Monday, June 4, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Final

3 Mei 2012

Sambungan haritu..

Lepas doktor M.O tu terangkan pasal stenting tiba2 Doktor pakar datang. Tak ingat aku nama dia. Doktor pakar tu tanya lagi pasal stenting tu. Aku kata aku nak tau lebih lanjut pasal stenting dan macammana prosedurnya. Doktor tu kata nanti dia call Urology and minta doktornya datang and terangkan pasal stenting. Kiranya aku macam setuju la nak stenting tapi nak tau lebih lanjut sebelum proses tu dibuat.

Tapi sejam lepas tu, Doktor Nachiyapan tetiba datang bersama doktor yang datang sebelum tu. Dia kata Dr Hui jumpa dia and beritahu keadaan aku akan bertambah buruk kalau teruskan pregnancy. Dr Nachiyapan beritahu yang buah pinggang aku semakin rosak. Dia bimbang kalau aku sampai pada tahap kena dialisis. Dia cakap bila dialisis nanti senang kena infection darah dan sebagainya. Tahap kreatinine aku yang terbaru pun semakin meningkat dah cecah 300. Dia kata kalau terminate pregnancy, baby akan dimasukkan ke dalam inkubator tapi banyak cabarannya bila nak jaga baby pramatang.Dia terangkan komplikasi2 yang mungkin berlaku..tapi dia jugak cakap jika baby kuat mungkin takde apa2. Dia kata ramai juga orang berjaya menjaga baby pramatang ni tapi kena disiplin. Kena selalu basuh tangan jika nak pegang dia sebab kulit dia sensitif. Takut kena infection.

Bila dia cakap camtu, aku tau Doktor ni ikhlas concern pasal aku. Cara dia cakap pun lembut dan dia tak takut2kan aku. 

"Baiklah, saya terminate pregnancy saya" kata aku.
Dr Nachiyapan terus hulurkan tangan..aku berjabat tangan dengan dia.
"well done..bagus keputusan awak. Saya cuma risaukan kesihatan awak. Bukan saya tak sayangkan baby awak tapi kita kena tau mana yang lebih penting"
"ye saya tau..lagipun saya memang perlukan kesihatan saya untuk jaga anak yang sorang lagi di rumah"
"betul, saya setuju. Esok saya akan meeting dengan pakar2 yang lain tentang kes awak ni. Jika nak terminate pregnancy, pihak hospital kena minta tandatangan pakar dan consultant sebab ini melibatkan nyawa. Terminate pregnancy itu adalah melanggar undang2 negara tapi jika untuk selamatkan nyawa si ibu maka ia dibenarkan dengan syarat kena isi bermacam2 borang dan persetujuan pakar2 yang lain"

Aku anggukan kepala sahaja..

"Esok mungkin kita boleh induce..paling lambat awak deliver adalah hari Ahad. Nanti saya akan setkan appointment awak dengan doktor pakar kanak2. Dia akan terangkan macammana nak jaga bayi pramatang".

Lepas tu Dr Nachiyapan bagi arahan pada House officer suruh call doktor pakar kanak2. Pukul 3, aku dan suami pergi berjumpa dengan doktor tu di wad kanak2. Dia terangkan risiko2 yang bakal berlaku. Dia kata nisbah kanak2 yang berjaya hidup di hospital adalah 4:1. Memang sikit tapi dia kata dia akan berusaha..kalau baby kuat mungkin tiada masalah. Dia kata lagi dia akan berada di bilik bersalin bersama inkubator dan sentiasa bersedia untuk buat pemeriksaan baby sebaik sahaja aku deliver. Jika baby tak boleh bernafas dengan sendirinya sebab paru2 tak kuat maka dia akan diberi bantuan pernafasan. Doktor tu tanya samada aku dah ambil suntikan kuatkan paru2 baby tak. Aku jawab ya. Dia kata biasanya peluang baby yang dah ambil suntikan tu besar berbanding ibu yang tiba2 datang ke hospital dan lahirkan baby pramatang. Masa tu aku bersyukur sebab dah ambil suntikan tu walaupun sakitnya susah nak cerita.

Aku beritahu mak pasal keputusan aku untuk terminate. Mak kata mungkin itu yang terbaik. Mak kata dia akan doakan semoga semuanya selamat. Encik suami pun nampaknya ok..mungkin tak sabar nak tengok anaknya walaupun dia tau anaknya akan lahir pramatang.

4 Mei 2012

Hari ni Dr liu pulak datang. Bila dia tau keputusan aku nak terminate dia kata bagus. 
"Bukan saya tak sayang baby awak tau...tapi awak kena fikirkan kesihatan awak juga"
Aku senyum je and angguk2kan kepala.

Lepas tu Dr Nachiyapan datang bersama seorang doktor perempuan. Dia kata doktor tu la consultantnya. Kena dapatkan tandatangan dia kalau nak terminate pregnancy. Dia isi borang dan turunkan tandatangan. Aku pun kena turunkan tandatangan juga sebagai persetujuan untuk terminate pregnancy. Lepas dia  dah tandatangan dia bangun dan tepuk2 bahu aku.

" Awak faham ye kenapa kita kena terminatekan pregnancy awak ni?"
Aku anggukkan kepala sahaja.
"Mungkin lain kali ada rezeki lagi...bersabarlah ye"

Huh? napa dia cakap camtu? Macam yakin bebenor baby aku takkan survive..Bengang pulak rasa. Tapi aku diam je.

Lepas tu Dr Nachiyapan suruh aku bersiap2 ke ICU Labour Room untuk induce. Sebelum incude, dia nak scan dulu nak tengok kedudukan kepala baby. Dia suruh encik suami terus tunggu di ICU. Aku dah gelabah..eh nak deliver dah ke?? Tetiba rasa seram sejuk lak. 

Masa kat ICU Dr Nachiyapan scan perut aku. Dia kata kepala baby kat atas pulak.. 

"hmm lepas satu dilema, datang pulak satu lagi dilema" kata dia sambil tersenyum

Dia cakap takleh induce kalau kepala baby kat atas. Kalau tunggu baby pusing ke bawah mungkin ambil masa berhari2 sedangkan buah pinggang aku makin teruk. 

"kita kena operate untuk keluarkan baby ni..tapi ada komplikasinya. Rahim puan masih kecil sebab baru 26 minggu..jadi bila operate potongannya tebal. Next pregnancy nanti puan kena operate juga. Lagi satu jarak kehamilan pula kena 5-6 tahun sebab masalah buah pinggang dan juga supaya luka operate ni baik sepenuhnya. Kalau ikutkan, doktor nephrology tak bagi puan pregnant lagi. Dia suruh ikat..macammana?"

Aku tengok encik suami, encik suami tengok aku.

"kalau tak ikat tak boleh ke..saya sendiri tak pasti pasal pregnancy ni. Mungkin saya nak pregnant lagi nanti"
"bole, tapi puan kena disiplin. Kena jarakkan kehamilan 5-6 tahun. Kena pulihkan buah pinggang tu dulu. Puan boleh guna kaedah perancang keluarga macam suntikan atau implan pada tangan tu atau IUD dan macam2 lagi. Puan bincang dulu dengan suami macammana ye.."

Aku pun bincang ngan encik suami. Encik suami tak bagi ikat..aku sendiri pun taknak sebenarnya. Mungkin aku nak try pakai implan kat tangan tu. Aku dengar benda tu agak efektif and tak payah risau apa2. Biar je kat situ takyah risau tertinggal makan ubat ke hapa. (Betul ke? hehehe nanti kena wat kajian)

Bila aku beritahu keputusan aku, Dr Nachiyapan ok je..Dia suruh aku bersiap sedia sebab dia nak operate aku hari ni juga dalam pukul 2.30 petang. Cepat pulak rasanya..beberapa jam sahaja lagi. Aku kena duduk kat ICU labour room tu..kat ICU ni katil dia best sikit. Macam kat spital swasta...layanan dia pun best. Lepas kena salin baju yang warna putih yang ikat kat belakang  je tu nurse masukkan tiub pulak kat salur kencing. Dia kata bila dah operate nanti aku takleh bangun dari katil selama 6 jam...so kena la kencing guna tiub tu masuk dalam beg. Bila dia masukkan  je  tiub tu rasa nak terberak pulak..bila pergi toilet taknak pula dia keluar. Tak selesa sungguh..

Doktor M.O buah pinggang tiba2 datang and minta persetujuan aku untuk buat renal biopsi. Biopsi tu tujuan dia adalah untuk mencari punca kenapa buah pinggang aku failure. Doktor akan cucuk pinggang aku and ambil sedikit tisu buah pinggang tu. Macam ngeri je bunyinya kan? Aku rasa ngeri bila fikirkan tapi dah tu je caranya nak tau punca2nya..so setuju ajelah.

Bila dah nak dekat kul 2.30 tu aku dah mula rasa takut...Aku beritahu encik suami dia kata takde apa2..InsyaAllah semuanya ok. Aku cuma baca ayat kursi je time tu berulang2 kali. Pastu aku baring dalam strecher and di bawa ke Labour Room..makin berdebar2 jantung aku. 

Bila dah masuk labour room, aku tengok ramai sungguh orang di situ. Apsal ramai2 ni..memang operate kena guna ramai orang ke? Tapi aku takde la tanya kan...tengah takut2 tu diam ajelah. Pastu masa dia nak bius kat tulang belakang tu aku siap pejam mata sebab nak ready rasa sakit. Aku dengar orang kata bius kat situ sakit..tapi puas aku tunggu rasa sakit tu takde pulak rasa. Tau2 siap inject dah..lain orang lain kot rasanya. Pastu aku rasa kaki dah start kebas..Aku bius separuh badan sahaja jadi bahagian atas badan aku rasa sejuk bebenor. Bilik tu sejuk gile..menggigil2 aku sampai terangkat2 tangan. Pastu Dr Nachiyapan pun masuk..dia yang akan operate aku.

Sebelum operate doktor cubit perut aku..aku rasa cubitan tu. Nurse kata memang akan rasa tapi tak sakit sangat. Masa doktor hiris perut aku pakai pisau aku rasa hirisan tu..aku tanya nurse kenapa aku rasa. Dia kata dah dalam doktor belah...kalau tak bius aku dah jerit macam hapa dah. Dah dia cakap camtu aku tahan je la...memang sepanjang operation tu aku rasa semua tangan2 doktor tu..time nak keluarkan baby lagilah rasa sampai takleh bernafas. Rasa sakit sangat2..aku tahan je sambil berselawat. 

lepas tu aku dengar suara baby menangis..Ya Allah, rasa gembira sangat masa tu. 

"keciknya baby dia" kata nurse tu..aku nak tengok jugak! Ini tidak adil. Tapi lepas tu tak dengar dah suara baby menangis. Nurse kata anak aku takleh bernafas. Doktor pakar kanak2 dah ambil baby aku and masukkan dalam inkubator. Tak sempat pun tunjukkan kat aku..lepas dah jahit semula perut aku, aku di bawa keluar dari bilik bedah dan diletakkan di suatu ruang. Badan aku masih menggigil2 dengan kuatnya..terangkat2 badan aku sampai rasa sakit kat bahagian kena bedah tu. Aku tanya nurse baby aku baby boy ke? Nurse kata ya tapi dia suruh aku tengok sendiri nanti.

Lepas setengah jam aku dibawa ke ICU labour room semula. Aku minta nurse panggilkan encik suami. Lepas sejam lebih baru encik suami datang..dia kata nurse baru panggil dia. Takpela, yang penting dia ada..aku suruh encik suami pergi tengok anak and hantar pampers. 

Malam tu aku tidur je..sesekali aku bangun aku tengok ada air masak sebelah aku. Pastu ada air milo..hmm best sungguh. Aku minum sampai habis..mujur aku tak muntah2. cuma aku rasa gatal2 je kat muka. Nurse kata tu perkara biasa..akibat dari bius tu. Sepanjang malam aku tidur sambil menggaru muka. 

Esok pagi nurse suruh aku cuba bangun sendiri...bila dah boleh bangun dia hantar ke wad biasa semula. Bermulalah hidup di wad pula..

5 Mei 2012 - 14 Mei 2012

Hari kedua bersalin baru tengok baby..Sedih tengok dia duduk dalam inkubator tu. Berselirat segala wayar dan tiub. Dahla dia kecik sangat...kesian kena cucuk sana sini. Bergenang air mata setiap kali tengok baby..aku juga start pam susu untuk diberi pada baby. Doktor kata baby dah boleh minum susu 1cc setiap 3 jam. Sikit je tapi at least dia minum juga. Sistem penghadaman dia nampaknya ok, aku rasa lega.

Dr Liu ada datang tengok aku lepas deliver and cakap dia nak wat biopsi selepas luka ceaser aku pulih..maknanya aku kena duduk spital sampai luka aku dah ok sebab prosedur biopsi tu memerlukan aku meniarap di atas bantal. Dia takut luka ceaser tu akan terbuka semasa proses tu.

Dr Hui pulak tiap2 hari datang hanya tengok level kreainine aku. Masa lepas deliver level kreatinine aku tiba2 melonjak naik 380. Lepas tu naik 400 then 450.. Risau tul aku. Bila tanya pada Dr Hui dia kata itu perkara biasa sebab aku baru lepas deliver..nanti dia akan turun semula. Memang benar apa dia cakapkan..lepas tu level kreatinine aku slowly turun.

Aku ada tanya Dr Hui pasal renal biopsi tu. Dia terkejut and dia kata dia tak pernah order pun biopsi. Dia tanya doktor O&G sapa yang order biopsi tu, doktor tu cakap la doktor M.O  buah pinggang and Dr Liu. Dr Hui kata tidak perlu buat biopsi..tapi dia suruh aku buat ultrasound buah pinggang sebab dia nak tau saiz buah pinggang aku.

Lepas buat ultrasound aku dapat tau yang ada 1cmx1cm cyst terletak di dalam buah pinggang sebelah kanan. Saiz buah pinggang kanan aku sedikit mengecut dari yang belah kiri. Pakar urology kata biasanya cyst tidak merbahayakan sebab kandungan dia biasanya air tapi bagi kes aku dia nak pantau. Dia suruh aku datang pada bulan 8 nanti untuk MRI. Dia nak tengok cyst tu dengan jelas..kalau makin membesar nanti ada la kot tindakannya.

Bila dah berhari2 duduk di wad tanpa apa2 rawatan, aku jadi semakin boring. Masa memula masuk hospital aku tak kisah pun sebab aku bersedia nak buat rawatan. Tunggu punya tunggu tiada sebarang rawatan pun dilakukan. Lepas tu aku makin rindukan Insyirah. Lama sungguh tak jumpa dia..pernah masa tu aku dah hari ke 7 bersalin aku minta turun ke lobi untuk jumpa Insyirah. Mujur nurse tu bagi...jumpa je Insyirah aku tak tahan nak menangis..mengalir jugak air mata aku. Insyirah pelik tengok maknya menangis..aku rasa Insyirah lain sangat masa tu. Banyak sangat cakapnya...tanya aku macam2. Macam dah berbulan2 tak jumpa..banyak perubahannya.

Hari ke 8 dan seterusnya Dr Hui tetap datang hanya untuk tengok level kreatinine aku. Masa tu dah turun ke 420. Dr Hui pun macam dah beri hint nak discharged kan aku..Dia suruh nurse setkan appointment jumpa nephrology dua bulan lagi.

Hari ke sebelas selepas bersalin, aku discharged dari wad tanpa terima sebarang ubat. Sebelum balik aku pergi tengok baby dulu. Aku maklumkan pada nurse yang aku boleh balik rumah dah. Nurse kata bila susu abis nanti dia call aku. Maknanya di rumah aku kena wat stok susu. Rasa berat hati masa nak balik tu..aku tau mesti aku akan teringat2 kat baby.

Dua tiga hari sekali aku akan datang ke hospital tengok baby dan bawa stok susu. Keadaan aku macam biasa..macam dulu. Masa discharged ari tu, level kreatinine aku turun 400 dan urea pun dah turun dari 19 ke 16.9.

Sekarang ni aku cuba kaedah rawatan Homeopathy. Dah dua kali buat rawatan..kena datang lagi hari Rabu ni. Nak tunggu rawatan dari hospital lama lagi appointmennya. Mak aku yang beria suruh pergi wat Homeopathy tu. Masa kat klinik tu aku ada jumpa makcik yang sakit buah pinggang tahap kronik. Dia sepatutnya kena dialisis dah tapi dia wat rawatan Homeopathy dah ok dah sekarang. 2 tahun jugalah dia berubat..dari tak sihat susah nak jalan sekarang kuat dah naik turun bukit. Aku harap aku pun akan pulih dari penyakit ni. Professor Ali yang merawat aku ni kata, buah pinggang aku terganggu disebabkan cyst tu blocking saluran buah pinggang aku. Penyakit aku masih belum serius sebab tu aku takde simptom2 macam orang lain. Dia kata kalau level kreatinine dah 900 baru akan terasa lemah badan, kaki bengkak dan sebagainya.

Apa yang aku harapkan adalah aku sihat kembali sebab aku nak jaga suami dan anak2. Aku redha dengan ujian Allah ni dan aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Aku bersyukur suami dan keluarga sentiasa berada di sisi sewaktu aku perlukan mreka. Banyak pengorbanan diorang pada aku. Aku juga berharap babyku sihat sejahtera..tak sabar nak bawa dia pulang ke rumah..Bila aku di rumah ni selalu teringat pada baby mesti aku menangis. Rindu sangat dengan dia..aku teringin nak dukung dia and susukan dia. Nak cium pipi dia..Semoga Allah kuatkan hati ini dan lindungi anakku..

Sekian, cerita berpisode ini..

Friday, May 18, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Part 2

30 April 2012

Sampai di HSA aku pergi tempat saringan untuk wad O&G. Aku kena duduk wad tu tapi aku masih lagi di bawah pantauan bahagian Nephorology (buah pinggang). Nurse kat situ cakap mungkin masuk wad malam sebab orang ramai sangat. Nak kena interview lagi dengan doktor, baru leh masuk wad. Sementara tunggu tu, mak and bapak sempat sampai. Dapat la jumpa Insyirah. Berapa hari dah tak jumpa dia rindu sangat. Masa duk HSI aritu dapat jumpa sekali je dia itupun 10 minit aje. 

Mak tanya keputusan aku pasal dialisis tu. Aku kata tak tau. Mak menangis pujuk aku jangan teruskan kandungan ni..takut aku kena dialisis. 

"Apa yang penting kesihatan Along. Mak nak anak mak sihat. Mak tau susah buat keputusan ni. Mak tau Along sayang baby tu. Mak sendiri lama dah teringin nak tengok dia lahir kat dunia ni. Tapi kalau dah macam ni, rasanya kesihatan Along lagi penting. Ingat kat Insyirah...dia kecik lagi. Kesian dia..kalau Along sakit2 macammana nak jaga dia?"

Aku tak tahan sebak bila mak cakap macam tu...Aku tau betul apa yang mak cakap. Tapi aku tak sampai hati. 

"Kalau terminate, baby meninggal dunia ke?" tanya aku..
"Entahla, mak pun tak tau. Bapak kata, kalau baby kuat InsyaAllah...dia hidup. Kita doa aje. Bapak ko kata dia percaya baby ko kuat...bapak cakap terminate aje. Kalau takde rezeki, lain kali boleh pregnant lagi. Kita usaha baikkan buah pinggang ko ni dulu"

Aku menangis lagi...Ya Allah beratnya rasa hati ni. Tak berdosa ke kalau aku buat camtu?

Aku tanya encik suami..dia nampak sedih dan berat hati tapi akhirnya dia macam setuju. Mungkin dia pun rasa ada benarnya apa yang mak cakapkan.

Masa interview dengan doktor aku jawab semua soalan doktor tu...Mostly soalannya sama je masa kat HSI dulu. Oleh kerana kes aku agak berat, doktor tu terpaksa panggil doktor pakar. Bila dia tengok kes aku, dia call bahagian Nephrology and bercakap dengan Dr Liu. Dr Liu confirmkan yang dia memang tunggu aku masuk HSA and nak jumpa dengan aku. Lepas encik suami daftarkan aku untuk masuk wad, mak and bapak balik ke rumah. Masa tu aku terfikir, bila pulak boleh jumpa Insyirah lagi...semoga Allah tabahkan hati aku.

1 Mei 2012

Pukul 7 pagi lagi, Dr Liu dan Doktor M.O nya bernama Dr. Ngo datang jumpa aku. Dia kata kreatinine aku tak berapa cantik. Nama penyakit aku adalah Chronic Kidney Disease 2nd degree to Glomerulonephritis. Penapis buah pinggang aku dah sedikit poros menyebabkan protein dan kreatinine leh masuk ke dalam darah. Salah satu tandanya adalah kencing akan berbuih2. Memang betul kencing aku berbuih2 and Dr Ngo kata itulah protein. Dr Liu kata baik terminate aje pregnancy ni atau buah pinggang aku makin rosak. Aku tanya tahap kreatinine sebegini (masa tu kreatinine dalam darah aku 297) kena wat dialisis ke? Dia kata belum lagi..Aku lega. Tapi kenapa doktor kat HSI kata kalau aku teruskan pregnancy aku kena dialisis hari2 sampai deliver? Hmmm musykil dah ni..

Pukul 8 pagi, doktor atau House Officer round and wat laporan serta ambil darah untuk tau tahap kreatinine. Lepas dia wat laporan dengan bertanya masalah2 pesakit, Doktor pakar pula akan datang dan round tanya sorang2 pesakit di wad tu. Hari tu giliran Dr Nachiyapan, pakar O&G. Dia tanya apa yang aku nak. Aku kata aku nak teruskan pregnancy tapi taknak dialisis. Dia kata mungkin boleh tunggu sampai 28 minggu atau 27 minggu then keluarkan baby.  Tapi kena buat 'stenting'. Aku tak tau stenting tu apa. Sejenis dialisis jugak ke? Dia kata lebih kurang la..Sekarang ni baru 26 minggu, baby tak berapa kuat lagi. Stenting mungkin boleh tolong buah pinggang aku operate normally. Sekarang ni bila ada baby, buah pinggang aku kena kerja keras tu sebab dia akan makin memburukkan keadaan buah pinggang aku. Aku kata biarlah aku fikirkan dulu. lagipun aku tiada knowledge langsung pasal stenting tu.  Dr Nachiyapan ni nampak seorang yang senang dibawa berbincang. Dia keluarkan arahan supaya aku diberi injection untuk kuatkan paru2 baby.

Nurse beri injection kuatkan paru2 baby di punggung. Sakit teramat sangat. Aku bukan jenis takutkan jarum, dah banyak kali kena injection sepanjang hidup aku tapi injection ni adalah yang paling sakit. Mujur aku teringat kertas2 selawat dan doa yang mak beri suruh baca, Jika berasa sakit maka boleh baca selawat ni

lailahailla anta subhanaka inni kuntum minaz dzolimin

Berulang2 kali aku baca kesakitan tu terus berkurangan..Alhamdulillah.

2 Mei 2012

Dr Liu tak datang.. Bila doktor pakar O&G datang, dia kata pakar Urology (Air Kencing) akan datang dan jumpa aku di ICU labour room sebab nak scan buah pinggang.

Aku di bawa ke  ICU labour room oleh Dr Asmaa, House Officer yang bertugas hari tu. Orangnya baik dan cepat buat kerja. Ambil darah cekap, tak terasa sakit.

Di ICU labour room, aku di scan oleh doktor O&G. Bukan scan buah pinggang tapi scan baby. Baby nampaknya ok dan berat dia dalam lingkungan 800g-1kg. Selesai scan aku kena tunggu pula pakar eurology. Sedang aku tunggu kedatangan pakar Urology tu, tiba2 aku dengar satu suara. Agak tegas suara tu.

"mana patient saya?"

