Sunday, July 5, 2009

Kalau selsema makanla ubat

Dah 3 hari aku selsema...malam tadi rasa nak demam. Aku cepat2 makan panadol Actifast. Not sure sama ada ubat tu leh ke tak dimakan time breastfeeding. Tadi aku baca blog Puan Sue, dia ni memang seorang yang breastfeed anak die secara eksklusif. Banyak info tentang breastfeed dalam blog dia. Aku baca tentang ubat yang boleh dimakan oleh ibu yang menyusu dan terkena selsema atau batuk. Ubatnya adalah Piriton (ubat selsema) dan zecuff (ubat batuk). Sib baik aku tak memandai beli ubat selsema semalam...orang kata kalau salah makan baby akan muntah2 bile minum susu badan. 1 more lesson yang aku dapat hari ni.

Masa preggy dulu aku jarang sangat sakit. Masa memula je dulu aku ada demam pastu takde dah sampai la bersalin. Lepas bersalin ni asyik sakit je...demam dah dua kali pastu selsema plak kali ni. Kurang vitamin kah? Kalau kurang air macam mustahil pula sebab aku kuat minum air lepas bersalin. Sangat kuat sebab aku sentiasa haus lepas Insyirah menyusu. Kan kandungan susu badan mostly adalah air. Tiap2 malam mesti bangun and pi minum air.

lepas bersalin ni juga aku susah buang air besar..sembelit je. Kalau tak tiap2 pagi mesti membuang. Kadang2 aku jugak ada masalah bila buang air kecil. Pastu masalah strechmark yang huduh tu lagi...ohhhh...suma ni kadang2 buat aku stress..

Namun begitu apabila setiap kali aku rasa down ngan semua ni aku mesti teringat Insyirah..Aku mungkin kurang dari beberapa sudut tapi aku memiliki anugerah paling hebat..Allah kurniakan aku seorang puteri yang cumel. Worth it la kan...setiap yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin ini la yang dikatakan pengorbanan seorang ibu...dan juga seorang isteri?? Aku rasa dua2 sekali...so suami2 di luar sana jika isteri anda tidak lagi menarik selepas melahirkan anak silalah jangan pandai mengomen sahaja..lagi bagus kalau encik suami sekalian pi hantar isteri2 ke pusat kecantikan ke, pusat kuruskan badan ke, belikan ubat hilangkan strech mark and lemak ke..adakah ini hint kepada encik suami aku?? mungkin juge ya kahkahkah tapi encik suami dah buat dah sikit dari yang aku listkan tu..contohnya, encik suami tolong belikan ubat sembelit and strech mark untuk aku. Kira ok la tu kan..terima kasih encik suami!



Ha camnila lebih kurang rupa strech mark huduh itu..jangan salah sangka ini bukan gambar perut aku ye. Aku cilok kat yahoo ni..tah perut sapa tah ni..

Setakat ni aku dah try ubat strechmark from Buds tapi takde perubahan. Kemudian aku try Mederma pula..tapi sekerat jalan je hehehe sebab aku malas nak sapu satu2 strechmark ni memandangkan Mederma ni gel yang kuar dr tiub macam ubat gigi tu tapi kecik je. Namun begitu Mederma ni memang berkesan untuk parut sebab aku dah penah try dulu and hilang segala parut kat kaki and tangan aku. Jadi licin berseri, tulus mulus kulit aku ni heheheh. Sekarang ni aku try Bio Oil pula. Senang nak sapu sebab die minyak. tenyeh dan urut je takyah concentrate satu2 strech mark. Banyak woo strech mark itu..kat perut, peha and pinggang. Diharap berkesan la..kena la tunggu beberapa minggu lagi and lihat perubahannya...

Begitulah cerita untuk hari ni..agak panjang entry kali ni...ohh lupa pula. Begitu hijo kan blogku ini hehhe jadi Hulk dah dia...

Saturday, July 4, 2009

Buduh Punya Mimpi

Malam tadi aku tido lewat..bukan sebab Insyirah mengaruk tapi sebab aku nak tengok V for Vendetta..sanggup tunggu nightline abih last2 tv yang tengok aku hahahaha.. Pastu kul 4.30 Insyirah merengek nak susu. Pas menyusu aku tido semula and aku mimpi ngeri..sangat ngeri..bukan mimpi hantu pun tapi benda lain. Aku mimpi encik suami kahwin lain!!!!!!!!! uwaaaaaaaaaa buduh punye mimpi...dalam mimpi tu aku siap mengalah lagi and kunun2nya nak membawa diri dan hati yang terluka ini..pastu aku terjaga sebab Insyirah merengek lagi. potong stim tul huhuhu aku nak tau gak ke mana agaknya akan ku bawa diri ini. Pas bangun tu aku asyik teringat je mimpi tu...agak2 aku pi mana ek?

1) Pi Bali...leh cuti2 Malaysia. Sungguh berangan..
2) Balik umah mak aku..hmm sungguh klise. Macam dram swasta pula..boring.
3) Pergi umah member aku...lepak2 sana. Tapi kang diorang bosan lak ada penyibuk di situ hihi
4) Pergi Genting Highland..mengimbau kenangan honeymoon dulu..cewah jiwang pula (sila muntah)
5) Pergi Langkawi lepak umah adik aku...sambil2 tu leh pi zoo langkawi lagi. Ada monyet lucah di situ tau..maybe sebab dia sekor2 je duk lam tu dia melucahkan dirinya. Takpun pi Telaga Air Panas yang tak berapa nak panas serta buruk tu..takpun pi Beras Terbakar amik gambar kat tangga umah sapa tah..beras terbakarnya tidak kelihatan maka tak boleh amik gambar di situ. Tak menarik. Takpun pi beli pinggan mangkuk kat kedai Haji apa tah dan hempas kat lantai sebagai tanda protes telah dimadukan..takpun pi taman buaya dan memberi makan buaya2 di situ sambil berdoa tidak di makan sekali oleh buaya tersebut. Oh sungguh merepek..

Namun begitu aku berharap sesangat le tidak berlaku kejadian seumpama itu...huhu takmoooo...encik suami aku sorang je yang punya!!! Buduh punya mimpi..(ulang ayat di atas sekali lagi sebagai tanda kebencian aku terhadap mimpi buduh itu)





Encik suami...cepatla balik..huhuhuhu

Friday, July 3, 2009

sudah lama tidak berblogging

Sungguh lama sekali tidak berblogging..maklongla, sibuk menjadi ibu mithali ibu yang sejati..

Well, rite now aku ada kat umah aku di kuala lumpur..minggu depan start kerja semula. MALASNYA...diulang.. MALASNYA..bile dah tinggal lama sesuatu keje tu mesti terasa malas nak sambung semula..tul tak?? ah tak betul pun kire betul jugak..(saja nak mem'backing' diri sendiri)

My mother in law akan tinggal di sini selama 2 bulan untuk menjaga Insyirah..my encik suami taknak hantar dia ke nursery kerana takut..yela, Insyirah kecik lagi, nursery plak dia jaga bukan sorang je budak tapi ramai..takut dia takleh handle lak..

Hari Isnin ni aku kena pi spital Ampang Puteri lagi...Insyirah nak kena inject aku lak kena wat pap smear. Cakap pasal pap smear, teringat lak aku masa aku pi klinik kesihatan time pantang aritu. Ada sorang kakak ni anak dia dah setahun lebih..bila misi tanya dah wat pap smear lum die terpinga2. Dia tanya apa pap smear tu and misi tu cakapla untuk check kalau2 ada barah rahim. Pastu kakak tu wat muka berkerut2 and takut..pastu dia kata la lum wat lagi. Misi tu suh wat bila ada masa. Bila misi tu blah, aku dengar kakak tu kata dia taknak wat..dia cakap sorang2 je sebab kalau cakap kat misi tu mesti kena marah hehehehe.. Aku bukan apa, heran gak napa dia taknak wat..dia tak takut ke? Ke takut kena bayar mahal? Tapi rasanya kalau dia wat kat spital kerajaan murah je kot. Barah rahim kan pembunuh ramai wanita kat Malaysia ni selain barah payudara..so better berjaga2 kan? Ada peluang pergi la buat..

