Sunday, August 30, 2009

kuruskah? yeeeee

heh..lama dah entry kat blog ni tidak dibuat pada hari ahad...

Hari ni kedua2 mak and abah mertua aku pergi Gombak (umah kak long) . Diorang nak berbuka di sana..aku malas nak ikut...so petang tadi dalam kul 5, aku pun siap2 and lepas mandikan Insyirah aku masukkan dia dalam stroller and bermulalah pengembaraanku bersama Insyirah berjalan ke bazar ramadhan yang terletak berhampiran dengan rumah aku...sib baik la dekat kan hehehehehe...semua orang tengok aku bawak stroller tengah2 panas tu...Insyirah lak ngantuk je aku tengok..die memang camtu..pas mandi mesti tido...

Sampai kat tempat orang jual lauk, aku parkingkan stroller di tepi khemah tu..aku pun bungkus la lauk...orang yang jual tu tetiba kata " e'eh, maknya kecik je..kurus..tapi anaknya semangat..tembam pipi" aku cuma tersenyum simpul sahaja..sebenarnya hidung kembang dah kahkahkah...dulu masa aku belum kawen tak penah orang kata aku kurus..pas kawen and ada anak sorang ni ramai le pulak kata aku kurus huhuhuhuhu ni yang buat aku semangat untuk berbf ni...ni semua berkat bfkan Insyirah la ni...aku kalau makan memang tak hengat dunia..tak caya tanya aku, eh tanya encik suami..tapi badan aku sudah ambil kalori yang aku makan untuk ditukarkan kepada susu...

Cakap pasal bf kan...aku penah cerita yang Insyirah macam taknak minum susu dari botol aritu...actually kalau direct bf pun dia tak berapa suka...aku rasa aku tau kenapa...hari senin lepas kan aku jumpa doktor pasal masalah kulit tu and doktor bagi ubat antibiotik yang berbau longkang (serius..aku tak tipu) serta ubat gatal..dua2 ubat tu harus dimakan siang dan malam..so kesan dari makan ubat tu mungkin menyebabkan Insyirah tak suka susu aku since apa yang aku makan kan akan menjadi susu..rasanya ubat tu dah masuk lam susu aku...tu yang dia taknak tu..pastu, sejak ari jumaat aku dah stop makan ubat tu and..walla! Insyirah selamba je minum susu arini...aku bagi, dia minum je...direct bf la..dalam botol aku tak test lagi since aku duk umah je kan so aku direct je la membfkan dia. Tengok hari selasa ni camne...kalau dia takmo gak minum dari botol tak tau la..lagipun aku dah beli puting baru..jenama MAM and design dia macam puting breast..warna dia oren2 cekelat...rasanya diperbuat dari latex..entahla..harap Insyirah oklah minum susu dari botol pasni..

Friday, August 28, 2009

Insyirah cerewet berakrobatik


Aksi akrobatik Insyirah..nilah hobi dia sekarang ni.. berusaha nak meniarap tapi tak jadi2 gak hehehehehe...aku sampai naik risau bila tengok dia wat camni tapi die tetap berkeras nak wat jugak..puas aku betulkan badan dia pastu dia wat lagi..hmm last2 aku biarkan je..takpun aku tiarap kan dia..bukan main tinggi lagi dia angkat kepala dia..pastu lelama dia marah heheheh mungkin terbatas pergerakan dia...sabar je la..

Insyirah sekarang dah pandai memilih..memilih apa?? hmmm dia dah tanak minum susu dari botol..puas mak mertua aku bagi semalam dia mengamuk2 taknak..menangis2 dia. Bila aku balik and bf direct laju je dia..siap dengar dia menelan air susu tu dengan rakusnya..sian aku tengok..lapar sangat. Camne nak buat ye.. mak mertua aku kata, air susu time bulan puasa tak berapa sedap kot...payau je kot sebab kite cuma makan and minum pada waktu malam...pastu susu tu letak lam peti ais lak, rasa dia mungkin dah lain..aku pun tak tau la..mak mertua aku kata tu orang lain la kata..hehehe dia cakap dia banyak kali dengar orang kata susu time bulan puasa jadi tak sedap..hehehe entahla..kalau ye payah la camtu..cerewet la pulak anak aku tu...takkan nak tunggu aku balik baru nak menyusu..pening aku pikir..

maybe aku kena tukar puting susu tu kot...nanti la aku try yang avent punya ke..hmm



Thursday, August 27, 2009

Cara-cara memakai cloth diaper

Pagi tadi masa on the way ke tempat belajar yang indah lagi permai..permai ke? aku dengar la radio...takkan driving sunyi sepi je kan mestilah kena dengar radio...anyway, pak nil kat radio era tu bukak la lagu Dewa, Pupus...terus bernostalgia aku sekejap...huhuhu lagu ni mengingatkan aku kat encik suami...dari dia la aku tau lagu pupus ni tau hehehe semuanya kerana dia kata dia frust (setelah berusaha mengurat aku) and nak dengar lagu ni sebab aku kata aku dah berkenan kat seseorang time gathering ..gathering apa??? hmm rahsia kuikuikui...last2 aku ngan encik suami gak..ada anak sorang dah pun..Alhamdulillah..

Encik suami dah pi kerja dah *sigh*...2 minggu lagi kite jumpa lagi ye hubby..pastu pi shopping kat jalan TAR ye..beli baju raya sedondon warna kuning ye..

Hari ni aku nak tunjuk cara2 aku pakaikan CD kat Insyirah

Since Insyirah masih kecil lagi (ceh kecil2 buah je) maka aku kena adjustkan Cd tersebut kepada saiz yang sesuai..


Memula masukkan insertnya...masuk je guna tangan tolak sampai hujung and adjust bagi rata..


Ini CD Coolababy..lihat snap buttonnya..barisan atas sekali tu adalah untuk butang di bahagian tepi..fahamkah? tengok je la gambar bagi paham..butang2 di barisan bawah dan seterusnya adalah untuk size..


oleh kerana cd coolababy ni besar sedikit dari lunatot maka aku padankan butang yang barisan kedua dengan yang last...fahamkah lagi? ada 4 baris kan..yang baris atas tu bukan untuk size so abaikan...3 baris bawah untuk size..so aku ketipkan atau butangkan baris yang kedua dan yang last untuk size kecil..kalau lunatot punya cd aku ketipkan baris 2 dengan baris 3 since lunatot punya cd kecil sedikit..berbelit2 ke ayat aku?? ah lantakla..ada aku kisah???hahahahaha

dan tadaaaa...Insyirah dengan CDnya..ha nampak butang tepi tu aku bawa ke tengah and ketip kat butang barisan pertama..cenggitulah adanya..eh buleh masuk pertandingan ni..kat blog mamazarith ada wat pertandingan baby ceria bersama CD yang dibeli dari blog tersebut..caranya mudah sahaja, pi beli CD dari mamazarith, pastu amik gambar baby posing2 ke tak posing pun takpe dengan CD tersebut..kemudian hantar gambar tersebut melalui email..hadiahnya sekeping CD Coolababy AIO..apa AIO tu? All In One la hehehehe maksudnya insert bagi CD tersebut sudah pun siap dijahit di dalam CD tu...tak payah jolok2 pakai tangan nak masukkan insert tu hahaha..

Sekian terima kasih

Wednesday, August 26, 2009

Busy belajar sampai ke negeri cina

Hari ni sungguh busy belajar...aku nak belajar bersungguh2...memang stress bila aku kena menumpukan perhatian...time tengah menumpu tu la memacam plak yang aku fikir...gerun bila memikirkan orang lain dah nak siap master aku lak yang ketinggalan huhuhuh stress giler ok....bahaya tau stress ni especially bagi ibu yang fully bf macam aku ni..production susu boleh berkurangan jika ibu yang bf stress...ok tenang...tenang...tarik nafas..lepas..fuhhhh...

Setakat ni sahajalah entry untuk hari ni...oh ya, encik suami akan naik ke laut esok..uhuk..walaupun penyakit kulit belum baik lagi..aku punya dah nak baik dah...yes.



Aha..ni gambar Insyirah kena dengki ngan mak and abah dia..time ni dia nak kena mandi..pastu aku bukak baju dia..selalunya dia rimas kalau baju tu kena bukak melalui kepala (mostly baju dia berbutang di hadapan so senang nak tanggalkan). Pastu halfway je aku bukak, aku tengok comel lak camni..gelak besar aku..dia diam je.encik suami pun join sama gelak..hahahaha kecian anak mak, kena dengki ye...sabar ye..

Tuesday, August 25, 2009

Puasaku dan penyakit kulitku

Selamat Berpuasa..

Permulaan entry yang agak tergantung kihkihkih..biasa orang ucap selamat2 ni time last2 entry je kan..ala lantakla, belog aku..

Ujung minggu lepas aku tidur umah kakak ipar aku kat Gombak. Dia ajak sambut puasa di rumahnya..memang best la kalau puasa kat umah dia...kakak ipar aku tu pandai masak...semua yang dia masak sedap2 belaka..tak macam aku ni hahahahahahahahahhaah...(diharap kegelakan yang melampau ni dapat menyampaikan mesej yang sebenar)

Masa first puasa aritu, aku dengan penuh gigih menahan lapar dan dahaga...and bila masuk kul 3 petang aku pening2 lalat dah...aku tidur je tau sampai kul 5 petang huhuhu tangan aku menggigil2 dah tapi aku tahan je la..menggigil2 pun boleh lagi aku pi bazar ramadhan kat danau kota...orang punya la ramai and most of the food dah abis dah time tu (masa tu kul 6 petang). Sedih tak dapat makan murtabak...ramai sangat orang menunggu murtabak tak sanggup aku nak menunggu sama. Pastu time tengah jalan2 tu boleh plak aku rasa sakit pinggang and senggugut..takkan nak period kot huhuhuh...sampai umah aku pi bilik air and check ada darah sikit keluar...cis..penat aku puasa ok...menggigil2 sampai..huhuhuhu...

Esoknya aku tak puasa sebab aku ingat aku period la...rupa2nya tak pulak...dia stop kuar dah. hairan sungguh la aku...memacam la. Sebenarnya, aku penah baca tau...ibu yang fully bf biasanya tidak akan datang bulan...so aku budget aku takkan datang bulan la time puasa ni..tapi aku kan ada cerita aritu pasal bleeding aku yang tak berhenti2 sejak lahirkan Insyirah tu..so tahla....aku pun jadi konpius...memang dah stop dah bleeding tu sejak aku makan pil hormon tu..tapi kadang2 aku rasa sakit pinggang and senggugut..pastu bleeding sikit. Pening...pening..

Aku ada gak surf internet pasal benda ni and aritu kebetulan puan hayatie ada wat entry pasal period and ibu yang bf. Kajian mengatakan, ibu yang bfkan anaknya 8 kali ke atas dalam sehari tida akan datang bulan..hmmm aku menyusukan Insyirah berapa kali ek sehari...tak oenah check la plak hahhahaahhaha

Oklah nak citer pasal benda lain lak...aku ngan encik suami kena penyakit kulit...yucksssssss...

Aku kena kat muka and kedua belah tangan...encik suami kena kat tangan and badan..geli ok...menggerutu...yang tak bestnya gatal nak mampos..dahla takleh garu sebab takut merebak...merenyam2 aku rasa..geram sangat....kadang2 aku terbabas gak..aku garu hehehehe

Semalam (hari senin) aku ngan encik suami pi la klinik aiman kat kerinchi tu...doktor pun konpius tengok...rupa macam kayap tapi dia kata kayap tumbuh satu tempat je...aku setuju ngan doktor tu sebab aku penah kena kayap masa kat sekolah menengah dulu...kena kat peha..rasa dia sakit sangat..berdenyut2..nak jalan pun rasa seksa..yang ni cuma gatal je and kadang2 pedih sikit. Last2 doktor bagi ubat tahan gatal, krim untuk disapu and antibiotik. Encik suami mintak mc and dapat cuti 2 hari..aku tak mintak hahaha tapi aku tak pi belajar gak..patutnya encik suami naik laut ari ni tapi oleh kerana penyakit tersebut maka terpaksa la naik ari khamis ni kot..
Ni sebahagian dari menatang tu..aku pun tak reti nak nyebut apa...geli kan??? aku takut berjangkit kat Insyirah je...tapi setakat ni Alhamdulillah la..takde pulak Insyirah kena penyakit ni...encik suami punya lagi banyak and besar tau...lagi geli huhuhuhuhu cian encik suami..and aku..

sekian terima kasih

Friday, August 21, 2009

X-men itu best

Dulu masa aku sekolah rendah and even masuk sekolah menengah, aku suka sangat tengok kartun marvel especially X-Men. Watak yang paling aku suka dalamX-Men mestilah wolverine heheheheheh pastu bila X-Men movie keluar lagi la aku gembira melompat2 katak sebab wolverine dia hugh jackman yang berlakon uhuhuhuhu aku memang ikut citer x-men dari X-Men first sampai la yang last X-Men: Last Stand. Pastu tahun ni kan ada X-Men: Origin Wolverine kan, aku merengek2 nak tengok kat wayang ngan encik suami. Masa tu aku tengah sarat mengandungkan Insyirah...last2 aku beranak tak dapat tengok wolverine tu sebab time tu aku tengah pantang hukhukhukhuk...

Hari ni seperti biasa aku membrowse website2 movie and aku jumpa citer tu yeyeyeyeye mediafire link lak tu yeyeyeyeye kualiti cantik macam dvdrip. Aku pun apalagi, donlod la dengan lahapnya hahahahaha...dulu aku hafal banyak nama watak2 dalam X-Men..sekarang dah ingat2 lupa...aku ingat watak2 yang penting je la...

nak download?? Ni aku bagi link dia

http://www.mediafire.com/?zjmgjoijziw
http://www.mediafire.com/?ebwnwywoyvf
http://www.mediafire.com/?jimjzkznmmg
http://www.mediafire.com/?jliurtdqjmm
http://www.mediafire.com/?mmnl5wuzmnu
http://www.mediafire.com/?hn35wxmmbdi
http://www.mediafire.com/?iz2jmahzf4z

dicilok dari amaderforum.com


Esok dah start puasa...huuuhu sudah bersediakah anda bini zakaria??? Harap ok la aku puasa tahun ni...aku bukan apa. Sejak fully bf Insyirah ni aku takleh lapar...bila lapar je mula menggigil2 tangan aku...nak pegang barang pun rasa lemah je. Aku ada terbaca kat internet and juga blog2 yang bincang pasal puasa bagi ibu menyusu ni. Ada hadis yang mengatakan ibu mengandung dan yang menyusukan anak diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika ia memudaratkan kesihatan kita. Sila refer blog kak yati ni untuk mengetahui lebih lanjut. Walaupun begitu, aku ingin berpuasa jugak...aku akan cuba minum air banyak2, makan kurma, minum air longan, makan jantung pisang or ulam pegaga..and macam2 lagila makan makanan yang boleh membanyakkan susu. Tapi yang penting air masak tu kena minum banyak2 supaya tak dehidrasi...kang pitam lak kang (ada tau orang pitam sebab bf anaknya di bulan puasa).

Dah takde idea lak nak merapu apa...apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..jangan ponteng2 puasa..

Thursday, August 20, 2009

Insyirah dan kerenahnya


Ehek..ni la sebahagian koleksi cd aku...cece koleksi pebende. Ni kan Insyirah punya huhuu..semalam 5 keping CD coolababy sampai kat umah..aku beli dari mamazarith. Ada sikit aku dah beli dulu dari orang lain..yang corak2 tu CD Babyland..material di bahagian dalam poketnya adalah cotton..meriah tak warna CD2 tu hahahha aku main hantam je beli kaler apa pun..so total semua cd Insyirah ada 15 keping (5 Lunatot, 2 Babyland and 8 Coolababy). Insyirah memang dah fully Cdying pun sekarang ni..cuma keluar hari tu je (pi midvalley) pakai disposable yang masih berbaki (bulan lepas punya).

Cakap pasal Insyirah, aku ada benda nak story..Insyirah sekarang dah pandai mintak kena dukung or pangku. Dia taknak baring2 je dah...nak duduk pulak sambil tengok tv. Kalau pandai duduk sendiri takpe gak...and kalau ringan hehehehhe takpela gak kan..penat nak memangku dia ni..kalau setengah jam tu muleh lagi la kot..kalau masuk sejam kebas kaki woo...tangan aku sampai hari ni sakit2 sebab support badan dia time dia duduk dalam kereta..dia sibuk nak tengok pokok2 kat luar sebab tu taknak baring.

Pastu lagi satu habit dia yang aku tak berapa gemar ialah dia suka menggigit serta menarik2 nipple aku time bf. Masa dia tengah menyusu tu dia boleh tarik panjang2 nipple aku sampai tercabut dari mulut dia...sakit sangat2..geram sungguh aku. Semalam dia wat lagi...tapi kali ni kuat sangat dia tarik..sampai aku terjerit sakit and termarah dia...ceh..termarah huhuuu..menangis terus dia kena marah ngan aku. Terus cair hati aku walaupun terasa berdenyut2 kat nipple tu..aku takut cedera je breast aku tu..kang dia majuk taknak kuar susu kang payah lak..

Macam2 kerenah dah dia hehehehe...tidur gonyah tu tak payah cerita la. Hari tu (tak ingat hari apa) aku bangun2 tido dia dah tido atas laintai dah..kepala badan semua dah atas lantai...bertuah sungguh..camne tah dia leh golek2 turun dari tilam dia. Kena tido atas toto besar la pasni..golek memana pun takpe.

Makin besar makin banyak la kan kerenah budak2 ni hehehehhe...


Anak abah