Monday, September 7, 2009

Terubuk itu serta insyirah itu

Hari tu aku koya (koya? apakah? betulkah penggunaan perkataan ini di sini?) je kan nak makan terubuk bakar..petang tu aku pergi la ke bazar Ramadhan di hadapan apartment Vista Angkasa yang dekat ngan lrt Universiti tu...pastu aku pergi la kat tempat orang jual ikan bakar..sekali aku tengok ada terubuk la huhuhuhu terus aku sambar sekor...harganya rm15..sama harga dah ngan ayam golek sekor...berbunga2 hati aku dapat terubuk..kat bazar ramadhan yang berdekatan ngan umah aku tu mana ada terubuk bakar... Ikan yang ada pun keli ngan kembung je..boring la..

Pastu sampai umah aku pun wat la sambal kicap dengan comelnya gigihnya..aku tak suka air asam yang dia bagi sekali tu...bagi aku kalau terubuk bakar kena makan ngan sambal kicap..cara2 membuatnya ialah

1. Ambil bawang besar dari bakul tempat letak bawang yang dah macam apa dah sebab bersepah2 and bercampur2 dengan segala bawang yang ada serta kunyit, halia dan lada kering 3 bulan lepas punya..
2. Kupas bawang tersebut dan hiris tapi jangan hiris halus2 sangat..pastu amik lada beberapa biji..2 biji ke 4 biji ke..then potong kecik2.

Petua chef : mak aku kata, kalau nak masak guna lada pastikan genap bilangannya kalau ganjil nanti jadi pedas giler..tul ke tidak wallahualam..

3. Letak semua bahan di atas pinggan kemudian pi amik limau nipis, potong dua and perah..pastu letak kicap and gaul2kan..siap dah..

Gitulah resepi aku yang tak seberapa ni hahahahaha

ni lah terubuk yang aku sebutkan tadi...di ambil setelah di lahap..aku sorang je tu makan..pastu aku tiggalkan la untuk sahur pulak.


Ni pula sambal kicap yang dah tak berapa nak rupa sambal kicap..lada and bawang banyak dah masuk perut..aku suka bawang mentah tau huhuhuhu


oklah sekarang nak citer pasal Insyirah pula...sejak akhir2 ni kan Insyirah ada berbagai hobi and sejak aku dah tak pakaikan dia sarung tangan or mitten, dia makin galak menghisap jari..di bawah adalah gambar kantoi insyirah menghisap jari dengan enaknya..


Insyirah: cupcupcup..begitulah bunyi hisapan jari saya..cedapnya rasa macam ayam kepci

Insyirah: alamak kantoila..mak amik gambar saya la pulak..



Insyirah: Ah lantakla labu..mari kita sambung menghisap jari semula..


Insyirah: Saya sungguh hairan mengapa mak comel saya suka ambil gambar saya posing camni? mengapa? Oh by the way, abah saya balik esok!!! yeyeyeyeyeye saya nak beraya ngan abah saya!!

Thursday, September 3, 2009

Crocs dan terubuk

Semalam aku mode pikir nak hadiah apa kan...pastu aku surf la website Crocs..Actually 2 minggu lepas kot, encik suami masuk kedai ni kat Midvalley. Aku pun ikut la sama...boleh tahan ek harga kasut Crocs ni. Pastu aku tengok yang design untuk pompuan..cute2 juga..kasut Crocs ni getah ke? Dia ringan kan? Tapi banyak yang high heels la..aku takut kaki aku sakit...aku boleh pakai high heels ni tapi takleh wat pi jenjalan macam nak pi shopping ke...memang malam karangnya cramp2 jari aku..tumit pun sakit and kaki mesti lenguh2 punya la..kalau wat pi kenduri kawen ke takpe sebab kite pi kenduri, makan, salam pengantin then balik..kejap je. Anyway kat bawah ni kasut2 crocs yang sudah menawan hatiku.







Suma high heels ok..3 inci lak tu semuanya...paling tinggi aku penah pakai pun 2 inci je. Kalau nak selesa aku pakai 1 inci atau 1 inci setengah je..