Setelah sekian lama blog ini tidak bergambar maka hari ini aku pun tempek le gambar sikit..sambil tu nak tunjuk la badanku yang masih slim itu kahkahkah...tak slim pun sebenarnya..kat perut aku ni bertambah sket lemak. Tapi jangan terkejut jika aku beritahu berat aku kurang sekilo dari memula aku preggy..masa tau aku preggy berat aku 51kg, time 8 bulan mengandung berat aku 60kg but now 50kg!!...ajaib bukan??? Tapi hati kecilku kekadang berkata mesin timbang kat klinik kesihatan Bandar Mas itu dah rosak hehehehehe...sebab aku rasa aku gemuk..wokehla banyak lak membebel..chekidaud je la gambar2 kat bawah ni.




Oh...dia wat muka cam..hmm muka tak best la senang cakap...




Embah dan nenek Insyirah..bapak aku yang nak cucu dia panggil embah, bukan direka2 ye hehehe maklongla Jawa totok bapak aku ni..sila lihat kepala Insyirah..motak kan?? sebab tu dia pakai topi mickey untuk gamabr sebelum ni..

Wednesday, June 10, 2009

Kerak di kepala serta sunat

Kelmarin masa pi klinik, nurse kat klinik tu tegur rambut Insyirah berkerak huhu..memang berkerak pon sebab tak cukur2 rambutnya...ini semua terjadi kerana nak tunggu encik suami balik dari laut so that muleh la wat majlis cukur rambut tersebut. Nurse tu suh letak minyak kepala eh kelapa then tunggu sejam baru syampu. Takpun pergi jumpa tukang urut Mak Jam..mak aku pun angguk2 je la. Sampai umah, mak aku kata "mari kite pergi ke rumah mak Jam petang ni untuk berubat kepala Insyirah itu..sambil2 itu mulehlah kite sunatkan dia" begitulah lebih kurang ayatnya...aku pun setuju je la. Kul 4 petang aku, mak and bapak aku pergila ke rumah tukang urut tu..sebelum pergi mak aku dah tepon dulu supaya makcik tu leh sediakan bahan2nya. Memula sekali dia wat adalah membotakkan kepala Insyirah huhhhuhu...tak encem dah anak aku. Lepas dibotakkan, makcik tu sapu campuran apa tah kat kepala Insyirah..pastu yang lebihnya dia bagi kat mak aku suh sapu kat kepala Insyirah setiap kali lepas mandi.

Setelah itu tibalah waktu yang sungguh menyeramkan...makcik tu melunjur da bentang kain putih kat kaki dia. Pastu dia angkat Insyirah and letak atas kain putih tu menghadap dia...pastu dia lilit kaki insyirah ngan kain putih and die selit kain tu bawah peha (untuk pegang kaki Insyirah biar die tak gerak). Pastu makcik tu suh aku pegang peha Insyirah huhuhu aku dahla ngeri tengok gunting dia dah ready nak menyunat Insyirah. Aku pandang tempat lain sebab tak sanggup..pastu apa lagi...menjerit2 la Insyirah kena sunat..pastu makcik tu kata kena potong sikit lagi..menjerit lagi Insyirah..sedih aku dengar dia nangis..sib baik kejap je. makcik tu kumat kamit baca doa sambil tu sapu ngan minyak gamat. Huhuhuhu...memang pengalaman mengerikan..Sebelum pergi umah makcik tu banyak kali aku tanya mak aku sakit ke tak sunat tu..mak aku kata tak..sikit je potong. Ha pastu masa Insyirah menjerit mak aku pun terkejut..sakitla tu kan maknanya?? Cian baby...

