Monday, October 26, 2009

Menghasut orang lain pakai CD walaupun aku bukan taukeh CD

Hujung minggu lepas aku melepak2 di rumah kakak ipar aku di Gombak. Mak mertua aku yang nak tidur sana..dia kata lama dah tak pi umah kakak ipar aku tu. Aku pergi ke sana hari Jumaat pagi...petang Jumaat tu aku pergi makan2 kat restoran Arab depan LRT Setiawangsa...orang belanja kena la pergi kan hehehe. Balik dari makan tu kul 5 lebih..sampai Gombak kul 6 lebih sebab aku terpaksa patah balik ke UM nak amik kereta (aku pergi ke restoran tu tumpang lecturer). Malam tu anak tiri kakak ipar aku datang...dia dah kawen and ada anak dua. Anak dia yang bongsu umur setahun dah kalau tak silap. Lepas tengok citer Nur Kasih, aku pun nak bawak Insyirah naik tingkat atas, nak tidur..aku bawak la sekali CD nak salin kul 12 malam nanti. Tetiba suami kepada anak tiri kakak ipar tu berkata "yang warna hijau tu (CD tu warna hijau) pampers ke?". Aku pun jawab la "a'ah pampers, tapi yang ni boleh dibasuh..orang panggil lampin kain moden". Semua orang gelak bila aku kata camtu hehehehe diorang semua tak penah dengar pasal CD ni. Pastu aku pun naik la atas...

Keseokan harinya, anak tiri kakak ipar aku tu datang lagi...Then kebetulan aku nak tukar CD Insyirah sebab dah tiga jam pakai (Insyirah ni kuat kencing..pakai 3 jam je kadang2 penuh dah hehehe). Dia pun tengok je and tetiba dia kata dia macam interested to try CD tu. Dia tunjuk kat suami dia and diorang bincang2 la nak try pakaikan kat anak dia. Dia cakap dia belanja diaper je beratus2 sebulan...rasa macam buang duit. Aku pun katalah memang ramai orang rasa camtu..agak membazir jugakla sebenarnya pakai disposable diaper ni. Tambah lagi kalau baby tu kuat kencing or berak..asyik bertukar DD je la..Pastu dia macam dah terpengaruh dengan aku heheh dia pun suh aku sunggest yang mana ok since aku pakai 3 jenama CD (Lunatots, Babyland and Coolababy). Aku kata kalau nak kemas jahitan atau design dia pakai la Lunatots...dia siap leh tutup tempat masuk "insert" tu..kain dia pun lembut je...a bit mahal tapi puas hati la kan...kualiti tu ada..and tak le semahal brand lain sampai rm80 ke atas...Dia angguk2 je and mintak website untuk tengok CD tu..aku pun bagi jela..tak sangka lak aku berjaya pengaruh orang untuk pakai CD ni.

Masa raya aritu makcik aku datang umah...anak dia kecik lagi (aku cucu sulung, so tak hairan la sepupu2 aku ada yang baby lagi hehehe) . Dia tengok aku pakaikan Insyirah CD and dia pun tanya la jugak macam2 pasal CD ni...soalan yang aku biasa dengar bila orang tengok aku pakaikan Insyirah CD ialah "nanti dia buang air besar camne? Kena berus la? tak larat la kalau camtu". Aku senyum je bila makcik aku tanya soalan tu...aku bagitau dia tak susah pun sebebnarnya..bila Insyirah poo, najis tu senang ditanggalkan..aku tak pernah berus CD tu...aku gosok2 je then ada sikit2 kuning tu aku rendam dulu...pastu masukkan lam washing machine...hilang terus..nak lagi bagus pastikan jemur bawah matahari..memang takde kesan la. Aku kata lagi, nak guna CD ni kena ada komitmen heheh ngada je berkomitmen2...tapi memang betul la..takleh malas2...nak buang duit ke nak basuh CD? Bukan kite kena berus sehelai2 CD tu...campak lam washing machine je..kalau kita rasa kita berduit so takpela pakai DD pun...kalau macam aku ni...takpela..aku sanggup basuh CD Insyirah...dah berjimat beribu ringgit sebenarnya sebab Insyirah pakai sejak umur dia 3 bulan and aku cuma kuarkan duit (eh bukan aku kuarkan tapi encik suami huhu) rm500+ je untuk 15 helai CD yang mana aku boleh gunakan sampai Insyirah boleh buang air sendiri. Kalau tak caya cubalah buat kira2 sendiri...aku malas nak buat sebab kalau pi blog orang lain yang guna CD, diorang semua buat dah and memang dah terbukti hehehe so takyah la aku buat hahahhaha...

Malas la nak letak gambar kat entry ni huhuhuhuh...

2 comments:

mamai said...

yuyun...insert tu ape fungsinye? kalo bby kencing or berak,kite bole ke tuka insert je?insert tu kne beli lgi byk dari CD ke? pastu aku nk tny bocor x CD tu kalo bby kencing or berak?

yuyun said...

insert tu yang menyerap air kencing baby...kite masukkan dalam poket cd tu...takleh la tukar insert je mamai..kena tukar cd terus sekali sebab kain luar tu pun basah gak. Setakat aku pakaikan cd kat Insyirah ni memang tak bocor la melainkan kalau aku tak tukar CD tu dalam tempoh masa yang lama. Contohnya, CD tu tahan 3-4 jam je (kalau 1 insert) and aku terlajak sampai 5 jam..insert tu akan basah sangat and menyebabkan getah seluar insyirah basah sebab getah seluar tu kan kat pinggang and kena kat CD..takpun kat celah kelangkang sebab insert dah basah sangat and kain kalau dah basah and kite tekan mesti dia kuarkan air kan? ha camtu la lebih kurang..kena rajin tukar la...ikut masanya.