Kasut ni pun comel gak...aku tak penah ada kasut camni...merah menyala, cantik..huhuhuhu kalau aku beli and pakai pastu abang pakai kasut puma ferrari dia tu (ye dia sudah beli kasut itu tanpa pengetahuanku...tahu2 je dia balik umah dia tayang kasut tu kat kaki dia) mesti matching kan...macam sehati sejiwa wakakaka..

By the way, rege untuk kasut yang high heel suma rm200+ and paling mahal pun rm229 bagi kasut yang atas sekali tu..kasut merah menyala ni rm169 regenya..

Ok nak citer pasal benda lain lak...semalam aku tengok Uniknya Ramadhan kat Astro Prima ek..entahla tak hengat huhuhu tapi kat astro la..kali ni versi si Hafiz AF tu..dia pi balik Sarawak and pi bazar kat umah dia tu...dia tunjuk ikan terubuk bakar!!!!! waaaaaaaa meleleh2 air liur aku tengok...ikan ni adalah ikan yang paling aku suka...walaupun tulang dia macam haram..banyak sangat tapi sedap...daging dia..emmm rasa dia..emm tak reti aku nak bayangkan...bila cecah sambal kicap huhuhu sedapnya...kat mana ek nak cari terubuk kat KL ni...kena pergi pasar besar ek...aku mana penah pi pasar2 besar kat kl ni..pi mini market je la kalau nak beli barang dapur pun..kalau kat Giant or Tesco or Carrefour ada tak ek..huhuhu aku nak terubukkkk....kalau tak dapat aku cari nanti balik umah aku suh mak cari and masakkan..hehehehe hari tu masa aku balik umah aku ada cakap kat mak aku carikan terubuk..mak aku kata susah nak ada ikan tu...tapi aku bernasib baik esoknya mak aku cari and ada...berselera aku makan nasik...uhuk..terubuk..terubuk...terubuk...

Ok setiap entry kena la citer pasal Insyirah kan...sekarang ni aku pi belajar biasanya separuh hari je tau...sebabnya Insyirah taknak minum susu dari botol. Aku pulak malas nak ulang alik ke rumah semata2 nak menyusukan insyirah je..bukan leh makan tengah hari pun kan hahahahahkalau dulu time bulan tak puasa buleh la...aku beli lauk and bawak balik umah untuk mak mertua aku..lepas nyusukan Insyirah and makan tgh hari aku pi belajar semula...tapi bulan puasa ni aku rasa malas nak wat camtu. Bunyi macam susah je kan nak membfkan baby ni...baby terlalu bergantung kepada ibunya..tapi aku tak kisah, susu ibu kan susu terbaik kat dunia ni. Ada gak yang kata tu sebab anak2 ni kadang2 penghalang kerjaya seorang wanita...tu sebab ada sesetengah wanita bekerjaya taknak anak or lambat2kan dapat anak sebab nak tumpukan pada kerjaya...memang pelajaran aku sedikit terganggu since kalau kat umah and aku nak belajar tetiba Insyirah mengaruk dah terganggu kerja aku..dia lak kadang2 ngaruk berjam2...tapi aku tak kata semua tu penghalang..tu semua hanyalah cabaran. Kalau aku berjaya then maknanya aku memang terer kahkahkah takdelah..tu maknanya aku pandai menguruskan kerjaya dan keluarga..tu barulah dikatakan wonder woman ye tak??? Ala..ramai je orang beranak pinak and berjaya dalam hidup...cuma segelintir je menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak beranak..anak kan rezeki dari Allah..dah nama pun rezeki tu maknanya perkara yang baik la kan? Aku tak kata aku tak pernah mengeluh..kadang2 aku mengeluh juga sebab satu kerja pun tak jadi sebab nak melayan Insyirah tapi pastu mesti aku terbayang2 kerenah dia and buatkan aku tersenyum sendiri..takpelah berkorban sekarang..harap2 Insyirah membesar menjadi seorang anak yang baik..dengar kata mak and abahnya..tak lupa pada Penciptanya dan agamanya.....InsyaAllah

Wednesday, September 2, 2009

memacam cerita

Pagi tadi aku dengar radio and dj radio tu sebut pasal facebook..hmmmm facebook..semua orang ada facebook (ye ke?) aku je yang takde..best ke facebook tu...aku punye friendster pun dah tak berapa aktif..boring dah nak men friendster..kalau aku tengah mood nak tau tepi kain orang baru la aku jengok friendster tu huhuhu..nak tau sapa dah kawin, sapa dah beranak, sapa dah beli keta baru, sapa dapat keje best hmmm...nyibuk je kan..ala sapa suh propa kat friendster...dia propa so that orang tau la kan??? hehehe cam la aku tak propa huihuihui..

