beranak..anak kan rezeki dari Allah..dah nama pun rezeki tu maknanya perkara yang baik la kan? Aku tak kata aku tak pernah mengeluh..kadang2 aku mengeluh juga sebab satu kerja pun tak jadi sebab nak melayan Insyirah tapi pastu mesti aku terbayang2 kerenah dia and buatkan aku tersenyum sendiri..takpelah berkorban sekarang..harap2 Insyirah membesar menjadi seorang anak yang baik..dengar kata mak and abahnya..tak lupa pada Penciptanya dan agamanya.....InsyaAllah

Wednesday, September 2, 2009

memacam cerita

Pagi tadi aku dengar radio and dj radio tu sebut pasal facebook..hmmmm facebook..semua orang ada facebook (ye ke?) aku je yang takde..best ke facebook tu...aku punye friendster pun dah tak berapa aktif..boring dah nak men friendster..kalau aku tengah mood nak tau tepi kain orang baru la aku jengok friendster tu huhuhu..nak tau sapa dah kawin, sapa dah beranak, sapa dah beli keta baru, sapa dapat keje best hmmm...nyibuk je kan..ala sapa suh propa kat friendster...dia propa so that orang tau la kan??? hehehe cam la aku tak propa huihuihui..

Insyirah sekarang kuat minum susu..tapi nak mengempeng (bahasa jawa rasanya ni...maklongla bapak aku kan jawa) kat aku je la. Minum dari botol still taknak walaupun dah tukar puting MAM..sabar je la. Malam tadi dia asyik bangun je nak susu....sampai kepala aku ting tong sebab ngantuk sangat...aku lak menyusukan dia duduk sebab nak pam sekali susu...kadang2 sampai tersengguk2 huhuhu...Insyirah nak alih bulan dah kot tu sebab menyusu banyak sangat sampai kencing pun banyak and terkeluar dari cd...padahal 2 lapis tu...penuh sangat cd dia...sabar lagi aku...huhuhu

Aku giler men game je sekarang ni...especially game yang tanam2 sayur, bela binatang kat farm, jual burger hmmm release tension beb...huhuhu selain itu aku giler shopping sekarang ni...bila aku membelek2 pakaian2 yang ada di jaya jusco takpon kat masjid india, aku rasa tenang sahaja huhuhu alasan!!!! ahhhh ada aku kisah???

Semalam encik suami tanya tahun ni nak hadiah apa untuk birthday??? aku tak tau la..ingat nak set penjagaan muka clinique..ok ke ha? nanti kalau beli takut aku pakai kejap je..pastu membazir..macam dulu aku beli set penjagaan muka jenama Ratu Rembulan ke hapa tah, rm250 okay...tapi pakai kejap je sebab aku preggy...time preggy dulu aku mana suka berhias sangat..tapi baguslah produk tu..serius...licin je kulit pas pakai tu..

pastu aku terfikir nak make up Mac hmm..takut aku tak pakai gak nanti...pakai makeup bila nak jalan je..tapi sejak ada Insyirah ni jarang aku berjalan2...nak baju..boring dah asyik baju je..kasut??? hmmmm lama dah tak beli kasut tapi kasut aku berlambak...ada kat bonet keta tu..berkotak2 tak pakai huhuhu..dah tu aku nak apa???? so sekarang ni aku ala2 mode berfikir-nak-hadiah-apa-untuk-birthday.

sekian wassalam...

Tuesday, September 1, 2009

Keperluan vs Kemahuan

Pagi2 dah hujan kat kl ni....sejuk je..rasa malas nak pergi belajar tapi aku kena kuatkan diri...kadang2 dah rasa putus asa tapi pastu aku ingatkan diri sendiri...untuk siapa semua ni? Sekarang aku gunakan Insyirah sebagai penguat semangat aku..I want to achieve my dreams so that i can have a better life..bukan aku nak kata hidup aku sekarang tak sempurna..cukup sempurna sebenarnya..ada suami yang baik dan seorang anak yang sihat serta comel. Makan pakai semua cukup, cuma aku nak pastikan kehidupan aku lebih terjamin...kehidupan Insyirah pada masa hadapan juga terjamin...serta dapat membantu encik suami..takkan nak bergantung sepenuhnya dengan encik suami....dia sendiri ada impian untuk memiliki memacam..contohnya, encik suami nak beli kereta baru..bunyi macam keduniaan sahaja kan hehehe tapi itulah manusia..sentiasa ingin memenuhi kemahuan diri...kalau ikutkan mestilah aku tak berapa setuju memakai kereta yang mahal sedangkan kalau pakai kereta biasa pun sudah memadai..tapi bila fikir2, encik suami banyak dah beri aku peluang memenuhi setiap kemahuan aku...jadi aku rasa aku patut sokong dia kali ni...aku tahu encik suami dah fikir kesemuanya...sebab aku tengok setakat ni walaupun dia beli bermacam2 barang yang aku rasa agak keterlaluan (mana tak keterlaluan, sepasang kasung rm200-300 and dia beli sampai 4 pasang) tapi dia still manage to survive...siap leh bagi aku duit untuk beli baju raya..rezeki encik suami,Alhamdulillah sentiasa murah...maybe sebab dia tak kedekut..pinjamkan duit kepada rakan2 serta sentiasa berbakti kepada ibu bapanya.. (sedikit sebanyak menyedarkan aku juga supaya tak kedekut huhuhu)

Jadi kalau boleh aku nak dapatkan kerja tetap secepat mungkin supaya ekonomi keluarga kami dapat dikukuhkan lagi...dan encik suami dapat memiliki kereta idaman dia tu..dan diharap juga aku dapat memandu kereta tersebut juga hahahahah dan2 tu jugak...dan aku ingin menyimpan duit untuk Insyirah..mana la tahu kan, time Insyirah nak ke kolej sok tetibe Insyirah tak layak dapat PTPTN ..kan ke haru nanti..dan kemudian memiliki rumah sendiri yang ada walking wardrobe (tul ke??) yang macam dalam citer deko bersama Eric tu..huhuhuh kelas you kalau ada almari camtu kat bilik tidur aku...

Hmmm...kemahuan vs keperluan...to me, keperluan mestilah diutamakan right? tapi kalau ada kesempatan kemahuan juga ingin ku penuhi huihuihui...




Cantik di mata, best di driving sedap juga duit membayarnya *sigh* huhuhuhuh