Semalam, mungkin kerana terkejut dengan penyunatan tersebut, Insyirah pun demam..tapi tak la demam sangat...badanya dedar sahaja..tahukah "dedar" tu apa? Ala badannya panas2 buah je...aku letak koolfever then reda kepanasan tersebut..Alhamdulillah.

Esok encik suami pulang ke daratan...yeyeyeye..aku dan baby telah kekurangan kasih sayang sepanjang sepeninggalan encik suami ke laut menangkap ikan hehehehe...diharap dengan kepulangannya level kasih sayang dapat ditingkatkan..

Sekian dahulu dari aku..bini zakaria..

Monday, June 8, 2009

Post menjawab soalan breast pump

Hari ni genap sebulan umur baby Insyirah...bile dah sebulan tu kena la pi klinik untuk timbang, ukur dan memacam lagi. Insyirah punye berat sungguh mengagumkan..huhu 4.2kg dah..time lahir 3.18kg sekarang dah 4kg lebih (terjawabkah soalan tu mamai? hehe)..nurse tu kata cepat berat dia naik. Nak wat cemana, isap susu je...air susu aku lak sangat banyak..bile aku kata SANGAT tu maknanya memang le sangat banyak. Buktinya, setiap kali menyusu Insyirah tersedak sebab air memancut2 keluar dengan lajunya..pastu kalau menyusu belah kanan, belah kiri kuar gak menitis2 sampai kena tadah..kadang2 keluar sampai 2 oz! dan..aku asyik kena bengkak susu je huhuhu terpaksa pam selalu and total sekali pam kadang2 smpai 5 oz...

Aku rasa punca banyaknya susu tu sebab aku rajin minum air barli kerana air barli memang membanyakkan susu badan..aku minum pun sebab aku kan kena kencing kotor so mak aku selalu la rebus air barli..aku lak memang suka minum air tu. Apa lagi memang banyak la air susu...secondly, aku juga suka minum milo..membantu juge sebenarnya tu..and thirdly aku selalu pam breast aku...dari apa yang aku baca, korek2, tinjau2 dalam blog2 pengepam tegar serta forum2 ibu mengandung, mengepam breast boleh membantu membanyakkan susu..

So, jenis pam camne yang patut kite beli?? Hasil dari tinjauan serta pembacaan aku, ramai yang suka beli elektrik breast pump sebab senang takyah picit2 guna tangan..ada yang kata sakit and ada yang kata penat. Tapi ada gak yang selesa pakai manual...terpulangla kan..tengok budget masing2.

Breast pump yang terkenal di kalangan ibu2 di malaysia ni ada 3..Medela, Spectra and Avent... 3 jenis breastpump ni biasa digunakan di hospital2. Macam kat ampang puteri diorang guna Spectra 3 yang macam aku beli tu. Kalau mampu muleh le beli salah satu jenama ni hehehe tapi daripada yang aku baca, ramai pilih Spectra 3 kerana tak menyakitkan serta senyap..maknanya kalau nak pam kat opis ke takdela orang tau kite tengah mengepam breast. Kalau tanya pendapat aku, memang aku serasi ngan breast pump ni...hisapan dia menyamai hisapan baby..tak sakit and memang senyap.

Satu lagi, kalau nak beli breast pump belilah yang leh double pumping...boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu..lagi efektif orang kata hehhee...