Rupa2nya pakar urology tu..orang Melayu. Tak ingat nama dia siapa. Sampai2 je ini yang dia cakapkan,

"kami dari pihak urology, taknak buat apa2 pada puan"
Aku confused...tak berapa faham. Mungkin dia tengok aku berkerut dahi and blur dia sambung lagi.

"Pasal stenting tu, kami taknak buat. Kalau kami pasang stent tu pada saluran buah pinggang puan hari ni, esok puan mesti deliver.. itu komplikasinya."

Aku nampak Dr. Asmaa angguk2kan kepalanya. Dia pun bersetuju jugakkah? Abis tu kenapa pakar O&G beria suruh pasang stenting tu? Aku diam sahaja..aku tak pernah cakap pun nak pasang stenting tu. rupa2nya pakar O&G dah aturkan supaya pakar urology pasang stent tu pada buah pinggang aku. 

"Siapa pakar yang on duty hari ni?" tanya pakar eurology tu pada Dr. Asmaa.
Lepas diberitahu, pakar urology tu suruh Dr Asmaa panggilkan dia sebab dia nak berbincang pasal masalah aku ni. Dokor pakar itu (taknak sebut nama walaupun memang ingat sangat nama dia) sedang makan2 kat pantry. Dia taknak diganggu. Pakar urology tu nampak marah sangat...dia membebel2. Last2 dia kol doktor tu and aku dengar perbualan dia

"I taknak pasang stenting tu...kalau I pasang she will deliver. This is her 2nd pregnancy.. anak baru sorang. Kita mana tau mungkin lepas ni dia tak pregnant lagi dah."

Bila dengar dia cakap camtu aku jadi lagi confused. Kalau pasang stenting, mungkin aku akan deliver sebab komplikasi. Baik tak payah stenting and terminate terus pregnancy ni. Kenapa la time2 camni aku sorang2..kalau ada family aku kat sini mungkin diorang leh tolong bagi pendapat.

lepas dia cakap ngan doktor pakar O&G tu, doktor urology tu datang semula jumpa aku. 

"kami memang taknak buat apa2. Tapi kalau pakar O&G datang jumpa kami and suruh buat jugak, mungkin kami akan buat. Ini semua atas persetujuan puan jugak. kami kena ambil tandantangan suami puan dulu jika nak pasang stenting ni. Tapi saya tak galakkan puan pasang stenting ni".

Doktor erology tu tulis dalam file aku 'NO INTERVENTION FROM UROLOGY' then dia pun pergi balik ke klinik dia semula.

Elok je doktor urology tu blah, Doktor pakar yang aku taknak sebut nama tu pun datang. Dia scan perut aku lagi and tengok baby. Semuanya ok dia kata kecuali buah pinggang aku. Dia suruh encik suami masuk ke dalam ICU tu sebab dia nak bincang sesuatu.Aku kol encik suami..mujur dia memang ada kat hospital. Sejak semalam dia tidur dalam kereta depan hospital sebab nak tunggu aku. 

Bila encik suami dah ada baru dia mula bincang..pasal stenting tu. Dia kata stenting tu boleh bantu aku simpan baby sampai minggu ke 28 dan lepas tu baru leh deliver. Kalau tak pasang stenting, kena terminate pregnancy sekarang and chances baby nak survive hanyalah 20% sahaja. Dia kata sepanjang bekerja di hospital ni dia tak pernah jumpa baby yang lahir masa 26 minggu akan hidup lama. Masa lahir memang hidup tapi lepas seminggu baby meninggal dunia sebab banyak sangat komplikasinya. Doktor tu macam guna psychology nak suruh aku pasang stenting. Dia momok2kan aku dengan risiko kalau terminate pregnancy sekarang. Dia memang tiada keyakinan langsung bahawasanya baby aku akan survive kalau aku terminate pregnancy sekarang. Bila dia cakap camtu, aku tau la yang jika terminate pregnancy maknanya tak semestinya baby akan meninggal dunia. Masih ada peluang..baby akan duduk dalam inkubator. Aku jadi makin hairan kenapa dia beria suruh pasang stenting kalau pakar urology kata taknak buat? Aku beritahu apa yang doktor urology cakap. Dia kata tak semestinya bila pasang je stenting terus deliver. Peluang berjaya pasang stenting tanpa komplikasi akan deliver adalah 50%. Dia suruh aku cuba dulu, mana tau berjaya ke..

Aku dan suami diam sahaja. Bila dia tengok tiada respon dari kami berdua, doktor tu suruh kami fikirkan dulu. Aku anggukan kepala..Lepas tu aku balik semula ke wad. 

Aku tanya Dr Asmaa..stenting tu dialisis ke? Dia kata stenting tu macam dialisis tapi dia lain. Dia kata sepanjang dia belajar and jadi doktor dia tak pernah tengok orang pregnant pasang stenting tu sebab memang bila pasang, stenting tu akan trigger rasa nak bersalin (contraction akan berlaku) sebab terlalu dekat dengan rahim. Stenting tu akan dimasukkan melalui saluran kencing ke pundi kencing dan seterusnya ke saluran buah pinggang. Bila bendasing masuk ke pundi kencing, contraction mungkin akan berlaku. tu sebab doktor urology cakap camtu. Aku angguk2kan kepala..tapi masih lagi tak puas hati. Apa sebenarnya stenting tu?

Oh lupa nak cerita, di HSA ni pun aku kena sukat air kencing jugak. Aku akan catat sendiri berapa yang aku minum dan berapa yang keluar. Abis shift aku bagi kat nurse and nurse akan rekodkan dalam file aku. Tempat tadah kencing tu hensem sikit la dari HSI. Memang ada jug khas yang diperbuat daripada besi and ada senggat2 kat dalam jug tu. Senang sikit nak kencing dalam tu sebab besar hehehehe.

Aku beritahu mak pasal pertemuan dengan pakar urology dan O&G tu. Mak pujuk aku supaya terminate  pregnancy sekarang. Mungkin itu jalan paling terbaik. Apa pun yang berlaku mak taknak aku kena dialisis. Dialisis itu untuk pesakit stage terakhir , tapi aku masih ada harapan lagi. Buah pinggang aku masih boleh dirawat tapi aku kena terminate pregnancy tu. Aku dah mula rasa macam nak terminate pregnancy. Tambah pulak aku ada dengar dari pesakit2 di sini tentang pengalaman jiran or rakan mereka yang ada penyakit buah pinggang ni semasa mengandung. Mereka terminate pregnancy dan anak mereka lahir pramatang tapi boleh survive sehingga hari ni. Ada yang pesakit buah pinggang memiliki 4 orang anak walaupun dah disahkan penyakitnya.

Ibu mertua aku pun pernah cerita yang dia pernah kenal orang yang sakit buah pinggang dan hamil. Yang penting buah pinggang tu harus kuat untuk menempuh tempoh kehamilan tu sendiri. Aku cari no telefon rakan aku semasa di sekolah menengah dulu. Aku pernah dengar yang dia pernah alami apa yang aku rasa. Walaupun kes dia dan aku berbeza tapi ada sedikit persamaan iaitu kami sama2 ada penyakit buah pinggang. Malangnya rakan aku tu penyakitnya dah serius dan kedua2 pakar memang menasihatkan untuk terminate pregnancy beliau. Tapi aku lain pula ceritanya. pakar O&G suruh pasang stenting, pakar buah pinggang suruh terminate pregnancy. Rakan aku suruh aku berfikir mana yang lebih baik bagi aku. Waktu itu, difikiran aku dah cenderung ke arah untuk terminate pregnancy ini. Aku yakin baby aku kuat, sama macam apa yang bapak aku kata. Encik suami pun setuju, kalau itu jalan terbaik. Lagipun dia nak aku sihat semula, bukan bertambah sakit. Jika tiada rezeki InsyaAllah lain kali boleh cuba lagi.

3 Mei 2012

Rutin seperti biasa..pagi Doktor / house officer round and ambil darah. Hari ni Dr Liu tak datang pun tapi Dr Hui pulak yang datang bersama Dr Ngo. Dr Hui ni  pakar buah pinggang juga dan dia seorang perempuan yang sangat tegas tapi kelam kabut sikit. Orangnya juga garang. Menepuk2 meja nak tengok carta kreatinine aku. Memarahi nurse kerana lambat cari carta atau bagi dia pen. Malah bila Dr Ngo nak bercakap dia boleh kata begini "shut up!!". Terkejut aku tengok dia..Dia datang sekejap sahaja tengok carta kreatinine aku then berlalu pergi macam tu sahaja. Aku tanya nurse kenapa dia begitu? Nurse kata Dr Hui memang terkenal dengan sikapnya yang begitu. Takde sapa kisah dah kena marah ngan dia sebab dia memang garang. Kemudian  lebih kurang pukul 10 pagi, doktor pakar O&G pula datang round.

Kali ni giliran doktor perempuan pula. Aku tak tau nama dia tapi masa dia datang ramai doktor M.O bersama beliau. Nurse2 pelatih pun ramai, begitu juga doktor2 pelatih dari Monash University. Semua berkerumun di katil aku. Aku agak Doktor perempuan ni mesti seorang pakar yang ada jawatan di sini. Bila baca file aku dahi dia berkerut. 

"Kenapa taknak stenting? Dialisis pun taknak?"
 Aku geleng kepala...aku cakap pakar urology tak galakkan stenting so aku taknak. Dia kata stenting mungkin berjaya..tak semestinya bila pasang stenting baby terus lahir. Aku geleng kepala.

"Abis tu awak nak macammana? Dialisis pun awak taknak.."
"Saya nak terminate pregnancy saya.."
"Aritu kata taknak. Kenapa arini nak terminate pulak? baik dari dulu je terminate. Awak pasang je stenting tu. Sekurang2nya ia dapat membantu buah pinggang awak. Memang buah pinggang awak takkan jadi makin baik tapi sekurang2nya salur buah pinggang awak dapat mengalirkan air kencing dengan baik"

Doktor2 yang lain angguk2kan kepala. Aku diam sahaja..aku masih tak setuju untuk stenting tu sebab aku sendiri tak pasti stenting tu apa. Bila dia tengok aku diam je, doktor tu suruh house officer pantau darah aku.

Petang tu doktor M.O yang wat round. Dia ada masa doktor perempuan datang round pagi tadi. Masa dia datang kat katil aku dia tanya kenapa taknak stenting. Aku beritahu yang aku tiada knowledge pasal stenting. Aku nak tau lebih lanjut pasal stenting tu. Dia kemudian ambil sehelai kertas dan mula melukis lebih kurang camni la..
Ha faham tak? Sorry la tak berapa hensem lukisan. Guna paint je..doktor tu lukis lagi tak hensem. Dia kata salur buah pinggang ke pundi kencing aku macam menyempit sikit jadi air tak dapat lalu dengan baik. tu sebab buah pinggang aku sedikit bengkak. Tapi kan, air kencing aku banyak je keluar...takde masalah pun time kencing. Dia cakap lagi bila letak stenting, dia dapat tolong membuka salur tu and sentiasa berada dalam keadaan terbuka luas. Dia suruh aku google lagi jika nak tau pasal stenting ni. Cadangan yang baik bila aku berada di spital dengan hp nokia yang cokia yang takde WAP pun. jangan kata WAP, warna pun takde. 

Aku call mak and minta dia wat research pasal stenting. Mujur mak aku celik IT dan ada streamyx kat rumah. Mak cuba cari maklumat pasal stenting tu dan kemudian dia terangkan pada aku. Biasa orang pasang stenting tu sebab ada batu karang. Mak kata mungkin stenting dapat membantu...agak sakit kot masa nak pasang sebab kena bius tapi dia bukanlah dialisis. 

Hmmm pulak...nak kena wat stenting la ni? Mak pun macam suruh buat je sebab stenting tu bukan dialisis. Tapi mak kata bila dia search memang takde jumpa orang pregnant yang buat. Semuanya sebab batu karang and orang tu tak pregnant pun. Mak suruh aku cuba, mungkin berjaya. Mana tau..tapi aku dalam dilema. Aku try wat solat istikharah tapi tak dapat apa2. Mungkin sebab cara aku salah..lagipun tidur aku tak pernah nyenyak kat sini. Kejap2 bangun...nurse pulak kejap2 tolak troli "krek krek krek." bunyi dia..kuat lak tu. Pastu kejut nak check tekanan darah dan juga jantung baby. mana nak tidur lenanya...Aku buat solat hajat je. Harap Allah dapat tunjukkan aku keputusan yang betul. Selain tu aku amalkan selawat Munjiah (penyelamat), tafrijiyah, nur, selawat dikabulkan hajat, selawat syifa (pengubatan), doa memohon kesihatan badan dan doa memohon perlindungan dari kerunsingan.

Aku nak kekal positif dalam mengharungi masalah ni..Taknak bersedih sahaja terutama di hadapan suami sebab aku tau dia risau...walaupun dia tak banyak bercakap tapi aku tahu. Aku taknak dia bertambah stress tengok aku sedih. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..mak sayangkan adik. Semoga Allah lindungi kami berdua..Semoga Allah tiupkan semangat di hati kami berdua. 

Bersambung lagi di part 3..jenuh sungguh menaip. 4hb Mei, adik dilahirkan ke dunia Allah ini. nantikan cerita selanjutnya..


Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman 18 hari di hospital - Part 1

26 April 2012

Pergi check up kehamilan seperti biasa tapi hari ni pakar nak jumpa sebab air kencing 'kotor' atau istilah yang betul kandungan protein terlalu tinggi di dalam air kencing. Berapa? 4+. Cukup tinggi..biasa orang 1+ pun dah kecoh satu klinik inikan pula 4+ tapi aku langsung tak rasa apa2 sebab dari dulu macam tu.. Masa pregnantkan Insyirah pun kencing aku kotor tapi doktor takde detect sebarang penyakit serius cuma infection. Aku pulak tak pernah ada simptom2 kaki bengkak, kencing tak lawas or sakit time kencing, sakit kepala, sesak nafas, darah tinggi mahupun kencing manis. Aku rasa sihat dan cergas! Tak tipu apatah lagi membongak..memang aku rasa betul2 sihat. Nak demam pun susah tau..

Doktor scan baby and kedudukan kepalanya di atas.. Doktor kata itu perkara biasa sebab baru 26 minggu and baby leh pusing lagi tapi yang lebih penting pada waktu itu adalah condition aku. Doktor nak percepatkan tarikh scan buah pinggang di Hospital Sultan Ismail. Tarikh asal pada bulan September kemudian dipercepatkan pada bulan Jun tapi doktor tak puas hati nak lagi cepat sebab takut melarat. Aku setuju sahaja..mana yang baik pada aku, aku terima.Petang tu jugak aku dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bandar Mas untuk ambil surat appointment scan buah pinggang yang bertarikh 27 April. Oleh kerana masa tu aku dalam perjalan ke Tangkak sebab nak ambil adik aku dari matrikulasi maka nurse suruh ambil pepagi buta keesokan harinya di rumah beliau. 

27 April 2012

Pukul 6 pagi dah bergerak ke kuarters Klinik untuk ambil surat. Terpaksa bergerak seorang diri memandangkan encik suami kerja. Lepas ambil surat terus pecut ke HSI sebab appointment pukul 8 pagi. Sampai HSI agak awal pukul 7.15. No giliran aku 001 hahahaha..tak pernah2. 

Doktor scan baby lagi..Kali ni kepala dia di bawah. Dalam masa sehari dia berpusing. Baby memang sangat aktif dalam perut. Berbeza dengan kakaknya Insyirah. 
 Tengah scan tu tetiba doktor cakap
"baby awak baby boy ye.." sambil tunjuk 'bird' baby.
Aku toleh ke skrin and terkejut...betul sangkaan encik suami tetang gender baby. Aku happy sangat tak sabar nak bagitau encik suami. Lepas tu doktor kata dia nak berbincang dengan pakar dan suruh aku tunggu di luar. Setelah beberapa minit aku di panggil semula

"awak kena admit wad ye"
Aku telan air liur "hari ni?"
"iye hari ni..awak datang dengan siapa?'
"saya datang sorang je"
"mintak tolong sesiapa di rumah bawakan barang2, boleh?"

Takkan nak cakap tak boleh pulak kan..so admitlah aku ke wad sorang2. First time mendaftarkan diri ke wad untuk diri sendiri.Aku call mak aku terkejut beruk dia. Nasib baik hari tu hari Jumaat so bapak pun balik sekolah awal dapatlah hantarkan barang ke hospital. Aku telefon encik suami yang berada di laut. Dia terkejut dan berjanji akan pulang ke rumah pada hari esok.

Masuk je wad O&G, Doktor Andrew datang and buat soal siasat..eceh cam polis pula. Soalan2 dia macam ni..
"puan ada darah tinggi?" aku geleng
"'puan ada kencing manis?"  aku geleng
"ada tak saudara mara yang pernah sakit buah pinggang?" aku geleng lagi
"kaki puan pernah bengkak tak? bila keluar kena matahari kulit ada jadi merah merengas tak? bila kencing ada rasa sakit tak? bahagian2 anggota lain pernah bengkak tak seperti muka ke?" aku geleng geleng dan terus geleng kepala sampai teleng hehe

Doktor Andrew mengeluh..aik takkan give up kot? 
"kencing pernah keluar darah tak?" sambung lagi geleng.
"emm saya hairan la...kenapa ye puan boleh sakit macam ni. Takpelah, nanti kita scan buah pinggang tengok cemana ye"

Sebelum scan darah di ambil..memula kat pelipat siku pastu kunun2 nak pasang drip kat belakang tangan tapi doktor Andrew ni tak reti ke hapa tak tau la..Doktor Junior lagi pun..muda lagi. Menyembur2 darah aku masa dia pasang drip tu. Last2 dia cabut balik..sakitnya..hmm tak reti nak cakap. Pastu Doktor bahagian Medical pulak datang and ulang soalan2 Doktor Andrew tadi. Reaksi beliau? Sama je ngan Doktor Andrew.

Pukul 4.30 aku dihantar ke makmal dan buah pinggang di scan. Doktor yang scan tu kata buah pinggang belah kanan aku bengkak sedikit dan ada air. Dia kata lagi orang pregnant biasa kena camtu. Tapi yang agak membimbangkan adalah struktur tisu luar dia nampak ada kerosakan sikit. Belah kiri pun sama tapi sikit je berbanding yang kanan.Aku tersenyum je..tak tau kenapa aku boleh terima berita sebegitu dengan tenang. Keluar dari makmal mak and bapak dah sampai..aku maklumkan pada diorang. Mak sangat terkejut. Tak sangka anaknya ada penyakit buah pinggang.

Encik suami call and beritahu dia dah berada di darat. Dia dapat balik awal sebab ada kekosongan seat chopper. Lega rasa hati. Semua ahli keluarga akan berada di sisi pada waktu sebegini.

28 April 2012

Ambil darah lagi untuk check kreatinine dalam darah..Dah meningkat jadi 200+. Doktor medical silih berganti datang..Doktor O&G juga.. Plan yang ada cuma satu..pindah ke wad Medical and team medical akan ambil alih sebab bahagian O&G takde apa nak buat pada aku since baby pun ok je. 

29 April 2012

Aku dipindahkan ke wad medical. Dari pakaian berwarna pink aku kena pakai baju hijau pula. Di wad ni aku diberi satu carta dipanggil I/O chart (In/Out). Agak2 apa yang in apa yang out? Hehehe yang in tu apa yang aku minum dan berapa ml sekali minum dan pada pukul berapa. Out tu berapa ml yang keluar dan pada pukul berapa. Ada 3 shift. 7 am - 2 pm, 2 pm - 9pm dan 9 pm -7am.Cartanya lebih kurang camni

                                   
B/O tu maknanya buang air besar..tak tau la singkatan untuk apa. Bottom out gamaknya hehehe. Mesti korang tertanya2. 

"Cemana ko sukat air minum yuyun?"
 Aku di beri cawan khas yang ada senggat2 dibuat dengan menggunakan salotape. kat salotape tu dia lukis senggat2 guna marker. 

" Cemana ko sukat air kencing ko yuyun?"
Ha part yang ni sedikit mencabar..soalan yang sama aku tanya kat nurse. Dia kata kat dalam toilet tu dah ada bekas untuk sukat. Sila kencing di dalam penyukat itu. Aku bayangkan penyukatnya adalah penyukat yang hensem rupa2nya korang tau apa? Pernah tengok botol drip?? Botol tu di belah atasnya dan dia wat senggat sama macam kat cawan tu cuma dia terus tulis pakai marker. Tak pernah seumur hidup kena sukat kencing, merasa la aku pada hari itu..Pas dah kencing sila isi carta yang diberi. Nanti dah abis shift nurse akan kira totalnya. Tujuan carta tu adalah nak tengok aku kencing banyak ke sikit..kalau aku kencing sikit sangat daripada yang aku minum ada something wong somwhere le tu. Takut ada water retention dalam badan..jika ada ia akan menyebabkan kepada pembengkakan pada anggota badan.

30 April 2012

Doktor cakap dia dah berbincang dengan Pakar buah pinggang dari Hospital Sultanah Aminah. Solution yang ada hanyalah terminate pregnancy. Jika aku simpan baby, aku kena dialisis hari2 sampai deliver. Dia tanya samada aku sanggup atau tak. Reaksi aku? Rasa macam ada batu menghempap kepala ni..Apa aku nak buat? Terminate pregnancy? Apa maknanya tu? Baby akan digugurkan ke? Mana boleh, aku mana sanggup. hari2 rasa dia tendang perut aku..mana boleh aku buat camtu pada dia. Tanpa fikir panjang aku cakap aku nak simpan baby ni..aku sanggup kena dialisis. Doktor beliakkan matanya..dia tanya lagi samada aku betul2 serius..aku jawab ya.

 Doktor pun blah and bila encik suami datang melawat aku beritahu apa yang doktor cakap. Aku menangis bila beritahu dokor suruh terminate pregnancy. pada fikiran aku masa tu kalau terminate baby takkan hidup. Encik suami pun fikir macam tu. Dia taknak aku terminate pregnancy. Bila aku beritahu mak, mak menangis..mak kata jangan dialisis. Dialisis lagi akan menyebabkan kesihatan aku teruk. Mak suruh aku ingatkan Insyirah yang masih kecil. Bapak aku pun tak setuju aku teruskan kandungan ni. Bapak kata jika tiada rezeki sekarang akan datang insyaAllah boleh pregnant lagi. Aku terfikir kata2 mak..ada betulnya. Kalau aku sakit tak guna jugak..Cemana nak jaga anak2 dan suami. Mak kata dialisis tu susah, boleh menyebabkan jangkitan dan kena ke pusat dia hampir hari2 untuk cuci darah. Aku memang naif sangat masa tu...tak tau sangat pasal dialisis or penyakit ni. Tu sebab susah aku nak wat keputusan..

Doktor kata dia dah inform Doktor Liu, pakar buah pinggang dari HSA. Dia minta aku ke sana untuk permeriksaan lanjut. Aku discharged pada pukul 3 petang dan bergerak ke HSA.

Bersambung di lain post..penat dah menaip naik kejang urat leher ni..

Tuesday, February 21, 2012

Bila Sang Suamiku Pergi Kerja

Encik suami pergi kerja dah hari ini. Semalam masa dia on da way ke kerteh aku rasa rindu sesangat..pastu mengalir air mata ini. Hormonkah? Aku yakin itu hormon hehehehe Bila encik suami tiada di rumah itu bermakna tiada siapa yang akan tadah telinga mendengar rungutanku..

"kite takde selera makan la"
"kenapa pulak?"
"entahla..kalau makan kat rumah memang camni. cuba makan kat kedai, besar selera kite tau"
"sebab lauk banyak kot kat kedai"
"kite rasa cenggitula"

"kite sakit kepala la"
tangan pun dihulur dan mengurut...

"kite sakit belakang la"
tangan dihulur lagi dan mengurut..

ha..itu antara rungutan2nya..encik suami layankan aje hehehehe best! Tapi bila dia takde takkan nak merungut kat Insyirah pulak. Nanti dia buat muka blur je ada la..

