Entry kali ni dimulakan dengan gambar susu badan yang berjaya dipam pada pukul 11 pagi tadi di lab Jabatan tutttt...heheh terpaksa di tut kan.. Sila abaikan meja yang berselerak itu..Tutup warna biru tu hasil daripada breast kiri manakala tutup warna pink hasil dari breask kanan. Sila lihat perbezaan..tidak banyak bukan? yeyeyeyeyyeyeye breastku kembali meriah mengeluarkan susu. Alhamdulillah..berkat doa dan usaha aku membanyakkan semula susu badan. Mungkin breast kanan aku dah tak merajuk kerana sentiasa dibelai manja (urut2 sambil tu dituam air panas yang diletakkan di dalam botol mineral). Aku jugak merajinkan diri meminum air barli dan milo dengan banyaknya. Namun begitu aku takleh la berhenti setakat ni sebab aku tengok tadi liang2 yang terbuka di breast kiri lebih banyak berbanding breast kanan..breast kiri ada lah 3 atau 4 liang yang memancut2 kuar susu manakala breast kanan ada 1 atau 2 liang sahaja yang memancut...itupun kejap je pastu die meleleh je huhuu...
Aha, ni pula pemandangan di bawah meja aku..nampak pam Spectra 3 aku dalam beg itu? Beg yang kecil di sebelahnya pula adalah cooling bag, tempat aku simpan botol yang ada susu untuk di bawa pulang. Untuk pengetahuan, aku tak buat stok EBM (Expressed Breast Milk) macam mommy2 yang lain. Kebanyakkan mommy2 yang breasfeed secara ekslusif diorang wat stok EBM dengan ganasnya...ganas di sini bermaksud stok diorang berpuluh2 malah ada yang beratus2 botol dan disimpan di dalam freezer. Oleh kerana aku takde freezer and peti ais kat rumah aku lak cuma one door so aku tak buat la stok ebm tu. Aku cuma pam hari ni untuk Insyirah minum keesokan harinya bila aku pegi belajar (eh aku guna perkataan belajar la..dah tak guna perkataan kerja) . Aku simpan susu tu di tempat biasa dalam peti ais tapi aku letak belakang sekali...maknanya takdelah depan dekat ngan pintu peti ais tu. Takleh letak dalam tempat atas sekali yang sejuk beku tu sebab org kata tak elok kalau peti ais 1 pintu ni..suhunya berubah2..kalau 2 door takpe..letak je la dalam tu. Tahan lama sikit kalau letak kat situ. Kalau letak bawah cuma 48 to 72 hour je jangka hayat susu tersebut..Lagipun setiap hari pada pukul 12 aku akan balik ke rumah untuk makan tengah hari. Pastu pi belajar semula kul 2 pastu kul 4 lebih balik dah...so masa untuk aku bf secara direct lagi banyak sebenarnya. Aku tinggal gak la sikit stok EBM dalam peti ais takut tetiba breast majuk lagi tanak kuarkan susu ke huhu kang histeria lak takde susu nak bagi Insyirah.
Ehek, ni pula gambar Insyirah yang terbaru...luas kan dahi dia? huuhuhu nampak cam motak lak anak aku ni..
Ini gaya tidur Insyirah yang paling digemarinya..kalau dia tidur camni memang lama la dia tidur..sungguh nyenyak. Kalau tidur terlentang kejap2 dia bangun..tak nyenyak la tu..Cuba nengok rambut dia huhuhu tak tau napa tang tu tak tumbuh2 lak rambut dia...dah buh minyak untuk lebatkan rambut pun takmo gak dia tumbuh..bersabarlah anakku ye..
Orang kata kalau baby tidur camni nanti dia cepat merangkak..go Insyirah go!!!!
3 comments:
yuyun...kalo beli pam satu set tu sume benda dlm tu kite gune ke?aku nk beli gak tp xto nk amik pam je ke atau nk amik yg satu set skaligus.ko pny tu die bgi botol susu x?ko beli katne?suggestkn kt aku website yg plg bole d'percayai hehee...
cute baby tew!
mamai, set yang aku beli tu die bagi 10 botol cam dalam gambar tu. pastu dia bagi botol susu and puting susu spectra satu. Botol yang dalam gambar tu kite leh buka penutup dia and letak puting..so baby leh terus je minum dari botol itu. dia ada bagi juga 2 sipping cup..aku tak guna cup tu sebab Insyirah ok je isap susu guna puting botol. Kalau anak ko tak reti guna puting botol leh la bagi die minum guna sipping cup tapi susah lagi kot kalau guna tu hehehe
kalau anak ko mengalami nipple preference, maknanya die takmo puting botol sebab puting breast lembut, ko leh beli puting dari dr. brown. Puting dia macam puting breast. Puting yang spectra bagi tu agak keras sedikit.
Pastu set tu dia bagi sekali cooling bag and ada cooler ice 3 peket dalam tu..kalau ko rasa nak pam kat tempat selain dari umah berguna la cooling bag tu macam aku ni kena pam kat lab sebelum balik umah sebab nak elak breast penuh pastu kena bengkak breast.
Aku beli kat momslittleones.com sebab owner die melayu and die salah sorang penasihat laktasi kat malaysia ni. So kalau ada masalah leh contact dia.
Ada jugak set yang murah macam kat fabulousmom tapi tak berapa lengkap..tengok la kat mybbstore gak sebab dia selalu wat sale. link2nya suma ada kat tepi blog aku ni..ko tengok je la..
Post a Comment