Nak tau lebih lanjut lagi pasal breast pump or apa2 la berkaitan susu badan muleh le baca blog ini http://xclusivelyxpressing.blogspot.com atau www.diyaluna.com atau join forum susuibu.com. Banyak sangat info seperti cara2 nak pilih breast pump atau cara2 nak wat EBM stock dan memacam lagi la...aku tak berapa reti sangat...maklongla baru sebulan jadi ibu hihi

Harap terjawabla soalan kawan2 aku tu hehehehe

p/s: mamai, aku tak tau la kat kedai ada jual ke tak breast pump tu..kalau jenama pureen ke memang ada la kat Jusco or sogo ke..

Wednesday, June 3, 2009

cerite breasfeeding

Hari ni cuaca tak berapa panas..redup je kat luar sambil angin menghembus2 masuk melalui tingkap bilik aku..best..kalau hari2 macam ni kan bagus. Takdelah aku bermandi peluh sepanjang hari.

Ruam kat muka Insyirah semakin kurang..Alhamdulillah. Aku tak mandikan dia ngan sabun dah sebab makcik aku kata jangan mandi pakai sabun takut baby alah ngan sabun tu. So, aku mandikan Insyirah ngan air suam je lah..pastu aku sapu krim Sebamed tu kat seluruh muka dia. Berkesan la setakat ni..so, silalah beli jika anak anda ada ruam di muka..harganya rm40+ for 50ml.

Ingatkan nak upload gambar terbaru Insyirah tapi berukband ni menunjukkan keberukannya.. maka terpaksalah membatalkan hajatku yang murni itu. Pastu aku terbaca blog Puan hayatie tentang breastfeeding. Sangat banyak info di dalam blog tersebut tentang breastfeeding. Aku pun nak jadi macam beliau..seorang ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif...bolehkah?? memang mencabar tapi akan ku cuba jua..banyak lagi ilmu yang harus aku pelajari tentang breastfeeding serta membuat EBM stock. Setakat ni anak aku fully breastfeed cuma semalam je aku pi klinik sebab kena wat test air kencing, aku tinggalkan Insyirah ngan neneknya beserta 1 oz susu yang dipam. Mak aku kata dia pandai isap susu tu dari botol hahahah sungguh kagum aku..fast learner rupanya anak aku ni. Tapi mak aku kata susu tu sikit sangat sampai dah abis pun dia still isap puting botol tu..huhu nak wat camne. Aku pam secara tergesa2 sebab nak pi klinik punya pasal..ni la padahnya kalau wat kerja last minute..cian baby..sib baik tak lama aku pegi.

ops...baby nanges..nk susu la tu..chow sin ci!!!

Tuesday, June 2, 2009

Bengkak susu itu menyakitkan

Aku kena bengkak susu!!!..huhu cakit..hairan gak aku napa leh kena bengkak susu sedangkan baby isap dua2 belah breast. Sampai demam aku semalam sebab sakit sangat. Dah pam and tuam ngan kain panas pun tak ilang2..pastu bapak aku tolong gorengkan pasir laut and aku tuam ngan bendalah tu..lega la sikit. Bangun pagi tadi ada rasa sakit lagi tapi tak macam semalam. Harap cepatla baik..dah lama aku tak demam, semalam leh demam lak..pastu teringat lak kat encik suami hukhukhuk..sungguh kasihan sekali aku..

Ari Ahad ni genap baby Insyirah berumur sebulan hehehe.. Sekarang dia kena serangan ruam yang sangat banyak di muka. Aku beli sabun Sebamed khas untuk bayi tapi tak jalan gak...sib baik kakak ipar aku datang umah aritu. Dia yang syorkan pakai facial cream Sebamed. Dah kurang sikit la ruamnya...kalau tak, habih merah muka dia. Kesian aku tengok...tak cun dah baby macam mak dia kekeekeke..

Sungguh lama tidak bershopping untuk diri sendiri..cermin mata pun dah 2 tahun lebih tidak berganti..sudah cukup usang dan menyedihkan huhu kelmarin aku order 2 pasang kasut Rorine..nampak sangat kemaruk nak shopping hehehe..

Sungguh panas hari ini...dan sungguh boring blog ini....kan?