Lagi satu, bila encik suami takde di rumah, Insyirah suka wat hal. Bila babah dia ada, dia takut sikit nak wat hal..sebab babah dia garang hehe. Marah sikit je terus lari..cuba aku marah dia. Tak jalannya..terjerit2 je la aku sampai penat. Sampai sakit kepala pun ye jugak...

Nasib baik dia pergi kerja seminggu je kali ni...Takdelah tunggu lama sangat hehehe..

p/s: kepala otak jammed tak tau nak watpe..maka segala game kat facebook dimainkan semula. Masak-memasak, mencucuk tanam, membina bandar...semua la. Pastu tengah nak amik mood menjahit manik semula ni..

Friday, February 17, 2012

Dugaan pregnancy

Adik peyut dah masuk 3 bulan.. napa adik peyut? itu panggilan Insyirah kepada baby dalam perut ni. Memang la perut tak berapa menonjol..menonjol pun sebab ada lemak hahaha sebelum preggy lagi dah ada pouch bag itu. Tapi aku terpaksa warning awal2 pada Insyirah ada adiknya dalam perut sebab dia suka henyak perut aku...Kaw kaw punya henyak tau...Sakit perut aku ni. Tu sebab dia sedikit konpius apsal adik peyut lak..memula dia memang tak berapa percaya. Dia ingat aku sengaja sebab taknak bagi dia henyak perut aku. Bila aku bawak dia jumpa doktor and suruh dia tengok masa doktor scan baru la dia caya sikit. Dia siap takut lagi masa tengok tu sebab baby gerak2, pastu warna hitam putih...dia kata "takut..takut..adik dalam longkang" hahahahahaha

Untuk pregnancy kali ni aku rasa banyak sangat perbezaannya berbanding masa mengandungkan Insyirah. Agak mencabar lagi la hehe..Awal2 dulu aku kena gastrik. Terbaring je..takleh makan. Asal makan muntah. Cirit birit lagi..Pas jumpa doktor and minum susu kambing, jadi ok dah. Tapi perut aku selalu masuk angin. Bila masuk angin mulalah loya2...makan tak berapa selera pulak tu. jadi aku makan sikit sahaja...bila dah makan sikit mestilah cepat lapar kan? pastu takde idea nak makan apa. Nak makan roti takleh, makin berangin perut. Minum milo takleh juga nanti muntah2..tak tahu kenapa. Nak makan pun susah hehehe..last2 aku disahkan kena anemia. Nurse suruh banyakkan makan itu dan ini...aku angguk2 je la.. Bila waktu makan aku paksa diri.

Aku harap masalah ni tak berpanjangan...Sian baby dalam perut..

Tuesday, January 3, 2012

Sakit perut bawa kereta manual?

Phewww..dah masuk 2012 dah...and aku masih lagi jarang update blog ni. Nak wat cemana, anak kesayangan asyik guna laptop ni untuk tengok movie kegemarannya. Kali ni dia dah tambah satu lagi favourite movie dia iaitu Smurfs. Abih tengok Despicable Me dia tengok Smurfs lak. Berulang-ulang kali ok..tension mak.

Mak aku dah pasang streamyx kat rumah ni maka berukband kesayangan aku dilupakan hahaha bila travel je baru berukband digunakan. Bila dah ada streamyx, sedaplah aku download movie dan tv series. Sambil tunggu download abis, Insyirah tengok movie dia. Gitu lah hari2..pastu nak cari masa nak tengok movie yang dah didownload adalah ketika Insyirah tidur. Dah tengok movie mana ada masa nak update blog. Takkan nak pause2 lak tengok movie hehehe alasan..alasan..

A few weeks sebelum ni aku agak sibuk...sibuk jalan2. Pi Cameron Highland la, Port Dickson la, pastu ada kematian di kalangan ahi keluarga, pastu sambung pulak dengan Hari Keluarga belah bapak aku, pastu kenduri kahwin sepupu...fuhh banyak bukan? Sampai bisnes tudung pun tergendala..nak start balik macam dah kurang momentumnya. Tapi insyaAllah akan disambung semula..aku tengah fikir2 lagi strategi pemasaran...cewah hahhaa..

27/12 haritu aku pergi check up di klinik. Aku nak pergi klinik kesihatan kerajaan tapi masa tu desperate sangat and nak cepat aku pergi klinik swasta. Aku bukan apa, aku jadi sedikit panik bila hari sebelumnya ada darah keluar..agak banyak jugakla. Masa tu aku on da way balik dari hantar adik aku balik matrikulasi di Tangkak. Terasa sengal2 di perut bahagian kiri. Bila pergi check up doktor scan and dia kata aku memang sah pregnant sebab ada air ketuban tapi dia tak dapat nak pastikan mana satu janin sebab ada dua tompok. Bila dicari2 nampak juga, dia tersorok di bawah and nampak heartbeat dia. Lega rasa...doktor kata baby sihat and mungkin darah tu takde apa2. Lagipun masa check tu aku tak rasa dah sakit di perut tu. tapi bila sampai rumah terasa balik sengal2 tu. aku berdebar2 je tunggu kot2 ada lagi darah keluar tapi Alhamdulillah tiada. Sakit tu pun kejap je then hilang.

Aku rasa aku tahu kenapa jadi camtu. Mungkin sebab aku drive myvi gemok yang manual itu. Biasanya encik suami yang drive kereta tu and aku drive kereta encik suami yang auto tu. Tapi tah hari tu encik suami nak bawak kereta dia pergi kerja so aku kena lah bawak myvi tu. Pastu bila kat Tangkak jammed lak tu..banyak sangat traffic lightnya mana tak jammed. Penat menahan clutched. Tu yang sengal2 tu kat perut kiri...aku lak memang dari dulu selalu sakit kat perut kiri tu especially bila lepas buat kerja2 berat or pergi jogging ke. Doktor kata sakit urat..mungkin sebab tahan clutched je tu yg urat sakit tu. Masa pergi check up aritu pun aku drive keta tu jugak..aku pergi ke bandar Kota Tinggi. Kena tahan cluthed juga bila dalam bandar. Tu yang rasa sengal tu datang balik. Ni semua assuming je tapi macam benar..sebab sampai hari ni takde dah sakit. Aku pun duduk rumah je tak pi mana.

Adakah ini bermakna aku mengada takleh bawak kereta manual? Ahh mengada pun mengada la hahahahaha

Tuesday, December 6, 2011

Alahai si Bundu-bundu

Berapa hari dah tak post apa2? Nak masuk 3 hari.. Ni semua Bundu-bundu punya pasal. Disebabkan si Bundu-bundu aku takleh online. Disebabkan Bundu-bundu jugak tidur malam aku terganggu. Tak guna punya Bundu-bundu. Aku dapat sekor, aku picit2 perut dia.



Inilah Si Bundu-bundu itu atau lebih dikenali sebagai The Minion dalam cerita Despicable Me. Aku perkenalkan cerita ni pada Insyirah namun siapa sangka perbuatan murni itu memakan diri sendiri. Insyirah terus lupa pada Upin Ipin dan One Piece bila melihat si Bundu-bundu ni berjoget dan ketawa riang.. Bila dah jatuh cinta, maka Insyirah mengulang tengok cerita ni siang dan malam tidak henti2.. Terus takde can aku nak guna laptop tau. Sedih..nak buat bisnes online pun jadi terganggu. Asal nampak aku on laptop je..

"nak bundu-bundu"
'ala, mak nak wat keje ni"
"nak la bundu-bundu" sambil nangis.

Last2 kena la mengalah..Yang wat bertambah harunya, Insyirah tengok si Bundu-bundu ni sampai lewat malam tau. Aku siap tido dah sebab ngantuk sangat. Kul 1 pagi dia leh kejut aku sebab dia kata citer dah abih. Dia suh bukak lagi..uwaaa..dah la tido pun tido-tido ayam je. Mana tak nya..kejap2 dia tepuk2 muka aku la..letak kaki atas perut aku aku la..saja je kacau aku. Last2 aku hangin aku tutup terus laptop. Melalak bukan main lagi dia..aku biar je pastu baru pujuk suh tido. Nak kena paksa tido baru dia nak tido. Akibat daripada rutin sebegini, Insyirah bangun lewat and tido malamnya nanti jadi lewat. Pastu tengok si Bundu-bundu, makin la lewat...aku yang tak cukup tido. Tension mak camni..

Ini dapat on laptop and ngadap blog pun sebab Insyirah tido awal hari ni. Siang tadi dia tak tido langsung pastu main je. Bila dah maghrib dia dah mula ngantuk and penat. Kul 8 tadi dia baring2 sambil tengok si Bundu-bundu tu. Last2 tertido..Jangan tengah malam dia bangun mintak tengok Bundu-bundu udah le.. Aku campak laptop ni kuar tingkap huhu.



Saturday, December 3, 2011

Entry biasa orang mengantuk

Kalau pregnancy yang lepas (Insyirah), aku punya alahan tak teruk mana.. Cuma sebelum makan kena muntah dulu..kalau tak makan takde rasa loya nak muntah pun. Pregnancy yang ni masih takde rasa loya2 ke hapa..cuma satu je yang aku perasan. Aku asyik rasa mengantuk je..badan letih je. Makan pulak, masyaAllah hehe berselera betul tak macam masa ngandungkan Insyirah hehehe. Makan ala kadar je..tak pernahnya abis bila makan. kalau camni je simptonnya aku rasa lega sikit la..tapi masih baru lagi kan. Kita tengok bila dah masuk bulan kedua nanti. Camne agaknya..

Hari ni aku rasa letih and sakit tengkuk sampai rasa nak demam. Petang tadi tido bukan main lama tapi still letih lagi.. Sabar je la. Nak mintak mak aku urutkan la jap lagi tapi kena tahan sakit la.. mak aku kalau ngurut..fuhh mencengkam2. Kuat tul tangan dia..hehehe

Aku sebenarnya takde idea langsung nak update blog ni tapi sebab nak tanamkan rasa cinta mengupdate blog, gagahkan jugalah jari jemari yang tak berapa nak runcing ni..

Eh, korang dah tengok Ombak Rindu belum? Hari tu aku baca seround lagi novel Ombak Rindu tu..meleleh air mata ni bila baca part Izzah kena pukul ngan Hariz. Pastu part yang Hariz cakap nak gantung Izzah tanpa tali and then Izzah gugur sebab jatuh kejar si Hariz tu..uwaaaa sedih. Insyirah pelik dah tengok mak dia nangis sambil baca novel hehe

Aku baca tu sebagai persediaan sebelum menonton movienya..lagipun aku nak recall watak Bront Palare tu.. Dia jadi Mail kan? Yang kena tuduh nak rogol Izzah tu. Mungkin sebab watak Mail tu dalam novel tak berapa menyerlah tu yang aku tak ingat ada watak tu. Ahh..bila nak pergi tengok ni? Ajak mak aku best gak ni..bila ye? Esok mesti ramai manusia kat Jaya Jusco Tebrau tu sebab hari Ahad. Kena pergi hari kerja jugak baru best..orang tak berapa ramai.

Ok stop cerita pasal Ongbak Rindu eh ombak Rindu tu..Tadi aku search pasal mengantuk masa mengandung sekali keluar yang ni lak:

Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba dsbg.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Credit to http://tunasislam.blogspot.com

Happy pregnant to all my friends.. :-)


Friday, December 2, 2011

Dah membuang atas pregnancy test


I'm soooo...wait for it..HAPPY!! Yup it's positive. Memula tu lambat betul nak keluar jalur kat T tu..Dah keciwa dah..tapi lelama dia timbul lak. I know it is not final yet since aku lewat datang bulan pun baru 5 hari. Which means baru 3 minggu..pergi klinik and scan pun susah nak nampak lagi. So apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bersabar lagi. Tunggu encik suami balik kang leh ajak dia pi scan kat klinik. I hope i can see the little dot :-)

Sekarang baru aku tau kenapa aku makan dengan banyaknya..sikit-sikit nak makan..sikit-sikit nak makan. Pernah tahan lapar sampai menggigil2..Sebelum ni rileks je kalau lapar pun.

Sejak beberapa minggu ni, kami semua di rumah dah start panggil Insyirah dengan panggilan Kak Long. SAja je sebenarnya.. Yang start panggil insyirah dengan panggilan itu adalah mak aku. Sekarang dah betul2 jadi kak long.

"Insyirah nak adik tak?'
"Nak" sambil angguk kepala
"Nak adik girl ke boy?"
"Boy"
"Nak adik boy ke girl?"
"Girl"

mana satu je la si Insyirah ni..

P/s : tadi dah amik stock shawl..belum upload gambar kat tenet, 12 helai dah dibeli oleh rakan2 sekerja mak aku hehehe Alhamdulillah. Rezeki anak...Nantikan 2nd batch satin shawl di YuYa Collections k..

Thursday, December 1, 2011

Kau ada? tau ar korang ada lagi banyak..


Kahkahkahkahkah....sila gelak secara berjemaah. kalau taknak berjemaah pun takpe. Ni bukan entry show off k. Cuma aku terkejut kambing bila check akaun nuffnang aku. Ropa-ropanya, 25 sen aku dah jadi RM2.57. Ini satu peningkatan walaupun update blog cam hapa. Ala tau ar korang nya banyak..dah selalu tunaikan pun kan? Isk isk..nanges sebab jeles.

Boleh jadi bahan berlagak kat encik suami ni. Dia selalu kutuk tau

" Ala 25 sen je..apa la sangat"
"25 sen leh wat beli gula2 Insyirah tau!"
"pergi la beli"
"takleh hukhuk...lom cukup RM50 takleh tunaikan lagi"

laki gelak guling-guling..ok tipu.

Okay sekian..

Eh belum lagi..korang dah checkidaud blogshop baru YuYa tu tak??? hari ni ada orang dah email tau nak beli..siap nak beli borong lagi. Happy giler tau.. Dari semalam asyik check email je..pas check nangis sebab inbox kosong. Meleleh air hingus..ok tipu lagi. Asyik kena tipu je korang hahahaha tapi tang check email tu betul tau. Setiap setengah jam check..nak tido pun check. Tengah tido pun berjaga2 kot2 ada orang email..check email kat hp je. Bila email masuk dia berbunyi. Tu yang hp duduk sebelah telinga. Abih kepala otak kena radiasi tau...Semoga dapat close the deal with that lovely person yang nak beli itu. Kalau dia taknak beli borong, beli sehelai pun jadi la....

Ok sekian..kali ni betul-betulnya sekian.

Bila nak mengandung lagi?

Kalau perasan dan baca entry yang lepas...yang pasal diet tu. Ala entry selepas entry semalam tu.. Aku ada cerita pasal sakit urat perut la kejadahnya tu kan. Okay, ni aku nak cerita sambungannya. Dah lama dah cerita ni. Time bulan puasa aritu.

Perut aku selalu sakit-sakit especially bahagian kiri. Kadang2 takleh bangun. Sau hari tu aku tak puas hati aku pergi poliklinik. Kebetulan memang aritu pakar sakit puan ada. Lepas aku cerita panjang lebar tentang sakit aku tu dia tanya aku dah buat pap smear belum. Aku kata aku pernah nak buat tapi doktor kat Klinik Tut taknak buat. Dia kata takyah sebab umur aku belum 30 tahun. Doktor tu terkejut beruk la. Dia kata salah tu...sesiapa sahaja yang sexually active or dah berkahwin kena buat pap smear. Aku cakap la aku pun pelik bila dia cakap camtu sebab setahu aku camtu la, sama macam apa yang doktor sakit puan tu cakap. Tetiba je rasa macam nak pergi ke Klinik Tut itu dan lempang doktor itu laju2..

Oleh sebab masa aku check tu aku puasa, takdelah aku buat pap smear. Lagipun kalau ikut kiraan hari, aku dah nak period dah time tu. Kalau buat jugak takut bacaan tak tepat sebab mungkin akan ada sedikit darah pada sample pap smear tu nanti. Tapi doktor tu scan perut aku. Dia kata ovari sebalah kiri aku bengkak..mungkin sebab aku nak period. Ramai orang yang alami benda camtu..bila nak period, ovar nak keluarkan telur so dia membengkak. Sebelum balik doktor tu suruh aku buat pap smear lepas aku abis period nanti.

Lepas beberapa minggu, aku datang semula ke poliklinik tu and buat pap smear. Kali ni doktornya lain pulak.. Dia scan perut aku and dia kata ada cyst. 1cm je...memula tu aku terkejut. Cyst? Apakah? Bukan ketumbuhan ke cyst tu? Doktor tu rileks je...aku lak yang cuak sebab aku zero knowledge pasal cyst ni. Aku tanya doktor tu adakah peluang aku untuk dapat anak akan tipis lepas ni? Doktor tu kata, selagi cyst tu ada aku ada peluang 20% je untuk dapat anak. Pastu dia tambah lagi. !cm cyst biasanya tiada mendatangkan kemudaratan. Itu perkara biasa..hampir semua org ada cyst tu and dia boleh hilang dengan sedirinya. Walaupun dokor kata gitu aku tetap was-was. Balik rumah aku wat kajian di internet.

Yang best lagi membengangkan kan, mostly cite pasal ovarian cyst di internet ni semua ngeri-ngeri belaka..Cheese cake betul. Saja nak tambah lauk bagi aku seram. Ada yang cerita kena buang ovari sebalah la sebab cyst tu melekat kat ovari and membengkak. Ada yang sakit sampai pengsan la pastu masuk hospital kena operate. Ada yang sampai takleh bangun la. Kalau korang baca memang rasa nak gigit orang la. Aku pun tak tau apa kaitan gigit orang dalam cerita aku ni..tak kisahlah tu haha. Tapi bila aku baca dari website yang berbentuk fakta, mostly memang kata tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Ovarian cyst ni ada dua jenis, satu yang di dalamnya adalah cecair atau darah manakala satu lagi jenis dalamnya mengandungi pepejal seperti kuku, rambut dan gigi. Korang jangan tanya aku rambut, kuku and gigi sapa dalam cyst tu. Aku pun konpius..bunyinya macam angker gitu..seram bukan? Nak tau lebih lanjut silalah tanya pakcik google.

Pastu kan, nak menambahkan seram yang sedia ada mak aku boleh cerita lak cikgu kat sekolah dia baru je masuk spital sebab operate bunag cyst tu. Cyst dia berukuran 5cm. Yang membuatkan dia tergerak nak ke spital adalah sebab dia sakit perut teramat sangat. Pergi ke spital pakar and scan dah 5cm. Terus warded and buat operation. Weeee...seram bukan? Seperti ko baru je nampak pocong pastu jalan2 nampak pontianak pulak..double seram tu.

Tapi Alhamdulillah...aku punya takdelah jadi camtu. Bila aku jumpa doktor sekali lagi untuk amik result pap smear, elektrik takde lak kat klinik tu. So dia takleh tengok and print result tu. Tapi dia kata dia percaya aku takde apa. Kalau tak mesti dia dah call aku sebaik sahaja result tu kuar. Pastu dia cerita cyst tu hampir semua orang perempuan akan ada. Biasa lepas period dia timbul..mungkin sisa daripada darah period tu. Doktor yang kali ketiga aku jumpa ni doktor lelaki India. Sangat2 sweet and baik. Bersungguh2 dia terangkan. Pastu dia tanya pasal rancangan aku untuk mengandung lagi. Aku kata memang aku dah berusaha untuk mengandung sejak bulan 5 lagi. Dia suruh aku datang lagi bulan 12 which mean bulan ni la jika aku tak mengandung lagi. Dia nak bagi ubat subur.

Tapi kan, masuk hari ni dah 4 hari aku lewat.. *wink*. Tapi aku takdela rasa loya2 ke hapa sebab dulu masa Insyirah pun takde rasa loya2. Yang buat aku tergerak nak check sebab macam dah lama tak period. Ni yang buat aku tak sabar nak kencingkan pregnancy test tu hahahhaa..tapi aku nak tunggu lama sikit lagi. Kot2 kang pi buat test tu sekali negative. Rugi-rugi..seketul dah rm15 menatang pregnancy test tu. Tiap2 bulan bila period je aku sedih uhuk..bulan ni camtu jugak ke?? Tapi apa pun, aku redha sebab semua tu ketentuan Allah kan. Kalau Dia nak bagi bebila pun Dia bleh bagi..Kalau Dia taknak bagi, terima je la.



Gambar scan Insyirah. Masa ni first time check up. 9 weeks 4 days...lepas 2 bulan ngandung baru pi check..hahaha..Kecil je dia dalam perut aku..sekarang..hmmm tak larat nak dukung dah. Semoga suatu hari nanti Insyirah dapat adik lak..amin.


Wednesday, November 30, 2011

Selamat Kembali ke Dunia Blogging..Ye ke??

Kalau gayanya camni la mengupdate belog, takde mananya nuffnang nak sedekah duit bebanyak kat aku. 25 sen tu jadi cenggitu je la..takde bertambahnya.

Tapi tadi bila bukak belog ni agak terkesima sekejap.. 11000+ dah ye orang view. Korang cari apa wei kat blog ni? Terima kasih la ye kepada yang sudi singgah dan membaca blog ni walaupun blog ni kejap timbul pastu tenggelam pastu tak timbul2 dah sampai la hari ni. kehkehkeh..takleh jadi blogger tegar aku ni.

Pastu kan bila aku tengok dashboard kat belog ni, aku baca la update2 dari blog yang aku follow..sekali ternampak la blog seorang wartawan tv3 yg selalu kuar rancangan 222 ke 555 ke apa tah tu hehe..Dia punya headline untuk post dia sangat teruja bila baca. memang 18sx betul ye. Aku rasa kalau tajuk post aku gitu gerenti mencanak2 traffic aku. Eh, bukan aku jeles ke hapa..beliau wartawan beb. Beliau menyampaikan cerita benar hasil daripada kajian beliau. So takpela kot nak post cerita camtu sebab dia cerita pun bukan untuk suka-suka ye..bukan untuk "sabun di bilik mandi". Faham ke? hahahaha..tak faham sudah. Ha nak cari le tu blog wartawan tu..macam aku tak tau korang2 tu..hahaha pergi la cari. Takde orang marahnya. Bagus gak baca belog tu. Nanti korang rasa macam..apakah?? Kenapa ramai betul penyagak di Malaysia ni? Kenapakah penyangak2 itu tak berapa nak pandai sebab kantoi pastu gambar diorang masuk tv dan blog? Takyah jadi penyangak la camtu..haha ok stop it.

Eh korang2 semua..Saya ada blogshop tau. (terus saya sebab kunun2 sopan nak amik ati haha) Ha..saya sedang berjinak2 nak jadi usahawanita ni.. Saya jual shawl. Teringin gak nak jadi macam owner Radiusite and Raudhah tu. Design sendiri shawl. Fuhh memang impian saya tu.. Boleh singgah di blogshop saya . Ngapa namanya YuYa? Gabungan nama saya dan suami hehehehehehe..eh gedik laks.

Silakan ye..Harga shawl tu setakat ni yang paling murah dari blogshop lain. Sila cepat2 beli!!

Tuesday, July 26, 2011

Ala diet apa kalau camtu

Ececece.. Rajin pulak dah mengupdate. Mentang-mentang la tak ngajor dah sekarang. Merelief aje.. 7 masa lak tu hari ni..

