Wednesday, June 10, 2009

Kerak di kepala serta sunat

Kelmarin masa pi klinik, nurse kat klinik tu tegur rambut Insyirah berkerak huhu..memang berkerak pon sebab tak cukur2 rambutnya...ini semua terjadi kerana nak tunggu encik suami balik dari laut so that muleh la wat majlis cukur rambut tersebut. Nurse tu suh letak minyak kepala eh kelapa then tunggu sejam baru syampu. Takpun pergi jumpa tukang urut Mak Jam..mak aku pun angguk2 je la. Sampai umah, mak aku kata "mari kite pergi ke rumah mak Jam petang ni untuk berubat kepala Insyirah itu..sambil2 itu mulehlah kite sunatkan dia" begitulah lebih kurang ayatnya...aku pun setuju je la. Kul 4 petang aku, mak and bapak aku pergila ke rumah tukang urut tu..sebelum pergi mak aku dah tepon dulu supaya makcik tu leh sediakan bahan2nya. Memula sekali dia wat adalah membotakkan kepala Insyirah huhhhuhu...tak encem dah anak aku. Lepas dibotakkan, makcik tu sapu campuran apa tah kat kepala Insyirah..pastu yang lebihnya dia bagi kat mak aku suh sapu kat kepala Insyirah setiap kali lepas mandi.

Setelah itu tibalah waktu yang sungguh menyeramkan...makcik tu melunjur da bentang kain putih kat kaki dia. Pastu dia angkat Insyirah and letak atas kain putih tu menghadap dia...pastu dia lilit kaki insyirah ngan kain putih and die selit kain tu bawah peha (untuk pegang kaki Insyirah biar die tak gerak). Pastu makcik tu suh aku pegang peha Insyirah huhuhu aku dahla ngeri tengok gunting dia dah ready nak menyunat Insyirah. Aku pandang tempat lain sebab tak sanggup..pastu apa lagi...menjerit2 la Insyirah kena sunat..pastu makcik tu kata kena potong sikit lagi..menjerit lagi Insyirah..sedih aku dengar dia nangis..sib baik kejap je. makcik tu kumat kamit baca doa sambil tu sapu ngan minyak gamat. Huhuhuhu...memang pengalaman mengerikan..Sebelum pergi umah makcik tu banyak kali aku tanya mak aku sakit ke tak sunat tu..mak aku kata tak..sikit je potong. Ha pastu masa Insyirah menjerit mak aku pun terkejut..sakitla tu kan maknanya?? Cian baby...

Semalam, mungkin kerana terkejut dengan penyunatan tersebut, Insyirah pun demam..tapi tak la demam sangat...badanya dedar sahaja..tahukah "dedar" tu apa? Ala badannya panas2 buah je...aku letak koolfever then reda kepanasan tersebut..Alhamdulillah.

Esok encik suami pulang ke daratan...yeyeyeye..aku dan baby telah kekurangan kasih sayang sepanjang sepeninggalan encik suami ke laut menangkap ikan hehehehe...diharap dengan kepulangannya level kasih sayang dapat ditingkatkan..

Sekian dahulu dari aku..bini zakaria..

No comments: