Tuesday, August 10, 2010

Membuka pekung di dada

ohoiiiiiiiiiiiiiiiii...

aku tengok kan kebanyakan blog yang aku selalu kunjung makin lama makin slow..sama je macam aku ni slow macam siput babun kekeke apa agaknya yang menyebabakan perkara sebegini berlaku..mungkin minat untuk berblogging dah nyawa2 kambing...atau mungkin sibuk nak mampus tapi online FB hari2 boleh...eh cakap pasal sapa tu? diri sendiri ke? hehehe

anyway, kali ni post aku hentam keromo je la ye..

2 minggu lepas aku dapat surat dari universiti yang mengatakan permohonan pelanjutan biasiswa aku telah di tolak...dia siap cakap, "kami berharap puan dapat berfikiran positif tentang hal ini dan dapat meneruskan pengajian puan di sini" Hahahaha nak tergelak aku baca...anyway, aku sebenarnya dah agak dah mesti permohonan aku itu di tolak..yelah dah dua tahun makan duit biasiswa tapi masternya tak siap2 jugak..

oklah aku berterus terang dan bersedia membuka pekung di dada..aku dah tiada minat untuk meneruskan pengajianku..kenapa? aku dah tiada motivasi untuk meneruskan...aku muak dan jelik melihat program2 aku yang asyik error sahaja...aku juga jengkel bila memikirkan di saat2 akhir dan bila dah jauh perjalananku barulah sibuk nak suruh aku tukar cara untuk membuat programming itu...dan cara itu satu haram pun aku tak reti..meaning i have to come back to ZERO! jadi aku nak salahkan siapa di sini??? masa? supervisor? diri sendiri? oklah aku mengaku apa pun it will come back to me...but it is not fair bila aku kata semua tu salah aku sendiri...ahhh aku berdegil juga..tapi aku nak salahkan siapa?

setiap hari aku berfikir tentang perkara ini...bila aku nak terlepas dengan semua ni...aku tersepit di tengah2...kalau aku berhenti maknanya aku kena bayar semula duit biasiswa itu..damn! kalau teruskan, mana nak cekau duit membayar yuran semester ini?? damn lagi! encik suami sudi memberi pinjam duitnya untuk membayar yuran itu tapi..aku dah takde hati...aku tension..dahla aku kena fikir nak cari kerja pulak lepas ni...kalau tak camno nak bayar hutang kereta dan sebagainya??

selalunya setiap kali aku fikirkan semua ni aku mesti pandang Insyirah...terus sejuk hati ini. Aku ada Insyirah yang membesar di hadapan mataku..ringan sikit rasa kepala aku ni bila melihat keletahnya...tapi sampai bila? aku tak boleh lari dari masalah..aku kena hadapinya. Tapi bagaimana????

Aku buntu..

6 comments:

Raja Hafiz said...

Gua pown sma..da xde minat nak sambung, ahahahahaah

sisanizu said...

salam.sori sibuk nk komen jugak even tak kenai.sy tahu perasaan itu.tp nk tak nak kene abeskan gak master tu..takberbaloi jugak pikir kita dah abiskan byk mase buat tu then end up berenti..go go chaiyok2. abeskan.

yuyun said...

aaaa aku tak tau nak cakap apa...fikiran masih berkecamuk kekeke...tarikh last daftar adalah pada 20 ogos ni hhuhuhu

NEVER say good BYE said...

kak yuyun dh amik master sem brp? xbest ka amik master?huh br angan2 nk smbung master

yuyun said...

kehkeh banyak sem dah dik oi...6 sem dah..gile kan? hahaha amik master ni best je..yang tak bestnya bila di pertengahan jalan tetibe tune dia lari sikit especially yang dah ada family macam akak ni..dulu masa memula amik master tak kawen..pastu tengah amik master kawen lak..komitmen dia lari sikit tu pasal jadi camni..

senang citer bagi orang yang rasa diri tu takleh komited dengan sesuatu kerja jika tiada perancangan atau jadual kerja janganlah mencari pasal membuat master secara fully research..kalau by course ok kot sebab kite ada jadual kelas yang perlu kite patuhi..teratur sikit la hidup..tu pandangan seposen saya..sekian.

ops lupa, jangan pulak disebabkan cerita ini takmo amik master lak..takde hal la sebenarnya kalau awak bagi full komitmen

NEVER say good BYE said...

amik master 3-6 sem kn..pastu sem1 dpt scholarship ke tajaan sndiri.actually,kite mmg ade apply smbung master trs ingt lmbt/ssh nk dpt pastu bile dpt kite tolak plak sbb ms 2 br habis sem8 ptghn bln5 pastu dftr master 30jun, rs mental xready lg pastu tolak pastu skrg rs cam alaa knp la aku xproceed smbung hr 2..huh gitula citenye

lg 1 nk tnye knp akk smbung master?nk jd lect ke?atauuu mme suke menuntun ilmu =p