Kenapa hari ni asyik nak ke jamban je ni? Dah masuk 3 kali ni.. In fact baru je lepas melabur ni haha. Salah makankah? Malam tadi aku mana makan. Tah2 mi rebus petang semalam. Lambat betul effect dia. Hei cakap pasal makan, aku sekarang on a diet tau. Malam aku tak makan tapi aku makan petang pastu berusaha menahan diri daripada lapar sampai esoknya hehe. Dah dua minggu dah aku kurangkan makan ni. Tengahhari pun jarang makan. Orang kata biar makan ikut jadual yang ditetapkan or badan kite akan konpius dan seterusnya diet tu takkan berguna juga akhirnya sebab metabolisme badan jadi kucar kacir. Kejap makan kejap tak kan.. Tapi nak wat cemana.. Sejak keje aku selalu termiss lunch tau.. Takpun lunch kul 4-5 petang nanti. Tu maknanya jadi dinner sekali la.. Hehe

Aku ada try gak bersenam seperti jogging or push up tapi lepas tu memang mendapatla.. Urat perut aku jadi sakit. Kadang2 takleh bangun.. Kadang2 lak nak membuang tak kira la yang kecik ke yang besar mesti sakit. Kalau time yang kecik perut belah kanan sakit.. Time yang besar belah kiri sakit. Aku dah tak reti dah nak wat cemana. Pergi berurut makcik urut tu kata rahim aku jatuh so dia betulkan.. Lega sikit tapi esoknya bangun pagi makin menjadi2 lak sakitnya. Jumpa doktor siap offer diri ni nak wat pap smear dia kata takyah.. Aku muda remaja dan bergetah lagi.. Ok tipu tang bergetah tu tapi tak muda tu iye heheheh dia kata umur bawah 30 tahun takyah wat ujian tu sebab risiko nak kena kanser pangkal rahim adalah sikit. Tapi kan, yang sikit tu tak mustahil kan? Aku cerita panjang lebar ni kat doktor ni macam membentangkan laporan kekdahnya siap timeline bagai and rawatan2 yang telah aku jalani.. Last2 dia kata "awak sakit urat kot akibat berurut tu. Lagipun awak dah buat diagnosis awak sendiri which is sangat lengkap n dah penah scan pun buah pinggang so rasanya tiada apa2". Pastu aku pi amik ubat. Doktor tu tak sentuh aku pun check2 apa yang patut..

Sejak tu aku tak senam dah.. Tapi semalam jadi lagi. Terpaksa la telan ubat lagi.. Makan sekali je ubat sakit urat and tahan sakit. Terus hilang.. Tapi Kan aku masih tak puas hati.. Rasa cam nak jumpa pakar gynae je.. Dahla projek menambah ahli keluarga tak berjaya lagi ni.. Sebab sakit inikah? Tension tau.

Takpela, berusaha lagi! Encik suami, balik umah cepat! Hahahahah
Takpelah, berusaha lagi! Encik suami, cepat balik umah! Hahahahaha

Monday, July 25, 2011

Bestkah jadi cikgu?

Dah lama tak post apa2 di sini ye.. Mood nak berblogging tu macam dah ilang dah kuikuikui. Masa memula guna aiponfo ni aku ada gak test nak post entry kat sini tapi takleh. Rupanya kena taip kat html ye.. Baru arini tau hahahah tu pun gatal menggodek.

Anyway, for the last 2 months, aku bekerja sebagai guru ganti di SMKTD, Pengerang. Satu sekolah ngan bapak aku. Kerja jadi guru ni adalah kerja yang aku suka.. Best la aku rasa. Kenapa la dulu tak amik degree pendidikan? Hehheeh nyesal ke? Sikit sikit la.. Orang sume duk sibuk apply KPLI or DPLI aku wat dono je sebab masa tu wat master kan.. Guna biasiswa lak. Takkan sesuka hati nak blah kalau tetiba dapat KPLI or DPLI tu kan? So menyesal tak sudah la aku diakhirnya.. Hahahha serius wei serabut je aku rasa hidup aku ni. Rasa macam nak undur je masa tapi apakan daya.. Kena redha la kan.. Ketentuan Tuhan tu.

So, apa yang bestnya jadi cikgu ni? Kalau aku la, aku memang suka mengajar duk depan wat presentation. Mungkin jugak sebab mak bapak aku cikgu kira macam menurun agaknya kat aku. Tapi dulu memang aku teringin nak mengajar tapi mengajar budak unibersiti giteewww.. Upgrade sikit.. Tu yang beria amek master tapi kantoi.. Gitewww juge.

Lagi satu jadi cikgu waktu kerja dia best.. Separuh hari. Kadang- kadang bila ada aktiviti petang baru balik lewat sikit tapi ok la. Aku enjoy wat aktiviti2 tersebut. Tapi sejak kerja ni tido mesti awal. Penat wei.. Memang separuh hari je keje.. Tapi tak duduk diam je kat kerusi. Jalan sana sini pi kelas, jamban, pejabat dan juga kantin. Tambahan pula sekolah ini sangat besar. Jauh beza ngan sekolah menengah aku dulu iaitu SAKTI. Nak pi pejabat dari bilik guru tu.. Aduhai berchenta tau.. Peha gebu bergesel2 lak tu time jalan.. Tambah la chenta di hati. Tapi yang herannya tak kurus lak aku. Makin gebus ada la hehehehe..

Tapi memang serius aku enjoy kerja di sini. Walaupun bebudaknya SubhanaAllah agak terjal tapi ada gak yang menyejukkan hati. Cikgu2 dia lak baik2 semuanya.. Bestla diorang tu. Sporting leh gosip2 tak kisah tua ke muda ke baru ke lama ke.. Mesra alam gitu. Aku start mengajar sini zero tau ilmu.. Bukan aku kata aku bodoh ke hapa satu benda tak tau.. Maksud aku dari segi pengurusan jadi cikgu ni.. Zero knowledge tapi aku try jugak. Biasa aku rujuk kat mak n bapak aku bila ada masalah.. Diorang memang banyak sesangat la membantu aku. Sampai tolong rotankan budak untuk aku hahahahahah ni bapak aku la sebab dia salah sorang pentadbir kat sini. Hari tu pulak aku teramat marah sebab budak tu lansung tak amik peduli bila aku suh buat kerja.. Sebelum2 tu banyak dah dia wat hal. Tak bawak buku la, borak2 la.. Last2 aritu aku sms bapak aku naik kelas and rotan bebudak tu. Puas hati aku.. Baik kejap budak2 tu.. Kejap ke la.. Tapi lepas tu buat balik. Sib baik masa tu aku pun dah hari2 terakhir ngajar diorang sebb cikgu yang aku ganti tu dah nak naik cuti dah so aku sabar dan tabahkan ati je
la.. Tak larat dah nak jerit2 dalam kelas. Sakit tekak aku..

Ha gitewww.. Aku belum abih lagi kontrak. 4 hb ogos ni baru abih walaupun cikgu tu dah naik cuti dah sebab aku ganti dia seminggu selepas dia cuti. PPD bagi aku cukupkan sebulan. Minggu lepas kaunselor sekolah ni bersalin. So GPK 1 sekolah ni nak khidmat aku diteruskan. Tak tau la dapat ke tak. Dia kata nak tepon PPD nanti. Harap2 dapat la.. Duk umah pun boring je. Bila kerja dapat pengalaman dan tambah pendapatan.. Kot2 boleh menabung untuk pergi bercuti. Eh tetibe dapat idea nak beli tabung pastu lekat perkataan "tabung cuti2 mesia". Setiap hari kena masukkan duit sampai berkoyan2 pastu bleh la pi Singapura!

Ala tau ar korang takyah menabung pun dapat pergi bercoti kan kan??

Thursday, March 31, 2011

Semakin hari semakin buncit?

kenapa aku malas update belog? entahla..aku pun tak tahu...tak berahi dah orang cakap nak update2 ni...

dah nak dekat 2 bulan aku bertapa di KL ni...punyalah boring ya amat sebab hari2 buat benda yang sama...masak..makan..tengok muvee or how i met your mother secara berulang2 kali...main cityville kat mukabuku...masak lagi...makan lagi...bagi syirah makan sekali ...dengar syirah melalak2 kena buli ngan anak bilik sebelah...marah2 syirah sebab asyik menangis je walaupun bukan salah dia dahtu takkan nak marah anak orang..update2 status kat mukabuku sambil main cityville..pastu masak untuk minum petang..pastu makan...pastu kuar makan malam lak...pastu main mukabuku lagi..pastu tido..pastu ulang la dari awal semula..

waaaaaa tension makcik camni tau! jalan2 kat KL ni pun boring dah...kalau boleh shopping mopping hari2 best la jugak..tapi yolah, makcik ni bukanlah orang kaya...tunggu laki keje kat Qatar dulu la baru boleh hahahahhaha tah bila la tu ye..ngabihkan duit laki je la tau..ampunkan daku ye bang..

Akibat daripada aktivit2 seperti yang dinyatakan di atas maka dengan seronotnya berat badan aku telah pun bertambah...seronot sampai lompat2..tak cukup tu rasa cam nak lompat je dari bilik tingkat 9 ni...huhuhuhu tak cun la aku camni..perut dah macam pakai pouch bag.. :(

Pastu encik suami selamba je cakap camni 'Insyirah, tengok perut mak tu..buncit" uwaaaaaaaaa lempang laju2 dengan penuh kasih sayang kang baru tau..saje je nak bagi aku hangin.

Kat The Zon ni kan ada gym tau..tingkat 1. Teringin sangat nak pergi tapi Insyirah nak letak mana?? Selalu berlaku dilema sebegini tau...semua yang aku nak buat kena fikir Insyirah, dan of course le lepas tu mesti tak jadi buat.. Belakang The Zon ni adalah taman KLCC..so ada la trek jogging kan..aku ni suka sangat jogging tapi..Insyirah nak letak mana?? see..betul2 dilema la..

Ahhh nanti aku suruh laki hantar aku ke London Weight management la..takpun Slim World. Abih cerita..and of course dia bayar semua. Takde duit pi pinjam Ah Long ke bank ke..aku tak kira hahaha boleh ke gitu?

Thursday, March 3, 2011

Main cityville siap stay up tu

Apa kenenya memalam bute ko tak tido lagi? Aku bukan cakap kat ko...tapi aku..ye aku yang tengah menaip ini. Dah kul 12.58 pagi tapi mata ni celik secelik-celiknya...

Ekceli (sila baca: actually) , aku baru je lepas menguruskan bandar aku tu..maklongla..nak jadi mayor yang berwibawa kan..kena la wat pembangunan dengan jayanya serta tidak makan rasuah atau menindas rakyat jelata...hahaha merapu dah. Hari2 aku mengadap Cityville kat mukabuku tu...gigih aku membesarkan bandar...bina bangunan serta rumah. Semoga aku berjaya jadi mayor tersohor..


Dah level 22 dah hahahahahaha (motif gelak = riak)


Hari2 duduk kat The Zon ni kan, aku rasa segala kutu aku mati dah...tak kira la kutu babi ke kutu kambing ke...habih dah sume mati tergolek. Rutin harian adalah...ngadap laptop..masak2 sikit, mandikan Syirah..tengok tv sikit2..ha..tengok tv pun sikit2 je. Aku yang kaki tv ni pun tengok tv sikit je...diulang.. sikit je wei...

Aku terpaksa memerap di dalam bilik sahaja kerana ingin mengelakkan dari pertumpahan darah berlaku..kat apartment ni tv dia ada dua...satu lam master bedroom which kawan encik suami dan family duduk, satu lagi kat ruang tamu. So kalau aku nak tengok tv kena duduk kat ruang tamu la...Anak kawan suami aku ni, lelaki...budak lelaki biasalah kan..ganas. Insyirah ni pulak jarang main ngan budak2 baya dia..so dia baik je..diam je.. bila dah camtu asyik kena buli je la. Aku malas campur hal bebudak ni kan..nangis sikit2 kira ok la..biasalah dulu pun aku camtu gak. Yeke? hahahaha nampak nor mereka cerita..mana aku tau aku camne dulu...time tu kecit lagi. tak hengat apa pun.

Tapi kan...bila dah sampai part tolak2 sampai jatuh pastu kepala terhentak kat bucu meja takpun dinding apa tak menyirap darah aku? Aku nak marah kang anak orang...biarlah mak dia je marah...Oleh kerana tak tahan duduk je la dalam bilik..takyah main dah. Abih cerita..takyah dah aku nak pujuk2 Insyirah nangis...tapi aku pulak tak tengok tv..uhuks..sedih bukan? Rasa cam nak angkut je tv tu masuk bilik...