Insyirah sekarang kuat minum susu..tapi nak mengempeng (bahasa jawa rasanya ni...maklongla bapak aku kan jawa) kat aku je la. Minum dari botol still taknak walaupun dah tukar puting MAM..sabar je la. Malam tadi dia asyik bangun je nak susu....sampai kepala aku ting tong sebab ngantuk sangat...aku lak menyusukan dia duduk sebab nak pam sekali susu...kadang2 sampai tersengguk2 huhuhu...Insyirah nak alih bulan dah kot tu sebab menyusu banyak sangat sampai kencing pun banyak and terkeluar dari cd...padahal 2 lapis tu...penuh sangat cd dia...sabar lagi aku...huhuhu

Aku giler men game je sekarang ni...especially game yang tanam2 sayur, bela binatang kat farm, jual burger hmmm release tension beb...huhuhu selain itu aku giler shopping sekarang ni...bila aku membelek2 pakaian2 yang ada di jaya jusco takpon kat masjid india, aku rasa tenang sahaja huhuhu alasan!!!! ahhhh ada aku kisah???

Semalam encik suami tanya tahun ni nak hadiah apa untuk birthday??? aku tak tau la..ingat nak set penjagaan muka clinique..ok ke ha? nanti kalau beli takut aku pakai kejap je..pastu membazir..macam dulu aku beli set penjagaan muka jenama Ratu Rembulan ke hapa tah, rm250 okay...tapi pakai kejap je sebab aku preggy...time preggy dulu aku mana suka berhias sangat..tapi baguslah produk tu..serius...licin je kulit pas pakai tu..

pastu aku terfikir nak make up Mac hmm..takut aku tak pakai gak nanti...pakai makeup bila nak jalan je..tapi sejak ada Insyirah ni jarang aku berjalan2...nak baju..boring dah asyik baju je..kasut??? hmmmm lama dah tak beli kasut tapi kasut aku berlambak...ada kat bonet keta tu..berkotak2 tak pakai huhuhu..dah tu aku nak apa???? so sekarang ni aku ala2 mode berfikir-nak-hadiah-apa-untuk-birthday.

sekian wassalam...

Tuesday, September 1, 2009

Keperluan vs Kemahuan

Pagi2 dah hujan kat kl ni....sejuk je..rasa malas nak pergi belajar tapi aku kena kuatkan diri...kadang2 dah rasa putus asa tapi pastu aku ingatkan diri sendiri...untuk siapa semua ni? Sekarang aku gunakan Insyirah sebagai penguat semangat aku..I want to achieve my dreams so that i can have a better life..bukan aku nak kata hidup aku sekarang tak sempurna..cukup sempurna sebenarnya..ada suami yang baik dan seorang anak yang sihat serta comel. Makan pakai semua cukup, cuma aku nak pastikan kehidupan aku lebih terjamin...kehidupan Insyirah pada masa hadapan juga terjamin...serta dapat membantu encik suami..takkan nak bergantung sepenuhnya dengan encik suami....dia sendiri ada impian untuk memiliki memacam..contohnya, encik suami nak beli kereta baru..bunyi macam keduniaan sahaja kan hehehe tapi itulah manusia..sentiasa ingin memenuhi kemahuan diri...kalau ikutkan mestilah aku tak berapa setuju memakai kereta yang mahal sedangkan kalau pakai kereta biasa pun sudah memadai..tapi bila fikir2, encik suami banyak dah beri aku peluang memenuhi setiap kemahuan aku...jadi aku rasa aku patut sokong dia kali ni...aku tahu encik suami dah fikir kesemuanya...sebab aku tengok setakat ni walaupun dia beli bermacam2 barang yang aku rasa agak keterlaluan (mana tak keterlaluan, sepasang kasung rm200-300 and dia beli sampai 4 pasang) tapi dia still manage to survive...siap leh bagi aku duit untuk beli baju raya..rezeki encik suami,Alhamdulillah sentiasa murah...maybe sebab dia tak kedekut..pinjamkan duit kepada rakan2 serta sentiasa berbakti kepada ibu bapanya.. (sedikit sebanyak menyedarkan aku juga supaya tak kedekut huhuhu)

