tenggelam timbul, tenggelam timbul je aku ni huhuhu takleh nak disiplinkan diri untuk selalu update blog.
Anyway, pelbagai benda terjadi sejak akhir2 ni..aku nak cerita pun tak tau nak mula dari mana..manyak sungguh. Secara ringkasnya, Insyirah dah 10 bulan and sihat Alhamdulillah..masih lagi fully breastfeed. Sekarang dah ligat merangkak and dah mula nak memanjat..nak berdiri la tu. Mulut dia pun dah becok dah..takdelah bercakap tapi berbunyi2 la..mak la, bak la, pat la..hmm memacam la..siap jerit2 lagi tu.Berat dia sekarang 9kg..berat weih..tak larat nak mendukung.
Minggu lepas aku, Insyirah, mak dan bapak serta adik bongsu aku telah melawat adik aku yang no.2 kat Langkawi..melawat sambil bercuti hehehe..encik suami tak dapat nak ikut sebab dia kat laut. Kitorang gerak pada hari Isnin dari Johor kul 7 pagi and sampai di jeti Kuala Perlis kul 5.30 petang...tiket feri dapat kul 7 malam. Sampai Langkawi kul 9 okay...bukan jauh pun dari Kuala Perlis tu tapi nak naik feri tu lama..kata kul 7, 7 lebih baru masuk..
Kitorang lepak sana sampai ari Khamis..ari Jumaat kitorang balik semula Johor. Banyak la jugak aktiviti yang dilakukan..kali ni aku pergi ada tour guide..sapa lagi kalau tak adik aku. Shopping?? adalah sikit....mak aku la shopping sakan.
Kat bawah ni serba sedikit gambar time bercuti tu...tengok je la ye..
1 comment:
haha.. aku sampai sekarang tak berani nak pegang ular..
Post a Comment