Gitu la ceritenya...cer citer cer citer...takde citer lagi dah...sekian..

p/s : Hantu Kak Limah Balik Rumah is the best comedy muvee i ever watched rite now...tengok kat wayang sampai nangis2 ketawa....pastu beli pulak Astro First camtu juge gelaknya..gila kentang lah!

Friday, February 25, 2011

Belon dan Vellfire


Hari ni aku nak citer apa je yang terlintas dalam kepala otak haku ni.

Semalam encik suami abis kelas awal tapi dia pi meronggeng kat Midvalley ngan kawan dia. Yang aku hanginnya dia janji nak keluar ngan aku sebab nak pos borang mintak keje. Kawan dia pun satu time tu la nak tengok barang katering la apa...sekeh kang baru tau. Pastu dia balik aku tengok dia bawak plastik berisi bola...rupa2nya dia belikan Insyirah bola. Pastu dia keluarkan botol isi air sabun...main belon pulak. Fuhh..fuhh dok meniup. Si Insyirah gelak2 suka tengok belon2 tu...tapi lepas tu encik suami bengang sebab dia penat meniup and si Insyirah ni asyik suruh tiup je..last2 tau apa dia buat? Dia pi buang air sabun tu and bagi kat Insyirah. Yang Insyirah ni terpinga2 tengok botol tu kosong dah...takleh dah la nak buat belon.. Sabor je la laki aku tu...nasib ko la Insyirah...hahahahah jangan lepas ni ko asyik suh babah ko sepak bola lak...kang dia amek pisau dia toreh bola tu bagi kempis hehehe

ok citer lain lak...

Kitorang laki bini ni bengong sikit..kalau aku cakap bengong memang bengong la...kalau gurau, gurau kasar punye..tapi biasanya takdelah depan orang lain kan...kecuali Insyirah heehehehe..contoh gurau kasar, main sontot ..ha tau ke sontot tu apa? Nak aku ajar tak? Camni...sila tonggeng pastu suruh rakan taulan, sedara mara ke letak kedua belah tangan rapat2..ala macam orang nak menyembah kat topekong tu...pastu sila hunuskan ke arah punggung anda yang sedang tertonggeng tu..ha silalah buat..hahahahahahaha..tapi nak bagi best sila selitkan element of suprise di situ...Maknanya serangan hendap la..nampak dia menonggeng je sila serang hahahahha...

Manyak lagi benda bengong kitorang selalu buat..biasanya acara dengki mendengki antara satu sama lain...seperti bila salah sorang dah amik air semayang mesti yang sorang lagi gatal nak sentuh2 nak raba2...kang kalau tersentuh kulit kan batal, dah kena amik air semayang semula..yang ni memang acara feveret la..siap berlari2 wei ...laki aku la yang start dulu acara mendengki ni. Dah jadi trend dah sekarang...

Pastu sejak beberapa bulan yang lepas kitorang start main satu game ni..memandangkan kami laki bini ni kuat berjalan...jap2 pi Jusco Tebrau yang jauh tu, takpun pi JB takpun balik Endau...takpun pi Kerteh jadi kami selalu bosan di dalam kereta. Maka encik suami cipta satu game..tak cipta pun sebenanrnya hahahhaa dia tukar sikit je. Idea permainan ni dari cerita How I Met Your Mother yang episod pasal kereta MArshall rosak tu..Dia cerita kenangan dia ngan kereta tu . Naik kereta ngan Ted and sebab bosan diorang main car game..permainannya adalah bila nampak anjing tepi jalan je kena sebut. Sapa yang dulu sebut nampak anjing tu so dapat point.

Kami laki bini ubah sikit permainan tu daripada anjing kepada kereta Vellfire. Asal lalu je Vellfire selisih dengan kereta takpun nampak Vellfire parking tengah jalan, terjerit2 wei kitorang duk sebut "Vellfire!!!" Pastu gelak tak hengat dunia..Insyirah pelik je tengok mak babah dia terjerit2 cam orang gila.

Kat Johor tak berapa banyak sangat Vellfire ni...tapi bila duduk KL ni, hari2 ada Vellfire....sekarang aku tengah leading 2 point...

Bila main benda ni kan, aku yang suka tido dalam kereta sanggup tahan mata sebab nak cari Vellfire hahahahhaa...Insyirah nak hisap susu, cepat2 aku sumbat sebab takut termiss...kang lalu Vellfire rugi aku..mata tu meliar je tengok luar. Jadi bertambah alert pulak sekarang...encik suami pulak dapat la seorang co-pilot yang berjaga sahaja..takdelah dengar dengkuran semata2.


Ni gambar depan and belakang Vellfire..biasanya warna hitam and putih je ada kat jalanraya. Oleh kerana rupa dia macam Alphard cuma lampu je berbeza maka agak sukar jugakla nak cam. Kadang2 sampai gaduh...aku kata Vellfire encik suami kata Alphard sebab masa dia tengok tu Vellfire tu jauh dah...tak dapat la aku point sebab syaratnya mesti dua2 nampak itu adalah Vellfire..kira bukti sahih la. Yang kat used car tak main...sebab tak aci dia memang duk situ je hari2.

Okay dah...encik suami sibuk nak main laptop lak..nak wat hapa tah..nak bukak mudah.com la tu..hari2 ngadap bendalah tu huh. Sontot kang baru tau.

Wednesday, February 16, 2011

Menginap di The Zon

Aku dah selamat pun sampai kat The Zon ni. Bagi aku oklah tempat ni...biliknya besar, ruang tamu pun ok..dapur lagi ok tau. Siap semua dari periuk belanga sampai la peti ais, microwave, pisau and pembuka tin. Bagus bukan? Tinggal beli barang dapur cam beras, bawang dan sebagainya and masak. Pagi tadi pun aku dah masak sardin wat cicah ngan roti. Jadilah wat sarap hehehehe tapi yang bestnya time dah masukkan sardin dalam frying pan tu baru aku teringat garam tak beli malam tadi. Hahahahahha gile kentang pelupa! Tapi aku tak panik..tidak..sebab aku teringat aku ada beli kicap yang kunun2nya akan digunakan untuk masak telur masak kicap. Aku pun tuang la kicap tu lam sardin...sedap menjilat kuku jari tau. Insyirah pun sedap je makan..

Pastu kat The Zon ni, internet dia free wei...pakai kabel lak tu..berdesup2 laju semacam je tenet dia. Maka aku pun mengambil kesempatan untuk mengaktifkan diri bermain semula game2 di mukabuku itu. Lama dah aku tidak menceburkan diri di dalam pertanian, perladangan, mengurus restoran mahupun menjadi datuk bandar. Maka hari ni semua menatang game tu aku bantai..hahahahha gelak dengan puasnya.

Aku nak upload gambar tapi kabel hp ni dalam kereta la pulak. Beg manik pun dalam kereta. Encik suami pulak bawak kereta pi Unikl tu..so mentenet all day long je la nampaknya aku.

Nak pi KLCC macam malas pulak..agak jauh walaupun kalau tengok kat tingkap nampak macam dekat..tersergam depan mata dua bangunan berkembar itu. Takpelah, hujung minggu leh pergi ngan encik suami. kalau dia taknak bawak aku karate tengkuk dia lelaju...

Monday, February 14, 2011

Bermastatutin di Kuala Lumpur

Hai bulan lepas seketul je post aku hapdet? hahahaha sejak dua menjak encik suami murah hati menghadiahkan aku sebiji epal, jarang dah aku melayari internet menggunakan laptop. Epal ada kan..pulak tu bulan2 laki yang bayarkan, memang best tahap kambing gurun la. Mentenet je la kejenya tapi tenet pun bukak fb ngan foursquare yang main check in kat tempat2 kite pegi tu. pastu dapat point pastu jadi mayor pastu hepi..tah hapa kejadah tah kan haha, bukan dapat duit pon. Nak bukak belog boleh tapi skrin cemetot camtu tak puas lak...tu la alasan kenapa tak berhapdet belog ni. Hahaha ada aku kesahhh....para pembaca pun rasanya takde yang kesah ponnn..

Esok aku ikut encik suami ke KL. Bermastautinlah aku di sana menemani encik suami berkursus selam 6 bulan. Kalau ikutkan perancangan asal aku tak ikut sebab aku dah jadi Financial Eksekutif Amlife merangkap menjual Insurans. Best insurans ni, so sesapa nak beli insurans cari haku okeh..

Sempat lagi mempromosi..ok back to the story, tetibe tah cemana aku rasa aku nak buat part time je benda ni. Aku nak cari kerja yang lebih stabil. So bila encik suami dengar camtu hapa lagi..dia suh aku ikut dia pi KL. Windu bini katanya...dan anak..Tapi tang bini tu memang dia windu sesangat2 la sampai tidur lena berdengkur2, mandi basah lencun, makan kenyang bertambah2...

Hahaha aku melebatkan cerita je...tapi aku tahu memang dia windu bebenor kat bini dia. Yelah sebelum ni 2 minggu kat laut memang takleh wat hapa la kan, ni dah kat darat je, peluang la kan...hohohoho kepit bini bawah ketiak berbulu tu je la.

Apartment pulak company dah bayarkan, tinggal duduk je la tapi kena kongsi dengan kawan dia sorang lagi huhu. Apartment tu ada dua bilik so sorang satu la..bilik air pun ada dah dalam bilik so senang la sikit..Siang hari encik suami dan rakan pergi belajo, daku kat apartment buat...emm buat..buat..............buat bodoh? buat tak tahu? hahahahhaaha menjahit manik la nampaknya...satu beg baju aku bawak isi manik2 aku tu tau..penuh bersemangat mengisi masa lapang dengan perkara seperti itu..

Semoga aku tak mati kutu duduk di situ..sekian

Wednesday, January 26, 2011

Nak pergi ke tak?

Wei dah masuk tahun baru berjaman dah..nak dekat sebulan pun tapi entry kat blog ni baru satu hahahaha...gile malas nak update. Tak tahu la kenapa...bila datang mood dia, hari2 nak update..tapi bila tiba malasnya..hmm hampagas.

Nothing yang baru pun berlaku di tahun baru ni cuma encik suami dikehendaki berkursus selama 6 bulan di Kuala Lumpur, kemudian aku pulak dapat job offer dari sebuah syarikat bank di mana aku mesti pergi kursus dulu selama 1 bulan di Johor Bahru di mana agak berat hati ingin ku terima..eh jap tadi kata takde yang baru kan? Nampak nor la menipunya...bukan nampak cik nor menipu tapi nampak sangat la menipunya...kang ada orang baca pening2 lalat pulak. Tu yang kena explain hehe.

Aku berat hati bukan apa...serius cakap aku teringin sangat2 nak keje. Aku boring duduk rumah sesaja je...aku nak gak pergi kerja cam orang lain. Pakai cantik2 kemas2 sebab nak pergi kerja..pastu pegang pen tulis2 nota, takpun taip2 kat komputer pastu print2..uhuk sampai camtu sekali tau kehinginan hati ini. Namun aku tak confident la ngan Insyirah ni..tak pernah2 kena tinggal nanti buatnya aku tinggal dia time pi keje pastu dia mengaruk nak kat mak dia camno? Dahla nyusu botol tak berapa nak..asyik nak menetek je..Pastu encik suami lak tak keje kat laut dah..time ni la nak beramas mesra puas2..tul tak? Dok kepit bawah ketiak berbulu itu siang malam? Tul tak? Tul takkkkkkk??? Fuh tension makcik camni tau tak..Nak ikut encik suami pi kl or keje? nak keje or kl? wahhhhhhh memang decision paling susah la dalam idup aku ni..rasa macam nak karate tengkuk sendiri je.

Ari jumaat ni dah kena daftar untuk kursus tu...aku lak tak tau lagi nak pergi ke tak. Cheese cake betul la..

Malas dah la nak cerita pasal benda ni...merajuk dengan diri sendiri. Huh.

Belog ni masih under construction..tangan ni gatal2 tukar template la apa la..dah jadi buruk macam beruk..