Jadi kalau boleh aku nak dapatkan kerja tetap secepat mungkin supaya ekonomi keluarga kami dapat dikukuhkan lagi...dan encik suami dapat memiliki kereta idaman dia tu..dan diharap juga aku dapat memandu kereta tersebut juga hahahahah dan2 tu jugak...dan aku ingin menyimpan duit untuk Insyirah..mana la tahu kan, time Insyirah nak ke kolej sok tetibe Insyirah tak layak dapat PTPTN ..kan ke haru nanti..dan kemudian memiliki rumah sendiri yang ada walking wardrobe (tul ke??) yang macam dalam citer deko bersama Eric tu..huhuhuh kelas you kalau ada almari camtu kat bilik tidur aku...

Hmmm...kemahuan vs keperluan...to me, keperluan mestilah diutamakan right? tapi kalau ada kesempatan kemahuan juga ingin ku penuhi huihuihui...




Cantik di mata, best di driving sedap juga duit membayarnya *sigh* huhuhuhuh

Sunday, August 30, 2009

kuruskah? yeeeee

heh..lama dah entry kat blog ni tidak dibuat pada hari ahad...

Hari ni kedua2 mak and abah mertua aku pergi Gombak (umah kak long) . Diorang nak berbuka di sana..aku malas nak ikut...so petang tadi dalam kul 5, aku pun siap2 and lepas mandikan Insyirah aku masukkan dia dalam stroller and bermulalah pengembaraanku bersama Insyirah berjalan ke bazar ramadhan yang terletak berhampiran dengan rumah aku...sib baik la dekat kan hehehehehe...semua orang tengok aku bawak stroller tengah2 panas tu...Insyirah lak ngantuk je aku tengok..die memang camtu..pas mandi mesti tido...

Sampai kat tempat orang jual lauk, aku parkingkan stroller di tepi khemah tu..aku pun bungkus la lauk...orang yang jual tu tetiba kata " e'eh, maknya kecik je..kurus..tapi anaknya semangat..tembam pipi" aku cuma tersenyum simpul sahaja..sebenarnya hidung kembang dah kahkahkah...dulu masa aku belum kawen tak penah orang kata aku kurus..pas kawen and ada anak sorang ni ramai le pulak kata aku kurus huhuhuhuhu ni yang buat aku semangat untuk berbf ni...ni semua berkat bfkan Insyirah la ni...aku kalau makan memang tak hengat dunia..tak caya tanya aku, eh tanya encik suami..tapi badan aku sudah ambil kalori yang aku makan untuk ditukarkan kepada susu...

Cakap pasal bf kan...aku penah cerita yang Insyirah macam taknak minum susu dari botol aritu...actually kalau direct bf pun dia tak berapa suka...aku rasa aku tau kenapa...hari senin lepas kan aku jumpa doktor pasal masalah kulit tu and doktor bagi ubat antibiotik yang berbau longkang (serius..aku tak tipu) serta ubat gatal..dua2 ubat tu harus dimakan siang dan malam..so kesan dari makan ubat tu mungkin menyebabkan Insyirah tak suka susu aku since apa yang aku makan kan akan menjadi susu..rasanya ubat tu dah masuk lam susu aku...tu yang dia taknak tu..pastu, sejak ari jumaat aku dah stop makan ubat tu and..walla! Insyirah selamba je minum susu arini...aku bagi, dia minum je...direct bf la..dalam botol aku tak test lagi since aku duk umah je kan so aku direct je la membfkan dia. Tengok hari selasa ni camne...kalau dia takmo gak minum dari botol tak tau la..lagipun aku dah beli puting baru..jenama MAM and design dia macam puting breast..warna dia oren2 cekelat...rasanya diperbuat dari latex..entahla..harap Insyirah oklah minum susu dari botol pasni..

Friday, August 28, 2009

Insyirah cerewet berakrobatik


Aksi akrobatik Insyirah..nilah hobi dia sekarang ni.. berusaha nak meniarap tapi tak jadi2 gak hehehehehe...aku sampai naik risau bila tengok dia wat camni tapi die tetap berkeras nak wat jugak..puas aku betulkan badan dia pastu dia wat lagi..hmm last2 aku biarkan je..takpun aku tiarap kan dia..bukan main tinggi lagi dia angkat kepala dia..pastu lelama dia marah heheheh mungkin terbatas pergerakan dia...sabar je la..

Insyirah sekarang dah pandai memilih..memilih apa?? hmmm dia dah tanak minum susu dari botol..puas mak mertua aku bagi semalam dia mengamuk2 taknak..menangis2 dia. Bila aku balik and bf direct laju je dia..siap dengar dia menelan air susu tu dengan rakusnya..sian aku tengok..lapar sangat. Camne nak buat ye.. mak mertua aku kata, air susu time bulan puasa tak berapa sedap kot...payau je kot sebab kite cuma makan and minum pada waktu malam...pastu susu tu letak lam peti ais lak, rasa dia mungkin dah lain..aku pun tak tau la..mak mertua aku kata tu orang lain la kata..hehehe dia cakap dia banyak kali dengar orang kata susu time bulan puasa jadi tak sedap..hehehe entahla..kalau ye payah la camtu..cerewet la pulak anak aku tu...takkan nak tunggu aku balik baru nak menyusu..pening aku pikir..

maybe aku kena tukar puting susu tu kot...nanti la aku try yang avent punya ke..hmm



Thursday, August 27, 2009

Cara-cara memakai cloth diaper

Pagi tadi masa on the way ke tempat belajar yang indah lagi permai..permai ke? aku dengar la radio...takkan driving sunyi sepi je kan mestilah kena dengar radio...anyway, pak nil kat radio era tu bukak la lagu Dewa, Pupus...terus bernostalgia aku sekejap...huhuhu lagu ni mengingatkan aku kat encik suami...dari dia la aku tau lagu pupus ni tau hehehe semuanya kerana dia kata dia frust (setelah berusaha mengurat aku) and nak dengar lagu ni sebab aku kata aku dah berkenan kat seseorang time gathering ..gathering apa??? hmm rahsia kuikuikui...last2 aku ngan encik suami gak..ada anak sorang dah pun..Alhamdulillah..

Encik suami dah pi kerja dah *sigh*...2 minggu lagi kite jumpa lagi ye hubby..pastu pi shopping kat jalan TAR ye..beli baju raya sedondon warna kuning ye..

Hari ni aku nak tunjuk cara2 aku pakaikan CD kat Insyirah

Since Insyirah masih kecil lagi (ceh kecil2 buah je) maka aku kena adjustkan Cd tersebut kepada saiz yang sesuai..


Memula masukkan insertnya...masuk je guna tangan tolak sampai hujung and adjust bagi rata..


Ini CD Coolababy..lihat snap buttonnya..barisan atas sekali tu adalah untuk butang di bahagian tepi..fahamkah? tengok je la gambar bagi paham..butang2 di barisan bawah dan seterusnya adalah untuk size..


oleh kerana cd coolababy ni besar sedikit dari lunatot maka aku padankan butang yang barisan kedua dengan yang last...fahamkah lagi? ada 4 baris kan..yang baris atas tu bukan untuk size so abaikan...3 baris bawah untuk size..so aku ketipkan atau butangkan baris yang kedua dan yang last untuk size kecil..kalau lunatot punya cd aku ketipkan baris 2 dengan baris 3 since lunatot punya cd kecil sedikit..berbelit2 ke ayat aku?? ah lantakla..ada aku kisah???hahahahaha

dan tadaaaa...Insyirah dengan CDnya..ha nampak butang tepi tu aku bawa ke tengah and ketip kat butang barisan pertama..cenggitulah adanya..eh buleh masuk pertandingan ni..kat blog mamazarith ada wat pertandingan baby ceria bersama CD yang dibeli dari blog tersebut..caranya mudah sahaja, pi beli CD dari mamazarith, pastu amik gambar baby posing2 ke tak posing pun takpe dengan CD tersebut..kemudian hantar gambar tersebut melalui email..hadiahnya sekeping CD Coolababy AIO..apa AIO tu? All In One la hehehehe maksudnya insert bagi CD tersebut sudah pun siap dijahit di dalam CD tu...tak payah jolok2 pakai tangan nak masukkan insert tu hahaha..

Sekian terima kasih